siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Tuesday, December 31, 2013

Kenapa Dengan Najib?

DIPETIK DARI BLOG PANEH MIANG

Kedai Kain Kapan 1 Malaysia

1. Dua hari lepas Najib umum akan buka lagi 50 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) tahun depan. Secara peribadi kami dah melawat kedai kain 1Malaysia di Hulu Langat sejak dilancarkan tahun lepas. Ada jual kain pasang, tudung, kemeja, baju kurung etc. Tak pastilah sama ada kain tu semua barangan tempatan atau import, sebab kebanyakan label tiada 'made in' mana. Kalau kain yang dijual tu diimport...siapa pemegang AP kain? Jeng..jeng..jeng!

2. Pengarah Urusan KKR1M kata, kedai tu semakin mendapat sambutan kerana mereka menjual kain berkualiti pada harga rendah. Sebab tu nak tambah lagi 50 kedai tahun depan. Di Kuala Pilah pun dah ada satu KKR1M yang buka 18 Disember lepas. 

3. Tapi pada kami, jika dinilai dari sudut kualiti dan harga, rasanya kain 'made in' Cambodia dan Vietnam lebih berbaloi dibeli berbanding Kedai Kain 1Malaysia. Serius cakap...

4. Perlu ke diperbanyakkan kedai kain ni? Konon alasan nak tambah cawangan KKR1M sebab makmal NKRA kata kedai ni mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Biar betiikkk?

5. Nature rakyat Malaysia ni suka berjalan. Kalau rakyat (terutama kaum hawa) nak beli kain, mereka akan pergi Nilai 3, akan membeli belah di Sogo, akan ronda-ronda Jalan Tunku Abdul Rahman, akan pusing kedai kain yang berlambak di Tangkak, akan cari alasan nak tinjau Pasar Payang di Terengganu etc.

6. Umum tahu kalau pergi KR1M ke...KKR1M ke...bukan semua yang dijual tu murah. Hanya barang-barang tertentu saja murah. Yang lain sama ada harga sama saja dengan kedai atau pasaraya lain, jika tidak pun lebih mahal sikit, bergantung pada jenis dan kualiti sesuatu produk.

7. Sebenarnya rakyat tak perlukan KR1M, KKR1M ni semua. Apa yang rakyat perlukan, bila mereka keluar rumah bawak RM100, mereka boleh beli stok makanan keluarga untuk seminggu. Mereka boleh pergi mana-mana tempat yang mereka suka untuk membeli-belah, sama ada ke pasar malam, pasar tani, pasar basah, pasar raya, kedai runcit etc. yang dekat dengan rumah masing-masing tanpa perlu memandu kereta kerana harga minyak dah mahal. Sesambil rakyat keluar tu, jika teragak nak makan, mereka tak perlu bayar sepinggan bihun goreng + potongan kecil ayam + taugeh dengan harga RM5. Bila mereka teragak nak minum nescafe di kedai, mereka tak 'terpaksa' membayar hingga RM1.80 segelas.

8. Semua pun faham kos kehidupan tahun 70an, 80an dan 90an dulu sangat berbeza dengan sekarang. Tahun 70an dulu buat loan bank untuk beli rumah dan tanah pun cuma perlu bayar ansuran bulanan RM20 saja sebulan. Tapi hari ni RM20 sehari pun tak cukup nak bawak belanja pergi kerja.

9. Rakyat sangat memahami bahawa kos sara hidup sememangnya akan meningkat sesuai dengan peredaran masa dan zaman. Cuma rakyat tak berapa nak faham, kenapa kos sara hidup NAIK MENDADAK. Dalam masa SERENTAK (saja besarkan huruf sebab kenkadang yang bagi komen tak faham-faham) semua subsidi dan bantuan nak ditarik.

10. Rakyat tak kisah pun jika subsidi di tarik, tapi perlahan-lahan, bukan SEKALIGUS. Maksudnya rakyat boleh terima kenaikan harga barang tapi bukan dengan cara sedut subsidi sekaligus sebab ia akan menyebabkan kebanyakan harga barang naik mendadak.

11. Apalah salahnya kerajaan Najib tarik bantuan berdikit-dikit, contoh 6 bulan pertama tarik 5 sen, atau 20%. 6 bulan seterusnya tarik lagi 5 sen atau lagi 20% etc. Jadi peniaga sukar nak amik kesempatan dan rakyat sempat buat adjustment kos sara hidup yang semakin meningkat. Bukan dalam masa 2 bulan segala subsidi nak ditarik dan harga barang dinaikkan sekaligus. Itu nak bunuh rakyat namanya.

12. Paling merunsingkan rakyat apabila pendapatan isi rumah sedia ada, tak seiring dengan kenaikan harga barangan dan keperluan. Harga barang naik...gaji tak naik-naik...terutama di sektor swasta. Beberapa hari lagi nak bukak sekolah dah. Bayangkan betapa peningnya kebanyakan ibu bapa sekarang ni...

