siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Monday, November 23, 2020

Monday, November 16, 2015

Hanya Hantu Takut Takut


Budi Tidak Semesti Dibalas Dengan Bahasa 


A Kadir Jasin

DARI semasa ke semasa, elok kita mengingati bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dalam konteks blog kita ini, ia adalah bumi tempat kita berpijak di mana kita berbincang dan bertukar-tukar fikiran.

Alhamdulillah, usia blog kita sudah melebihi sembilan tahun. Februari tahun depan genaplah 10 tahun.

Dalam tempoh itu, banyak isu yang telah kita bincangkan. Ramai pembahas datang dan pergi. Begitu juga dengan pembaca dan pengikut (followers).

Insya-Allah, selagi ada tenaga dan kewarasan saya akan terus menulis. Inilah derma yang mampu saya berikan – derma ilmu (knowledge philanthropy).

Dari semasa ke semasa, kita dikunjungi pembahas yang berbeza daripada pembahas lazim.

Mereka ini datang ibarat ribut dan pergi umpama taufan sehingga menyebabkan kita mengesyaki yang mereka ini ada agenda tertentu dan sekadar menggunakan ruang bahas kita ini untuk memenuhi tujuan sempit mereka.

Yang terbaru menepati deskripsi itu adalah “Saja saja”. Beliau begitu galak, rajin dan berani berbahas. Saya gembira mengalu-alukan beliau kerana menyangka beliau seorang pejuang yang komited kepada idealisme. Saya teruja dan akhirnya terpedaya.

Tiba-tiba beliau meminta saya memadamkan semua komen beliau selama ini atas alasan beliau menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak diketahui mengancam beliau.

Beliau berkata, sesetengah anggota keluarga beliau dan kawan-kawan beliau adalah pemimpin tinggi Umno.

Saya berkata saya tidak nampak sebab yang kuat mengapa saya harus memadamkan komen beliau. Lagipun, kata saya komen-komen beliau telah diulas dan dibahaskan dengan luas.

Malam tadi, saya dimaklumkan atau, lebih tepat, dituduh oleh pembahas “silent silent tapioca” (5.05pm) memadamkan komen-komen “Saja saja”.

Saya menjawab, antara lain, “Masya-Allah, dengan nama Allah saya tidak "remove" atau "delete" komen-komen Saja saja.”

Apabila saya memeriksanya, saya dapati menang betul. Komen-komen “Saja saja” telah terpadam dengan notis “This comment has been removed by the author.” (Komen ini telah dipadamkan oleh pengarang).

Kalau saya yang padam, notisnya berbunyi: “This comment has been removed by a blog administrator.” (Komen ini dipadamkan oleh pentadbir blog).

Dalam bahasa yang mudah, “Saja saja” telah “menceroboh masuk” ke dalam blog kita dan memadamkan komen-komen beliau.

Apa hendak buat. Ia sudah berlaku. Saya berdoa dan berharap para pembahas blog ini, biar apa pun pegangan ideologi dan kecenderungan mereka, adalah insan waras, ikhlas dan bijaksana.

Bagi saya, pengalaman dengan “Saja saja” memberi peringatan dan pengajaran bahawa kita berbudi orang tidak semestinya berbahasa.

Wallahuaklam.

Sunday, November 15, 2015

Jamil Khir Tunggu Apa Lagi?


Jamil Khir bila lagi?

Satu laporan polis berhubung dakwaan salah guna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dibuat hari ini oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir.
Menurut Akmal, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bertujuan supaya satu kertas siasatan dibuka terhadap Yapiem.
Katanya, siasatan perlu dibuat terhadap yayasan Islam tersebut, menteri yang bertanggungjawab serta ahli lembaga pemegang amanah Yapeim.
"Laporan polis ini dibuat bagi satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dibuat.
"Laporan polis hari ini juga sebenarnya nak minta supaya pihak berkenaan disiasat sama ada berlaku salah guna kedudukan atau pecah amanah.
"Sebab itu kita harap agar pihak polis boleh mula buat siasatan dan merungkai masalah atau skandal yang dilakukan," katanya kepada pemberita di IPD Dang Wangi.

