siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Friday, December 26, 2014

Nab oh najib

Dipetik dari blog Din Turtle.

Isu ahjibgor Main Golf - TERBAIK Kata Penyokongnya 

Friday, December 26, 20142comments

Memang panas berita ahjibgor main golf ngan Obama di Hawaii ketika rakyat yang beliau pimpin berdepan masalah banjir di tanahair. 

Paling menarik adalah reaksi pro ahjibgor yang bersungguh2 mempertahankan hak ahjibgor untuk bercuti sambil bermain golf. Bermacam2 alasan yang mereka kemukakan bagi pihak ahjibgor. KONON ahjibgor bekerja sebenarnya, KONON susah nak dapatkan temujanji bersama Obama maka ahjibgor harus meninggalkan rakyat dengan berat hati, KONON ahjibgor penat bekerja dan perlu rehat bla bla bla ...... dan kita tak perlu bising2 lagi dah dan hanya tumpu pada usaha menyelamat.

Well, tumpuan saya tetap pada usaha menyelamat walaupun saya tetap nak bergossip tentang ahjibgor. No Problem. 

.

Kelakar pun ada .... sebab sebenarnya semua orang terkejut dengan pendedahan oleh Washington Post itu termasuk penyokong2 ahjibgor yang entah dari mana mereka dapat tahu segala info2 bagi mempertahankan ahjibgor bercuti dan bermain golf itu. Maksud saya semua yang KONON2 di atas tu .....

Bagi saya, apapun alasannya, tempat seorang PM adalah bersama rakyat jika bencana melanda negara. 


Saya tak tahulah berapa ramai yang sanggup telan alasan2 yang pro ahjibgor berikan itu, tapi yang saya tahu ramai yang mempersendakan perkara ini. Jadi bahan lawak rakyat ..... macam kes kangkung dulu.

Kenapa ek, ahjibgor ni sering menimbulkan masalah buat penyokong2nya ?  Jadi satu kerja tambahan pula duk mempertahankan tindakan dan kenyataan beliau. 

Oya, Rosmah ikut sekali kan ? Rosmah pun nak bercuti juga, ek ? Kalau ahjibgor dipadang golf, Rosmah buat apa ? Saya harap jangan lah pulak ada cerita lain mengenai mereka di Hawaii atau mana tempat lain dalam siri holiday vacation mereka. Entah apa pulak KONON2 yang terpaksa direka nanti ....


Soooo ..... apakah ahjibgor dalam perjalanan pulang atau masih mahu meneruskan cuti panjangnya hingga habis ?

Takkan ahjibgor tak sedar langsung yang ceritanya bermain golf itu menjadi satu isu hangat di tanahair ? ATAU ahjibgor perasan rakyat menyokong penuh ?

Sebab itu saya tetap nak tulis juga mengenai benda2 ni ..... kalau tidak, SIAPA LAGI yang nak tegur ? Buat penyokong2 ahjibgor, beliau MAKSUM, tak pernah buat salah. 

Contohnya dalam isu Akta Hasutan ...... kalau ikutkan penyokongnya, dah lama terkubur Akta Hasutan ! Tidak akan ada suara bantahan atau teguran terhadap ahjibgor daripada para penyokongnya .... percayalah. Semuanya A OK !

Jadi biarlah saya dan beberapa rakan blogger ( yang boleh dikira dengan jari je ) yang terus buat teguran walaupun saya sedar akan menerima kritikan dan serangan dari penyokong ahjibgor. 

Oya, ternyata BENAR apa yang saya katakan minggu lepas, ek. Yang ahjibgor bersama isteri mahu pergi bercuti panjang ke US. Tujuan saya tulis SEBELUM mereka berangkat adalah supaya mesej itu dapat disampaikan dan trip itu ditunda.... supaya benda2 macam ni dapat dielakkan. Biarlah orang nak tuduh saya fitnah ke apa ke .... saya nak selamatkan imej ahjibgor !

Pandai pulak tu pergi senyap2 ........ Kalau tak sebab pendedahan Washington Post, 1Malaysia pun tak tahu yang PM dan isteri sedang bercuti ! 


oya, hari ni panjang pulak mesej dari beliau mengenai masalah banjir. Kalau tak tersebar cerita main golf itu, mungkin setakat mesej twitter je kot.

Rasa bersalah la tu ..... hehehehe . 