13. Najib perlu kurangkan produk SYOK SENDIRI 1Malaysia-nya. Sebelum PRU-13 bolehlah guna strategi promosi 1Malaysia. Tapi bila dah terbukti lepas PRU, BN masih gagal dapat 2/3 majoriti dengan undi popular yang rendah berbanding pembangkang, hingga kerusi majoriti mudah pun dah jadi sikit, lebih baik Najib pertimbangkan semula kempen produk 1Malaysia-nya yang ternyata GAGAL serta tidak mendapat tempat di hati rakyat majoriti. 

14. Najib perlu berhenti jadi Perdana Menteri yang syok sendiri dan hanya dengar cakap PEMANDU MABUK. Che Det siap bagi nasihat percuma untuk kesejahteraan rakyat tanpa minta Najib bayar RM7.2 billion pun. Nak ikut atau tak saja.

15. Ia sama ada Najib tambah 50 Kedai Kain 1Malaysia untuk kurangkan beban rakyat, ATAU kedai kain tu sebenarnya persiapan Najib untuk kapankan terus Barisan Nasional. Mana satu pilihan?

Saturday, December 28, 2013

Najib & Menteri Nak Belajar Dari Tun M Ke?

Dipetik dari blog DET.


KOS KERAJAAN

1. Kerajaan memerlukan wang. Kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa wang. Kerajaan perlu bayar ramai orang yang bekerja untuk kerajaan. Kerajaan juga membekalkan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Dan sekarang kerajaan turut bertanggungjawab menyediakan kemudahan sosial seperti pendidikan, perubatan penjagaan dan lain-lain. Dan sudah tentu kerajaan berperanan mempertahankan negara dan mengekalkan undang-undang serta pentadbiran.

2. Dana kebanyakannya diperoleh melalui cukai daripada aktiviti rakyat yang punya pendapatan atau keuntungan, termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti pengangkutan, pembetungan, air dan tenaga, pelabuhan dan lapangan terbang, proses-proses kelulusan dan lain-lain

3. Walaupun banyak negara di mana rakyatnya mengelak dari membayar cukai, rakyat Malaysia secara amnya membayar cukai mereka serta lain-lain perkhidmatan yang disediakan kerajaan. Tetapi disebabkan kos kerajaan meningkat dari masa ke semasa, maka cukai dan tarif jug perlu dinaikkan. Dan kebiasaannya rakyat enggan membayar lebih banyak cukai atau caj-caj lain. Perlu diakui bahawa kadar cukai yang tinggi pasti akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup dan pada masa sama, upah dan gaji kakitangan kerajaan juga perlu dinaikkan, dan akhirnya akan berlaku kenaikan kos yang tinggi daripada perolehan kerajaan.

4. Tetapi pembayar cukai tidak akan tiba-tiba ada wang yang banyak untuk membayar cukai atau caj baru. Akhir-akhir ini, individu serta ahli perniagaan di Malaysia perlukan lebih banyak wang disebabkan berlakunya peningkatan kos secara mendadak akibat daripada dasar yang diperkenal kerajaan. Pertama sekali mengenai kenaikan gaji minimum hingga RM900. Peningkatan ini tidak boleh dihadkan kepada orang-orang yang berpendapatan kurang daripada RM900 semata. Individu yang sudah berpendapatan RM900 ke atas juga perlu dibayar gaji lebih tinggi. Secara tak langsung kos operasi  pengeluaran barangan dan perkhidmatan juga pasti akan meningkat; sekaligus memberi impak besar kepada kos sara hidup rakyat keseluruhannya.

5. Terbaru kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi produk petroleum dan caj elektrik juga akan dinaikkan. Bagi penduduk Kuala Lumpur, beberapa kadar baru yang diperkenalkan akan menyebabkan berlaku kenaikan mendadak kos sara hidup sebanyak 2000%.

6. Pada tahun 2015 GST (barangan dan cukai perkhidmatan) akan menggantikan cukai jualan. Amat jelas kerajaan ingin mendapat untung berlebihan daripada cukai jualan, namun ia juga akan menyebabkan berlakunya penambahan kos barangan dan perkhidmatan.

7. Kita faham bahawa kerajaan memerlukan wang yang banyak untuk disesuaikan dengan keadaan semasa ekonomi. Tetapi perlukah kerajaan membuat kenaikan terlalu besar pada cukai serta tarif; dan kesemuanya pula dinaikkan pada masa serentak? 

8. Dalam perniagaan terdapat satu perkara yang dikenali sebagai "pengurangan kos". Apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos. Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.

9. Apabila berlakunya penurunan kos dalam sesebuah perniagaan, apa yang perlu dilakukan adalah meneliti segala-galanya agar ia tidak memberi kesan kepada kos keseluruhan operasi perniagaan. Perlu dikaji kecekapan proses, kos bahan, pengurangan pembaziran dan kecekapan jumlah pengeluaran. Kebiasaannya beberapa kos akan dapat dikurangkan.

10. Sepertimana perniagaan, perkara sama juga boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah.

11. Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Sebagai contoh kontrak yang telah diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga terbaik – walaupun tidak semestinya yang terendah. Setiap tahun Ketua Audit Negara akan melapor mengenai pembaziran disebabkan prosedur-prosedur yang tidak wajar serta kecuaian. Biasanya setiap tahun juga, kerajaan tidak banyak berubah atau mengambil apa-apa tindakan daripada kritikan Ketua Audit Negara. Walhal kerajaan boleh menjimatkan banyak wang jika kritikan Ketua Audit Negara diambil secara serius. Perubahan prosedur juga boleh mengurangkan kos.

