siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Tuesday, December 31, 2013

Kenapa Dengan Najib?

DIPETIK DARI BLOG PANEH MIANG

Kedai Kain Kapan 1 Malaysia

1. Dua hari lepas Najib umum akan buka lagi 50 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) tahun depan. Secara peribadi kami dah melawat kedai kain 1Malaysia di Hulu Langat sejak dilancarkan tahun lepas. Ada jual kain pasang, tudung, kemeja, baju kurung etc. Tak pastilah sama ada kain tu semua barangan tempatan atau import, sebab kebanyakan label tiada 'made in' mana. Kalau kain yang dijual tu diimport...siapa pemegang AP kain? Jeng..jeng..jeng!

2. Pengarah Urusan KKR1M kata, kedai tu semakin mendapat sambutan kerana mereka menjual kain berkualiti pada harga rendah. Sebab tu nak tambah lagi 50 kedai tahun depan. Di Kuala Pilah pun dah ada satu KKR1M yang buka 18 Disember lepas. 

3. Tapi pada kami, jika dinilai dari sudut kualiti dan harga, rasanya kain 'made in' Cambodia dan Vietnam lebih berbaloi dibeli berbanding Kedai Kain 1Malaysia. Serius cakap...

4. Perlu ke diperbanyakkan kedai kain ni? Konon alasan nak tambah cawangan KKR1M sebab makmal NKRA kata kedai ni mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Biar betiikkk?

5. Nature rakyat Malaysia ni suka berjalan. Kalau rakyat (terutama kaum hawa) nak beli kain, mereka akan pergi Nilai 3, akan membeli belah di Sogo, akan ronda-ronda Jalan Tunku Abdul Rahman, akan pusing kedai kain yang berlambak di Tangkak, akan cari alasan nak tinjau Pasar Payang di Terengganu etc.

6. Umum tahu kalau pergi KR1M ke...KKR1M ke...bukan semua yang dijual tu murah. Hanya barang-barang tertentu saja murah. Yang lain sama ada harga sama saja dengan kedai atau pasaraya lain, jika tidak pun lebih mahal sikit, bergantung pada jenis dan kualiti sesuatu produk.

7. Sebenarnya rakyat tak perlukan KR1M, KKR1M ni semua. Apa yang rakyat perlukan, bila mereka keluar rumah bawak RM100, mereka boleh beli stok makanan keluarga untuk seminggu. Mereka boleh pergi mana-mana tempat yang mereka suka untuk membeli-belah, sama ada ke pasar malam, pasar tani, pasar basah, pasar raya, kedai runcit etc. yang dekat dengan rumah masing-masing tanpa perlu memandu kereta kerana harga minyak dah mahal. Sesambil rakyat keluar tu, jika teragak nak makan, mereka tak perlu bayar sepinggan bihun goreng + potongan kecil ayam + taugeh dengan harga RM5. Bila mereka teragak nak minum nescafe di kedai, mereka tak 'terpaksa' membayar hingga RM1.80 segelas.

8. Semua pun faham kos kehidupan tahun 70an, 80an dan 90an dulu sangat berbeza dengan sekarang. Tahun 70an dulu buat loan bank untuk beli rumah dan tanah pun cuma perlu bayar ansuran bulanan RM20 saja sebulan. Tapi hari ni RM20 sehari pun tak cukup nak bawak belanja pergi kerja.

9. Rakyat sangat memahami bahawa kos sara hidup sememangnya akan meningkat sesuai dengan peredaran masa dan zaman. Cuma rakyat tak berapa nak faham, kenapa kos sara hidup NAIK MENDADAK. Dalam masa SERENTAK (saja besarkan huruf sebab kenkadang yang bagi komen tak faham-faham) semua subsidi dan bantuan nak ditarik.

10. Rakyat tak kisah pun jika subsidi di tarik, tapi perlahan-lahan, bukan SEKALIGUS. Maksudnya rakyat boleh terima kenaikan harga barang tapi bukan dengan cara sedut subsidi sekaligus sebab ia akan menyebabkan kebanyakan harga barang naik mendadak.

11. Apalah salahnya kerajaan Najib tarik bantuan berdikit-dikit, contoh 6 bulan pertama tarik 5 sen, atau 20%. 6 bulan seterusnya tarik lagi 5 sen atau lagi 20% etc. Jadi peniaga sukar nak amik kesempatan dan rakyat sempat buat adjustment kos sara hidup yang semakin meningkat. Bukan dalam masa 2 bulan segala subsidi nak ditarik dan harga barang dinaikkan sekaligus. Itu nak bunuh rakyat namanya.

12. Paling merunsingkan rakyat apabila pendapatan isi rumah sedia ada, tak seiring dengan kenaikan harga barangan dan keperluan. Harga barang naik...gaji tak naik-naik...terutama di sektor swasta. Beberapa hari lagi nak bukak sekolah dah. Bayangkan betapa peningnya kebanyakan ibu bapa sekarang ni...

13. Najib perlu kurangkan produk SYOK SENDIRI 1Malaysia-nya. Sebelum PRU-13 bolehlah guna strategi promosi 1Malaysia. Tapi bila dah terbukti lepas PRU, BN masih gagal dapat 2/3 majoriti dengan undi popular yang rendah berbanding pembangkang, hingga kerusi majoriti mudah pun dah jadi sikit, lebih baik Najib pertimbangkan semula kempen produk 1Malaysia-nya yang ternyata GAGAL serta tidak mendapat tempat di hati rakyat majoriti. 

14. Najib perlu berhenti jadi Perdana Menteri yang syok sendiri dan hanya dengar cakap PEMANDU MABUK. Che Det siap bagi nasihat percuma untuk kesejahteraan rakyat tanpa minta Najib bayar RM7.2 billion pun. Nak ikut atau tak saja.

15. Ia sama ada Najib tambah 50 Kedai Kain 1Malaysia untuk kurangkan beban rakyat, ATAU kedai kain tu sebenarnya persiapan Najib untuk kapankan terus Barisan Nasional. Mana satu pilihan?

No comments:

Post a Comment