Akhir kata - Tempat pemimpin adalah bersama rakyat ketika bencana melanda.  So simple and mudah, itu pun payah nak faham. 

Denyut nadi rakyat ..... hahahahahaha .......

Solidariti ...... hahahahahahahaha .....

Tuesday, December 23, 2014

Tanah Melayu tergadai di TRX?

Dipetik dari Blog Din Turtle.

70 ekar Tanah TRX 1MDB Di Kuala Lumpur Pun Bakal Tergadai ?

Tuesday, December 23, 20143comments


HEBAT ! Itulah reaksi saya bila melihat gambar projek TRX di bawah 1MDB selepas siap kelak. Satu lagi hub perdagangan utama di tanah seluas 70 ekar tidak jauh dari KLCC.

Satu lagi kebanggaan negara dalam pembikinan.



Terimakasih kepada Abu Dhabi yang menjadi pelabur utama - Abu Dhabi is moving ahead to provide the required capital for the multi-billion ringgit Tun Razak Exchange (TRX) development, making it the first major multinational anchor investor for Malaysia’s new growth nucleus with billions of major infrastructure works expected to be awarded starting as early as end March 2013. 1MDB will remain as the master developer of the TRX project.

Antara pelabur lain yang turut aktif dalam TRX adalah Lend Lease dari Australia yang akan membangunkan 17 ekar bagi konsep Lifestyle Quarter di TRX - sebuah kawasan pembangunan bercampur berasaskan peruncitanl seluas 6.8 hektar (17 ekar) merangkumi sebuah hotel, tiga menara kediaman dan sebuah pusat beli belah baharu yang dihubungkan terus dengan tempat letak kereta bertingkat TRX serta terletak berdekatan stesen MRT. 

Pembangunan ‘Lifestyle Quarter’ ini dijangka menarik hingga AS$1 bilion (RM3.2 bilion) dalam bentuk pelaburan langsung asing ke Malaysia. Lend Lease akan menjadi pemegang saham utama dalam usahasama itu, manakala 1MDB RE akan memiliki saham yang signifikan. 


Teringat saya akan satu lagi projek mega di kawasan berhampiran iaitu projek BBCC di bawah UDA yang sebelum ini berdepan dengan masalah ' Hak Bumiputera' sehingga ditegur oleh Kementerian Kewangan.


Libatkan syarikat Bumiputera ! Pastikan Hak Bumiptera terjaga !

Kebetulan semalam saya siarkan artikel mengenai pemilikan Melayu dalam hartanah komersil di Kuala Lumpur di mana hanya 21.9% saja dimiliki oleh Melayu dan kalau dikira hak secara persendirian, ia cuma 1% saja. Makanya gesaan dari MPM supaya tanah2 milik kerajaan yang masih berbaki di Kuala Lumpur dijadikan tanah rezab Melayu secepat mungkin sebelum semuanya habis tergadai.

Jadi saya tertanya2 ...... apakah projek pembangunan TRX tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan yang antara lain akan memastikan penglibatan Bumiputera sepertimana projek BBCC ? 


Saya rasa tidak ..... ( mungkin saya salah ) kerana 1MDB walaupun dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan tapi ia merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang bebas. Menurut Pengarahnya Tan Sri Lodin -

“Oleh kerana 1MDB tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan, justeru itu tidak benar dakwaan bahawa syarikat melabur, atau lebih teruk, membazir, wang rakyat negara ini,” ( kecuali RM1juta dari kerajaan dalam bentuk ekuiti semasa penubuhannya ) - Mkini.

Apapun saya harap Kementerian Kewangan tetap memantau TRX dengan syarat2 sama sepertimana BBCC. Walaupun dana untuk membangunkan TRX kesemuanya adalah hutang, perlu diingat yang bakal dimajukan itu adalah di atas Tanah Melayu.

Ada yang kata - apa pulak, kan 1MDB dah beli dari kerajaan ... jadi sekarang ia milik bebas 1MDB. Terpulang pada 1MDB nak buat apapunBerbeza ngan UDA yang diberi tanah secara percuma.

Berapa harga yang 1MDB bayar kepada kerajaan untuk tanah 70 ekar itu ? 

Dari KiniBiz 22/4/2014 - The land value grew mainly on the back of a revaluation of 1MDB land in the Tun Razak Exchange area and the Sungai Besi area to RM2.74 billion from RM569.9 million previously. This in turn contributed to the significant increase in profit recorded by the group as of end March 2013.

