siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Saturday, November 14, 2015

Jawapan Jamil Khir


Jawapan dari Jamil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menuntut pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir (bawah) memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Ia berhubung dakwaan yang mengatakan menteri itu menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah.
Dalam satu kenyataan hari ini, menteri itu berkata dakwaan itu adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.
"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya," kata Jamil Khir.
Berikut adalah kenyataan penuh Jamil Khir:
Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015.
Sesungguhnya dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.
Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.
Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.
Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.
Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.
Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri.
Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.
Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya.
Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan. Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.
Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.
Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.
Kalau betul perlu diambil tindakan..! kalau tak betul tindakan juga perlu diambil.
Semalam dilaporkan..

Lawatan seorang menteri Umno ke Amerika Syarikat dengan perbelanjaan RM410,978 didakwa dibayar oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).
Ia didakwa dibayar melalui dana sebuah anak syarikat yang sepatutnya digunakan untuk anak yatim dan kanak-kanak miskin, dakwa Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir.
Memetik invois yang dibilkan kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang diperolehnya, Akmal mendakwa lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah.
Akmal mendakwa isteri menteri itu juga merupakan sebahagian daripada rombongan tersebut.
Invois yang diperolehnya menunjukkan bahawa RM274,493 dibelanjakan untuk tiket penerbangan pergi balik untuk menteri itu dan isterinya.
Lain-lain perbelanjaan yang dibelanjakan untuk menteri itu termasuk RM1,658.96 untuk golf, RM1,565.98 untuk majlis makan malam dan RM3,200.72 untuk cenderahati.
Penginapan untuk menteri itu dan isterinya selama tiga malam berjumlah RM2,675.43.
Malaysiakini tidak menyiarkan nama menteri itu sehingga mendapat respons beliau terhadap pertanyaan kami.
Yapeim berkata sedia disiasat dan memberi kerjasama penuh berhubung sebarang dakwaan salah laku melibatkan badan itu, kata ketua pengarahnya.
Beliau yang juga ketua pegawai eksekutif Kumpulan Yapeim menegaskan, pihaknya sentiasa berpegang kepada prinsip syariah dan nilai integriti yang tinggi dalam urusan dan operasi.
Yapeim ditubuhkan pada Oktober 1976 untuk memfokuskan kepada kerja kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.


Kudis dah bernanah. boleh Muntah beb.Nantikan episod seterusnya.

Friday, November 13, 2015

Gabenor Zeti Tak Mahu Jadi Hakim


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mempertahankan siasatan pihaknya terhadap 1MDB.
Zeti berkata bank pusat itu bertindak daripada “sudut pandang pentadbiran”.
“Saya tidak mahu hakimi Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) daripada aspek keputusan yang dibuatnya,” kata Zeti.
Dalam kenyataan 15 Oktober lalu, Pejabat Peguam Negara berkata sudah menutup siasatan BNM terhadap 1MDB kerana syarikat itu tidak boleh dipersalahkan atas sebarang dakwaan kesalahan oleh bank pusat.
Zeti berkata Apandi membuat kenyataan daripada sudut pandang jenayah, manakala BNM pula daripada sudut pentadbiran dalam memberi kebenaran kepada 1MDB melabur di luar negara.
Beliau ditanya sama ada BNM buat salah dalam siasatan terhadap 1MDB susulan kenyataan Apandi itu.
Peguam negara juga berkata 1MDB tidak boleh dipersalahkan atas dakwaan kesalahan jika BNM tidak meminta penjelasan yang diperlukan.

Thursday, November 12, 2015

Dah bertelur?