Yang minta NOW minta maaf... Jamil

Yang mahu menyaman... Jamil

Yang buat report polis... NOW

Jamil Khir bila?

Tunggu apa lagi?

Terbaru Dari Tun M


TEMUDUGA POLIS

1. Terdapat sebilangan besar wartawan menunggu untuk menemubual saya mengenai soal siasat oleh pihak polis yang Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri telah janjikan.

2. Saya kurang pasti bagaimana untuk mengendalikan wartawan-wartawan ini. Saya tahu polis adalah sebuah institusi profesional. Ia berfungsi untuk Kerajaan yang dipilih. Namun saya masih tidak cukup pasti mengapa polis, iaitu Kerajaan mahu menyoal saya. Adakah saya telah melakukan suatu jenayah atau adakah mereka mahu beberapa maklumat dari saya untuk mendakwa orang lain.

3. Saya pernah ditemu ramah oleh pihak polis dan Pejabat Peguam Negara sebelum ini. Mereka mahu jadikan saya saksi Kerajaan. Saya mendengar mereka dan membuat kesimpulan bahawa tidak ada kes bagi orang yang dituduh untuk menjawab. Jadi saya enggan menjadi saksi pendakwaan.

4. Kali ini ia bukan mengenai menjadikan saya sebagai saksi. Mereka mahu jawapan-jawapan kepada soalan-soalan. Peguam-peguam saya menasihatkan saya supaya tidak menjawab kebanyakan soalan-soalan. Jadi saya tidak membuat demikian.

5. Mengimbas kembali kemudiannya, saya membuat kesimpulan bahawa mereka cuba menjadikan apa yang saya lakukan atau berucap di khalayak ramai sebelum ini sebagai sejenis salah laku, atau beberapa kesalahan jenayah. Walaupun mereka tidak mengatakan saya akan didakwa, tetapi terdapat tanda-tanda bahawa saya mungkin didakwa.

6. Saya memikir semula soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak polis dan saya tidak dapat melihat bagaimana apa yang saya lakukan atau berkata adalah bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

7. Saya menghadiri perhimpunan yang tidak dibenarkan oleh polis. Terdapat lebih daripada 50,000 orang di perhimpunan itu. Jika saya telah melakukan sesuatu yang salah maka 50,000 orang pada perhimpunan itu juga melakukan sesuatu yang salah.

8. Untuk berlaku adil, undang-undang perlu dikenakan kepada semua orang sama rata. Untuk mempastikan saya seorang sahaja bagi kesalahan menghadiri perhimpunan haram itu adalah tidak adil. Ini sejenis penganiayaan. Melainkan jika Kerajaan ingin menjadi tidak adil, ia tidak boleh mengambil tindakan terhadap saya seorang sahaja.

9. Satu lagi soalan adalah mengenai permintaan saya untuk Najib berundur. Saya telah menggesa rakyat menggulingkan Najib. Saya telah pun suruh Tunku dan Abdullah Badawi meletak jawatan.

10. Saya tidak menyokong keganasan. Dalam demokrasi penggulingan seorang Perdana Menteri atau Kerajaan adalah satu perkara yang biasa. Baru-baru ini PM Australia digulingkan oleh partinya sendiri. PM Romania meletak jawatan kerana kelab malam terbakar dan beberapa orang meninggal dunia. Najib sendiri menggulingkan Abdullah yang merupakan seorang PM yang dipilih.

11. Menumbangkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik melalui demonstrasi jalanan juga normal.

12. Oleh itu, apakah salahnya saya menghadiri demonstrasi untuk menuntut Najib digulingkan sebagai PM. Menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau pun tidak salah kecuali dalam pemerintahan diktator.