12. Jika kerajaan berminat dalam mengurangkan kos tadbir urus, ia boleh berbuat demikian dan mungkin impaknya akan lebih ketara. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengurangkan kos elektrik dengan menukar lampu jalan ke LED yang akan menyebabkan penjimatan lebih 50%. Pengurangan penjanaan elektrik juga mampu mengurangkan subsidi bahan bakar untuk tenaga. Tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan. Kos permulaan mungkin tinggi, tetapi dengan adanya simpanan pasti kos boleh dikurangkan.

13. Kesan daripada kenaikan cukai juga perlu dikaji dengan teliti. Adakah benar bahawa peratusan cukai yang ditetapkan tidak boleh dipinda? Harus diingat bahawa kenaikan cukai pasti akan menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, pengurangan dalam keuntungan dan pengurangan cukai korporat serta keuntungan kerajaan. Sedikit masa dulu kerajaan telah kehilangan cukai ke atas barang-barang yang dibawa masuk oleh pelancong ke Singapura semata-mata kerana sukar untuk ditentukan sama ada jam tangan yang mahal, pen dan barangan kemas yang itu dibeli di Singapura atau ia memang milik peribadi pelancong apabila dia pergi ke negara tersebut. Justeru kerajaan ketika itu memutuskan untuk menghapuskan cukai pada barangan mewah. Rentetan itu kedai-kedai bebas cukai bercambah di Malaysia dan kerajaan mengumpul lebihan melalui cukai korporat daripada kedai-kedai tersebut berbanding yang pernah kerajaan kumpulkan melalui duti import.

14. Dalam contoh lain, kerajaan telah mengurangkan cukai korporat secara beransur-ansur daripada 45% dari keuntungan kepada hanya 26%. Dengan itu lebih banyak aktiviti perniagaan dapat dilakukan dan kutipan hasil cukai korporat juga telah meningkat dengan banyaknya. Kes lain adalah bebas cukai sebagai insentif untuk pelaburan yang menyebabkan pelaburan meningkat. Secara tidak langsung kerajaan boleh mengutip cukai pendapatan daripada eksekutif. Nasi lemak yang dimakan oleh pekerja juga akan meningkatkan perniagaan pemborong beras dan kerajaan juga boleh mengutip cukai korporat daripada pemborong ini.

15. Rakyat perlu mencari wang untuk membayar cukai yang semakin meningkat. Sudah tentu ia akan menjadi lebih mudah jika peratusan cukai yang dikenakan adalah rendah, atau rakyat diberi masa membayar cukai pada tempoh yang lebih lama.

16. Jika kerajaan benar-benar perlu menaikkan peratusan sesuatu cukai, ia sepatutnya diperkenalkan secara berperingkat. Sebagai contoh kenaikan caj elektrik ditetapkan pada 15%. Itu adalah satu lonjakan besar. Ia sudah tentu akan menjejaskan kos pengeluaran barangan yang menggunakan elektrik, apatah lagi pengeluaran yang menggunakan elektrik pada peratusan yang tinggi. Kontrak yang telah sedia dimeterai lebih awal oleh peniaga akan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian dan sekaligus akan mengurangkan cukai keuntungan korporat.

17. Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Maka kerugian semasa kontrak akan dikurangkan. Kontrak-kontrak pada masa depan pula akan mengambil kira kenaikan. Akan ada masa untuk "kos turun" dan kenaikan harga kontrak.

18. Jika ditetapkan 6% setahun untuk 3 tahun, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang. Tetapi kenaikan 6% di tahun kedua adalah 106% daripada harga asal, dan untuk tahun ketiga akan naik kira-kira 113% daripada harga asal, oleh itu lebih daripada 18%. Jika ini terlalu tinggi, maka kadar peningkatan tahunan boleh juga dikurangkan kepada 5%.

19. Jelas bahawa kerajaan akan mendapat lebih daripada 15% daripada harga semasa. Kerajaan tidak akan rugi apa pun walau terdapat kelewatan dalam kenaikan kadar cukai yang telah sedia ditetapkan sebelumnya.

20. Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan hingga membebankan kos sara hidup rakyat dan peniaga. Kerajaan perlu menyemak semula kadar cukai yang diperkenalkan. Tindakan ini tidak akan terlalu menjejaskan kerajaan, dan pada masa sama kerajaan dapat memberi keyakinan kepada rakyat. Rakyat mungkin akan hargai jasa kerajaan itu di pilihan raya akan datang.

21. Baru-baru ini Francois Hollande, Presiden Perancis telah memutuskan untuk menaikkan cukai ke atas keuntungan sebanyak 50%. Ramai yang telah meninggalkan Perancis untuk menjalankan perniagaan di tempat lain. Mungkin kerajaan berharap dapat lebih banyak cukai, tetapi kerajaan juga boleh rugi lebih banyak jika ramai kumpulan peniaga lari berhijrah ke tempat lain.

Terima kasih kepada blogger paneh miang kerana berusaha untuk translate kan artikel dari blog tun mahathir...