SPRM mesti soal Najib isu RM2.6 bilion sebelum akhir tahun, kata peguam negara 

The Malaysian Insider baru-baru ini menemubual Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang bercakap mengenai pelbagai isu, daripada pelantikannya ke jawatan itu secara tiba-tiba, kedudukan beliau dalam Umno sebelum ini, hingga kepada isu derma RM2.6 bilion dan Akta Hasutan 1948. Di sini, dalam siri pertama daripada 3 bahagian, peguam negara menyentuh mengenai isu panas yang menjadi tajuk utama berita baru-baru ini.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ada tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 11 November, 2015.Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ada tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 11 November, 2015.
Peguam negara berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya, sambil menambah siasatan terhadap derma kontroversi itu juga mesti dimuktamadkan sebelum tempoh itu.Apandi berkata, beliau memaklumkan Najib mengenai perkara itu dan perdana menteri (PM) setuju beliau perlu disoal.






















“Lambat laun, sebelum mereka memberi saya failnya, PM mesti beri keterangan,” kata Apandi.
Pada 5 Ogos, SPRM berkata ia akan menyoal Najib berhubung sumbangan derma itu, yang disahkannya datang daripada seorang penderma Timur Tengah.
Tetapi sehingga baru-baru ini iaitu bulan lepas, kerajaan masih belum mengumumkan bila PM akan disoal, dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, SPRM akan memanggil Najib "apabila tiba masanya".
Pengkritik menuduh pihak berkuasa sengaja melengah-lengahkan siasatan, manakala Majlis Raja-raja bulan lalu menggesa kerajaan melengkapkan siasatan berkaitan dengan 1MDB dengan seberapa segera yang mungkin.
Apandi berkata, beliau menyedari kenyataan Raja-raja Melayu itu dan juga kebimbangan orang ramai.
"Serta-merta selepas kenyataan Majlis Raja-raja, pada malam itu sendiri, saya menghantar mesej kepada SPRM, 'Hello, lebih baik anda cepat'.
"Dan kemudian, untuk memastikan mereka mempercepatkan (proses), saya kata, 'selesaikan siasatan pada hujung Oktober'. Itu arahan saya," katanya.
Tetapi, beliau berkata, SPRM kemudiannya memberitahunya, "mustahil" untuk mereka menyiapkannya sebelum hujung Oktober dan meminta tarikh itu ditukar kepada akhir tahun ini.
Apandi berkata, SPRM perlu menyerahkan fail itu kepada beliau pada masa itu, "dengan apa cara sekalipun", kerana beliau sudah memberi mereka masa yang cukup.
Walaupun begitu, Apandi berkata, beliau merasakan siasatan SPRM ke atas kes itu berjalan pada "kadar yang munasabah".
Kes yang melibatkan pergerakan wang dari satu syarikat ke syarikat lain mengambil masa, kerana ia melibatkan pencarian dokumen serta menjejak dan menemubual individu terlibat, yang biasanya senarainya akan bertambah panjang dari masa ke semasa, katanya.
Beliau memetik contoh kes bekas majikan Perwaja Steel Tan Sri Eric Chia Eng Hock, yang akhirnya didakwa melesapkan wang RM76.4 juta pada 2005 selepas "bertahun-tahun" siasatan dijalankan.
Tetapi, beliau mengesahkan SPRM ada kemajuan, dan pegawai sudah mengambil keterangan daripada Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah Datuk Suboh Mohd Yassin.
Pada Julai, Jabatan Imigresen mengeluarkan larangan perjalanan ke atas Nik Faisal manakala Suboh dilaporkan tidak dapat dikesan.
Bagaimanapun, Apandi berkata, ahli perniagaan Low Taek Jho belum disoal kerana "dia belum lagi masuk dalam cerita ini".
"Jika mana-mana antara mereka mula menyebut nama Jho Low, maka mereka (SPRM) akan memanggil Jho Low," katanya.
Apandi berkata, beliau percaya polis hanya akan mula menyiasat 1MDB selepas Laporan Ketua Audit Negara mengenai firma pelaburan milik negara itu dikeluarkan.
The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai menyiarkan artikel memetik "penyiasat yang tidak dinamakan" mengatakan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.
1MDB menafikan dakwaan itu, manakala Najib menyangkal ada mengambil sebarang dana negara untuk kepentingan peribadi.
Putrajaya bagaimanapun berkata, ia akan menjawab soalan di Parlimen mengenai sumbangan RM2.6 bilion itu.
"Soalan ini akan dijawab serentak dengan semua soalan lain yang mempunyai makna sama, pada suatu tarikh akan ditetapkan kemudian pada persidangan ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini.
