Cerita pasal TELUR
1. Dah dekat seminggu 'Sultan Melaka' direman sejak kena cekup polis di Jeti Anjung Batu, Serkam, Jasin. Tak lama lagi 'Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh' pun mungkin akan ditangkap sebab niat sama nak berebut takhta Melaka. Agaknya dek peningkatan kos sara hidup mungkin telah menjejaskan tahap kesihatan mental sebilangan kecil rakyat Malaysia sepertimana 'baginda' berdua.
2. Tapi memang kena 'puji' lah KDN sebab dalam bab2 macam ni mereka memang cekap. Tangkap sultan palsu A+. Buru pesalah trafik A+. Kenderaan cermin gelap..saman A+. Modified kenderaan...saman A+. Tangkap Al-Arqam...A+. Buru Al-Maunah...A+. Buru PATI sampai ke lubang cacing A+ etc.
3. Tapi bila kerajaan DAP Selangor hina mantan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada majlis Islamic Song Festival dulu...KDN Failed! Bila Nizar dan geng DAP hina Sultan Perak yang dikatakan berhala dulu...KDN Failed! Bila DAP hina Sultan Johor...KDN Failed! Bila Paderi dan DAP terang-terang perlekeh titah Sultan Selangor...KDN Failed! Konon nak buru Syiah...KDN Failed! Islam dihina oleh bukan Melayu...KDN Failed! Kalimah 'Allah' tak mampu dipertahankan..KDN Failed!! Cikgu sekolah di arah buka tudung di SJKC...KDN Failed!! Eh..eh..itu Kementerian Pelajaran la yang failed...kan?! Eh...ke Muhyiddin yang failed?! Err...
4. Rakyat pakai cermin gelap di saman tapi peniaga yang jual plastik tinted lepas...sebab...dia Cina maa!! Rakyat modified kenderaan...saman, tapi peniaga yang import dan jual part serta bengkel yang modified...lepas...sebab...dia Cina maa!! Rakyat bising harga barang naik...ada peniaga yang kena buru ke...tangkap ke...takde...sebab...dia Cina maa!! Sultan kena hina tiada tindakan...sebab...yang hina itu Cina maa!! Islam kena hina diperlekeh...tak kena tangkap...sebab...yang hina itu Cina jugak maa!! Ibadah korban jadi pertikaian...tiada tindakan...sebab..chop..chop...yang tu India lah. Tarapapala...itu worang India sokong 1 Malaysia jugaaa. Heh!
5. Siapa Menteri KDN..orang UMNO maa!! Siapa orang UMNO...orang Melayu maa!! Sejak Persekutuan Tanah Melayu Merdeka hingga kini, sejak namanya Kementerian Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri pada 1957 hinggalah ditukar namanya kepada Kementerian Dalam Negeri pada 18 Mac 2008, menterinya semua terdiri daripada orang UMNO. Tanya balik siapa orang UMNO?...Itu Melayu maa!! Siapa majoriti rakyat Malaysia...orang Melayu jugak maa!!
6. Dalam sejarah Menteri KDN, yang boleh 'pakai' hanyalah Tun Dr. Ismail, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan Tun Dr Mahathir Mohamad saja. Selain daripada tu semuanya lebih hampeh daripada sampah.
7. Ada 8 buah jabatan dan agensi termasuk sebuah Syarikat Kerajaan diletakkan di bawah KDN dan bertanggungjawab terus kepada KSU; iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Jabatan Pertahanan Awam, dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad...TAPI rakyat masih lagi rasa tak selamat, masih lagi wujud 'bunga-bunga' amuk antara kaum yang jika dibiarkan berterusan pasti boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara.
8. Teringat pula Najib sebut pasal program pengkaderan dalam PAU yang lalu. Lepas ni kalau UMNO nak buat program pengkaderan, disarankan setiap pesertanya dibekalkan dengan telur sorang sebiji sebagai simbolik barang amanah macam dolu-dolu. Tujuannya untuk mengingatkan kembali ahli UMNO supaya kembali 'bertelur'. Nak kasi lebih impak lagi, digalakkan peserta program 'merampas' telur peserta lain kerana di akhir program nanti akan diisytiharkan, peserta yang mengumpul telur terbanyak automatik layak untuk dipertimbangkan menerajui Kementerian Dalam Negeri. Mungkin itulah saja caranya bagi mengenalpasti siapakah dikalangan bakal pemimpin UMNO yang dikaderkan itu 'betolo' atau tidak demi memastikan kestabilan dan keamanan negara ini berkekalan.
9. Lagipun sejak UMNO tarik balik saman terhadap Tian Chua dan Mustapha Ali, persepsi dah merebak dikalangan rakyat yang pemimpin UMNO hari ini memang spesis tak 'betolo'. Malu seh..
No comments:
Post a Comment