Thursday, December 26, 2013

Najib & Konsetan

Dipetik dari blog Paneh Miang.

P. Ramlee dah ramal hal Najib & Punahsehat


*Baca sambil layan youtube.

NAJIB: Oh..tuan penasihat..Idris PEMANDU..sila duduk. 

PEMANDU: Sebab apa tuan Najib jemput saya ke mari?

NAJIB: Begini...ekonomi negara semakin lama semakin merosot. Hutang bertambah. Itulah sebab saya panggil tuan ke mari kerana nak memintak buah fikiran apa yang harus saya buat.

PEMANDU: Ooohh..itu sangat senang...

NAJIB: Senang? Saya ada fikir nak mati, tuan bilang senang? Dengan apa jalan senang?

PEMANDU: Bukankah tuan tau, rakyat ada banyak wang dalam simpanan. Haaa...kita tarik saja wang dari poket mereka.

NAJIB: Tarik wang rakyat? Ini bukan mau beri senang. Saya boleh kena maki hamun...lingkup!

PEMANDU: Ini untungnya sangat besarrr!!

NAJIB: Untung? Dengan apa jalan saya boleh untung?

PEMANDU: Sebelum tarik wang rakyat, kita musti buat mereka gumbira.

NAJIB: Dengan apa nak kasi gumbira?

PEMANDU: Haaa...begini..(sambil berbisik)...sebelum PRU kita bagi 'gula-gula' BR1M, KR1M, BB1M, rebat telefon, naik pencen, insentif, klinik, kedai, menu sok..sek..sok..sek..pastu lepas PRU baru kita tarik subsidi sekaligus - minyak, gula, tol, cukai pintu, tambang LRT, caj elektrik, GST, OPR sok..sek..sok..sek...

NAJIB: Haha..hahaha..hahahaha...bagus...memang tuan orang yang bijak. Kepala hotak tuan nombor satu. Mengapa saya tak fikir. Saya pulang ke rumah, saya pakat dengan Rosmah, kalau perkara ini berhasil..tuan akan terima 20 persen. Hahaha...

PEMANDU: Besok saya akan siapkan MAKMALnya.

NAJIB/PEMANDU: MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Monday, December 23, 2013

Menteri Mana Yang Kena IQ Test?

Dipetik dari blog Paneh Miang.

Kabinet Najib perlu IQ test


Den raso ramai yang paham kenaikan kos sara hidup bukan setakat melando Malaysia ajo, tapi seluruh dunio sodang raso kosannyo.

Bahkan banyak negaro sekarang ni tongah huru-haro dek kenaikan kos sara hidup dan barangan keperluan.

Kok nak kaji kenapo ekonomi dunio jadi macam ni panjang lak citor kang. Nak kono blaja apo dio 'war of currencies', nak kono selidik 'global financial war', nak kono bongkar 'zionist global agenda', nak kono study 'IMF conquer plan', nak kono paham 'new colonization' etc. Pendek kato bulih bepinau la mato.

Ado rakyat sesetengah negaro pulak siap buek rusuhan nak gulingkan kerajaan sobab maghah kehidupan memasing makin terhimpit.

Masalah eh, isu kos saro hidup ni tak dapek jugak selosai dongan caro guling kerajaan. Silap-silap lobih bosar pulak balo yang mendatang. 

Cumo yang buek rakyat meluat ialah caro MENTERI LANTIKAN NAJIB BAGI JAWAPAN...

Rakyat betambah jolak bilo memikirkan kenapo Najib suko lantik menteri bebal bab menjawab isu.

Dahlah Kementerian Penerangan lombab...nak jawab satu isu pun amik maso sampai 2-3 minggu.

Mungkin menteri lantikan Najib kono amik IQ test untuk tau sejauh mano kebebalan memasing.

Atau Najib sendiri pun kono amik Competency Test untuk rakyat nilai samo ado dio fit ko tak sebona eh jadi Perdana Menteri!!

Wednesday, December 18, 2013

Najib Ikut Khalid..!

Dipetik dari blog Paneh Miang.

Siapa kata manifesto tu janji? - Najib


17 Intipati Manifesto BN PRU-13 bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan'

1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi

Selepas Barisan Nasional menang PRU-13

1. September 2013 - RON95 naik 20sen (menyebabkan harga barang meningkat).
2. Oktober 2013 - Gula naik 34sen (menyebabkan harga makanan juga meningkat).
3. Januari 2014 - Tarif elektrik akan naik 14.89%
4. 2014 - Tambang LRT akan naik
4. TOL???
5. Apa lagi yang akan naik? Oh ya..yang confirm ialah Rosmah naik jet kerajaan.

Tuesday, December 17, 2013

Tolong Sayangi Rosmah Boleh?



Dipetik dari blog Paneh Miang.

Bila nak habis isu Rosmah?

Rosmah telah memberi jawapan skema terbaik dengan skrip tersusun kemas berhubung isu penggunaan jet peribadi keluar negara.

Karangan terbaik itu tentunya hasil pemikiran bersama dan memerlukan beberapa masa menjawabnya (bermula) dari tempoh masa kejadian.

Ada sesiapa yang boleh mengesahkan kebenaran kronologi jalan cerita tersebut yang (kononnya) padat dengan agenda bertaraf rasmi (itu)?