PETIKAN DARIPADA TEMUBUAL
TMI: Agak lama dulu, SPRM berkata dalam satu kenyataan, ia akan memanggil PM bagi menjelaskan sumbangan RM2.6 bilion itu. Mengapa PM tidak dipanggil lagi? Sebagai peguam negara, anda boleh menasihati SPRM dalam hal ini, terutamanya apabila kertas siasatan akan dihantar kepada anda.
APANDI: Dia akan kena juga (bagi penjelasan).
TMI: Jadi, apa yang melengahkannya?
APANDI: Ia seperti Encik A, anda tahu, wang itu masuk ke dalam akaun Encik A, Encik A mesti beritahu, mesti memberi kenyataan. Ia semudah itu. Dan saya beritahu perdana menteri, 'hello tuan, anda mesti beri kenyataan. Satu hari nanti, atau bila-bila'. Dan beliau bersetuju.
Masalahnya dengan semua orang ialah, 'cepat, cepat, cepat, jangan lengah'. Saya katakan kepada anda, siasatan seperti ini, (melibatkan) pergerakan wang dari satu syarikat ke syarikat lain, akan mengambil masa. Pertama, anda perlu mengesan dokumennya, kedua anda perlu mengesan siapa yang menerima, memberi atau mengendalikan wang itu. Lebih mudah menyiasat kes pembunuhan daripada kes jenis ini. (Dalam) Kes pembunuhan, anda pergi ke lokasi kejadian jenayah, cari senjatanya, rekodkan kenyataan daripada saksi, hantar senjata ke Jabatan Kimia, tutup kes.
Dalam kes ini, anda tidak boleh buat begitu. (Kes) Ini, anda merekod satu kenyataan... tetapi kerana ia melibatkan pentadbiran sebuah organisasi perniagaan, anda merekod dari A. A akan menyebut nama B, C, D. Jadi, selepas merekod A, anda masih perlu mencari B, C, D untuk mendapatkan jalan ceritanya. Dan dalam proses merekod B, C, D ini, B, C, D akan menyebut pula E, F, G, H, I, J, K. Hampir tiada kesudahan. Dan beberapa orang mungkin berada di luar negara. Jadi mereka kena ke luar negara, untuk merekodkannya.
TMI: Jadi, adakah siasatan itu sudah ke luar negara? Seperti dalam usaha menemubual 2 pegawai SRC yang berada di luar negara? Ada usaha dibuat untuk menghubungi mereka?
APANDI: Mereka (SPRM) sudah pergi mengambil keterangan mereka. Dan kemudian, selepas membuat rakaman, saya hanya mahu menjelaskan bagaimana ia dibuat, selepas membuat rakaman, mereka balik, mereka meneliti rakaman dan mereka bandingkan dengan kenyataan lain, dan kemudian mereka fikir, 'ah kita perlu penjelasan lanjut'. Buat temujanji lain. Ia mengambil masa. Dua orang yang kita cakapkan ini ialah Nik dan Suboh. Saya tidak kenal mereka.
TMI: Bagaimana dengan Jho Low?
APANDI: Jho Low, belum lagi, sebab dia belum lagi masuk dalam cerita ini. Sebab itu saya kata, jika mana-mana antara mereka mula menyebut nama Jho Low, maka mereka (SPRM) akan memanggil Jho Low. Kemudian, kita jumpa Jho Low. Kemudian apabila kita jumpa Jho Low, dan dia mula menyebut beberapa nama, kita perlu panggil mereka juga. Sebab itulah ceritanya panjang.
Bagaimanapun, disebabkan kebimbangan orang ramai dan macam-macam lagi... malah, serta-merta selepas kenyataan Majlis Raja-raja, pada malam itu sendiri, saya menghantar mesej kepada SPRM, 'Hello, lebih baik anda cepat'. Dan kemudian, untuk memastikan mereka mempercepatkan (proses), saya kata, 'selesaikan siasatan pada hujung Oktober'. Itu arahan saya.
Tetapi, mereka datang balik, 'Tan Sri, hampir mustahil, hujung Oktober. Oleh kerana terdapat begitu banyak kenyataan lain yang hendaklah direkodkan. Baik. Sebab, kita tak boleh tekan. Jadi, mereka datang balik dan berkata, 'kami perlu sekurang-kurangnya sebulan lagi atau lebih'. Saya kata, 'saya mahu mesti ada tarikh akhir'. Jika anda bertanya kepada orang yang bekerja di bawah saya, apabila saya minta anda melakukan sesuatu hari ini, saya lebih suka ia dilakukan semalam. Itulah cara saya. Anda boleh tanya perkara ini kepada sesiapa saja yang pernah bekerja dengan saya.
Dan saya desak mereka. Mereka kata 'hujung Oktober tak boleh'. Saya kata, apa pun, sebelum akhir tahun ini. Saya kata, dengan apa cara sekalipun, saya mahu ia begitu. Maksud saya, saya sudah beri masa yang cukup. Saya tahu ia bukan tugas yang mudah, tetapi...
TMI: Jadi, perkara utama daripada soalan mengenai 1MDB ialah: SPRM mengambil keterangan daripada kedua-dua pegawai SRC, anda ada memberitahu PM yang dia perlu memberi kenyataan dan anda mahu keputusannya menjelang akhir tahun ini?
APANDI: Ya. Dan lambat laun, sebelum mereka memberi saya failnya, PM mesti beri keterangan. Anda boleh tulis itu.

