siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Friday, March 27, 2015

1MDB lagi

1MDB - Masuk Akalkah Bersusah Payah Pinjam RM2 Bil Sedangkan Kita Ada RM4 Bil Di Singapura ?

Friday, March 27, 20150 comments

Semalam saya komen kenyataan kerajaan mengenai Tanjong PLC yang telah bersusah payah membantu 1MDB mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM2 Bil bagi melunaskan hutang yang tertangguh beberapa kali. 

Rakyat Malaysia berTERIMAKASIH sangat2 kepada Tanjong yang telah berusaha membantu 1MDB. Mungkin Tanjong sendiri takde duit sebanyak itu untuk dipinjamkan kepada 1MDB atau mungkin kerana mahu mengelakkan kontroversi kalau guna duit sendiri, maka Tanjung pula yang carikan pemberi pinjam lain untuk meraih RM2 bil itu.

Kenapa 1MDB tidak cari sendiri ? 

Adakah ini satu soalan bodoh ? Mungkin juga .... bagi pro 1MDB, pastinya akan anggap soalan itu satu soalan bodoh, makanya mereka langsung tidak bertanya kenapa perlu 1MDB gunakan khidmat Tanjong untuk dapatkan RM2 bil itu.

Tanjong tolong free jer, takde sebarang syarat atau upah apapun. Mulianya hati bos Tanjong, kan .....

Satu lagi soalan bodoh yang tidak mungkin akan ditanya oleh pro 1MDB adalah - Kenapa tidak gunakan duit yang ada di BSI Bank Limited Singapore ? Bukankah 'kita' ada USD1.103 bil atau (x3.65) bersamaan RM4.025 bil di sana ?

Ya, kita diberitahu wang itu sengaja disimpan dalam USD di luarnegara kerana mahu digunakan buat bayar pinjaman luar yang menggunakan USD, selain dari peraturan Bank Negara yang menyusahkan. 

TAPI, RM2 bil hanya SETENGAH saja dari jumlah yang ada di Singapura. Kenapa tidak bayar hutang RM2 bil itu menggunakan SETENGAH dari duit 'kita' yang disimpan di Singapura itu ? Masih ada baki RM2 bil lagi yang boleh digunakan buat bayar pinjaman luar itu.

Tak ke pelik ...... kita buat pinjaman kemudian kita simpan sebahagian besar duit yang kita ada untuk bayar ansuran pinjaman itu ? Tujuan kita pinjam adalah untuk beranakkan duit itu ( melabur ) bukannya untuk disimpan dalam simpanan tetap bagi tujuan bayar ansuran ! 

Tak boleh usik walaupun ada hutang lain yang dah tertunggak beberapa kali.

Tak boleh usik walaupun terpaksa mengemis dengan pihak lain untuk bayar hutang RM2 bil itu...

Tak boleh usik walaupun terpaksa berdepan dengan reputasi buruk baik kepada 1MDB mahupun kerajaan akibat kegagalan bayar hutang RM2 bil ikut tempoh asal.....

Tak boleh usik walaupun terpaksa minta bantuan pihak Tanjong untuk dapatkan pinjaman lain untuk bayar RM2 bil 

Tak boleh usik walaupun terpaksa bayar interest baru ( yang berapa % pula dan dengan siapa entah ) untuk dapatkan RM2 bil itu

MASUK AKAL KAH ?

Hanya kerana tidak mahu usik SETENGAH saja dari dana yang ada di Singapura, kerajaan dan 1MDB sanggup berdepan semua masalah itu ?


Lainlah kalau dana itu sebenarnya ........

PS- Tapi pro 1MDB tidak kisah pun, bagi mereka semua itu persoalan bodoh yang tidak perlu ditanya. 

Friday, March 13, 2015

Tipuan 1MDB

Dipetik dari blog Din Turtle.

1MDB - RM950 Juta Lah BUKAN RM970 Juta. Jangan Fitnah !