Kalau harganya terlalu murah dari harga pasaran, apa bezanya 1MDB dengan UDA ?

Lagipun bukankah 1MDB milik penuh Kementerian Kewangan ? 

Maka sewajarnya sebarang projek 1MDB termasuk TRX ini wajar mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Tanah bebas semakin kurang di Kuala Lumpur dan menjadi kewajipan kerajaan untuk tidak terus menggadai baki yang ada kepada bangsa lain ..... walaupun nilainya berbillion2 RM.

Tanah2 lain tergadai pun sebelum ini, semuanya kerana RM juga. Bermula dari sekarang, kerajaan kena tegas !

Pemimpin Melayu, Pegawai2 kerajaan pun Melayu .... tapi kenapa Tanah Melayu makin terhakis ?

Friday, December 19, 2014

nampak

dipetik dari blog Din Turtle.

1MDB - Mat Maslan Minta 1MDB Tampil Jelaskan

Thursday, December 18, 20140 comments

Akhirnya baru ada COMMON SENSE !

“Mereka patut menerangkan dengan jelas isu yang dibangkitkan oleh orang awam. Saya hanya jawab isu di Parlimen. Di luar Parlimen, mereka yang patut jawab,” kata Mat Maslan - Mkini.

"Mereka hanya merekodkan kerugian tahun lepas. Saya pasti syarikat tersebut tiada masalah besar kecuali persepsi negatif ekoran laporan polis oleh Khairuddin."  bla bla bla ....

Ada orang boleh yakin tanpa sebarang penjelasan, ada orang kalau penjelasan ala kadar pun boleh terima dan ada orang perlukan penjelasan lengkap baru boleh percaya. Apatah lagi jika isu itu diselubungi misteri ... dicampur pula dengan konsistensi kerajaan yang sentiasa tidak konsisten dalam soal ketelusan sejak akhir2 ini !

Kalau dari awal letakkan beban menjawab itu keatas tuan punya badan, kan senang... 

“Aset mereka dalam kedudukan baik, saya pasti mereka akan bangkit semula,” 


Bangkit semula ? Tak perlulah cakap lebih2, berbelit2 jadinya nanti. Minta 1MDB tampil berdepan dengan rakyat dan jelaskan sendiri .... cukup.

So .... mereka yang marah2 bila kita minta perkara yang sama, anda tak nak marah pada Datuk Mat Maslan ? 

TMI


Sunday, December 14, 2014

1mdb lagi

Dipetik dari blog Din Turtle.

1MDB - Ku Nan Suruh Khairuddin Tarik Balik Repot Polis ! ? ? Laaa.... Lagi Buat Rakyat Tertanya2 ....

Saturday, December 13, 20146comments



Anda dah baca artikel terbaru A Kadir Jasin mengenai 1MDB susulan report Polis Khairuddin semalam ? Kalau belum - KENA BACA ! - KLiK.

AKJ dakwa pihak 1MDB telah meminta lanjutan tempoh ke atas pinjaman tidak berbayar ( NPL Non Performing Loan ) dari 3 bulan kepada 6 bulan. Dan bos Bank Negara Tan Sri Zeti terpaksa akur bagi mengelakkan kesan buruk kepada sektor perbankan negara memandangkan hutang 1MDB yang terlalu besar.

Yang saya nak highlightkan adalah dakwaan AKJ yang ini -
...


On Dec 4, the company’s top-level delegation led by its Chairman, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin was said to have been grilled by (Tun) Dr Mahathir Mohamad. Others in the delegation were board member (Tan Sri) Ismee Ismail and Chief Operating Officer, Mohd Hazem Abdul Rahman. Ismee is also Executive Director and CEO of Tabung Haji.
Just over a week later, on Dec 10, the cabinet in its weekly meeting chaired by Deputy Prime Minister, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, also discuss the 1MDB issue. Mohd Najib was away on official visit to South Korea..
Sources said Dr Mahathir grilled the 1MDB team on the company’s modus operandi. He is said to be curious about the way the company funds its businesses, bearing in mind that it has a paid-up capital of only US$1 million (about RM3.4 million).
As of March this year, it has amassed assets worth RM51.4 billion and in the process piled up liabilities – mostly borrowings – totalling RM49.1 billion.
It registered a loss of RM665.3 million for the same period mainly due to staggering finance costs of RM2.4 billion compared with RM1.6 billion the previous financial year.


