siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Saturday, July 25, 2015

sampai bila

Dipetik dari blog Din Turtle.

Mahu BN Tapi Tidak Mahu Najib Sebagai PM - Apakah Pilihan Yang Ada Buat Rakyat ?

Saturday, July 25, 201510comments

“Adalah penting bahawa media tidak dihukum kerana melaporkan apa yang tidak disenangi sesetengah pihak. Sesungguhnya kami tidak akan mengikuti beberapa negara lain dimana media diarah untuk apa yang boleh dicetak dan tidak,” kata Rafidah.- astroawani.

Rafidah juga kata tindakan itu hanya untuk alih isu/tumpuan rakyat dari masalah sedia ada dan ia tidak menghalang dari rakyat terus memperkatakannya. Lebih ramai rakyat akan kecewa dengan kerajaan.


Membaca komen Rafidah dalam isu 'menghukum' media buat saya terfikir akan satu senario tidak berapa lama yang akan datang, iaitu tatkala rakyat membuat pilihan kerajaan pada PRU14.

Bayangkan keadaan sekarang tidak berubah di mana -

1 - 1MDB masih mengelak untuk menjawab persoalan2 masa lalu mereka. Ya, mungkin 1MDB sudah berubah bentuk berbanding sekarang. Mungkin dah bungkus, mungkin dah bertukar jadi raksasa, hutang mungkin dah langsai, aset dan tanah mungkin dah habis dijual ... whateverlah TAPI persoalan mengenai transaksi2 meragukan masa lampau masih tidak berjawab.

2 - Najib masih tidak mahu buat pengakuan kepada rakyat apakah benar RM2.7 billion didepositkan ke akaun peribadinya

3 - Keluarga Najib masih tidak mahu jelaskan berapakah jumlah dan punca harta kekayaannya yang semua orang boleh nampak ianya jauh melebihi dari pendapatan beliau sebagai PM.

Ya, mungkin Najib berjaya tutup mulut pengkritik dari terus menyoal perkara2 di atas sehingga PRU14 tanpa memperdulikan perasaan kecewa rakyat. 


Sekarang pro Najib begitu teruja menyamakan usaha mahu menyingkirkan PM Najib sebagai ancaman kepada kerajaan dan negara. Rakyat berjaya ditakutkan dengan ancaman2 bakal dikenakan tindakan jika terus menyoal isu2 di atas .... dan hasilnya, Najib berjaya kekal sebagai PM dan mengetuai jentera BN menghadapi PRU14. 

Rakyat ramai yang tidak puashati dengan Najib sebagai PM dan terus memendam rasa. 

PERSOALANnya, apakah isu2 di atas akan menjadi perkiraan kepada pengundi dalam membuat pilihan di atas kertas undi kelak ?



Bagaimana kalau perkiraan PRU14 nanti adalah Undi BN = Undi PM Najib ? Atau Najib yang menjadi topik kempen utama PRU nanti, jika mahu Najib terus sebagai PM maka undilah BN ?


Agak2 bagaimanakah keputusan PRU14 nanti ?

Bagaimana pendirian rakyat yang memendam perasaan tidak puashati terhadap Najib, ketika memangkah kertas undi kelak ? 

Mereka yang sebelum ini undi BN mungkin tidak akan alih kepada pembangkang tapi adalah menjadi hak mereka untuk protes, samada tidak keluar mengundi atau rosakkan kertas undi sebagai satu2nya cara mengekspresi ketidakpuasan hati terhadap Najib.

Sistem yang kita amalkan menafikan hak rakyat untuk memilih siapa menjadi PM. Kita hanya boleh pilih parti yang jadi kerajaan dan terserah kepada parti itu untuk pilih siapa yang jadi PM kita.

Jadi di mana hak rakyat untuk memilih PM ? Saya timbulkan ini sebagai menjawap 'nasihat' beberapa pemimpin yang mahukan kita akur kepada sistem demokrasi yang diamalkan, maknanya terima sajalah Najib sebagai PM dan buat pilihan pada pilihanraya kelak.

Apakah mereka itu maksudkan supaya rakyat jadikan isu siapa PM sebagai asas pilihan semasa PRU14 ? Apakah Umno BN mahu mengambil risiko itu ?

Sila Jawab Ini ! - Bagi rakyat yang tidak mahu Najib terus sebagai PM tapi masih mahu BN terus jadi kerajaan, apakah pilihan yang ada pada mereka ? Mereka tidak punya masalah dengan BN dan masih mahu BN terus jadi kerajaan tapi mereka tidak mahu Najib !

Jika proses untuk memilih PM itu ada, mungkin tidak akan timbul sebarang usaha mahu menukar PM Najib. Kita rela sabar menanti saat dan waktunya, tapi apakah proses itu wujud ? 

Friday, July 24, 2015

merepek apa pulak

Dipetik dari blog Din Turtle

Kos Option IPIC Bernilai USD2.22 Bil ! ? Merepek la... Tapi Buktinya Ada

Thursday, July 23, 201516comments


Dah lama rasanya tak komen bab 1MDB secara khusus. Ramai yang dah baca artikel yang dikatakan sebagai yang terakhir TheEdge mengenai isu 1MDB. KLiK. Pihak Task Force khabarnya akan siasat juga semua dokumen yang telah diserahkan oleh TheEdge.

Buat artikel ini saya cuma nak sentuh satu bahagian kecil dari artikel itu, iaitu berkaitan dengan OPTION IPIC ( Aabar ) yang terpaksa dibayar/ditebus oleh 1MDB. Mereka yang mengikuti blog ini pasti ingat yang saya dah lama bertanyakan tentang Option ni. Antaranya - KLiK.

