siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, September 27, 2015

siapa yang basi

Di petik dari blog Din Turtle.

Jawapan 1MDB Yang Basi !

Sunday, September 27, 20151comments


1MDB: Mahathir kitar semula dakwaan basi

Dua hari lepas Tun Mahathir dalam artikel bertajuk Najib, sekali lagi menyenaraikan masalah2 tentang urusniaga 1MDB yang masih belum terjawab. Ia mendapat reaksi segera dari pihak 1MDB yang mengeluarkan kenyataan memperlekehkan kerisauan Tun sebagai dakwaan basi.

Sebelum saya teruskan, suka saya ulangi gesaan kepada pihak 1MDB, memandangkan sejak akhir2 ini 1MDB begitu kenapa perihatin dengan reaksi rakyat terhadap kritikan dari Tun Mahathir dan sering mengeluarkan kenyataan membalas setiap persoalan yang dilontarkan oleh Tun, kenapa tidak adakan saja pertemuan dengan Tun sendiri dan juga wakil2 media dan mereka yang arif dalam soal bisness ?

Bentangkan dan jelaskan kepada para pengkritik supaya mereka faham keadaan sebenar 1MDB. Tidak perlu tunggu artikel baru dari chedet baru nak balas. Tun tetap bertanya lagi ..... para pengkritik lain tetap tidak puas hati juga  ...... berapa banyak sangat info yang dapat diberikan melalui kenyataan akhbar ? 

Jelaskan secara berdepan, tunjukkan bukti bagi menyokong fakta. Jika semuanya benar dan tidak ada sebarang benda pelik, 1MDB tidak perlu mengelak.

Apa yang basinya persoalan2 dari Tun ? Semua itu masih belum berjawab sepenuhnya maka Tun terus bertanya.  Yang basi adalah jawapan2 balas dari 1MDB yang sentiasa mengulangi benda sama yang tidak lengkap. 

Lagi2 diulang sindiran - dulu dakwa RM42 bilion hilang, sekarang dakwa RM20 bilion pula hilang ...... macam budak2 ! 

Memanglah pada awal isu kita tidak tahu apa2 mengenai 1MDB. Kita diberitahu hutang adalah RM42 bil, jadi bila soalan2 bertali arus tidak dilayan oleh 1MDB, secara mudahnya kita anggap semuanya dah lesap.

Selepas 1MDB jawab secara sambil lewa, kita kaji dan kita terima nilai aset yang dibeli mungkin sekitar RM20 bil, maka tinggallah lagi RM20 bil lebih yang masih belum dijawap dengan memuaskan. 

Kalau 1MDB tampil dengan jawapan baru yang lebih jelas, kita akan kaji lagi dan mungkin nilai itu akan berkurang lagi, contohnya jadi RM15 bil pula yang tidak dapat dijelaskan ( Hilang ).

Nilai itu bergantung kepada penjelasan 1MDB yang lengkap disokong oleh bukti.

1MDB terus mengulangi jawapan longgar seperti rajah di bawah yang dikeluarkan oleh Arul Kanda bulan Jun yang lalu.

Pro Najib yang memang tidak punya masalah untuk terima apa saja jawapan dari 1MDB walau jawapan yang diberi itu longgar. Contohnya pro Najib akan terima dengan bangganya bila 1MDB kata masa dia beli IPP hari tu, 1MDB beli sekali dengan hutang milik IPP ( inherited debt ) sebanyak RM6 bil tanpa soal. Bijak sungguh 1MDB ! Memang terbaik sebab beli sekali dengan hutang .... mereka akan kata ..... 

Tapi kita yang mahu menggunakan akal tidak semudah itu akan terima jawapan longgar itu. Perjelaskanlah kenapa perlu tanggung hutang lama IPP pula ?

Begitu juga pelaburan Brazen Sky, GIL Fund .... kita perlu tahu LEBIH INFO disebalik setiap angka di atas. Deposit Aabar RM4.2 bil itu pula sudah dipertikaikan oleh WSJ baru yang mendakwa amaun itu tidak ada dalam rekod kewangan IPIC.

Sekarang Penyata Akaun 2015 1MDB kenapa lambat sangat keluar ? Ramai yang menunggu ni ...... kita nak tengok apakah deposit itu masih ada dalam akaun 1MDB ? Begitu juga dengan pinjaman USD975 melalui Deustch Bank.

Kita nak tengok berapakah hutang dan aset 1MDB setakat Mac 2015. Atau mungkinkah kali ini Deloitte pula akan tarik diri ? 


chedet - Najib

Di bawah adalah komen seorang rakan watsup yang ingin saya kongsikan berkaitan jawapan yang diberi 1MDB.  Tapi dalam omputih la.... 