Tun Mahathir telah meminta penjelasan dari bos 1MDB pada 4 Disember, dan kalau anda perasan, artikel CheDet - Mesyuarat Agung UMNO, dimana Tun membangkitkan lagi isu 1MDB adalah pada keesokan harinya - 5 Disember.

Bermakna, Tun Mahathir tetap tidak berpuashati dengan penjelasan dari pihak 1MDB !


Oya, AKJ juga ada sebut nama orang kanan Najib, Jamaluddin Jarjis sebagai pihak yang telah menapis dan mengarahkan teks ucapan PAU baru ni. Hmmmmm ....patutlah JJ ada dalam gambar Majlis Penapisan tempoh hari !


Sejak akhir2 ini saya sering baca/dengar nama Jamaluddin Jarjis disebut2. Siapa sebenarnya JJ ni ek ? Apakah jawatan JJ dalam kabinet dan Umno ? Yang saya tahu JJ adalah Pengarah PR1MA je. Tapi nampaknya begitu BESAR pengaruh JJ, ek ... 

TERKINI pula  - Ku Nan Mahu Khairuddin Tarik Balik Laporan Polis Terhadap 1MDB ! 



 Apa nih ? Ku Nan takut apa dengan tuntutan penjelasan dari 1MDB ? Pihak 1MDB sendiri tak takut dan sanggup beri penjelasan kepada pihak Polis, kenapa Ku Nan suruh tarik balik pula ?

I tell you aaa ..... tindakan Ku Nan ini LEBIH menambahkan tandatanya rakyat terhadap 1MDB dan membuat rakyat LEBIH INGIN TAHU !

Duit 1MDB BUKAN duit Umno ! dan rakyat berhak tahu.

Saturday, December 13, 2014

laporan polis 1mdb

Dipetik dari bloh Din Turtle.

1MDB - Kabinet Pun Blur dan Laporan Polis

Friday, December 12, 20147comments



Hari ini terdapat 2 berita perkembangan menarik mengenai 1MDB - 

Pertama - Kabinet Membincangkan isu dan persoalan2 yang berkaitan dengan 1MDB. Kalau diikut laporan blogger APANAMA di SINI, rupanya pak2 Menteri kita pun semuanya blur tentang apakebendanya 1MDB ni !

Laa...... patutlah semuanya senyap. Habis tu KENAPA TAK TANYA MASA PAU baru ni ???

Kenapa Tuk Mat Maslan tak jawap bagi pihak 1MDB dalam mesyuarat kabinet tu ?  Ingat Tuk Mat pakar bab 1MDB .....

Dikatakan juga Najib berada di luar negara dan akan sambung dengan cuti panjang selepas itu. Hehehehe ..... Orang tanya lah masa Najib ada ! Hadooooooi ....

YANG TERBARU pula adalah berita seorang pemimpin Umno dari bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah tampil membuat laporan Polis tentang 1MDB !



Nah, pemimpin Umno sendiri yang lapur Polis ! Dari APANAMA juga, laporan itu menggesa pihak berkuasa menyiasat persoalan2 berikut berkaitan 1MDB -
  • The procedures 1MDB follows in raising funds from overseas and in disbursing its funds
  • The question of 1MDB paying interest at rates higher than the market rate
  • The question of 1MDB paying fees to Goldman Sachs International that are considered exorbitant
  • The less-than-transparent parking of funds overseas, specifically in the Cayman Islands
  • Petaling Jaya Utara MP Tony Pua’s statement that the Finance Ministry had issued a letter of support to guarantee 1MDB’s loans and Deputy Finance Minister Ahmad Maslan’s subsequent assertion that no such letter had been issued
  • The workings of 1MDB subsidiaries, 1MDB Global Investments Ltd and 1MDB Energy Ltd
  • The purchase of energy assets from Powertek Energy and Sanyen Power Sdn Bhd at prices higher than the market price
  • The purchase of 234 acres of land in Air Itam at RM1.38 billion, which will be hard to recover from the proposed housing projects
  • The US$1.2 billion investment in PetroSaudi International Ltd, which was done without transparency
  • The purchase of land from Tadman Resources Bhd in Pulau Indah for RM317 million
  • The purchase, at a premium price, of the site for the Tun Razak Exchange project.
Paling menarik adalah komen Khairuddin yang tidak takut kepada sebarang tindakan terhadap dirinya ekoran laporan Polis yang dibuatnya kerana katanya, dia buat report ke atas sebuah syarikat perniagaan bukannya ke atas Umno !