Yang paling sering saya ulang tanya adalah - Berapa sebenarnya JUMLAH KOS yang perlu dibayar oleh 1MDB untuk tebus balik Option ni ? Apakah sudah habis dibayar atau masih ada baki lagi ?

Saya copy bahagian berkaitan Option itu di bawah.

Untuk refresh balik, pada tahun 2012 1MDB ada buat pinjaman ( jual Bon ) USD3.5 bil melalui Goldman Sachs tapi sebab orang dah tak berapa nak percaya pada 1MDB, terpaksalah 1MDB minta tolong syarikat dari AbuDhabi, IPIC ( Aabar adalah anak syarikatnya 100% ) untuk jadi penjamin.

Selain dari charge yang terlalu tinggi dari biasa yang dikenakan oleh Goldman Sachs ( salah satu persoalan dari Tun Mahathir ), 1MDB juga terpaksa buat perjanjian lain dengan IPIC. Ada kos lain juga kalau nak minta orang lain tolong jadi penjamin.

Perjanjian antara 1MDB-IPIC itu tidak pernah didedahkan jadi kita tidak tahu sepenuhnya terma2 yang mengikat 1MDB. Tapi dari apa yang telah 1MDB sendiri nyatakan sedikit demi sedikit, kita tahu bahawa ia melibatkan  deposit sebanyak RM4.2 billion yang dipegang oleh IPIC. ( Berapa lama dipegang dan siapa yang dapat faedah dari deposit sebesar itu, wallahualam ) DAN OPTION kepada IPIC untuk memiliki/membeli 49% daripada IPP yang dimiliki oleh 1MDB jika disenaraikan. Option itu adalah untuk 10 tahun.

Maknanya, dalam tempoh 10 tahun, IPIC bila2 masa saja boleh beli 49% pegangan IPP milik 1MDB. ( tobat bengong siapa yang setuju dengan syarat2 deposit dan option sebegitu ! )

Dari Laporan Kewangan 1MDB berakhir 2014 ada dinyatakan pada mukasurat 172 bahawa 1MDB dan Aabar ( yang dimiliki sepenuhnya oleh IPIC ) sain perjanjian untuk batalkan Option itu pada Mei 2014 tapi tidak ada sebarang maklumat lain. 

Seiring dengan itu, 1MDB buat satu pinjaman USD250 juta pada bulan yang sama ( Mei ) dengan alasan untuk bayar balik Option itu.

Pada mukasurat 171 Laporan Kewangan sama, Aabar tulis surat pada 2 September 2014 kata nak tamatkan Option sama sepertimana yang dipersetujui pada bulan Mei. Juga tidak ada maklumat lanjut.

Sama juga seperti bulan Mei, seiring itu 1MDB buat pinjaman USD975melalui Deutsch Bank untuk bayar Option itu.

DAN semua orang pun tahu yang dana dari Cayman yang telah ditebus buat kali pertama, ada dinyatakan antara lain tujuannya untuk bayar Option IPIC/ Aabar. Ini dinyatakan oleh Pengerusi 1MDB sendiri. Sampai sudah tidak dinyatakan berapa banyak yang dibayar dari nilai USD1.22 bil yang ditebus itu kepada IPIC.

Dan ini maklumat baru dari artikel TheEdge di atas - dinyatakan USD993 juta dari dana yang ditebus dari Cayman dibayar untuk tebus Option itu pada November 2014.

Tidak dinyatakan dari mana TheEdge dapat angka itu dan saya harap 1MDB dapat berikan pengesahan. ( eleh, macamlah 1MDB nak layan .... ) Mungkin dari Laporan Kewangan 1MDB juga kot.

Sebabnya saya tumpukan pada benda ni adalah kerana OPTION ini MEREPEK !!

Serius beb .... tak masuk akal langsung ! Jumlah ketiga2 bayaran itu adalah 250+975+993 = hampir USD2.22 bil ! Takkanlah sebegitu tinggi kos nak tebus Option ? Gila .....

Saya tulis balik ..... Nilai pinjaman               USD3.5 Bil
                                Kos tebus Option         USD2.22 bil
                                Deposit (RM4.2 bil )     USD1.1 bil

Jadi berapa baki yang dapat kepada 1MDB dari pinjaman asal USD 3.5 bil ? - Takkanlah USD0.18 Bil  atau USD180 juta ??

Eh, itu belum tolak caj yang dikenakan oleh Goldman Sachs !! Bagaimana dengan kos FAEDAHnya ? 


TheStar 11/11/2014

Kalau mengikut TheEdge, jumlah ketiga2 bayaran itu USD2.22 bil adalah untuk menutup lubang keseluruhan dana Cayman !! Kebetulan nilainya hampir sama iaitu USD2.32 bil.

Pening beb kalau nak layan ..... makanya saya lebih suka stop sehingga bab Option saja. Samada Option itu samaran untuk belanja lain ( contohnya nak tutup lubang Cayman atau apa ke ), itu kita tolak tepi dulu.

Saya cuma nak tahu - Berapa jumlah yang telah dibayar untuk 1MDB tebus OPTION itu ? Apakah sudah habis dibayar atau akan ada lagi pinjaman baru untuk tebus option ? Berapakah jumlah sebenar yang perlu 1MDB bayar untuk tebus option itu ? 

Lagi baik kalau 1MDB dapat dedahkan perjanjian penjamin 1MDB-IPIC, bahagian yang ada sebut Deposit dan Option sebab terlalu merepek perkara ini. 

