Kempen PAS Di Sg Limau Tidak Mencerminkan Sebuah Parti Islam
Saya mengikuti kempen Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau di Kedah. Kempen pilihanraya kecil yang melibatkan dua parti utama umat Islam iaitu UMNO dan juga PAS. Dua parti besar umat Islam dan tentunya bangsa Melayu masing masing beradu tenaga dan cuba sedaya upaya untuk meraih undi yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.
Dari pengamatan saya UMNO memainkan kempen yang begitu sederhana sepertimana yang mereka lakukan pada Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut tempoh hari. Kempen yang dilakukan jentera UMNO lebih banyak menumpukan kepada usaha pembangunan dan kebajikan rakyat di Dun Sg Limau. Kempen yang sederhana dan amat berhemah bagi meraih undi.
PAS juga pada mulanya menggunakan kempen yang berhemah dan tidak banyak melakukan kesilapan. Namun apabila masuk hari hari yang penting PAS mula melakukan satu persatu pekara yang pada saya tidak wajar untuk mereka lakukan apatah lagi PAS melabelkan mereka adalah parti yang Islamik.
Bermula dari gambar superimpose yang dilakukan PAS telah merosakkan imej parti itu pada pandangan umum. Malah kelmarin ahli PAS Pokok Sena pula ditangkap apabila cuba menggantung patung kaki yang dipotong yang telah jelas merupakan kempen yang tidak sihat dalam pilihanraya kecil kali ini.
Hari ini saya dimaklumkan PAS telah mengedarkan pula risalah yang begitu menjelikkan saya sebagai seorang umat Islam dan Melayu. Risalah diatas pada saya adalah satu risalah yang benar benar telah melarikan pendirian PAS yang sebenar kerana sesama umat Islam adalah tidak wajar untuk kita mendoakan kemudaratan sesama kita.
Risalah yang digunakan oleh PAS ini adalah satu tindakan yang dilihat amat terdesak dalam meraih undi pengundi Dun Sungai Limau. Tentunya risalah yang sebegini boleh mengundang provokasi dan berkemungkinan akan ada yang bergaduh akibat risalah yang dedarkan oleh PAS ini.
Saya berharap agar pengundi di Dun Sungai Limau melakukan undi yang terbaik bagi masa depan mereka sendiri. Pilihan terletak ditangan mereka sama ada mahukan pembelaan dalam pembangunan dan kebajikan ataupun terus bersama dengan keadaan yang ada hari ini.
Cakap cakap yang saya dengar juga disini dilihat banyak menolak kehadiran parti DAP. Namun saya tidak pasti apakah DAP berjaya menyakinkan pengundi Cina yang dianggarkan sebanyak 1800 orang untuk mengundi PAS ataupun Barisan Nasional. Jika PAS mengharapkan undi dari kaum Cina untuk menang Pilihanraya Kecil ini maka sudah tentu UMNO lebih berjaya kerana tidak mengharapkan undi Cina sebaliknya menfokuskan kepada undi orang Melayu yang merupakan majoriti dalam Dun Sungai Limau.
Menang atau kalah yang akan menjadi Adun adalah orang Islam Melayu jua. Cuma ianya akan memperlihatkan adakah pengundi Sg Limau mahukan perubahan ataupun masih selesa dengan kehidupan yang ada sekarang.
- Malay Rights
No comments:
Post a Comment