Bernas Juga Kalau Tak Mabuk..!

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yakin keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai peguam negara menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail bukan dibuat secara spontan.
Justeru, bagi membersihkan namanya, beliau menyarankan Apandi supaya menjelaskan sebab sebenar di sebalik pelantikan itu.
"Sebab sebenar tidak diketahui. Itulah yang seluruh negara mahu tahu. Mengapa beliau dipilih?” soal Zaid ketika dihubungi oleh Malaysiakini.
Zaid berkata pelantikan Apandi pada 27 Julai dibuat pada masa yang sangat kritikal dan ramai yang melihat keputusan itu bukan melalui "proses biasa".
Pelantikannya dilihat sebagai satu tindakan mendadak ketika pasukan khas yang pada masa itu diketuai oleh Gani sedang menyiasat skandal firma pelaburan negara, 1MDB yang sarat hutang.
Tidak sampai seminggu memulakan tugasnya, Apandi dilapor mengarahkan pasukan petugas berkenaan dibubarkan dan pihak berkuasa yang menyiasat diminta menjalankan tugas masing-masing secara berasingan.
"Berdasarkan semua itu, wawancaranya akan lebih bermakna sekiranya beliau menjelaskan isu sebenar," kata Zaid.
"Saya tidak peduli sama ada beliau menyokong Umno atau tidak," katanya.
Zaid melalui akaun Twitter sebelum ini berkata Apandi sepatutnya lebih berterus terang ketika diwawancara oleh portal dalam talian The Malaysian Insider.
"Adakah PM beritahu dia mengapa Gani terpaksa berundur? Apa yang perlu beliau lakukan? Bubarkan pasukan petugas khas? Dedah perkara yang sebenar," tulis tweet beliau.
Antara lain, Apandi dalam wawancara itu menafikan dakwaan bahawa beliau pernah berkhidmat sebagai bendahari Umno Kelantan.
Gani digantikan dengan alasan "sebab-sebab kesihatan" tetapi dalam penampilan awam pertama pada 3 Nov lalu, bekas peguam negara yang berusia 60 tahun itu berkata beliau dalam "keadaan baik" walaupun ketika berkhidmat dan terpaksa menjalani rawatan dialisis.