Option itu dah jadi macam satu nota hutang (IOU) pula. Sesiapa pun kalau diberi pilihan antara dapat billion2 jika batalkan Option yang diberi ATAU keluarkan duit untuk beli saham seperti disebut dalam Option, pasti mereka akan pilih untuk batalkan ! Dapat duit free.... 

Ini bukan fitnah tapi angka2 itu dapat dari akaun 1MDB sendiri. Kan lebih baik 1MDB sendiri yang jelaskan. Tak perlulah guna askar2 yang akan jawab secara tak resmi. Kita nak jawapan yang official, yang tak boleh ditarik balik.

Untuk rekod, 1MDB tidak pernah dedahkan sepenuhnya hal Option ini. 

Dari TheEdge -



Covering The Hole:
1. In 2012, the International Petroleum Investment Corp (IPIC) of Abu Dhabi was  given an option to subscribe to 49% of the future listing of the power assets owned by  1MDB. Tis 10-year option, which was later transferred to IPIC’s associate Aabar Investments, was for co-guaranteeing two bonds totalling US$3.5 billion that 1MDB issued.

2. In May, 2014, 1MDB and Aabar signed an agreement to terminate the options. This was stated in Page 172 of 1MDB’s FY2014  accounts but no details were given.

3. In page 169 of the FY2014 accounts, it was stated that 1MDB had obtained a bridging loan of US$250 million to buy back the options.

4. In page 171, it was stated that on Sept 2, 2014, Aabar had written to 1MDB that it wished to terminate the options according to the terms set out in the agreement signed in May. Again, no details were given.

5. 1MDB has never given out enough de-tails of the terms and costs of terminating  the Aabar options. But 1MDB appeared  to have paid Aabar the following as ter-mination costs:

i) US$250 million paid in May, 2014
ii) US$975 million paid in September, 2014  via a Deutsche Bank loan
iii) US$993 million paid in November, 2014 via a partial redemption of the Cayman SPC funds.

6. This adds up to a total of US$2.22 billion.

7. The scheme to cover the US$2.32 billion hole at the Cayman SPC is by paying Aabar US$2.22 billion as option termination fee.  Aabar then passes the money to the Cay-man SPC from which 1MDB would then be able to redeem the money, thus covering the money that was already gone.

8. The termination fee totalling US$2.22 billion that 1MDB paid to Aabar between May and November, 2014 was, however, not reflected in the FY December, 2014 of IPIC (which owns 100% of Aabar) as income or revenue. There were no such entries in IPIC’s accounts. This reinforces our analysis that the termination fees paid  to Aabar were in reality used to cover the  hole at the Cayman SPC


PS - Jika mereka yang didakwa berkonspirasi untuk menjatuhkan Najib @ Kerajaan melalui pendedahan 1MDB itu dilabel sebagai PENGKHIANAT, bagaimana pula mereka yang bersekongkol membuat urusan perniagaan yang meragukan, bernilai billion2 duit rakyat hingga menjahanamkan ekonomi negara .... tidakkah mereka juga boleh dilabel sebagai PENGKHIANAT ? Yang menyokong pula ?

Thursday, July 23, 2015

lagi macam macam

dipetik dari blog sensecredaccountability.

KeKORUPan dan penyalahGUNAan KUASA oleh para PenCACAI untuk 'COVERLINE' 1MDB yang MODALnya RM1 JUTA aje..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

RASAnya TIDAK ada orang boleh meNAFIkan bahawa keKORUPan yang NYATA sedang meLANDA NEGARA ini.. Tak CUKUP dengan BALA seperti TRAGEDI MH370, MH17 dan BANJIR BESAR Pantai Timur terBURUK dalam SEJARAH, kePIMPINan NEGARA kita masih belum INSAF untuk menyedari bahawa BALA sedemikian bukan DATANG secara keBETULan.. Mereka masih ingin mengUNDANG BALA lebih BESAR dengan keKORUPan dan pengKHIANATan terhadap NEGARA hanya kerana WANG RINGGIT.. Mereka berANGGAPan bahawa JAWATAN mereka dalam HIERARKI kePIMPINan NEGARA itu JAWATAN PUSAKA untuk KETURUNAN mereka aje..


Kita nak TANYAlah kepada anda SEMUA.. Di manakah LOGIKnya seBUAH ENTITI yang berMODALkan RM1 JUTA seperti 1MDB sampai begitu sekali diBERIkan perLINDUNGan oleh kerajaan di bawah kePIMPINan DS Najib? Apakah ENTITI ini begitu PENTING kepada NEGARA atau ianya untuk menyembunyikan sesuatu keSALAHan hinggakan kerajaan kena berHEMPAS-PULAS?


Apakah ISTIMEWAnya 1MDB yang MODALnya cuma RM1 JUTA berBANDING GLC lain seperti LTH, KWAP, KWSP, PNB, LTAT, Khazanah NASIONAL malah PETRONAS sekalipun sehinggakan,
  • 1MDB DIJADIKAN SEBAGAI SEBUAH ENTITI DI BAWAH MOF?

  • KERAJAAN SANGGUP MENJAMIN 1MDB BERHUTANG PINJAMAN SEHINGGA RM42 BILION BESERTA KADAR 'INTEREST' YANG TINGGI?

  • KERAJAAN SANGGUP MENJUALKAN TANAH-TANAHNYA KEPADA 1MDB PADA KADAR YANG MURAH TETAPI 1MDB PULAK NAK JUAL SEMULA PADA HARGA PASARAN?

  • KERAJAAN MENGERAHKAN SELURUH JENTERANYA UNTUK MEMPERTAHANKAN 1MDB YANG BERMASALAH?