YES ! Itulah yang selama ini kita duk sebut2 tentang 1MDB pun. Bukannya kita hentam Umno tapi kenapa sesetengah orang Umno pulak yang sensitif ?

Kalaulah pemimpin2 Umno dari awal lagi menjuarai isu2 seumpama ini, tidaklah Umno sering dikaitkan dengan persepsi2 negatif yang berkaitan. Kita BERTANYA dan meMINTA PENJELASAN bukannya mengkritik.

Kalau penjelasannya tidak jelas, maka kenalah tanya lagi sampai jelas ! 

Takkan tak belajar2 lagi dari kes2 sebelum ini, contohnya kes NFC ?  Umno kena pandai bezakan mana satu isu yang melibatkan pemimpin dan yang mana melibatkan parti. Jangan diheret nama Umno sama dalam kes2 yang tidak berkaitan walaupun ia melibatkan nama pemimpin2 parti.

Jadi sekarang kita tunggulah perkembangangan 1MDB yang semakin menarik. 

PS - Baca juga astroawani - KLiK

Thursday, December 11, 2014

3 tahun lagi?

Dipetik dari Blog Din turtle.

Rais Minta Beri Ahjibgor Peluang 3 Tahun Lagi .... Anda ?

Thursday, December 11, 20140 comments


.
“Kita harus beri peluang kepada perdana menteri untuk teruskan tugasan beliau dan juga mandat beliau. Mandat beliau masih ada tiga tahun lagi (sebelum pilihan raya umum),"

3 hari tak update perkembangan politik buat saya agak terpinga dengan kenyataan Rais Yatim ni. 

“Kalau Tun (Mahathir) dah sebut itu, sudah tentu kita nak tunggu siapa yang dimaksudkannya. Jadi kita tidak harus begitu cepat kata mengata bagi peringkat ini,” - Mkini


Rupanya Rais beri respon pada wawancara Tun Mahathir yang disiarkan oleh Sinar 3 hari lepas.

Yang lain tak nak beri respon ? Seronok tengok pemimpin2 begitu cepat tampil mempertahankan ahjibgor. Bagus ! Respon pantas begitu yang kita nak. Tapi kenapa pertanyaan Tun yang lain terutamanya mengenai isu 1MDB tidak mengundang respon yang sama pantas ? Berpilih juga , ek ....

Balik pada respon Rais, ada ke Tun sebut yang ahjibgor perlu digantikan sehingga begitu sekali Rais back-up bosnya ? Kalau tak silap saya, Tun cuma kata yang ramai lagi pemimpin dalam Umno layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Tun Mahathir cuma menjawab pertanyaan yang sering dilemparkan oleh pro ahjibgor - Siapa yang layak ganti ahjibgor ?

Jawapan Tun - RAMAI YANG LAYAK !

Ok, ok .... maksudnya mungkin sama jer, iaitu ahjibgor kena digantikan. 

Saya percaya reaksi awal saya kepada jawapan Rais itu turut dikongsi ramai rakan2 iaitu, Kalau tunggu tiga tahun lagi maknanya kalah lah Umno/BN. Ahjibgor sudah diberi peluang dan beliau gagal.

Dan tidak nampak pun tanda2 yang ahjibgor mahu ubah caranya. Sebab itu soalan yang sering saya tanyakan - Kalau keadaan tidak berubah, apakah Umno mampu menang lagi PRU14 ?

Ramai yang setuju - TIDAK ! Takpun mereka akan jawab, Umno masih mampu menang tapi bilangan kelebihan kerusi semakin kecil. Hmmmm .... Sama juga kan ? Tidakkah itu juga menunjukkan yang ahjibgor gagal ?

Saya rasa anda juga sering menerima pandangan dari pro ahjibgor yang beliau sebenarnya OK tapi yang jadi masalah adalah para penasihat yang sentiasa mengekor beliau. Para penasihat inilah yang menjadi dalang dalam pelbagai masalah yang menimpa.