1. Mahathir continues with same question since there are never any answer other than diversion. Mahathir started with 42 bil since that is known debt by 1mdb not including the 4 bil through SRC from KWAP that 1mdb conveniently forgot. The onus is on 1mdb to prove otherwise not tun.

2. One sheet of summary of account cant be comprehensive and audit account which is as good as management account with limited jurisdiction are not credible when it comes to public fund. Why do auditor general just able to come up with preleminaries report 3 month ago with some caveat and no comprehensive report up to now.

3 - Tun didnt recycle question, he is asking for logical answer which is never given other than general statement and diversion. Yes total debt exposure is 42 bil not including the billion of KAWP money thats lost by SRC international which was owned by 1mdb when they made that questionable investment especially in mongolia. The onus is on 1mdb to give credible answer. 

4 - The management cost of 5 bil is mind boggling and the offshore investment co is questionble and it does not support the argument of maintaining USD account when the three entity is an investment co not a bank. The credibility, track record and size of fund managed by them is never revealed. 1mdb is goverment owned, anything wrong the goverment meaning the tax payer will have to pay for it. Summary of account without corroborative document or qualification is just a matter of creative accounting.

5 - There were never comprehensive disclosure of the account, even the preleminaries AG report has a lot of caveat such as the bank statement, contract and agreement or the minutes of meeting was never submitted for qualification and that has prompted the task force to raid 1mdb office and all hell broke loose after that. So in accounting, you cant just push one sided logic to an experienced man such as tun.

6 - Question of land, the goverment has lost oppurtunity cost either commercial or political when giving that land to 1mdb for peanuts, a prime land compare to the 100 acres of land that 1mdb bought for 1.2 bil in penang through jho low's father. Further more, the TRX land are meant to be land bank for AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA, this is great lost to the goverment policy in maintaining assets for bumiputera in prime area when 1mdb need to sale those property motivated by greed. The goverment has several properties base vehicle with established procedure and system that will support the DEB in implementation or ownership. The investment made by 1mdb into the property are all generated through goverment own system such as glc or sme bank etc, there were no value added input by 1mdb other than taking the goverment for a ride.

7 - Without 1mdb, the land value will go up through market forces. Now the question is, what is the cost in between and what will be the nett back to goverment when you factor in all the mismanagement and leakages ?



1mdb

Friday, September 25, 2015

sosma politik

dipetik dari blog Din Turtle.

Khairuddin DiSOSMAkan - Tang Mana Tindakan Beliau Itu Mengancam Keselamatan Negara ?

Thursday, September 24, 201522comments


Petang tadi ada keluar TV pegawai polis kata Khairuddin akan ditahan sepenuhnya selama 28 hari di bawah SOSMA. Media sosial hari ini pula banyak yang melaporkan orangramai bertanyakan kewajaran tindakan penahanan itu dengan persoalan utamanya adalah Bagaimana tindakan Khairuddin itu boleh dianggap sebagai mendatangkan ancaman kepada negara ?

Seperti artikel sebelum ini ( KLiK ), tang mana yang dikatakan membuat repot ke atas 1MDB itu waima di luarnegara sekalipun, boleh mengancam keselamatan negara ?

Tak masuk akal langsung ! 

1MDB kan tidak ada masalah ... ? 

Jika tuduhan bersandarkan wujudnya dokumen palsu oleh Khairuddin, takkan untuk mendapatkan bukti atau pengesahan akan dakwaan itu memerlukan 28 hari ?

Kalau pun dokumen yang diserah itu palsu, bukankah tujuan ia diserah kepada pihak luar itu supaya siasatan dilakukan ? Mereka akan siasat dan jika benar dokumen itu palsu, dengan sendiri kepalsuan itu akan terbongkar. 

Pihak berkuasa luarnegara itu bukannya bodoh untuk menerima begitu saja bahan bukti yang diserahkan ! Silap2 Khairuddin pula akan mereka dakwa atas dakwaan cubaan menipu.

Khairuddin bukannya menyerah dokumen kepada pihak media luar tapi kepada badan kerajaan yang mempunyai integriti dan tahap professionalisma yang tinggi. 

Dan laporan Khairuddin pula berkaitan dengan transaksi atau aset yang ada melibatkan dan berlaku di negara tersebut. Contoh, bukannya Khairuddin minta pihak berkuasaa Switzerland menyiasat pembelian IPP di Malaysia atau minta pihak berkuasa HongKong menyiasat penjualan tanah TRX. 