Wednesday, November 11, 2015

Samunan Terhenti..!


Dipetik dari celahgelegar.

[BENARKAH KENYATAAN NOW INI?] Pegang 26 Jawatan, Jumlah gaji Pengerusi & Timb. Pengerusi (Pemimpin Wanita UMNO) Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bersama Keluarga Cecah RM154,700 Sebulan


Pada 9 November 2015 yang lalu National Oversight and Whistleblowers (Now) telah menuntut penjelasan kerajaan berhubung dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem) yang didakwanya digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Rompin.

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, pihaknya menanti penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung dakwaan itu.

"Jika ini benar-benar berlaku, saya percaya umat Islam terutamanya mereka yang menyumbang kepada Yapiem merasa amat kecewa apabila derma yang diamanahkan disalahgunakan," katanya pada sidang media.

Sebelum itu, beliau mendakwa Lembaga Pemegang Amanah Yapiem telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM223,000 pada 24 April lalu berkaitan penganjuran sebuah program di Rompin.

"Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun apa yang menimbulkan kemusykilan besar kesemua sumbangan tersebut akhirnya diserahkan kepada salah seorang ahli lembaga pemegang amanah dalam bentuk tunai.

"Semua serahan wang tunai itu dibuat waktu kempen PRK Rompin sedang berlangsung," katanya.

Menurutnya, jika dakwaan itu benar-benar berlaku, beliau menuntut pihak yang terlibat segera mengaku.

"Kalau berlaku, kita minta mengaku dulu. Jika mengaku, pulang duit dan minta maaf serta meletakkan jawatan. Tiada masalah.

"Tapi sekiranya tidak mengaku dan tiada penjelasan yang munasabah daripada perdana menteri dan menteri di JPM, Now akan terus buat pendedahan," katanya.

Yapiem merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952.

Ia merupakan institusi berteraskan amal jariah bagi menangani keperluan dan cabaran semasa umat dan negara. -Sinar Harian

Hari ini, NOW mendakwa Presiden & Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM serta keluarga (Wanita UMNO) pegang 26 jawatan bergaji, pendapatan keseluruhan RM154,700 sebulan.
Kenyataan & bukti ‪#‎skandalYaPEIM‬ didedahkan oleh sdr Akmal Nasirsebentar tadi.