  • JEMAAH MENTERI DAN AHLI PARLIMEN BN JUGAK TURUT DIKERAH UNTUK MEMPERTAHANKAN 1MDB WALAUPUN MEREKA SEDAR MASALAHNYA?

  • MALAH UMNO PUN TURUT DIKERAH MEMPERTAHANKAN 1MDB YANG LANGSUNG TAKDE KAITAN PUN DENGAN PARTI?

Begitu sekali 1MDB cuba diPERTAHANkan oleh DS Najib dan KONCO-KONCOnya.. Seolah-olah NEGARA ini TIDAK WUJUD atau British tak akan kasi MERDEKA tanpa 1MDB ini.. TerBARU, RAMAI yang JELEK dan MUNTAH apabila memperSOALkan 1MDB ini diSAMAkan dengan CUBAan KONSPIRASI untuk mengGULINGkan DS Najib dan kerajaan..


Kerajaan boleh diGULINGkan hanya kerana MASALAH seBUAH GLC yang berMODALkan RM1 JUTA? Itulah dia BUKTI betapa KORUPnya mereka.. Tak CUKUP dengan MANIPULASI sedemikian, punyalah terDESAK sehingga ada di kalangan PenCACAInya cuba meMANIPULASIkan pulak KENYATAAN seseorang yang pernah meMUSUHi Kerajaan UMNO/BN ini..


Sedangkan orang yang SAMA jugak pernah menerbitkan KARIKATUR mengHINA Rasulullah SAW di dalam AKHBAR Sarawak Tribune.. Apakah PenCACAI dalam UMNO sudah LUPA akan siapakah seBENARnya GERANGAN orang ini yang sedamg diJULANG untuk memPERTAHANkan 1MDB?


Sekarang PIHAK MUSUH pulak telah memBUKTIkan pulak PengHINA Rasulullah SAW ini adalah seorang yang diISYTIHARkan BANKRAP sebelum ini..


DiFAHAMkan pulak orang yang berIYA-IYA sungguh di sebalik pemBIKINan VIDEO pengakuan PengHINA Rasulullah SAW ini ialah 'PADIYAPPA' yang 'SeEKOR' ini.. DiFAHAMkan jugak dia cuba mengaitkan pulak VIDEO sedemikian dengan seorang MANTAN PEMIMPIN NEGARA yang LANTANG mengKRITIK DS Najib dalam ISU berKAITAN 1MDB ini.. Siapakah MANTAN PEMIMPIN NEGARA yang diMAKSUDkan? RASAnya anda boleh agak dah..


Entah apa yang dia terHUTANG BUDI sangat dengan DS Najib, kita pun tak TAHU.. Yang JELASnya, dia cuba menonjolkan dirinya antara SALAH seorang 'PenCACAI' DS Najib dalam ISU 1MDB ini hingga MAIN BANTAI aje tanpa menyedari AKIBAT perBUATan BURUKnya itu terhadap KREDIBILITI keSELURUHan Kerajaan UMNO/BN.. SEBUT pasal para PenCACAI kepada DS Najib dalam ISU 1MDB ini, ada jugak CERITA yang mengatakan SALAH seorang daripada mereka telah pun 'SURRENDER' lalu ambil KEPUTUSAN untuk 'RESIGN' daripada JAWATANnya?


KAH!KAH!KAH! Mungkin dia 'TENSION' kot pasal PERUNTUKAN untuk BELI SYAMPU pun kena KEBAS dengan para 'PenCACAI' lain kat dalam PMO kot? Agak-agaklah kalau nak MENGEBAS pun.. TAHUlah selepas PRU-14 nanti SEMUA nak PAKAT LARI ke luar NEGARA dah pasal TAKUT kena TEMBAK MATI ala-ala pengKHIANAT macam kat Korea Utara..


Kita nak TANYAlah, agak-agak dah BERAPA BANYAK dah PMO berHABIS DUIT RAKYAT untuk BELANJA bagi 'COVERLINE'kan KES 1MDB menerusi MEDIA seperti TV3, NSTP dan jugak para 'PenCACAI' mereka? TIDAKkah itu SATU lagi BENTUK keKORUPan terhadap NEGARA hanya kerana nak memBELA 1MDB yang MODALnya hanyalah RM1 JUTA?

Wallahualam..

macam macam ada lagi

dipetik dari blog sensecredaccountability.

1MDB yang meng'KELDAI'kan AGENSI kerajaan patut lebih diTAKUTi RAKYAT berBANDING penulisan The Sarawak Report..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Mungkin kita patut 'FLASHBACK' semula tentang PERISTIWA OPERASI LALANG 28 TAHUN dahulu.. Tatkala itu, beBERAPA MEDIA berCETAK seperti telah pun diHENTIkan atau diTARIK LESEN oleh kerajaan menerusi AKTA MESIN CETAK kerana diKHUATIRi akan menCETUSkan keTEGANGan POLITIK dan keTEGANGan KAUM di NEGARA ini.. LANGKAH kerajaan pada MASA itu jugak menyaksikan penahahan beBERAPA PEMIMPIN UMNO dan DAP La'anatullah di bawah ISA.. 


DS Najib jangan KATA tak INGAT pulak kerana dia pada MASA itu ialah KETUA PEMUDA UMNO yang telah diJEMPUT ke STADIUM sebelah HKL untuk berUCAP pada perHIMPUNan RAKSASA orang Melayu di sana.. Harapnya dia INGAT la.. 

