siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Thursday, October 30, 2014

najib macai 1mdb

Dipetik dari Blog Din Turtle.

1MDB - Hanya Pinjaman RM5.8Billion Saja DiJamin Kerajaan .... MAS Tak DiJamin Pun Tapi Kerajaan Juga Kena Tanggung !

Wednesday, October 29, 20143comments




Najib selaku Menteri Kewangan dan Bos 1MDB ada menjelaskan mengenai pinjaman 1MDB  dalam jawapan bertulisnya di Parlimen hari ini -

hanya pinjaman bernilai RM 5.8 billion sahaja yang menerima "jaminan eksplisit" kerajaan Malaysia berbanding hutang mereka yang menjangkau RM 37 billion.

Najib turut menjelaskan hutang 1MDB setakat tahun berakhir 31 Mac 2013 ialah RM 36.25 billion.

liabilii terhad hal kewangan 1MDB tidak dimasukkan dalam kiraan liabiliti kerajaan, sebaliknya tanggungjawab syarikat itu sendiri.

Kedudukan kewangan 1MDB tetap kukuh, disokong oleh aset-aset strategik yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti di samping mempunyai peluang pertumbuhan utuh - Mkini.

Beberapa persoalan timbul yang mungkin ada di antara anda yang mampu jawab - 
 
Pertama, Najib belum menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh The Edge seperti yang disebut oleh Tun Mahathir kenapa KOS PINJAMAN 1MDB terlalu tinggi ( KLiK )

Kedua, "(Jawapan itu) tidak melibatkan satu surat sokongan yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada 1MDB Global Investment untuk mendapatkan pinjaman bernilai RM9.5 bilion, Mac tahun lalu," Mkini.

Ketiga, KALAUPUN liabiliti terhad 1MDB itu adalah 100% atas semua pinjaman, siapa kata kerajaan tidak perlu tanggung apa2 ? Bukankah 1MDB milik kerajaan ?

Kalau dicagarkan aset2 untuk pinjaman, bukankah aset2 itu milik kerajaan melalui 1MDB ? 

Maknakata, apajua yang perlu ditanggung oleh 1MDB, secara tak langsung ( atau secara langsung ? ) perlu juga ditanggung oleh kerajaan ! Dan kerajaan pula guna duit rakyat.

Kalau 1MDB rugi, bukankah kerajaan juga yang kena selamatkan akhirnya ...... macam MAS ? Berapa kali MAS perlu diselamatkan oleh kerajaan menggunakan duit rakyat ? Adakah MAS buat sebarang perjanjian melibatkan kerajaan sebagai penjamin ... tidak kan ?

Jadi berapa peratus pun pinjaman 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, akhirnya kerajaan / rakyat juga yang kena tanggung ! Jumlah pinjaman sebanyak RM36.25 billion itu tetap juga akan ditanggung oleh rakyat jika 1MDB kantoi. Lainlah kalau 1MDB itu milik Najib ....


Saya bukannya pandai pun ekonomi tapi begitulah cara pemikiran logik saya..... dan saya percaya turut dikongsi oleh ramai yang lain, Saya harap jika ada sesiapa yang lebih berpengetahuan agar dapat berikan pencerahan.

Sunday, October 26, 2014

najib candu cina

Dipetik dari blog Din Turtle.

Kalau Kelajaan Kasi Buka Itu PLKN JKCina, Wa Kasi Undi Sama AhJibGor !

Sunday, October 26, 20140 comments


Salam 1Malaysia !

Semalam wa ada pelasan lamai olang ada celita pasal itu ahTeo punya lepot.... lia ciakap ada 604 peselta PLKN dali olang Cina sama India talak pandai ciakap Melayu ... bo liau, yilek ... langsung talak tahu ciakap Melayu. ( Utusan )

Tapi itu kajian tahun 2010 .... ampat tahun lalu. Sikalang kalau ahTeo mahu kila lagi ah, wa gelenti sulah lebih dua libu oooo .... lagi lua tahun kila ah, wa gelenti ada  ampat libu ! 

Apa pasat itu angka ada naik tiap tahun ? Sebab aaa .....  mula tahun 2010, Lajib mula ciakap sekolah cina manyak bagus. Mula tahun 2010 aaa, makin lamai olang antar anak sekolah cina. Jadi kalau ahTeo mau kila lagi aaa, itu angka pasti makin naik.