Khairuddin bukan bertemu media tapi dia bertemu pihak berkuasa negara2 tersebut. Dan setiap negara itu juga punya undang2 perdagangan mereka sendiri, bukan boleh sebarangan siasat atau mendedahkan sebarang maklumat rahsia syarikat.

Jadi rakyat tertanya2 ..... tang mana yang dikatakan mengancam keselamatan negara atau sabotaj negara ?

Adakah 1MDB terlibat dalam aktiviti haram di luar negara ? Tidak mungkin .....

Apakah tindakan yang sama juga boleh dikenakan kepada sesiapa yang membuat tindakan sama terhadap syarikat2 gergasi milik kerajaan yang lain contohnya seperti Petronas yang punya banyak aktiviti di luar negara. 

Atau ia khas untuk kes yang melibatkan 1MDB saja ? 

Diharap pihak Polis dapat memberikan sedikit maklumat untuk menjustifikasikan tindakan Khairuddin untuk ditahan di bawah SOSMA.  Ini bagi mengelakkan persepsi negatif di kalangan rakyat ..... rakyat boleh terima sekiranya tindakan itu punya asas yang kuat.

Tuesday, September 15, 2015

Siapa yang panas

Dipetik dari blog Din Turtle.

Isu Derma RM2.6 Bil - Kes SRC Panazzzzzz.....

Tuesday, September 15, 20150 comments

Mkini

Menarik sekali berita di atas ... tetiba jer bila isu Derma RM2.6 bil semacam terhenti tanpa sebarang perkembangan disebabkan kedegilan Najib untuk berterus terang dan sikapnya yang buat bodoh jer setiap kritikan yang datang dari seluruh dunia, dan keBLURan kepimpinan Umno yang terus menyokong buta Najib ... keluar semula isu SRC.

Selain Jho Low, SPRM juga akan siasat Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil dan pengarahnya Suboh Mohd Yassin.

SPRM sebelum ini sudah mengeluarkan notis supaya tiga individu itu tampil pada 22 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan kemasukan RM42 kita ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kita telah pun berhubung dengan mereka dan nampaknya mungkin merakamkan kenyataan mereka di luar negara,” kata sumber sambil menambah ia akan diketuai oleh pengarah siasatan SPRM Azam Baki.

Kenapa ya ..... berita tentang kehilangan mereka bertiga tidak mendapat perhatian meluas dari media pihak kerajaan atau yang pro Najib ....... berbanding berita mengenai Justo, contohnya ?

Mereka berkait rapat dengan siasatan SPRM mengenai duit RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib. Dan mereka LARI keluar negara ..... dengan kata lain mereka LARI dari siasatan ! 

Kenapa pihak Polis tidak minta bantuan Interpol sebelum ini ?

Sumber lain berkata ketiga-tiga mereka bimbangkan keselamatan mereka jika pulang ke Malaysia dan mahu soal siasat dibuat di luar negara.

? ? ?  huh ? Kenapa pula nak bimbangkan keselamatan ? Ancaman dari siapa ?

Sepertikata SPRM sebelum ini, siasatan mengenai Derma RM2.6 billion masih berjalan, dan mereka tidak menyiasat 1MDB ..... cuma SRC.

Mulanya saya hairan kenapa SPRM hanya siasat transaksi RM42 juta sedangkan transaksi yang jauh lebih besar berjumlah USD681 juta tidak diendahkan ?

Saya percaya ramai yang punya pandangan yang sama. Kerana ramai yang beranggapan kedua transaksi itu adalah dua isu yang berlainan sumber.

Dari awal pendedahan oleh WSJ, kita disajikan dengan gambarajah seperti di bawah -



Kelihatannya deposit USD681 juta itu datang dari Tanore Finance, dari oversea. Dan deposit RM42 juta itu pula dari tempatan. Jadi dua kumpulan transaksi yang berlainan sumber.

Bila SPRM kata akan hanya siasat SRC, kita anggap macam ada yang tak kena ..... kenapa yang USD681 juta itu tidak disiasat ?

Bagaimana kalau ada pihak yang mendakwa ada kemungkinan KESEMUA transaksi itu datang dari SATU sumber yang sama ? Iaitu SRC International Sdn Bhd .......

Secara teknikalnya, memanglah SPRM tidak siasat 1MDB. Tapi jangan lupa ...... SRC pernah jadi anak syarikat 1MDB !

SRC ditubuhkan tahun 2011 dan telah meminjam duit KWAP sebanyak RM4 billion pada tahun yang sama.

Pada Februari 2012, SRC dipindah milik kepada Kementerian Kewangan beserta dengan baki RM1.7 billion dan hutang RM4 billion itu. 