HARI ini DS Najib TIDAK menguatKUASAkan lagi AKTA MESIN CETAK yang dia sendiri KATAkan sudah LAPUK.. Namun demikian, Kerajaan DS Najib telah mengARAHkan SKMM untuk mengHALANG AKSES kepada PORTAL The Sarawak Report.. PORTAL ini diDAKWAnya telah menerbitkan pemBOHONGan berSIRI tanpa HENTI terhadap 1MDB keSAYANGannya..


Namun demikian, adalah sangat DUNGU untuk mengatakan PORTAL seperti The Sarawak Report ini telah mengANCAM keSELAMATan NEGARA hingga SKMM perlu berTINDAK.. Kita terTANYA-TANYA apakah The Sarawak Report ini pernah

  • MENDEDAHKAN JUMLAH ASET ARTILERI ATM KEPADA PIHAK ASING?
  • MENDEDAHKAN RIZAB KEWANGAN NEGARA DI BANK NEGARA KEPADA SPEKULATOR?
  • MENDEDAHKAN DOKUMEN BERKAITAN ASET-ASET NEGARA KEPADA MUSUH?
  • MENDEDAHKAN SEBARANG BENTUK RAKAMAN YANG MENGANCAM SEKURITI NEGARA?
  • MENGGODAM MANA-MANA PORTAL RASMI KERAJAAN?

TIDAK bukan? SATU-SATUnya PIHAK di NEGARA ini yang meRASAkan diri mereka terANCAM dengan The Sarawak Report ialah 1MDB yang menghadapi MASALAH HUTANG..


1MDB tentunya berDENDAM dengan The Sarawak Report yang terBUKTI sering mengGANGGU URUSAN mereka dengan kerajaan.. Namun demikian, terlalu meLAMPAU jika SKMM berTINDAK ke atas The Sarawak Report hanya kerana 1MDB terANCAM dengan PORTAL ini.. Kenapa perlu TAKUT jika 1MDB yakin berada di PIHAK yang BENAR? Malah, RUANG untuk 1MDB berTINDAK atas PLATFORM perUNDANGan jugak terBUKA LUAS sejak sekian LAMA.. Namun, hingga sekarang kita tak pernah pun mendengar tentang 1MDB ambil TINDAKan MAHKAMAH terhadap The Sarawak Report? Takde 'LEGAL ADVISOR'?

RAKYAT patut NAMPAK bahawa bukan The Sarawak Report yang menyebabkan 1MDB berGELUMANG dengan segala macam perSOALan TIDAK terJAWAB ini..

  • KERUGIAN RM42 BILION 1MDB (SEBELUM NILAI RINGGIT JATUH)
  • WUJUDNYA TRANSAKSI BERBILION RM KE DALAM AKAUN AMBANK DS NAJIB

  • KEGAGALAN MENJAWAB APAKAH 'UNIT' YANG DISIMPAN DALAM BANK DI SINGAPURA

  • PERANAN JHO LOW DALAM URUSAN PERNIAGAAN 1MDB 

KeSEMUA di atas adalah datangnya daripada 1MDB sendiri tanpa perlu sesiapa pun menambahkan segala macam 'PERENCAH'? The Sarawak Report agak BIJAK meMANIPULASIkan perSOALAN di atas hingga RAKYAT mula MELUAT dengan DS Najib dan 1MDB yang begitu diSAYANGinya.. Namun demikian, itu SALAH 1MDB sendiri? Malah sehingga sekarang TIDAK ada pun MENTERI KABINET yang boleh menJAWAB keWAJARan kerajaan memBERIkan 'BACK-UP' kepada 1MDB untuk berHUTANG sehingga RM42 BILION sedangkan MODAL 1MDB hanya RM1 JUTA?

KLIK IMEJ UNTUK PEMBESARAN

Bukankah perSOALan di atas memBUKTIkan bahawa ada sesuatu yang cuba diSEMBUNYIkan oleh 1MDB? Kalau keSEMUA perSOALan di atas itu terJAWAB, takde siapa pun nak PEDULI dengan LAPORan The Sarawak Report.. MALANG sekali DS Najib TIDAK mengARAHkan 1MDB memBERIkan penJELASan tetapi makin cuba menyembunyikan sesuatu yang mungkin mengGUGAT JAWATANnya.. ->KLIK<-

Penahanan Andre Justo seorang BEKAS EKSEKUTIF Petro Saudi di Thailand bukanlah URUSan 1MDB pun.. Justo TIDAK lebih daripada seorang PEMERAS UGUT yang bukan mengANCAM 1MDB pun sebaliknya lebih mengANCAM Petro Saudi.. Namun demikian, 1MDB telah meMANIPULASIkan penangkapan Justo untuk menSUCIkan diri mereka.. Kenapa agaknya 1MDB TIDAK menDESAK Justo diBICARAkan segera di MAHKAMAH bagi memBUKTIkan DOKUMEN yang The Sarawak Report dapat daripadanya adalah PALSU? TAKUT nak ke MAHKAMAH?


Mungkinkah ada DOKUMEN yang ASLI? Kalau tak, takkanlah POLIS Thailand sendiri menDEDAHkan ada PenCACAI DS Najib yang cuba berJUMPA dengan Justo selain beBERAPA PIHAK yang diSYAKi para PEMIMPIN pemBANGKANG..


HE!HE!HE! Siapakah agaknya PenCACAI DS Najib yang cuba meRASUAH Justo itu? Apakah NAWAITUnya untuk menDAPATkan DOKUMEN berKENAan? Apakah TAWARAN oleh PenCACAI DS Najib itu kepada Justo? Mungkin kita patut TANYA kat salah seorang PenCACAI yang di bawah nih.. NAMPAK terDESAK sungguh mereka kali ini? HE!HE!HE!