Jika benarlah itu keadaannya, maka saya terpaksa terima yang pandangan Tun Mahathir tidak tepat. Bukan ramai yang layak ganti ahjibgor tapi SIAPAPUN layak ganti ahjibgor kalau setakat menjadi PM pak turut ..... Ada orang kata ahjibgor macam kena mandrem jer. 

Dan ada juga yang lebih spesifik dalam memperkatakan soal para penasihat itu. Tak ramai pun..... cuma DUA ORANG jer.

Hehehehe .... saya tak akan sebut siapa yang didakwa sebagai punahsihat itu sebab tidak ada bukti. Cuma cakap2 orang jer ..... Mereka kata, kalau dapat buang salah sorang pun dah kira OK.....

Well .... pandangan saya tetap sama, apa jenis PM yang boleh tak nampak apa sebenarnya yang berlaku di bawah ? Yang tidak mampu berfikir sendiri dan bertanggungjawab atas apajua yang berlaku selaku seorang ketua ?

APAPUN ..... jawab isu 1MDB !
  
PS - Menarik artikel tuan Syed OSTB - KLiK

Saturday, December 6, 2014

Saman

Dipetik dari blog Din Turtle.

Tun Mahathir Tak Pernah Saman Pengkritik .... hehehe

Saturday, December 6, 20145comments

Tak reti nak gelak atau nak nangis bila baca ayat Tun Mahathir ni -

"Pada masa dulu, saya tidak pergi ke mahkamah. Saya hanya jawab (kritikan).

"Jika tindakan saya betul, apa yang nak ditakutkan? Orang akan percaya (jika tindakan itu betul),”
Mkini.




Itu zaman Tun..... zaman sebelum adanya media sosial... kan ? Zaman internet sekarang lain, fitnah mudah dan cepat disebarkan.... kan ?

Okaylah kalau bab fitnah tu, sesiapa pun kalau dah tak tahan, mereka berhak untuk saman bagi pertahankan diri.

“Bagaimanapun, sebagai ahli politik, diserang, dikritik, difitnah oleh orang itu perkara biasa.

"Bagi saya, tidak perlu pergi ke mahkamah tetapi bagi perdana menteri, mungkin berguna bagi dirinya,” kata Mahathir
.


Mungkin berguna bagi dirinya .....  hehehe .. 

Saman pun saman lah tapi mohon segala persoalan tetap jawab ya.. terutama tentang 1mdb. 

"Jika tindakan saya betul, apa yang nak ditakutkan?
 



Monday, December 1, 2014

rahsia pau 2014 yang disembunyikan

dipetik dari blog Din Turtle.

WISDOM YANG TIDAK DI HIDU?

01. Mengapa Tun Dr Mahathir Tidak Di Beri Peluang Memberikan Usul ?

02. Adakah Ada Perkara Yang Baru Di Bincangkan Dalam PAU14 ?

03. Isu-Isu Yg Di Bangkitkan Sudah Lama Kita Maklum, Faham dan Tahu. It Is An Open Secret !

04. Ianya Sering Menjadi Tinta Sejarah Apabila Pemimpin Kita Kekal Tidak Mahu Mengakuinya dan Berbincang Secara Ikhlas Bersama Orang Melayu Semasa Bersidang Bersama Perwakilan.

05. Contoh Terbaik Ialah MECD dan ISA. Kedua-duanya Ini Merosakkan dan Merugikan Orang Melayu. Ianya Di Mansuhkan Oleh Pemimpin UMNO Tanpa Berbincang Di Dalam Mana-Mana PAU.

06. Maka, Mengekalkan Akta Hasutan BUKAN Tindakan Pejuang ! Ianya Adalah Perkara WAJIB Bagi Menjaga Kepentingan Orang Melayu !

07. Tidak Mengambil Tindakan dan Meletakkan Beban Pelaksanaan Akta Hasutan Kepada Peguam Negara Merupakan Alasan Politik Paling Hina Kerana UMNO Ada Menteri Yang Menguruselia Ehwal Kehakiman dan Menteri Ini Melapor Kepada YAB PM Yang Juga Presiden UMNO.

08. Tiada Siapa Membawa Isu dan Cadangan Penambahbaikan Kepada UMNO Selangor Seperti Yang Di Tegur Oleh YABhg Tun Dr Mahathir.