U talak helan ka kenapa ahTeo ciakap hasil kajian tahun 2010 punya, bukan tahun 2013 ? Hahahaha .... sebab kalau ciakap angka 2013 aaaa, olang baca pun boleh jatuh kelusi ma !


Itu ahTeo ada banding sama olang cina di Thailand sama Indonesia, kenapa meleka manyak pandai ciakap Melayu ..... haiya, boloh punya ahTeo. Sebab Thailand sama Indonesia talak sekolah cina la ! Itu pun mau tanya lagi ?

Lagi satu ah, Thailand sama Indonesia talak AhJibGor ! Itu wa punya helo - AHJIBGOR number One !

Lain tempat punya Pellembagaan talak ada itu Sekolah Cina tapi ahjibgor ciakap, Malaysia punya Pellembagaan ada itu Sekolah Cina .... lagi mau bising ka ?

Nanti wa ciakap sama ahjibgor, kasi tangkap lu olang semua bawah itu Akta Hasutan .... mau ka ? Sulah ada dalam Pellembagaan lagi mau bising .....


Tapi ah, sikalang wa ada lisau la...... kalau sikalang sulah ada libu-libu peselta PLKN talak tahu ciakap Melayu ah, apa maciam meleka mau belajar itu PLKN ah ?

Manyak lugi ooooo ... kelajaan keluar wang juta-juta kasi itu PLKN tapi libu-libu olang talak boleh belajar .... manyak MEMBAZIR oooo ... macamana itu libu-libu olang cina sama india mahu telima itu aspilasi kelajaan ? Macamana itu libu-ibu olang mahu belajar hidup sama olang lain kalau meleka tidak dapat belajar ?

Jadi ah, wa mau kasi satu cadangan sama ahjibgor, bagaimana kalau kelajaan kasi buka itu PLKN Jenis Kebangsaan ? Kasi nama PLKN JKCina sama PLKN JKTamil ....  

Ini bagi memastikan kesinalambungan wawasan ahjibgor telcapai. Sekolah Lendah, Sekolah Menengah, PLKN, telus masuk Universiti ... semua cina. Talak guna kalau pandai ciakap Melayu pun ..... talak untung. 

Lagi aaaa, itu peselta semua sulah manyak tahun talak campur olang Melayu, tiba2 u mahu meleka jadi pandai ciakap Melayu, mahu campur olang Melayu dalam masa tiga bulan .... mana boleh ! Gila punya kelija. 

Jadi adalah lebih afdal kalau kelajaan kasi buka itu PLKN JKC secepat mungkin supaya itu wang talak lugi.

Wa JANJI kasi undi sama ahjibgor !

Wassalam 1Malaysia !  

Tuesday, October 21, 2014

VIdeo rosmah singgung najib

Dipetik dari blog Din Turtle.

Najib Bergurau Dengan Rosmah ... Sooooooooo Cute !

Tuesday, October 21, 20146comments



Aduuuuh ....jealous nya saya tengok kemesraan pasangan Najib-Rosmah ni .... Tak kira tempat dah kalau nak bergurau senda ! Sooooo Cute..............! 



Najib bergurau dengan Rosmah ker atau  ...errr .... Rosmah yang bergurau dengan Najib ?

Tak kira lah .... tapi wajar dicontohi  rakyat semua ..... ke arah keluarga penyayang.



Najib gila bayang

Dipetik dari blog Din Turtle.

AhJibGor We STILL Love You ! ........ I Love You Tooooooo ! !

Monday, October 20, 201438comments

Mereka sayangkan saya ! Mereka benar-benar ikhlas sukakan saya ! I LOVE YOU TOO ! !



Tidak mungkin mereka hanya berlakon ! Saya kenal sangat mereka ini ..... Banyak yang telah saya berikan mereka, pasti mereka terhutang budi pada saya. Cinta mereka adalah cinta yang suci ! 

Tsunami Cina ? Ya ..... lebih 90% menolak BN ....  

TAPI .... mereka sebenarnya sudah tertipu. Khabar angin tentang kehadiran pengundi Bangla telah mengguris hati mereka sebab itu mereka tolak BN. Namun hati dan jiwa mereka masih bersama BN dan saya. 

Itu semua salah Anwar ! 

Cinta mereka didustai oleh Anwar !