Terus-TERANGlah kita KATAkan bahawa RAKYAT bukannya BANGANG seperti pada PenCACAI DS Najib untuk PERCAYAkan pemBOHONGan pasal 1MDB ini.. Mungkin sebagai BUKTI betapa BANGANGnya mereka yang di keliling DS Najib, kita PETIK sikit KATA-KATA pemBELAan oleh KETUA PEMUDA UMNO KL ini..


1. Kepada pemimpin pembangkang yang berjumpa Justo dan membuat pembayaran serta merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, eloklah mengaku, jadilah rakyat yang sayangkan Negara, jangan terus jadi Pengkhianat kepada kepimpinan Negara.

Sekiranya kamu didapati bersalah kerana konspirasi ini, hukumanya mungkin adalah “Mati”. Mungkin pemimpin Pembangkang ini asalnya dari Singapura, memang beliau tidak merasai semangat Kebangsaan kerana ada agenda menjatuhkan Kerajaan dengan cara selain demokrasi, tapi mengaku lah, dan jangan berdolak dalih lagi.

2. Ini agenda Yahudi/Agenda Barat yang sekian lama mahu menjatuhkan negara ini, apabila jatuhnya kerajaan BN maka budaya liberal secara terbuka akan dapat direlisasikan, pelik, kenapa penyokong tegar Dalaman parti pun ada yang seolah-olah menyokong konspirasi ini, saya tidak salahkan mereka apabila melihat permainan propaganda ini amat hebat.

Namun, kembalilah menyokong, hebahkanlah penemuan Justo ini kepada ahli di bawah dan sama-samalah kita menjernihkan keadaan di akar umbi.

3. Negara kita sedang menghadapi krisis kepercayaan, justeru, saya merayu kepada semua pemain media siber agar bersatu hati untuk cuba menerangkan sebaik mungkin kepada rakyat. ->KLIK<-

KAH!KAH!KAH! Kita CUKUP SERONOK apabila KETUA PEMUDA ini cuba untuk 'COVERLINE'kan ISU 1MDB ini dengan memBERIkan GAMBARan bahawa ini ialah AGENDA Yahudi ZIONIS.. Dia nih CELIK ke TIDAK yang Yahudi ZIONIS dah ada dah kat KELILING PINGGANG DS Najib sebagai 'PUNAH-Sihat'? 


Patutle RAMAI orang kat 'OPEN HOUSE' KATA yang dalam UMNO nih PENUH dengan SPESIS BANGANG tak boleh diUBATi.. Mereka nih LIGAT bab nak SAPU PROJEK aje.. Sebab itulah mereka bagi KENYATAAN pun BANGANG semacam orang tak pergi SEKOLAH..

RAKYAT patut berTANYA apakah BENAR The Sarawak Report ini mengANCAM NEGARA atau 1MDB ini yang terBUKTI memBAHAYAkan NEGARA kerana segala AGENSI kerajaan boleh di'KELDAI'kan untuk 'COVERLINE'kan MASALAH mereka?

Wallahualam..