Bermakna, semasa di bawah milik penguasaan 1MDB, sebanyak RM2.3 billion telah dibelanjakan.

Apakah yang telah dibelanjakan oleh 1MDB melalui SRC itu ? Apakah aset bernilai RM2.3 billion itu ? Masih adakah aset2 itu semasa diambilalih oleh Kementerian Kewangan ?

Menarik untuk kita berikan lebih perhatian kepada SRC pula ..... bersambung di artikel seterusnya .....

Thursday, September 10, 2015

Deposit mana yang hilang?

dipetik dari blog Din Turtle.

Deposit USD1.4 Bil 1MDB Bayar Pada Aabar Dah Hilang ? !

Wednesday, September 9, 201534comments


Satu lagi pendedahan terbaru dari Wall Street Journal ! -  Malaysia's 1MDB Fund Scandal Spreads to U.A.E. Artikel ada diterjemah oleh TMI - Abu Dhabi dakwa AS$1.4 bilion daripada 1MDB hilang, lapor WSJ.

Ramai yang pening bila masuk bab 1MDB ni. Buat masa ni untuk mudah cerita, ingat tak gambarajah warna biru yang Arul siarkan bulan Jun baru ni -



Kemungkinan besar dana yang didakwa hilang itu adalah Deposit Aabar yang dibulatkan di atas.

Amaun ditulis TMI sebagai RM6.02 bil tapi itu kalau menggunakan kadar tukaran sekarang iaitu 4.3. Kalau didarab 3( mengikut kadar dulu ) ia bersamaan RM4.2 bil

Dari artikel, 1MDB kata jumlah USD1.4 bil itu dibayar sebagai deposit/cagaran pinjaman USD3.5 bil dari Goldman Sachs. Dibayar kepada Aabar/IPIC sebab Aabar jadi penjamin.

Laporan WSJ kata, baik IPIC ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu kemana ia menghilang.

IPIC’s consolidated financial statements, however, contain no reference to the receipt of the payment. Two people familiar with the matter said IPIC and Aabar never received the money. It isn’t clear what happened to the funds. 1MDB didn’t respond to requests for comment.

WSJ ada bertanya kepada 1MDB tapi tidak dilayan. Kenapa pihak 1MDB tidak beri sebarang respon atau jawapan kepada pertanyaan yang diajukan ? Kalau ada penjelasan, takde lah jadi kecoh.

Betul ke ada bayaran itu dibuat ?

KALAU kena songlap, siapa yang harus bertanggungjawab ? Apakah ada kaitan dengan kes alHusseiny bekas CEO Aabar dan alQubassi bekas Pengarah Aabar yang dibuang kerja ? Kedua2 mereka adalah yang bergambar megah semasa majlis menandatangai MOU dengan 1MDB yang disaksikan oleh Najib dulu -



Pendedahan ini membuat kita tertanya2 lagi mengenai bayaran yang telah dibayar kepada IPIC untuk menebus kembali Option 49% yang diberikan kepada Aabar/IPIC untuk memiliki saham IPP milik 1MDB. Sebab perkara ini juga merupakan sebahagian dari perjanjian jaminan yang sama antara Aabar-1MDB.

Berapa sebenarnya JUMLAH yang telah dibayar ? Yang tercatat adalah USD2.22 bil ( ada saya tulis dulu - KLiK )

Kita tunggu perkembangan seterusnya ......

Tuesday, September 8, 2015

pecat najib

di petik dari Blog Din turtle.

MT Umno Esok - Ubah Agenda Dari Buang Pemimpin2 Yang Berani Kepada Buang Pemimpin Yang Penakut

Tuesday, September 8, 20155comments

Orang politik ni suka beri kenyataan yang bersifat umum. Jarang yang berani nak sebut direct, kepada siapa ditujukan mesej itu atau siapa yang dirujuk dalam kenyataan itu. Yalah, kalau isu sensitif, jalan paling selamat adalah secara umum. Kalau cakap direct karang, kena hentam pulak.

Jadi bila pemimpin guna pendekatan umum, terserahlah pada kita untuk menafsirnya ikut hala mana pun. Contoh terbaru kenyataan dari Mat Maslan -

"Umno tidak boleh dihancurkan dari luar tapi Umno boleh hancur dari dalam, sebab itu kita kena kukuhkan Umno dengan penjelasan"

Apakah Mat Maslan merujuk kepada mereka yang kritikal terhadap Najib dan menuntut Najib undur demi menyelamatkan survival Umno ATAU beliau merujuk kepada Najib (!) yang menjadi dalang utama masalah kronik yang dihadapi oleh Umno ketika ini ?