Mereka tak bersalah. Kini mereka sudah sedar ........ Mereka masih sayangkan saya ! Mereka masih mahukan BN ! 

AND I LOVE YOU TOO ........ ! ! !
Mkini

Friday, October 17, 2014

najib kapitalis

Dipetik dari blog The Sense, Credibility and Accountability.

Apabila HARGA RUMAH di NEGARA ini ditentukan oleh PIHAK yang macam 'DRUG CARTEL' ala Mexico..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

BENARkah TIDAK ada CUKUP RUMAH untuk RAKYAT di NEGARA ini? BENARkah penDAPATan RAKYAT di NEGARA ini TIDAK mampu untuk memBELI RUMAH? Setiap kali pemBENTANGan BAJET, itulah yang kita sering dengar.. Kerajaan BUAT RUMAH, kerajaan kena SEDIAkan RUMAH dan BANYAK lagi.. SOALnya, apakah itu masih belum menCUKUPi sehingga ada RAKYAT kena meREMPAT?


Adalah TIDAK LOGIK untuk mengatakan bahawa RUMAH TIDAK menCUKUPi di NEGARA ini dan kerajaan terpaksa memBINAnya di mana-mana.. Bagi kita, ini adalah pemBOHONGan paling BESAR dan TIDAK boleh diTERIMA.. Sebenarnya ada perkara yang cuba diSEMBUNYIkan dalam SOAL peMILIKkan RUMAH ini kerana ianya meLIBATkan BANYAK PIHAK dan telah pun WUJUD sekian LAMA..

ISU peMILIKkan RUMAH sebenarnya paling KRITIKAL di Lembah Klang, Johor Baharu dan Pulau Pinang.. Namun demikian, perkara paling 'BULLSHIT' ialah sepanjang MASA kita meLIHAT begitu BANYAK pemBINAan KONDOMINIUM dan RUMAH MEWAH di sekitar kawasan ini? Ada BUKIT yang diTARAH dan ada jugak SUNGAI yang diTIMBUS demi memenuhi NAFSU PEMAJU.. Untuk apa SEMUA ini diBINA? Untuk RAKYATkah? Kalau untuk RAKYAT, kenapa RAKYAT sendiri yang mengeluh kerana TIDAK mampu untuk memBELI dan tinggal di RUMAH-RUMAH sebegini? KONDOMINUM berPULUH tingkat itu diBINA untuk siapa sebenarnya? 


Jika kita KIRA setiap INCI RUANG KONDOMINIUM, RUMAH 'TWIN' dan setiap 'SERVICE Apartment', apakah keLUASan RUANG ini diGABUNGkan masih lagi KECIL untuk menampung JUMLAH penDUDUK di kawasan-kawasan yang kita SEBUT tadi? Segala kediaman MEWAH di Damansara, Sri Hartamas, Sentul, Ampang/Ulu Klang, Jalan Tun Razak, Jalan Jelatek hingga ke Bukit Jalil itu untuk siapa seBENARnya?Kenapa ianya diBINA dan diJUAL dengan HARGA yang TIDAK mampu diBELI oleh RAKYAT? Apakah itu ADIL sedangkan secara LOGIKnya mereka yang memerlukan RUMAH di NEGARA ini tentunya RAKYAT? ->KLIK<-


Di sinilah WUJUDnya satu BENTUK PENIPUan yang sudah LAMA diBIARkan dan terdiri daripada beberapa PIHAK yang berkePENTINGan.. Nak TAHU kenapa?

1) KERAJAAN (NEGERI & PUSAT)

Kenapa kita LETAKkan kerajaan sebagai PENIPU paling UTAMA dalam ISU ini? Sebabnya kerana kerajaanlah yang meRANGKA DASAR peRUMAHan yang jelas MENINDAS dan menyeleweng terhadap RAKYATnya sendiri.. Bolehkah kerajaan meNAFIkan FAKTA bahawa seseBUAH PROJEK peRUMAHan MEWAH itu TIDAK di bawah KAWALan atau pengeTAHUan kerajaan? Sedangkan kerajaan jugak yang mengutip CUKAI PINTU dan segala macam CUKAI selepas PROJEK ini didiami?