13. Apakah yang boleh dianggap salah adalah mengambil jalan keganasan, perang saudara atau revolusi. Tetapi Najib sedang cuba menjadikan permintaan untuk beliau meletakkan jawatan itu sebagai tidak demokratik dan melanggar undang-undang. Soalan-soalan oleh pihak polis seolah-olah membayangkan ini.

14. Saya sering merujuk kepada kehilangan wang oleh 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib. Saya secara terbuka mengisytiharkan bahawa saya tidak percaya 2.6 bilion Ringgit kepunyaan Najib adalah sumbangan dari Arab. Saya percaya ia adalah dari 1MDB. Najib tidak membuktikan ianya tidak wang 1MDB. Apabila anda mengambil sesuatu yang bukan hak anda, ianya adalah sejenis pencurian.

15. Semasa saya PM saya dituduh rasuah, kronisme, autokratik dan lain-lain. Saya tidak mengambil tindakan untuk menjadikan sebarang tuduhan terhadap saya satu jenayah. Saya percaya ia adalah perkara biasa bagi dakwaan sebegitu dibuat. Jika rakyat benar-benar percaya perkara-perkara itu mengenai saya mereka boleh membuang saya. Tetapi walaupun terdapat percubaan untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri, rakyat memberi saya sokongan kukuh pada lima pilihan raya. Mereka seolah-olah tidak mahu membuangkan saya. Walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh, saya mempunyai lebih banyak sokongan daripada dia. Saya menghidupkan semula UMNO dan ia memenangi sokongan dan pilihan raya selanjutnya.

16. Jika saya dikalahkan saya akan menerimanya. Itulah cara yang demokratik.

17. Dengan mengatakan bahawa Najib telah mencuri wang Kerajaan, ia hanya boleh menjadi fitnah jika beliau boleh membuktikan beliau tidak melakukannya. Setakat ini, beliau gagal memberi bukti yang meyakinkan bahawa 2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak datang dari 1MDB dan oleh itu tidak datang daripada Kerajaan. Beliau telah menghentikan siasatan ke atas 2.6 bilion pada akaunnya. Itu membuktikan bahawa dia takut siasatan mungkin membuktikan dakwaan terhadapnya mempunyai kepastian. Melantik orang lain untuk menggantikan pegawai asal adalah campur tangan dalam kerja-kerja penyiasat. Penggantian ini tidak mewujudkan kredibiliti.

18. Fitnah itu adalah suatu fitnah jika anda mengatakan sesuatu yang palsu mengenai seseorang. Buktikan bahawa apa yang saya katakan itu adalah palsu, kemudian dakwalah saya kerana memfitnah. Itu adalah caranya.

19. Pada pandangan saya dan mungkin saya salah, jenis soalan yang dikemukakan adalah untuk menghalang saya daripada terus melakukan atau mengatakan segala perkara-perkara yang saya lakukan. Jika saya berhenti maka Najib akan bebas daripada pendedahan perkara-perkara yang salah yang telah beliau lakukan atau akan lakukan. Rakyat mungkin lupa selepas itu.

20. Mahkamah boleh memutuskan bahawa saya telah melakukan suatu jenayah bagi apa yang saya telah lakukan atau berkata. Tetapi sehingga saya disabitkan salah oleh mahkamah, saya akan terus mempercayai dan menyatakan bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang salah dan tidak demokratik.

21. Oleh itu, saya akan terus meminta Najib untuk meletakkan jawatan, tidak mempercayai beliau tentang bagaimana beliau mendapat 2.6 bilion Ringgit, mengkritik pinjaman yang diambil oleh 1MDB dan kerugian yang ditanggung olehnya.

22. Ini adalah hak saya sebagai seorang warganegara. Untuk menafi saya hak-hak ini adalah sesuatu yang tidak demokratik.

Tebus - Belum - Tebus - Belum.