09. Tiada Siapa Menghidu Wisdom Tun Dr Mahathir Yang Mahu Menyentuh KPI Ketua-Ketua UMNO Yang GAGAL Dalam PRU.

10. Keris 2314 Di Nobat Sebagai Senjata Baru ? Walhal Kita Tahu Pemimpin UMNO Itu Sendiri Hanya MAMPU Bertari Pencak dan Tiada Ilmu Menggunakan Keris Yang Selalu Di Sarung Kembali Apabila Di Tegur Oleh Bangsa Lain !!

11. Bilakah Keris UMNO dan Keris Yang Di Gunakan Pada Agensi Kerajaan Menikam Dengan Berbisa ?

12. Keris Ini GAGAL Menikam Pengkhianat dan Dalang Lahad Datu. Keris Ini Juga GAGAL Menikam Towkey Dadah, Towkey Judi Haram, Kongsi Gelap dan Pelacuran ! Keris Ini Juga GAGAL Menakutkan Tekong Pendatang Asing !! Malah Mungkin Demam Denggi Yang Di Bawa Oleh Nyamuk Aedes Juga Tidak Hairan Dengan Keris Ini. Apatah Cartel 'Ali Baba' Yang Menjadi Anai Anai Dalam UMNO Itu Sendiri!!

13. Ilmu Berpencak, Cuma Retorik Yang Boleh Mengkhayalkan Dengan Jeritan Pekik Lolong Dalam Bersilat. Ianya Menjadi Khayal Bila Di Palu Gendang Silat dan Serunai Nobat Keramat. Namun BILA PERTARUNGAN Itu Mahu Bermula ? Namun Yang Pentingnya Adakah Darah Musuh Dapat Di Jilat Pada Keris Yang Menikam Siapa ? Atau Seluruh Penonton Di Biarkan Membuang Masa ?

14. Salah PAS ? Salah PKR ? Salah DAP ? Salah MCA ? Salah MIC ? Salah GERAKAN ? Salah British ? Salah Melayu Sendiri Yang Terpukau Dengan Permainan Politik Katak Dalam Botol ?

15. Kalau Kita Belum Merdeka dan Belum Berkuasa Maka Boleh Kita Terima Bahawa Kita Berpolitik Bagai Katak Bawah Tempurung. Namun Kita BUKAN Di Aniaya Sesiapa. Kita Jelas Melihat Keadaan Sekeliling Melalui Botol Namun Kita Terpesona Kerana Kita Di Tahap Tolol.

16. Tiada Apa-Apa Yang Baru Dalam PAU. Usul-Usul Penting dan Kritikal Kerana Mempunyai Nilai Strategik Tidak Di Hidu Dengan Bijaksana Oleh Empunya Takhta.

17. Semua Yang Di Bawa Oleh Anwar Ibrahim Di Cerna Semula Dengan Gubahan Dendangan Halwa Telinga Baru Agar Melupakan Bau Tengik Melantung Yang Di Bicarakan Dari Hidung Tun Dr Mahathir.

18. Bau Busuk Di Kalangan Pembusuk Itu Menjadi Tegal Biasa Dan Menjadi Wangi Pula. Dan Bau Busuk Tengik Ini Mahu Di Nobatkan Sebagai Bauan Wangi Setanggi HARUM Agar Golongan Muda Bersama Sama Mengatakan Ianya Wangi Dengan DOKTRIN MEREMAJAKAN UMNO ?

19. Bau Kentut Itu Tetap Busuk Cuma Style dan Makanan Untuk Menghasilkan Kentut Itu Sahaja Yang Berbeza.

20. Di Masa Mendatang, Akan Berubah Peradaban Melayu Yang Tidak Pandai Bermain Keris Itu , Keris Tiada Di Gunakan Lagi Untuk Menikam Musuh. Cukup Dengan Retorik Pantun Seloka Gurindam Senda KETAWA . Maka Kentut Di Khalayak Ramai BUKAN Lagi Perkara Yang Kurang Sopan ? Ianya Kentut Wangi Keramat Yang HARUM Dan Wajar Di Beri Tepuk Sorak Hingga Berdiri Sekelian Hadirin.

Siapa Yang Bijak Dia Akan Menghidu.

Siapa Yang Sedar Dia Akan Terkedu.

Siapa Pula Yang Tertunduk Malu?

Kalau BUKAN Bangsa Melayu...


Idea Di Garap Dari Minda Zairi Guru Dalam SIDANG GAMIT.

( DT - Saya copy dari grupWatsup )