macam macam ada

dipetik dari sensecredaccountability.blogspot.com

Kenapa PIHAK berKUASA DIAM bila para PenCACAI DS Najib menCIPTA pelbagai TEORI KONSPIRASI untuk mengelirukan SIASATan 1MDB?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Tatkala RAMAI sudah menCONGAK semula BERAPA BANYAK 'FULUS' yang sudah diHABISkan untuk beRAYA dan jugka sudah mula menguyah SERDAK BISKUT RAYA, kita terasa ada keLUCUan pulak dalam perKEMBANGan MUTAKHIR pasal 1MDB kali ini.. Kita amatlah berHARAP agar keJELEKan yang kita PAPARkan ini TIDAKlah menjadik penyebab anda terSEDAK atau anda mungkin termasuk ke HOSPITAL kerana MUNTAH tanpa HENTI..
Kalau IKUTkan KATA para PenCACAI, segala ISU pasal 1MDB ini adalah KONSPIRASI yang berTUJUAN untuk menJATUHkan kePIMPINan DS Najib.. Perghh.. HEBAT sungguh kePIMPINan DS Najib ini sampaikan SEMUAnya 'PERFECT'.. Malah, mungkin PenCACAI mengHARAPkan kePIMPINan DS Najib ini diSAMAkan dengan Kerajaan LANGIT ala-ala AYAH Pin dahulu?
KONSPIRASI.. Kita terTARIK dengan perKATAan ini kerana ianya mengINGATkan semula pada TAHUN 1998 apabila seorang MANTAN TPM mengGUNAkan perKATAan ini bagi mengaburi keSALAHannya yang menempatkan DNAnya dalam 'JUBOR' LELAKI dan WANITA lain.. Anda tentunya masih INGAT, bukan?
Dalam pada dok berTEORI KONSPIRASI itu, SEDAR tak SEDAR dah RM3 BILION diLESAPkan dari MoF ke luar NEGARA melalui perTALIan beBERAPA INDIVIDU yang ada di antaranya kini dah pun menjadik PenCACAI kepada DS Najib dalam ISU 1MDB ini.. Pada TAHUN 1998, anda tentu TAHU betapa BESARnya NILAI RM3 BILION ketika itu.. Sampai sekarang takde siapa pun TAHU apa dah jadik dengan RM3 BILION itu.. Namun begitu, apabila TEORI KOSNPIRASI sekali lagi berKUMANDANG untuk 'COVERLINE'kan DS Najib dalam ISU 1MDB, kita meRASAkan seolah-olah WUJUDnya TAKTIK yang SAMA, jugak di MoF cuma MENTERInya aje yang berBEZA.. HE!HE!HE!
Apabila Wall Street Journal menDEDAHkan tentang WUJUDnya TRANSAKSI sekitar RM2 BILION ke dalam AKAUN DS Najib di AMBANK, bukan MAIN lagi mereka menuduh TUN DR. Mahathir sebagai PIHAK yang cuba meWUJUDkan KONSPIRASI terhadap DS Najib..
HAKIKATnya, terBUKTI memang WUJUD pun AKAUN AMBANK dan TRANSAKSI yang diMAKSUDkan.. AIK? Bila DUIT dah MASUK AKAUN sendiri, takde pulak TIMBULnya TEORI KONSPIRASI?
Tengok? Walaupun SEKOLAH takde TINGGI mana pun tapi MP PAS ini lebih CERDIK daripada para PenCACAI di sekeliling DS Najib yang cuba memPROMOSIkan TEORI KONSPIRASI.. SIA-SIA aje DUIT PMO diSALURkan kepada para PenCACAI ini.. KAH!KAH!KAH!
Sebelum ini pun DS Najib dan para PenCACAI dah di'KANTOI'kan dengan pemindahan DANA dari Pulau Cayman ke Singapura.. INGATkan 'CASH is KING' tetapi dah jadik 'UNIT is KING' la pulak..
Nak lebih menyedapkan lagi JALAN CERITA KONSPIRASI DS Najib ini, diNAFIkan pulak keWUJUDan orang kat bawah ini sebagai INDIVIDU yang meMAINkan PERANAN UTAMA dalam 1MDB.. Punyalah DS Najib NAFIkan tentang PENTINGnya orang ini..
Dalam pada dok NAFIkan tuh, RUPAnya DS Najib seKELUARGA SIAP pergi MAKAN ANGIN lagi dengan orang ini.. IRONInya, takde siapa pulak nak SIASAT tentang GAMBAR di bawah ini? 
Err.. 1MDB itu bawah MoF bukan? Kalaulah GAMBAR ini hanya meLIBATkan PEGAWAI kat 1MDB aje, memang dah 'CONFIRM' dah HABIS segala RUMAH kena GELEDAH dengan PIHAK berKUASA.. UNTUNGlah takde siapa pun BERANI nak SENTUH mereka dalam GAMBAR ini walaupun HAKIKATnya 1MDB dah berHUTANG berBILION RM tanpa keTAHUan apakah OPERASInya..
Mungkin kerana tak TAHAN dengan 'KANTOI' demi 'KANTOI' yang diHADAPi oleh 1MDB, PIHAK pengURUSannya cuba berTINDAK BALAS dengan sekali lagi menyalahkan TUN DR. Mahathir atas MASALAH yang mereka HADAPi kali ini..
Agaknya TUN DR. Mahathirlah kot yang kasi PASANG 'SPY' dalam 1MDB untuk SABOTAJ segala BISNES mereka sampai berHUTANG RM42 BILION tak terBAYAR? Itu HUTANG semasa NILAI RM belum JATUH lagi tuh.. Sekarang dah BERAPA agaknya NILAI HUTANG 1MDB?
Segala TEORI KONSPIRASI ini TIMBUL apabila seorang EKSEKUTIF PetroSaudi diCEKUP di Thailand kerana diDAKWA cuba meng'BLACK MAIL' semula SYARIKAT terSEBUT berKAITAN URUSNIAGA dengan 1MDB.. Yang PELIKnya, kenapakah hanya KENYATAAN seKERAT-seKERAT aje yang diKELUARkan oleh PIHAK berKUASA Thailand.. Kenapa EKSEKUTIF ini TIDAK diDAKWA pun di MAHKAMAH, ianya masih MISTERI..

GEGAK GEMPITAlah seluruh ALAM dengan TEORI KONSPIRASI oleh para PenCACAI SUSULan pengkapan EKSEKUTIF terSEBUT.. Seboleh-bolehnya TEORI KONSPIRASI ini cuba diPROMOSIkan oleh para PenCACAI DS Najib bagi meNAFIkan:-
  1. KERUGIAN RM42 BILION 1MDB (SEBELUM NILAI RINGGIT JATUH) 
  2. WUJUDNYA TRANSAKSI BERBILION RM KE DALAM AKAUN AMBANK DS NAJIB
  3. KEGAGALAN MENJAWAB APAKAH 'UNIT' YANG DISIMPAN DALAM BANK DI SINGAPURA
  4. PERANAN JHO LOW DALAM URUSAN PERNIAGAAN 1MDB
Ada jugaklah SEGELINTIR para PenCACAI yang BANGANG yang seboleh-bolehnya cuba mengaitkan TUN DR. Mahathir atas keKORUPan 1MDB ini.. HABIS duKUTIPnya PENDAPAT 'PARIA' PENGUTIP SAMPAH ini untuk TUJUAN terSEBUT.. KAH!KAH!KAH! ->KLIK<-
Kita jugak ingin menZAHIRkan kePELIKkan kita dengan mereka yang sedang MENYIASAT SALAH-LAKU 1MDB ketika ini.. Kenapa ada 'DOUBLE-Standard'?
Kenapakah pelbagai AMARAN diBERIkan kepada RAKYAT dan jugak PIHAK yang menZAHIRkan keKELIRUan mereka berHUBUNG SALAH LAKU 1MDB ini? Sedangkan para PenCACAI DS Najib pulak diBERIkan RUANG seBEBAS-BEBASnya terMASUKlah dalam MEDIA seperti TV3 untuk menyebarkan FITNAH, memBURUKkan TUN DR. Mahathir serta menCIPTA pelbagai TEORI KONSPIRASI untuk mengelirukan PANDANGan UMUM terMASUKlah mengALIHkan TUMPUan SIASATan? Kenapa para PenCACAI DS Najib ada pulak keBEBASan sedemikian?
Wallahualam..