Dipetik dari blog Din Turtle.

Arul - Dana Cayman Belum Tebus Sepenuhnya la .... Pulak Dah ! ? ?

Saturday, November 14, 20154comments


Ni satu lagi goreng dari Arul, kali ini mengenai Dana Cayman yang sebelum ini dah jadi aset kemudian jadi Unit .... rupa2nya MASIH BELUM DITEBUS SEPENUHNYA ! ???

..... Arul Kanda Kandasamy mengesahkan sejumlah RM4 bilion (AS$940 juta) dalam bentuk unit amanah yang dilaburkan dalam Brazen Sky Limited yang didaftarkan di Pulau Cayman masih belum ditebus.

Beliau berkata, pihaknya akan menebus unit tersebut dan dipindahkan ke International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi membayar hutang yang ditanggung 1MDB. - TMI.

Huh ? Mana satu daa ? Dah tebus ke belum ? Macamana benda semudah nak sahkan DAH TEBUS atau BELUM TEBUS pun boleh tersilap dan kesilapan itu pula terbiar berbulan2 lamanya ? Kemudian penerangan demi penerangan diberikan yang semuanya berubah2 fakta ...... APA CITER NI 1MDB  ? ?

Pendek kata, apa yang Najib kata dalam jawapan bertulisnya di Parlimen bulan Mac lalu adalah 100% PALSU !


Nilainya SALAH - Bukan USD1.103 bil tapi USD940 juta

Bentuknya SALAH - Bukan tunai tapi Unit

Lokasi SALAH - Bukan di Singapura tapi di Cayman

Fakta SALAH - Dikatakan sudah ditebus tapi rupanya BELUM tebus lagi

KESEMUA yang disebut oleh Najib itu adalah SALAH !

Alasan peraturan Bank Negara yang menyusahkan itu .....well, yang ini hanya Najib saja yang tahu dari mana datangnya. Maksud saya, kalau bendanya tak ada pun, bagaimana alasan itu boleh ada pulak ? Kecuali alasan itu sengaja direka !

Don't tell me PM kita mereka-reka jawapan Parlimen pula....

                               *****************

Bulan lepas semasa menjawab isu pendedahan minit mesyuarat ahli lembaga pengarah 1MDB, Arul dilaporkan berkata -

“What was unfortunately not made clear, was that the redemptions happened partly in cash and partly through the sale of fund units, with cash payment being deferred,” he said. - Thestar 10/10.


Cash deferred ni bermaksud -  Jual dulu, duit dapat kemudian ( tunai tertunda ) Bermakna, hak sudah dipindah milik cuma bayarannya settlekemudian.

Whatever lah .... agak teknikal kalau dipanjangkan. Apa yang penting adalah - APA CITER SEBENAR NI 1MDB  ? ? ? 