Thursday, March 12, 20150 comments


BH 29 Okt 2014
                     *************************************************************

   
        *********************************************************************
1MDB
                   **************************************

 Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat. Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam - Muhyiddin Yassin 6 Mac 2015

          ******************************************
1MDB kukuh laksana kemudahan RM950 juta

                           *******************************************************
Menjawab soalan tambahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) mengenai suntikan dana baharu oleh kerajaan kepada 1MDB, Ahmad Husni berkata suntikan dana sebagai 'kredit siap sedia' diberikan berjumlah RM950 juta, dan bukannya RM970 juta seperti yang didakwa pembangkang.- Sinar 12 Mac 2015



                                   ***************************************************
Mkini




Friday, March 6, 2015

Apa Nak Jadi

Dipetik dari blog Dato Kadir Jasin

Bahaya Apabila PM Hilang Jalan Cerita


A Kadir Jasin

PEMBAHAS “berasiam” dalam komen kepada tampalan bertajuk “A Cabinet Snub For 1MDB?” antara lain, berkata:

“Nampaknya telah disebut secara jelas siapa yang membiayai pengajian anak-anak almarhumTun Abdul Razak. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan bahawa arwah Tan Sri Mohamed Noah (Beirut) sebagai datuk (sebelah ibu) kepada merekalah yang menanggung semuanya. Disebut juga kaitannya dengan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Genting.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Beliau menambah: “....telah beberapa kali juga jasa baik DAKJ dipohon untuk mengulas mengenai yayasan berkenaan sebelum isu pewarisan ini menjadi hangat. Sebagai orang lama yang terlibat dalam kewartawanan DAKJ pasti mempunyai maklumat lebih banyak mengenai yayasan berkenaan. Dedah fakta takkan nak kena saman kot. Kalau saman pun gerenti yang kena saman tidak kalah. Boleh kan.”

Terima kasih. Selain “berasiam”, beberapa orang pembahas lain turut menyebut mengenai (Tan Sri) Mohamad Noah Omar. Sebagai jawapan, sila  
pertimbangkan hujah dan fakta berikut:

1. Siapa yang membiayai pendidikan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak bukanlah isunya. Tidak ada siapa pun yang bertanya atau mempersoalkan pembiayaan pendidikan Mohd Najib.

2. Yang menjadi isu dan pertikaian ialah dakwaan mengenai gaya hidup mewah yang dipamerkan oleh Mohd Najib, isterinya (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor dan anak tirinya, Riza Abdul Aziz – anak Rosmah dengan suami pertamanya.

3. Turut dipersoalkan adalah hubungan mereka bertiga dengan orang misteri Jho Taek Low dan dakwaan hubungan sulit Jho Low dengan 1Malaysia Development Berhad seperti yang dilaporkan oleh akhbar New York Times pada 8 Feb lalu.

4. Antara lain, NYT memetik seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebagai berkata  “…neither any money spent on travel, nor any jewellery purchases, nor the alleged contents of any safes are unusual for a person of the prime minister’s position, responsibilities and legacy family assets.” (“…sama ada mana-mana wang yang digunakan untuk perjalanan atau barang kemas, atau dakwaan kandungan mana-mana peti besi adalah bukan luar biasa bagi mana-mana orang yang sama kedudukan dengan perdana menteri, tanggungjawab dan harta peninggalan keluarga.” 

5. Media massa bebas dan atas talian terperanjat dengan kenyataan itu yang seolah-olah memberi gambaran bahawa bapa beliau, Allahyarham (Tun) Abdul Razak Hussein meninggalkan harta pusaka yang banyak.

6. Empat orang adik beradik Mohd Najib - (Datuk) Johari, (Datuk) Nizam, (Datuk) Nazim and (Datuk Seri) Nazir -mengeluarkan kenyataan pada 24 Feb menyesali hujah Pejabat Perdana Menteri itu. Mereka berkata: “Kami amat bimbang yang beberapa berita dan tampalan sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan spekulasi mengenai bentuk dan jumlah harta yang ayahanda kami, Tun Abdul Razak, tinggalkan.