Jika ada tuduhan Rosmah jalan-jalan cari makan atau shopping, mana buktinya? Mana gambarnya? Mana resitnya?

Yang pergi bukan Rosmah seorang, isteri Muhyiddin juga, tapi (hairannya) kenapa isteri Muhyiddin tidak dipersoalkan? Kenapa Muhyiddin yang meluluskan tidak dipersoalkan?

Bila dan berapa lama tempoh masa agaknya Rosmah mendapat tawaran ke sana, hingga pemergiannya seolah (dilakukan) secara tergesa-gesa dan (secara) tiba-tiba hingga satu perancangan lawatan yang tersusun (dan) kemas tidak dapat dibuat oleh pegawai diplomatik dan protokol? Jika rasa tak selamat, di mana tak selamatnya? Atau sebenarnya kurang selesa? Atau sudah tidak bisa?

Kenapa dibiarkan dan membebankan Rosmah sebegitu rupa? Kenapa tergamak kabinet 'mendera' Rosmah? Bukankah isteri seorang PM wajar selalu berada di sisi PM untuk memberi lebih sokongan moral dan ketenangan pada PM?

Dari segi keselamatan, mana yang lebih selamat? Duduk disisi suami atau merayau dan berjauhan?

Kerja-kerja yang Rosmah lakukan bertaraf menteri, jadi adalah wajar dia diberi elaun dan kedudukan sebagai menteri.

Di Malaysia, berapa kali setahun agaknya kedapatan seorang isteri presiden atau isteri perdana menteri luar negara membuat lawatan rasmi ke Malaysia tanpa suami mereka?

Adakah rakyat harus faham (bahawa) mempersoalkan Rosmah dan keputusan kerajaan adalah satu fitnah?

Selain isu kali ini, sudah berapa puluh kali Rosmah membuat sidang akhbar memperjelaskan sesuatu isu?

Adakah rakyat harus faham (bahawa) jawatan PM adalah hak peribadi selepas mereka dipilih secara demokrasi dan dilantik?

Adakah semua keputusan kabinet dengan sendirinya sah dan benar bertaraf lawful jika sudah diputuskan?

Jika soalan ini dituju kepada Menteri Tol, tentulah jawapan yg lebih tepat dapat kita dengar..."Jika kita tidak suka Rosmah ini, pilihlah Rosmah lain..."

Saturday, December 14, 2013

Apalah Salah Rosmah Sambut Birthday?

Dipetik dari blog cucu tok selampit.

DECEMBER 13, 2013

6Perlukah Pembodek Mengadakan Majlis Hari Lahir Rosmah Mansor Di Saat Rakyat Menderita Bencana Banjir?

Difahamkan pada 10 Disember 2013 yang lepas telah diadakan majlis sambutan Hari Lahir untuk 'self acclaimed' 'The First Lady', Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Tidak dapat dipastikan siapa pembodek ... opps ... penganjurnya. Perlukah majlis yang dikatakan meriah dan gilang gemilang ini diadakan sewaktu Rakyat di Johor, Kelantan, Terangganu dan Pahang sedang menderita dan sengsara menghadapi dugaan dan bencana banjir? Apapun, 'Happy Belated Birthday' Datin Paduka Seri. Semoga Allah merahmati Datin Paduka Seri dan dibuka hati untuk memahami kesusahan Rakyat Marhaen.





Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/12/perlukah-pembodek-mengadakan-majlis.html#Pl627HBeZV2PsmGF.99

Monday, December 9, 2013

Lantik Rosmah Jadi Menteri..


Dipetik dari blog Paneh Miang.

Ucapan 'cerdik' seorang Presiden

1. Ada beberapa perkara yang kami ingat Najib sebut dalam ucapan penggulungan PAU 2013. Antaranya ialah "Kita tahu UMNO pun tidak sempurna", "Jangan apologetik ini hak kita!" dan "Kami tidak pernah rasis. Kami adil untuk semua...".

2. Ya memang semua pun tau UMNO tu tak sempurna. Mana ada manusia atau pertubuhan atau apa saja yang sempurna melainkan MAHA PENCIPTA. Dan tiada manusia yang maksum selain nabi di dunia ni, hatta Nik Aziz dan Pas pun tak maksum. Cuma penganut Pas saja yang menganggap Nik Aziz dan Pas itu sempurna dan maksum. Sebab tu semua yang Nik Aziz dan pemimpin Pas buat tidak salah di mata penganut mereka walaupun sangat jelas kesalahan yang dilakukan.

3. Najib kata jangan apologetik tentang hak Melayu. Nampaknya Najib kena nasihat sepupunya sendiri yang pernah apologetik Cium Keris Minta Maaf hingga kini melekat dengan gelaran Hisham CKMM.

4. Najib juga kata tidak menafikan hak orang lain tapi ramai yang masih skeptikal kerana Najib selalu cakap tak seiring dengan perbuatan. Memang betul Najib tak nafikan hak kaum lain, tapi pada masa sama banyak perkara yang Najib buat seolah menafikan hak Melayu sendiri semata-mata nak gembirakan kaum lain; hingga tergamak Najib merendahkan maruahnya sendiri.