BAIK Kerajaan PUSAT mahupun Kerajaan NEGERI, keDUA-DUAnya 2X5 sahaja.. Anda TIDAK boleh mengatakan PROJEK PR1MA itu wajar diPUJI ketika Kerajaan PUSAT sendiri mengGALAKkan RAKYAT ASING memBELI HARTANAH di NEGARA ini hingga menyebabkan BANYAK PROJEK peRUMAHan diBINA untuk mereka ini.. Anda jugak TIDAK boleh menyalahkan PROJEK Datum Jelatek apabila PKNS sendiri TIDAK berMINAT untuk memBINA RUMAH mampu MILIK di NEGERI Selangor? 


Itu belum lagi kita CERITA pasal pengKHIANATan setiap Kerajaan NEGERI samada DAP La'anatullah dengan segala macam 'TANAH RAMPASan' untuk PROJEK peRUMAHan MEWAH di Pulau Pinang, Lebai-Lebai DUNGU PAS yang HARAM tak pernah pun buat RUMAH untuk RAKYAT di Kelantan atau pun KISAH Kerajaan NEGERI Johor yang memBIARkan para 'AH-Beng' PUAKA dari Singapura datang menJAJAH NEGERI ini dengan PROJEK HARTANAH diBINA untuk mereka.. Jadik, kot mana pun kerajaanlah PENIPU paling UTAMA dalam ISU peRUMAHan..

2) PEMAJU

Mana ada PEMAJU dalam NEGARA ini yang SUDI memBUAT RUMAH hanya untuk diJUAL kepada RAKYAT sendiri? Seperti kita SEBUT tadi, segala KONDOMINIUM dan 'SERVICE Apartment' sepanjang Jalan Tun Razak, dari Sentul hingga ke Cheras tuh untuk kediaman siapa? Takkanlah itu kediaman Kak Leha JUAL Nasi Lemak kat tepi jalan? Takkanlah itu kediaman Din TEKSI? Takkanlah Gopal peKERJA Alam Flora tinggal di situ? Jadik PEMAJU memBINAnya untuk siapa?


IRONInya, para PEMAJU di NEGARA ini sudah terlebih KAYA lagi MEWAH pasal sudi memBINAkan kediaman untuk RAKYAT ASING.. Walhal, mereka ini TAKUT pulak untuk meMASUKki PASARan 'PROPERTY' di NEGARA-NEGARA ASING pasal TAKUT dengan 'MARKET' di sana? TAKUT pulak mereka nak memBINA segala macam KONDOMINIUM dan 'SERVICE Apartment' di Australia, Canada, US atau Jepun pasal TAHU kat sana takkan ada kerajaan dan INSTITUSI kewangan yang nak berSEKONGKOL dengan keJAHATan mereka? NAMPAK tak perMAINan ini?

3) BANK


Ya.. BANK jugak TIDAK KURANG keJAHATannya dalam ISU peRUMAHan ini.. Orang BODOH pun TAHU nak BELI RUMAH kena ada PINJAMan.. Nak PINJAM dah tentulah kena pergi ke BANK.. BANK bagi PINJAMan tetapi RUMAH yang anda BELI itulah CAGARannya.. Semakin TINGGI HARGA kediaman anda, BANK makin GEMBIRA pasal UNTUNGnya berLIPAT kali GANDA menerusi 'INTEREST'.. Anda kena cari DUIT selama 35 TAHUN untuk meLUNASkan HUTANG anda bila BELI RUMAH walhal BANK pulak meMILIKki RUMAH anda dengan 'INTEREST' yang NILAInya berKALI GANDA daripada HARGA semasa anda memBELInya..


Anda biasa terBACA tak pasal KARTEL DADAH di Mexico yang menguasai hampir segala-galanya di NEGARA itu? Dengan KATA lain, jika anda menjadik seperti 'GODFATHER' kepada KARTEL DADAH di sana, Kerajaan Mexico dan TENTERAnya pun terpaksa meRENDAH diri kepada anda.. Begitu jugaklah di NEGARA ini jika kita menyamakan pengLIBATan keTIGA-TIGA PIHAK di atas seperti KARTEL bukan untuk berNIAGA DADAH tetapi untuk berSAMA-SAMA MENINDAS RAKYAT demi kePENTINGan masing-masing.. Ini adalah 'CIRCLE' yang WUJUD sekian LAMA hanya untuk memerah KERINGAT RAKYAT demi keMEWAHan mereka aje..