"Kami ingin menyatakan secara bertulis bahawa Tun Abdul Razak adalah seorang yang sangat berprinsip dan dikenali oleh semua orang yang akrab dengan beliau sebagai sangat berjimat cermat dan berintegriti tinggi, dan sebarang kenyataan atau kesimpulan yang bercanggah dengannya adalah bohong dan menyeleweng daripada memori, sumbangan beliau serta pengorbanan beliau kepada negara.

“Kami mengutuk sesiapa saja yang menodai memori beliau biar apa sekali pun motifnya.”

7. Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu telah menyebabkan sesetengah pihak, khususnya yang tidak mengenali Abdul Razak, mempersoalkan integriti beliau sebagai Perdana Menteri yang telus dan bebas rasuah.

8. Lima hari kemudian, pada 1 Mac, Berita Harian dan Utusan Malaysia sekonyong-konyong menyiarkan kenyataan Mohd Najib memuji sifat jimat-cermat dan integriti bapanya.

9. Sebelum itu boleh dikatakan semua anggota media arus perdana membakulsampahkan kenyataan empat adik-beradik Mohd Najib mengenai hal yang sama. Hanya media bebas dan media atas talian saja memberikan ruang kepada mereka.

10. Kata Mohd Najib, bapanya tidak pernah terlibat dengan amalan rasuah sama ada dalam politik atau ketika dalam perkhidmatan awam. Utusan juga melaporkan yang Mohamad Noah membiayai pendidikan Mohd Najib adik-beradik.

11. Malangnya, apabila nama Mohamad Noah diseret ke dalam isu harta pusaka peninggalan yang didakwa memanfaatkan Mohd Najib maka timbullah pula persoalan mengenai siapa Mohamad Noah dan apakah punca kekayaan beliau.

12. Orang yang mengenali Mohamad Noah, yang nama jolokannya Noah Beirut, akan mengingati beliau sebagai bapa kepada dua wanita yang mengahwini dua Perdana Menteri Malaysia – (Tun) Rahah mengahwini Abdul Razak dan Allahyarhamah (Tun) Suhaila mengahwini Allahyarham (Tun) Hussein Onn.

13. Dalam dunia politik, beliau diingati sebagai antara pengasas Umno dan Speaker Dewan Rakyat.

14. Tetapi pembabitan dalam perniagaanlah yang menjadikan beliau istimewa dan kontroversial. Beliau adalah rakan kongsi “Raja Judi” Malaysia, mendiang (Tan Sri) Lim Goh Tong. Mohamad Noah dan Lim mengasaskan projek kasino tunggal Malaysia di Genting Highlands pada tahun 1965.

Tiga Sahabat: Tunku Abdul Rahman, Noad dan Lim
15. Lim, dalam memoirnya “My Story” antara lain, berkata: “On April 27, 1965, Tan Sri Haji Mohd Noah and I set up a private company called Genting Highlands Sdn Berhad. Between the years 1965 and 1970, we made applications to the Pahang and Selangor Governments for 4,940 hectares and 1,110 hectares of freehold land respectively.” (Pada 27 April 1965, Tan Sri Haji Mohd Noah dan saya menubuhkan syarikat persendirian bernama Genting Highlands Sdn Bhd. Antara tahun 1965 dan 1970 kami memohon kepada kerajaan Pahang dan Selangor bagi mendapatkan masing-masing 4,940 hektar dan 1,110 hektar tanah pegangan bebas.)

16. Masalahnya, adakah perlu Mohd Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal Mohamad Noah membiayai pendidikan cucu-cucunya kerana tidak dapat tidak orang yang mengetahui latar belakang Mohamad Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?

17. Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Mohd Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat orang putih yang dicamkan sebagai Paul Stadlen.


18. Sejak akhir-akhir ini Stadlen menjadi bahan berita sensasi media atas talian kerana gaya hidupnya. Yang berminat boleh baca di sini.

19. Apakah semua ini ciri-ciri sokong membawa rebah dan harapkan pagar, pagar makan padi atau, lebih teruk daripada itu ia berupa petanda bahawa Perdana Menteri sedang kehilangan jalan cerita (plot)?

Wallahuaklam.