5. Mana boleh lupa siapa yang gubal Akta Pendidikan 1996 yang menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan dana untuk sekolah vernakular dan terpaksa pula menanggung gaji guru sekolah vernakular. Sebelum 1996, sekolah vernakular hanyalah sekolah persendirian tanpa tanggungan kerajaan kerana ia termaktub dalam perlembagaan. Tapi Menteri Pendidikan 1996 sudah gubal akta semata-mata nak gembirakan Cina. Ketika itu UMNO dan BN kuat pun Najib dah terhegeh nak please Cina, bayangkan masa UMNO/BN lemah sekarang ni, apa saja mungkin sanggup dilakukan Najib. 

6. Mana boleh lupa siapa yang terhegeh menjanjikan berjuta 'wang rakyat' di setiap kempen pilihanraya kepada sekolah vernakular. Siapa pula yang menjatuhkan maruah sendiri memukul gendang iklan Tahun Baru Cina. Perdana Menteri pertama mana yang tergamak merendahkan maruah berjumpa dan melayan Dong Jiao Zong. Kerajaan pimpinan siapa yang 'senyap' bila Islam, Melayu dan Raja di hina oleh kaum lain, tetapi bila Melayu membalas, terus diambil tindakan segera. Kerajaan pimpinan siapa yang mengiktiraf sijil universiti di China untuk diguna pakai di negara ini. Kerajaan pimpinan siapa yang membawa kaum lain menguasai Petronas dan GLCs sedangkan syarikat kaum lain sangat berkira untuk membuka peluang dan ruang kepada Bumiputera dalam syarikat mereka.

7. Memang Najib dan UMNO tidak racist dan adil untuk semua. Tapi yang ramai Melayu dok tanya, adakah Cina juga tidak racist dan bersikap adil terhadap Melayu selama ini? Sampai bila kerajaan Najib nak tunduk kepada segala tuntutan kaum chauvinist? Jika cina racist, adakah salah jika Melayu juga membalas dengan bersikap racist juga?

8. Tapi ada yang kami suka dalam ucapan Najib yang mahu pantau CEO GLC. Kata Najib, "Saya telah bermesyuarat dan berjumpa serta berbincang dengan ketua GLC, bahawa agenda permerkasaan bumiputera menjadi agenda nasional. Setiap CEO dan pengurusan GLC perlu melaksanakan agenda ini sebaik mungkin untuk memperlihatkan kesungguhan kita. Jadi ini KPI kepada CEO. Saya akan pantau ini. Akhir tahun, saya nak tengok kad laporan, skor kad. Kalau baik, baiklah, boleh sambung agaknya," katanya.

9. Cuma kami skeptikal, adakah Najib akan benar-benar pantau, atau hanya mengharapkan PEMANDU yang pantau, ataupun konsetan 7.2b yang pantau, atau janji Najib ini hanya sekadar nak jadi penyedap hati Melayu. Adakah Najib sedar apa yang sedang berlaku di Petronas hingga TDM letak jawatan? Adakah Najib tahu pelaburan yang dibuat 1MDB di Cayman Island yang turut dikenali sebagai 'syurga' penjenayah? Adakah Najib tahu apa Omar Ong buat dan bagaimana UDA menjahanamkan Bumiputera secara perlahan?

10. Ingat lagi Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam yang dilancarkan Najib 14 September lalu? Intipati janji Najib dalam majlis itu pun masih tak nampak dimulakan lagi. Kini Najib dah buat janji baru pula nak pantau GLCs untuk agenda pemerkasaan bumiputera. Macamanalah Pribumi tak skeptikal terhadap Najib. Heh!


11. Sebenarnya ucapan penggulungan Najib di PAU 2013 boleh dikatakan bagus jika Najib tidak terlalu memuji 2 jasa isterinya. Mungkin Najib rasa tertekan atas segala kritikan terhadap Rosmah selama ini yang menyebabkan dia rasa terpanggil untuk memuji isteri sendiri di Persidangan Agong UMNO. Setahu kami yang selalu puji isteri sendiri dalam setiap ucapan di PAU dulu ialah Anwar Ibrahim sejak jadi Ketua Pemuda hinggalah Timbalan Presiden UMNO. Nampaknya Najib pun tiru Anwar dalam bab puji isteri sendiri di public. Buat orang meluat poik.

12. Jasa Rosmah yang Najib sebut tu sebenarnya tak salah pun. Keluarga 'mangsa' yang di bantu Rosmah pasti menghargai usaha Rosmah 'menyelamatkan' anak mereka. Cuma disebabkan terlalu ingin mempertahankan Rosmah, Najib secara tak langsung telah membuka pekong betapa lemahnya beliau selaku Perdana Menteri termasuk barisan kabinetnya dalam mengendalikan krisis yang dihadapi negara hingga terpaksa minta tolong bini. 

13. Mungkin dah sampai masanya Najib lantik Rosmah sebagai senator untuk jadi Duta, jika tidak pun Menteri Luar. Ternyata menteri kabinet Najib tak berguna sehabuk kerana terpaksa bergantung kepada pengaruh Rosmah untuk menyelesaikan masalah. Disebabkan pengaruh Rosmah terlalu hebat hingga dikhabarkan mampu menarik pelaburan ke dalam negara, mungkin juga sesuai Rosmah dilantik terus menjadi Perdana Menteri menggantikan suaminya. Mungkin itu lebih praktikal.