Sebab itulah jangan menjadik DUNGU apabila DS Najib mengUMUMkan dalam BAJET pasal HAL-HAL berKAITAN dengan pemBINAan RUMAH untuk RAKYAT.. DS Najib sendiri TIDAK keseorangan pasal ADIK dia itukan CEO BANK yang berMASKOTkan KURITA? Itu belum lagi diKIRA dengan segala macam PEMAJU yang menjadik 'SPONSOR' kepada keGIATan POLITIK kepada mereka SEMUA  yang anda PILIH menerusi PRU.. Di NEGERI-NEGERI pun ada KONSEP begini jugak cuma dalam SKALA yang lebih KECIL.. BAIK kerajaan, PEMAJU dan BANK, mereka SEMUAnya berada dalam KARTEL yang SAMA dalam ISU peRUMAHan RAKYAT..

Wallahualam..

Wednesday, October 8, 2014

najib yang blur

Dipetik dari blog Din Turtle.

Tun Mahathir - Menegur Berdasarkan Bukti Tapi Najib Tetap Blur

Tuesday, October 7, 201411comments


Artikel sambungan kepada Menegur Chedet dah keluar ! Kali ni kenyataan dari Tun Mahathir lambat mendapat sambutan dari pemimpin Umno, tidak sepertimana kenyataan Tun dalam isu 20 sen.... kenapa ek ?

Saya copy sepenuhnya dibawah...

Kali ini Tun tak banyak cakap, tak perlu menyindir... Tun cakap direct ... errr hampir2 direct. 

11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.


Itulah BUKTI yang Tun katakan sebagai asas kepada teguran beliau sebelum ini.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

PRU13 adalah ujiannya dan TERBUKTI cara Najib GAGAL.

Lagi2 alasan - Najib mewarisi kerajaan yang lemah - diberikan tapi paling tidak jika Najib itu bagus sangat, prestasi BN kalau tidak meningkat sedikit pun, dapat pertahankan kedudukan PRU12 pun dah cukup. 

Tapi apa keputusan ujian Najib itu ? Kalah majoriti dan hampir jadi pembangkang kalau bukan kerana ehsan Melayu Pribumi ! Seperti kata Tun - LEBIH BURUK dari PakLah.

Tapi ada Najib nak belajar dari KEGAGALAN beliau itu ? 

Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

Dan kita boleh lihat kesannya .... dalam keadaan pembangkang yang bergolak krisis dalaman pun, BN tetap tidak bermaya. Penasihat yang memusnahkan masih tetap dipertahankan.Yang menolak BN terus dilayan sementara yang membantu diketepikan. 

Ketirisan dan keborosan oleh agensi2 penasihat Najib berterusan .... sementara rakyat dipaksa menanggung bebannya.

Jika ini berterusan, tidak mustahil pemberi ehsan kepada Umno BN akan merajuk dan protes. Dan yang pasti - BN akan kalah PRU14.


...mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.




Apakah Najib mahu belajar ? 


Apakah respon pemimpin Umno masih sama - Kami hormat Tun Mahathir dan kami sokong Najib ? Sama-sama Blur ...


KERAJAAN TERIMA DENGAN TERBUKA TEGURAN TUN M 

1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.

2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.

3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.

4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh. 

5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.

6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi. 

7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

 9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

 10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.

 11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

 12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

 13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.


DT - Apalagi keputusan yang lebih buruk buat BN dari PRU13 ? Jadi pembangkang ler ... 

Monday, October 6, 2014

Percaya najib?

Dipetik dari blog Paneh Miang

Percayalah cakap saya..

Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara bagi tempoh jangka masa panjang. Cuma beliau terlupa sebut selain menjaga kepentingan rakyat dan negara, kepentingan para menteri, staf di PEMANDU dan para konsultan juga perlu diberi keutamaan sebab belanja nak bayar gaji dan elaun mereka itu mencecah jutaan ringgit sebulan.

Perdana Menteri berkata walaupun tindakan itu tidak popular, ia harus dilakukan memandangkan subsidi bahan api yang ditanggung kerajaan setiap tahun sangat tinggi. Lagipun tindakan tidak popular hanya sesuai jika ia melibatkan wang saku rakyat, tetapi tidak mengapa jika Perdana Menteri sendiri menghabiskan berbilion ringgit untuk mempopularkan diri seperti menjalankan siri kempen 1 Malaysia, merasuah melalui BR1M, membanyakkan sepanduk "I Love PM" serta membayar pelobi Amerika dan media barat untuk memuji dirinya sebagai Perdana Menteri.