Tuesday, July 21, 2015

ketawa beramai ramai

Dipetik dari blog Din Turtle.

Bila Tempoh Tamat, Peguam Najib Anggap Sebagai Pengakuan Bersalah ? ? Hahahaha .....

Tuesday, July 21, 20150 comments




Dua minggu berlalu, hari yang dinanti berkunjung tiba ...., dari TMI - 
.


Mewakili firma Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak, beliau berkata, sehingga semalam pihaknya belum menerima sebarang respons daripada penerbit WSJ, Dow Jones.

"Sekiranya pihak kami tidak menerima sebarang jawapan sehingga hari ini, maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai beberapa pilihan undang-undang

"Antaranya mengemukakan saman atau mengeluarkan surat tuntutan kepada WSJ

 
Wan Azmir dilaporkan berkata, tindakan berdiam diri WSJ itu memberi tanggapan akhbar itu mengaku bersalah dan pihaknya menunggu arahan lanjut daripada Najib mengenai tindakan yang sesuai diambil terhadap artikel tersebut.


Apakah tindakan Najib seterusnya ? Diam sebulan sebelum bagi NOTIS 3 bulan pula sebelum saman WSJ ? 

Nak saman atas alasan apa kalau motif WSJ masih belum jelas pada pandangan Najib ? Kenapa tidak saman saja pada dakwaan yang jelas iaitu - Dakwaan transaksi deposit billion2 masuk akaun peribadi Najib. Itu kan yang JELAS ?


Kemudian keluarkan satu kenyataan yang jelas juga kepada rakyat Malaysia  bagi menafikan transaksi2 itu. 

Saya amat hairan sepanjang isu ini berlegar, TIDAK ADA seorang pun pemimpin Umno  atau BN yang berani tampil meminta Najib menafikan dakwaan deposit billion2 ke dalam akaun peribadinya itu !

Apakah anda semua merasakan ia satu perkara yang boleh diterima ? TIDAK APA ?

Apakah rakyat Malaysia tidak perlu tahu apa2 mengenai deposit2 itu ? 

Apakah mereka yang pro Najib juga tidak merasakan keperluan untuk mendapatkan kepastian akan deposit2 itu ?

APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN2 NEGARA INI ? ?

Bagaimana dengan dakwaan Tun Mahathir melalui artikel Chedet semalam ( KLiK ) -

 12. There is no denial that money was deposited in the private account. The explanation to UMNO is that it was for the elections. UMNO seems satisfied. Don’t they know that Government money cannot be used to help a political party to win elections? But the money was from donation. Who donated 2 billion Ringgit? No answer. 

Ya, siasatan masih berjalan. Tapi bukankah PENGAKUAN atau PENAFIAN dari empunya badan perlu ditagih terlebih dahulu ?

Apakah kepimpinan Umno merasakan TIDAK APA deposit2 itu sekiranya ia untuk kepentingan parti ? 

Setakat mengesahkan transaksi2 itu tidak memerlukan masa yang lama, hanya rujuk kepada dokumen2 sah yang ada. Malah kalau merujuk dari penyata bank pun dah boleh sahkan samada transaksi2 itu wujud atau tidak.

Kenyataan Tun Mahathir di atas juga perlu mendapat perhatian bukan saja dari Task Force tapi dari pihak Polis dan SPRM ! 

Untuk menyiasat apa yang disebalik transaksi2 itu mungkin mengambil masa. Tapi buat masa ini apa yang rakyat mahu dengar adalah samada ADA ATAU TIDAK deposit billion2 itu ?

APA YANG PAYAH SANGAT ? ? ?


Oya, rumusan dari pihak peguam Najib ini memang kelakar -

"Keengganan Dow Jones memberi sebarang jawapan mahupun penjelasan terhadap dakwaan itu boleh diterjemahkan sebagai pengakuan bersalah," 
.

Hahahahaha ........ BERSALAH atas apa kalau Najib sendiri terkemut2 nak jawab ! ? 

Satu lagi, bila diberikan syarat  'Jawab/Tarik Balik ATAU Berdepan Saman' dan suspek tak layan, bukankah itu membawa maksud dia CABAR BALIK supaya di saman ?

Saya baca pendirian BOLAYAN pihak WSJ terhadap surat minta penjelasan Najib sebagai SATU CABARAN supaya Najib menyaman mereka bukannya sebagai satu pengakuan bersalah sebagaimana kata peguam Najib.


Oya, kalau si isteri pun berdepan dengan situasi yang hampir sama ! ( KLiK

“Memandangkan profil klien saya sudah didedah di peringkat nasional dan antarabangsa, adalah diharapkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjalankan siasatan segera dalam tempoh 72 jam dan memaklumkan hasil siasatan tersebut,” 

Itu pada 11 Julai lalu. Sudah 10 hari atau 240 jam berlalu ..........

Media kita hanya gempak masa nak hantar surat jer, konon yang kena tuduh berani ..... tapi bila tempoh hadmasa tamat tanpa sebarang reaksi, tidak ada yang mahu hebahkan.

Rakyat mahu tahu - ADA atau TIDAK ADA deposit billion2 dan juta2 itu ke dalam akaun peribadi pasangan Najib-Rosmah ?