Saturday, November 14, 2015

Tiada Maaf Bagi Mu


Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir tidak akan minta maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Daripada bukti yang dikemukakan dan kenyataan beliau semalam, beliau yang gunakan wang tersebut, bukan saya. Jadi kenapa saya yang perlu minta maaf?
“Saya rasa persoalan itu (meminta maaf) tidak timbul untuk saya. Saya tidak minta maaflah. Saya nak minta maaf untuk apa?” katanya di sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi hari ini.
Semalam Jamil Khir memberi tempoh selama 24 jam kepada Akmal untuk meminta maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mengaitkan beliau dengan dakwaan salah guna wang yayasan kebajikan.
Saman hak Jamil
Sebelumnya Akmal mendakwa ada menteri menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah.
Kata Akmal lagi, Jamil sendiri tidak menafikan bukti dan dokumen yang dikemukakan sebelum ini, malah mengesahkan bahawa beliau sememangnya ke AS.
“Malangnya, beliau (Jamil) tidak menafikan kebenaran bukti atau dokumen yang saya kemukakan sebelum ini dan beliau tidak menjawab persoalan pokok, iaitu sama ada wang Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin digunakann untuk lawatan beliau ke AS,” katanya.
Akmal juga berkata, Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berhak untuk menyamannya selepas tempoh 24 yang diberikan berakhir.
“(Saman) itu hak beliau. Saya dedahkan untuk membela pencarum-pencarum Yapeim (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia). Mereka mencarum mungkin RM5, RM10 sebulan,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Akmal mendakwa lawatan Jamil ke AS bagi menghadiri Simposium Perkahwinan dan Kekeluargaan itu hanya melibatkan majlis penutupan.
Bagaimanapun Akmal mendakwa kos yang digunakan Jamil bersama isterinya menggunakan wang Yapeim turut membiayai aktiviti bermain golf dan lawatan ke pusat membeli-belah sebanyak empat hari.
Akmal juga menambah, kos penganjuran program yang diluluskan Yapeim adalah RM590,000 iaitu lebih tinggi daripada anggaran awal didedahkan sebelum ini, RM410,978.56 bagi penglibatan 100 orang.

7 Atau Lebih Atau Hanya 3 Orang?


Semalam Kunan kata,

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku  Mansor hari ini menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin Umno sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.

Beliau yang ditemui pemberita selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi Tahun 2015 di sini berkata, mesyuarat mengenai perkara itu sudah diadakan.

"Siapa kata tujuh? Mungkin lebih...saya tidak tahu," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan siasatan terhadap tujuh pemimpin Umno yang didakwa mengkritik parti secara terbuka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sekretariat kumpul bukti 7 ahli langgar disiplin]

Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata tujuh pemimpin Umno sedang disiasat  berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Diminta mengulas lanjut mengenai jumlah pemimpin Umno yang disiasat pada masa ini beliau menjawab: "Dulu saya cakap tujuh, barangkali lebih. Saya tak tahu. Tunggu sajalah."

Laporan media sebelum ini turut menyebut jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden Umno sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin Umno. - Bernama

Bukan senang sebenarnya nak gantung atau pecat keahlian parti jika tidak benar benar melakukan kesalahan yang membenarkan tindakan diambil.

Sehingga berita ini dikeluarkan pun seakan belum ada keputusan muktamad dipihak ibu pejabat UMNO. Menurut sumber dalaman, pihak Ibu pejabat sendiri berbelah bagi untuk mengambil tindakan drastik. Pihak ibu pejabat diberitakan lebih mengutamakan keutuhan dan perpaduan parti. Apakah menggantung atau memecat akan menambah kekuatan parti? tanya sumber berkenaan.

Dikhabarkan juga ada tangan hitam yang sedang serius memainkan peranan agar Mahathir dipecat dan Muhyiddin digantung. Pemecatan Mahathir akan menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk hadir waima sebagai pemerhati dan jemputan sekaligus menafikan 'aura' yang mungkin bangkit dengan kahadiran negarawan tersebut didalam PAU yang akan berlangsung DIsember depan.

Menggantung Muhyiddin perlu bagi menafikan hak beliau untuk merasmikan sayap. Kesalahan besar Muhyiddin apabila beliau berjaya membawa haluan perwakilan sayap dan majoriti perwakilan PAU untuk mempertahankan AKTA Hasutan tahun lalu. Ini kesalahan Muhyiddin yang memaksa Najib 'menuruti kehendak' Muhyiddin apabila majoriti perwakilan dan ahli UMNO bangkit bersatu mempertahankan AKTA Hasutan. Tambah sumber tersebut.

Membenarkan Muhyiddin merasmikan sayap hanya akan 'mengeruh dan menyempit ruang' Najib untuk melangkah. Ini bahaya dan tidak akan dibenarkan. 

Katanya yang seakan pasti akan diambil tindakan hanya Tun M, Muhyiddin dan Midah. Yang lain masih lagi berstatus reserved.

Mungkin ke?