TMI
Kedua2nya adalah bersifat dalaman juga. Bagi yang bersifat terbuka dan mahu menilai hujah kedua2 belah pihak, ada baiknya anda fikirkan siapakah yang menjadi masalah sebenarnya ? 

Orang yang mengkritik kelemahan atau orang yang dikritik tapi suka lari dari menjawab kritikan ?

Ni satu lagi dari Zahid Hamidi yang mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengamalkan budaya 'burung unta' -

Kalau nak jadi burung, jadi burung betul, nak jadi unta jadi unta betul. Kalau ada masalah jangan disorokkan badan, jangan disorokkan kepala. Ini ada masalah musuh datang, sorok kepala kita - TMI 5/9

Hmmmm .... rasanya kita semua tahu siapa yang suka menyorok kepala @ lari dari masalah, takut berdepan dengan soalan2 .... perumpamaan burung unta ini -



Jadi kepada MT Umno yang akan bermesyuarat esok, fikir2kanlah nasihat kedua pemimpin Umno di atas.

Fikirkan nasib dan peluang Umno ketika berdepan PRU14 kelak jika Najib terus dipertahankan ..... ambilkira segala perkembangan. Boleh menang ke ?

Seperti komen saudara Abu Bakar yang saya copy di bawah, anda boleh saja menukar agenda yang telah diatur demi kelangsungan Umno. Bukan saja ahli2 Umno akan berterimakasih, malah seluruh rakyat Malaysia akan memuji2 tindakan anda jika anda membuat keputusan mengundurkan Najib !

Terselamatlah juga maruah Umno di mata rakyat .... Itu bakal menjadi permulaan yang baik untuk proses mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.


Patutnya esok Ahli Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk memecat Najib dari UMNO, bukannya memecat Tan Sri Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO yang tak buat salah.

Dalam isu kemelut dalam UMNO, yang buat hal adalah Najib, apa kejadahnya kerana nak menyokong segala kesalahan Najib maka ramai pemimpin lain yang tak ada kena mengena dijadikan korban pula?

Kita tengoklah esok apakah majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO masih punya otak dan akal fikiran atau jenis manusia berotak lembu dan bodoh piang yang hanya menjadi penjilat yang lebih hina dari seekor lembu.

Kalau Najib dipecat kerana dia adalah punca segala masalah kepada UMNO, kepada Barisan Nasional, kepada kerajaan dan kepada negara ini selama ini, maka ahli UMNO jenis manusia berotak dan berakal fikiran.

Kalau majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak memecat Najib, tapi memecat pemimpin UMNO yang lain yang tak buat salah, maka Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu adalah golongan bodoh, kerana nak bela kesalahan, habis diainaya orang yang tak bersalah pula.

Kita lihatlah esok, siapa golongan yang berotak dan berakal fikiran dalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dan kita lihatlah juga siapakah Ahli Majlis Tertinggi yang berotak lembu, bodo piang yang menjadi barua belaan.

Walau apa pun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO esok perlu sedar bahawa keputusan dalam mesyuarat itu adalah keputusan melibatkan kelangsungan parti, kalau buat keputusan yang salah, maka koranglah pengkhianat parti.

Maka kepada ahli UMNO sekalian, kalau korang semua menyokong para pemimpin berotak lembu dan bodo piang, maka teruskanlah.

Kalau ahli UMNO yang nak pertahankan parti yang mempunyai pemikiran manusia yang berakal, tentu akan ada penentangan terhadap kepimpinan penyamun yang diketuai oleh Najib itu.

Ahli UMNO boleh pilih, nak menjadi manusia berakal dengan membela kebenaran atau nak jadi si bodoh hanya menjadi pak turut hinggakan benda salah di depan mata pun dia sokong kata betul juga.

Pilihlah apa yang ahli UMNO suka, kerana kepimpinan UMNO yang dikuasai oleh ketua penyamun Najib dan kuncu-kuncu sudah tidak pedulikan apa yang akan berlaku kepada parti, bagi mereka parti hanya untuk dipergunakan selagi mereka masih punya masa untuk merompak harta negara, tak tahulah kalau ahli UMNO rela diperbodohkan oleh Najib ketua penyamun dan kuncu-kuncunya.

Saya berharap tulisan saya ini diviralkan ke semua blog, semua facebook, e-mel atau dicetak dan disebarkan di seluruh negara untuk dijadikan pilihan oleh ahli-ahli UMNO yang selama ini kelihatan macam tunggul membiarkan apa sahaja yang dibuat oleh Najib tanpa sebarang tentangan dari mereka, kecuali adalah sebahagiannya yang lantang menentang Najib.

Sedarlah semua.

Ikhlas dari,

Abu Bakar.