Malah, katanya, jika langkah itu tidak diambil, ia bakal meninggalkan kesan kepada ekonomi negara berikutan kekurangan hasil untuk perbelanjaan negara; walaupun hakikatnya kekurangan hasil itu disebabkan kerajaan tidak pandai mencari wang melalui pelaburan serta boros berbilion ringgit setiap tahun, maka kepada rakyatlah perlu dibebankan.

"Tahun lepas subsidi bahan api petrol, LPG dan diesel berjumlah RM24 bilion dan ia bukan jumlah yang kecil. Itu belum lagi dikira gaji, elaun, belanja travelling para menteri, penasihat saya dan PTD yang perlu ditanggung setiap bulan," tambah beliau.

"Jika jumlah itu kita tidak kurangkan boleh menyebabkan kita tak cukup hasil untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Jadi lebih mudah untuk saya tarik subsidi rakyat berbanding saya potong perbelanjaan Rosmah..eh..tersasul plak..daripada saya potong perbelanjaan kerajaan yang boros setiap tahun," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah dan wakalah lembu korban untuk kawasan Parlimen Pekan sempena Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.

Pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan menyampaikan 505 ekor lembu untuk seluruh kawasan parlimen itu. Sungguhpun begitu, 505 ekor lembu itu tidak dapat dipastikan sama ada ianya dibeli menggunakan wang kerajaan atau wang persendirian untuk 'memancing' hati penduduk Pekan.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan akan mengumumkan pelbagai langkah membantu rakyat menghadapi masalah pengurangan subsidi minyak dalam pembentangan Belanjawan 10 Oktober ini. Cuma mungkin pengumuman langkah-langkah itu akan tenggelam dek kemarahan rakyat yang belum reda disebabkan kenaikan harga minyak 20sen.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu termasuk pemberian subsidi bersasar terus kepada rakyat seperti bantuan persekolahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan lain yang akan diumum kelak. Cuma langkah yang tidak akan diumumkan kerajaan ialah bagaimana nak kurangkan perbelanjaan mewah kerajaan berbilion ringgit seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara setiap tahun.

"Dalam bajet akan datang sudah tentu kita akan fikir bagaimana nak bantu rakyat supaya bantuan terus sampai kepada mereka dan kurangkan ketirisan supaya ekonomi lebih kukuh, pertumbuhan ekonomi meningkat dan lebih banyak (hasil) yang boleh kita bagi kepada rakyat. Tapi saya rasa rakyat tahu bila saya sebut 'kita fikir' tu bermakna penasihat dan konsultan saya yang fikir..bukannya saya..sebab saya memang tak mampu nak fikir..saya tau bercuti keluar negara je bila ada masalah," katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian subsidi pukal bahan api berikutan berlaku kes ketirisan terhadap pengagihan bahan api berkenaan kepada rakyat di negara ini. "Ini kerana subsidi bahan api ketika ini turut dinikmati oleh orang yang lebih kaya, pelancong, pekerja asing dan pekerja asing tanpa izin. Walaupun jumlah mereka tak seramai rakyat majoriti yang susah, tapi kena sekat juga mereka daripada menikmati subsidi. Bagi kerajaan lebih baik korbankan kepentingan majoriti daripada kita bagi peluang yang minoriti tu dapat subsidi."

"Malah baru-baru ini ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, saya dapati minyak diesel kita banyak diseludup keluar dari Rantau Panjang untuk dijual di seberang sana (Thailand), walaupun sepanjang PRK tu saya ada di Amerika dan melancong ke luar negara, tapi saya boleh nampak orang seludup tawww," katanya.

Najib dalam pada itu turut mengingatkan rakyat, agar menjadikan elemen pengorbanan, asas dalam mencapai kejayaan. "Kalau kita sanggup berkorban dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, Insya-Allah kita akan mendapat ganjaran yang setimpal. Tapi hanya rakyat saja yang perlu berkorban, kami para menteri, konsultan, penasihat, PEMANDU dan PTD susah sikit nak berkorban sebab kami tak berapa nak ikhlas, maklumlah tuan-tuan, bila lagi masanya kami nak bermewah macam ni," katanya. – Agensi Paneh Miang.