14. Tidakkah orang UMNO terfikir publisiti Rosmah yang keterlaluan mungkin turut menyumbang kepada pengurangan undi popular BN di PRU-13 hingga BN gagal memperoleh kerusi 2/3? Ada sesiapa yang pernah buat kajian?

15. UMNO perlu walk your talk terutama dalam perihal yang melibatkan Melayu dan Islam. 'Lisanul hal' lebih berkesan daripada 'lisanul maqal' untuk kembali menawan hati rakyat di PRU-14. Tapi memandangkan hingga kini tiada perubahan ketara pun berlaku dalam UMNO, nampaknya 'transformasi' hanya sekadar slogan dalam mimpi sajalah.

Thursday, November 28, 2013

Makcik & Email Komputer

Dipetik dari blog daeng selili.

MESTI BACA : Kisah Makcik Tukang Sapu Dan Komputer!

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. 

Lalu dia mengatakan
"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."

Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja..Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10.lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja...

Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US... 

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya... Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah bersetuju... 

Penjual insuran berkata..
"Minta email Puan..."

"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu

Penjual Insuran terkejut dan berkata
"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email.

Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email?."

Wanita itu menjawab:
"Jadi tukang Sapu di Microsoft"


Tuesday, November 26, 2013

GST OR BANKRUPTCY?

Dipetik dari blog Paneh Miang.

Malaysia memang pelik

Sekarang musim cuti sekolah. Hujung tahun macam ni memang ramai mak bapak bawa anak jalan makan angin.

Kalau kito pegi luar negaro, kito akan dapati di musim cuti ni hotel, resort, bilik penginapan etc. akan menawarkan pelbagai pakej menarik dan murah. Barang-barang pun biasonyo akan ado end year sales macam Singapore, Thailand dan Indonesia. Agak eh sobab tu la ramai rakyat Malaysia pi bercuti ke luar negaro setiap hujung tahun. Polisi dan dasar pelancongan luar negaro ialah mass sales atau go on volume bagi menarik pengunjung/pelancong ke tempat mereka. Maso bukan musim cuti hargo cam biaso, tapi bilo musim cuti segalanya jadi murah.

Berbezo dongan Malaysia, musim cuti nilah caj penginapan akan naik begando, kadar sewa parkir kenderaan mahal, tiket flight mahal, sewa kenderaan mahal, tambang teksi mahal, sewa bas rombongan naik, hargo makan jadi luar biaso, hargo barang tak payah citor lah...naik sesajo. Kok tak cayo cubolah pegi berjalan ke Penang, Langkawi, Cherating, Genting, Cameron, Kota Kinabalu, Labuan, Semporna, Kuching, Terengganu, Rantau Panjang, Pangkor, Melaka etc. maso musim cuti ni.

Negaro lain buek polisi pelancongan pakej murah di musim cuti, kito Malaysia ni buek pakej mahal di musim cuti. Pelik kan? Ontah apo jonih strategi perniagaan pun tak tau.

Apo lagi yang pelik? Oh ya...kalo anda tak bayar cukai, anda akan dilabel pengkhianat. Tapi kalau pemimpin membazir dan boros berbelanja guna duit cukai tu nak digelar apa pula? Penderhaka? Penjenayah?

Paling pelik ialah rakyat disuruh berjimat cermat sobab segalo macam subsidi dah kena tarik...tapi pemimpin membazir bayar konsetan RM7.2 billion tanpa apa-apa hasil yang ketara dinikmati rakyat macamana pulak?

Bertambah pelik apabila rakyat kini diugut sama ada terima GST atau negara bankrap. Bayar konsetan berbillion-billion, bini sesuka hati naik jet habis berjuta, lembu duduk dalam kondo, catering co sain kontrak 25 tahun yang tak pernah dibuat oleh syarikat penerbangan komersil lain di dunia kecuali MAS, 1MDB pinjam RM38 billion tapi tak tau apa hasil, bayar pampasan beratus juta pada company AES bla..bla..bla..dan tiba-tiba kerajaan nak ugut-ugut rakyat, apahat?

Masa berbelanja pada pandangan mata kasar rakyat seolah kerajaan macam banyak duit. Tapi tiba-tiba kerajaan mengaku akan bankrap pulak kalau tak implement GST.

Mana satu yang betul ni? Kerajaan banyak duit atau takde duit? Kenapa boleh tiba-tiba kata Malaysia akan bankrap? Adakah sebab kerajaan yang boros tak ingat mati? Atau konon sebab rakyat tak bayar cukai?

Pelik kan?

Kenapa tampak seolah kerajaan Najib begitu panik dan tertekan nak pau duit rakyat? Apa yang cuba disorok daripada pengetahuan kita?


Najib kata: It’s either GST or facing bankruptcy. 

Rakyat balas: It's either changing Najib or facing brankruptcy.

Saturday, November 23, 2013

Menteri Oh Menteri..!

Dipetik dari blog out side the box.

Gomen Going Bonkers

A couple of years back I blogged that the Cabinet Ministers should not make any statements in public. They say the most ridiculous things. 