Berikut adalah kenyataan sidang media oleh sdr Akmal Nasir beserta bukti-bukti:-
BENARKAH WANG YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM) SEBANYAK RM 223,000 DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN WANITA UMNO KETIKA PRK PARLIMEN ROMPIN?
LATAR BELAKANG YaPEIM
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebuah Yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 dengan berteraskan kepada konsep amal jariah.
YaPEIM merupakan institusi khas di bawah YAB Perdana Menteri Malaysia dan mendapat perhatian khusus daripada Y.B Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Pendapatan YaPEIM dijana melalui sumbangan orang ramai, pinjaman atau grants daripada Kerajaan Persekutuan dan juga aktiviti penjanaan dana Islam seperti Koperasi Islam dan Ar-Rahnu ini kemudiannya disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Sebagai contoh, mengikut statistik terkini daripada YaPEIM (lampiran A), seramai 588,930 orang rakyat Malaysia telah menyertai Skim Potongan Gaji Bulanan YaPEIM dimana dianggarkan sebanyak RM 65.73 juta setahun yang bakal diperoleh oleh YaPEIM daripada sumbangan derma orang ramai bagi tahun 2015.
LATAR BELAKANG DATUK SITI JELIHA @ ZALEHA BINTI HUSSIN
Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin merupakan Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Negeri Kelantan (1986-2003) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kubang Kerian (1986-Kini).
Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi penggal 1986-1990 sebelum dilantik sebagai Senator bagi penggal 1993-1999.
Beliau telah menyertai YaPEIM sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sejak tahun 1993 sehingga kini.
WANG YAPEIM RM 223,000 DIKELUARKAN KETIKA PILIHANRAYA KECIL ROMPIN?
Mengikut dokumen Minit Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 (lampiran B), Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM 223,000 berkaitan penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah Rompin, Pahang.
Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun apa yang menimbulkan kemusyikilan besar, ke semua sumbangan tersebut akhirnya diserahkan kepada Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk wang tunai (lampiran C).
Semua serahan wang tunai kepada beliau dibuat ketika waktu kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sedang berlangsung.
Kronologi:-
22 April 2015 – Hari penamaan calon PRK Rompin
24 April 2015 – Kelulusan Lembaga Pemegang Amanah YaPIEM dengan peruntukan RM 223,000 bagi program di Rompin
27 April 2015 – Cek dikeluarkan atas nama pegawai YaPEIM, Datuk Zaleha tandatangan cek
27 April 2015 – Tunai diserahkan kepada Datuk Zaleha sebanyak RM 43,000 di KLIA
28 April 2015 – Tunai diserahkan kepada Datuk Zaleha sebanyak RM 60,000
30 April 2015 – Tarikh pengundian awal
1 Mei 2015 – Tunai diserahkan kepada Datuk Zaleha sebanyak RM 60,000
2 Mei 2015 – Tunai diserahkan kepada Datuk Zaleha sebanyak RM 60,000
5 Mei 2015 – PRK Parlimen Rompin. Calon Barisan Nasional iaitu Datuk Hasan Arifin diumumkan sebagai pemenang dan Ahli Parlimen yang baharu
PERSOALAN
1. Benarkah YaPEIM menerima sumbangan derma orang ramai termasuk melalui skim potongan gaji bulanan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan sebagai amal jariah?
2. Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin telah menerima RM 223,000 daripada YaPEIM untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?
3. Jika ia (soalan 2), apakah bentuk program yang telah dijalankan ketika PRK Parlimen Rompin? Apakah bukti program tersebut telah dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan ini?
4. Jika tidak, ke manakah perginya RM 223,000?
Saya berharap agar Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia atau Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk tampil bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.
Jika perkara ini benar-benar berlaku, saya percaya umat Islam terutamanya mereka yang menyumbang kepada YaPEIM merasa amat kecewa apabila derma yang diamanahkan disalah gunakan.
Sekiranya tiada penjelasan yang munasabah daripada YAB Perdana Menteri mahupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, National Oversight Whitsleblower (NOW) akan tampil dengan pendedahan berikutnya.
9 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)

Bangsat


makin kaya makin senang makin mudah jadi bangsat dan membangsatkan.

PERKASA menganggap, gesaan anak sulung bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik Ismail yang mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dihapuskan sebagai menghasut.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA Amini Amir berkata, kenyataan oleh Tawfik itu juga merupakan satu penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Amini berkata, dengan peruntukan di bawah Perlembagaan jelas menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai hak untuk membentuk dan memberi dana kepada mana-mana institusi yang berkaitan dengan Islam.
"Pembentukan Jakim adalah sejajar dengan aspirasi dan peruntukan di bawah Perlembagaan.
"PERKASA percaya, sebagai badan berkuasa agama, kewujudan Jakim tidak boleh dinafikan dan kuasanya tidak boleh dipersoalkan," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Selain itu, Amini juga menegaskan bahawa Islam mempunyai kedudukan yang istimewa seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan kewujudan Jakim tidak wajar dipersoalkan.
"Kami menggesa Tawfik memohon maaf kepada Jakim dan umat Islam segera supaya tiada apa-apa yang negatif berlaku kepadanya.
"PERKASA percaya bahawa dia tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam pentadbiran Jakim di negara ini," katanya lagi.
Tawfik dalam temubual bersama portal The Malaysian Insider berkata, Jakim perlu dibubarkan.
Katanya, jabatan tersebut seolah-olah berkhidmat untuk tujuan lain selain daripada campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia.
patut la melayu melarat