They have been saying things in public again. They really sound not clever. Unfortunately the senior civil servants have also been saying things in public. Again it is also embarrassing.

Here is a list of things they have said and then flip flopped or back tracked about over the past seven days.

1. The JAKIM Minister wanted guns for the religious enforcement guys. He thought it was a good idea. Fortunately there was a huge outcry including a wise comment by the Tengku Mahkota of Pahang. So they flip flopped and back tracked. Seeing the booboo, suddenly it became "just a suggestion", 'just an idea' and crap like that. Once they look foolish in public, everything becomes 'just an idea', 'just a thought'.

Just like the pas pis pus guys. When they say something really stupid it will quickly become 'Itu pandangan peribadi dia. Bukan pegangan rasmi parti.'  

2. The same religious guys have been talking about controlling religious discussion on the Internet.  How dumb can you get? How are you going to control the Internet except if you shut it down. This is what Iran has tried to do but unsuccessfully.  

3. Then some fellow from MIROS or something said that cars that are more than 12 years old will not be allowed on the roads anymore. Again it caused an outcry. Why 12 years? Why not 15 years or 10 years? Ada scientific logic ke?  Atau ini pun termasuk dalam kategori "tidak boleh gunakan akal"?

When the outcry was loud enough again the gomen backtracked. Flip flopped. They said, 

"Putrajaya today killed off a suggested 12 year-age limit on cars, following concerted pressure from the opposition and uproar from the used-car industry.  Deputy Transport Minister Datuk Abdul Aziz Kaprawi suggested that the proposal was only a study and that there was never a definitive proposal.."

Flip flop again. The moment people complain it becomes, "just a proposal, only a study". This means the gomen does not study things carefully before they lepas angin busuk in public.  

4. Then the DBKL came out with this ridiculous 200% increase in assessment rates. Ini mabuk apa dong? Who raises rates, quit rent etc by 200%?  Ok saya setuju the rates have not been raised for 20 years. Why? Why were the rates not increased for 20 years? 

Why not raise a steady 5% every three years or five years? Why wait 20 years and whack the people with a 200% rise? 

What happened to "Rakyat Di Dahulukan"? Then when everyone complained, especially the Opposition Parliamentarians, the gomen gostan. Flip flop. Now DBKL says, "it is just a proposal. Bukan implement lagi". Ku Nan now says that the increase will be reduced - maybe 70% only. Not 200%. Flip flop lagi. 

And here we must thank Tengku Adnan's wife because according to Ku Nan his wife also complained because she also owned "a few properties" around Kuala Lumpur. 

Well arent we all so lucky? If Ku Nan's wife owns even more properties around KL, can the rates go even lower? This is what the public will come to think. Pasal apa pula? Sebab Ku Nan dah kata bini dia pun complain. Itu pasal lah.

5. Today we read about this Lizard King fellow in Penang who was fined for dealing in exotic animals, endangered species and such. The gomen had said that all his permits had been cancelled. Well Al Jazeera (of all the TV stations) has made an expose. The guy is back in business. Here is The Star :
  • wildlife trafficker Anson Wong is back in business.
  • Al Jazeera’s conducted a year-long investigation ..to infiltrate Wong’s network.
  • Wong’s wife Cheah Bing Shee in her office where she told him: “We also import animals for sale, including skunks and other creatures.”
  • All licences and special permits issued to Wong were revoked in September 2010.
  • they were allowed to renew several business permits
  • also discovered Rona Wildlife, a company formed after Wong’s 2010 conviction.
  • trading permits to export the same animals Wong did to the same customers 
  • Wong responded, “Well, ask the Government.
And what did the gomen say? Here is Palanivel the Minister of the Environment (May Allah save us all)

Palanivel (said) he was unaware of Wong’s infamy
I do not know who this person is. 
I have never come across him. 
Only today was I told of this chap 
he would not know if Wong had resumed his activities 
people could do things illegally without the ministry’s knowledge
go after top-level officials if they were suspected to be Wong’s accomplices, Palanivel said: “I won’t know, because sometimes things can go without my knowledge.”

Listen to the Minister's language :  "he was unaware, I dont know, never come across him, would not know, I wont know, without my knowledge."

Well if the Minister does not know so much lebih baik pi tidoq saja. It looks like the corrupted officers can run rings around the Minister. He does not know anything. "he was unawareI dont know, I would not know, I wont know"

How can new permits be issued to the same parties (of course lah they will use different identities, front companies etc. These people were not born yesterday). Jangan pula gomen pura-pura bodoh.  Now Palanivel is also flip flopping.  

Folks, it is basic etiquette ok - you dont lepas angin busuk in public. That is NOT a nice thing to do. Kalau nak lepas angin busuk you go and do it somewhere private where it will not cause the public to pengsan. 

Unfortunately this is what the gomen has been doing. They lepas angin busuk in public. Then when people complain about the stink, they quickly flip flop, retract, deny, gostan, make excuses and all sorts of crap. 

This is evidence enough that the Ministers do not know their job. They dont know what they are doing or saying. Just pakai hentam saja. Say something without thinking. When the people complain then flip flop.  

Here is the soalan cepu mas : so what do the Ministers really do?