siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Monday, July 21, 2014

Slogan Najib Slogan

Dipetik dari blog Din Turtle.

Slogan oh Slogan ...

Sunday, July 20, 20140 comments

Dekat seminggu dah saya nak tulis mengenai SLOGAN ni, iaitulepas baca artikel Ridhuan Tee bertajuk Allah Peliharalah Terengganu, dimana beliau ada mengulas slogan baru MB baru Terengganu - Transformasi Terengganu Baharu ( TTB ), Terengganu TerBersih ( TTB ). 

Entah ya ke tidak saya pun tak der dengar apa2 pun.... tapi cara beliau tulis tu nampak serius jadi saya anggap betul la tuh. 

Pemimpin Baru = Slogan Baru .... Very The Cliche la...

Bukan saja peringkat kerajaan negeri, jabatan2 kerajaan pun kalau dapat bos baru pasti akan ada slogan baru.  Biasalah .... kalau dah bapak kuat berslogan, anak2 pun tak mahu kalah, nak tarik perhatian bapak.

Masa Mat Said slogan kerajaan negeri adalah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan..... entah apa maksudnya saya pun tahu. Bukan ke kerajaan memang dah menjadi tugasnya untuk berkhidmat untuk rakyat ? Habis tu, sebelum ada slogan itu kerajaan berkhidmat untuk siapa ?

MB Razif pun lebihkurang sama jer kalau bab berslogan ni ..... Slogan yang lebih bersifat  Syok Sendiri, slogan jenis yang nak kena beritahu apa yang kerajaan nak rakyat anggap akan kerajaan itu.. ( kerajaan baik .... kerajaan bersih ..... kerajaan mesra ... ) bukannya slogan yang jenis mengajak rakyat untuk bersama2 berusaha ke arah satu tujuan.

Rakan FB Shid Ab ada menjelaskan maksud saya, terutama perbezaannya slogan zaman Tun Mahathir dan selepas.


Apa itu slogan dan untuk apa ? example Islam Hadari, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan etc..

Kalau hanya untuk jerit2.. slogan akan menjadi bahan ketawa sahaja. 

Apa perbezaan slogan di Zaman Dr. Mahathir bin Mohamad dengan slogan selepas zaman Mahathir. 


Pada zaman Dr.M, slogan adalah alat untuk mental conditioningsebelum implementation. Satu persediaan mental sebelum perlaksanaan.

Example - Dasar pandang Ke Timur, Bersih Cekap Amanah, Malaysia Boleh etc..


Selepas mental telah di conditionkan ...jiwa dan otak kita dah boleh terima..maka diteruskan dengan perlaksanaan/implementation. Rakyat tidak akan terkejut dgn perlaksanaan malah akan menyokong 100% kerana process mental conditioning tadi telah dijalankan.


Selepas slogan , Dr.M terus laksanakan punch card, tiada overtime, memanjangkan waktu kerja dan lain2. Maka lengkaplah slogan + perlaksanaan.


Kita lihat pula slogan selepas zaman Dr.M, yang mana saya rasa telah gagal 100% malah jadi bahan ketawa. Islam Hadhari contohnya....gagal kerana tak guna Bahasa Malaysia...Secara ringkasnya bermaksud Islam Bertamadun atau lebih mudah kita sebut Islam Progresif. Macamana nak mental conditionkan jika maksud pun orang tertanya-tanya. 

Kita lihat pula slogan - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan 1 Malaysia . Terlalu general tapi mudah difahami cuma kesannya backfire sebab itu bukan mental conditioning untuk rakyat tetapimental conditioning untuk pemimpin. Menjadi satu janji dari pemimpin kepada rakyat. 

Apa rakyat perlu buat dengan slogan itu adalah tidak jelas malah tak terpakai langsung. Rakyat menjadi penerima dan tertunggu tungu janji-janji manis melalui slogan tersebut. Ini kesilapan yang amat besar. 

Sepatutnya, selepas slogan seperti Islam Hadhari, akan menyusul selepas itu perlaksanaan seperti dikurangkan perkara remeh temeh seperti hukum hakam yang menganggu kemajuan, Jabatan Agama yang bermaharaja lela dan sebagainya. 

Sepatutnya selepas slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, kita akan disusuli dengan urusan yang lebih mudah apabila berhubungan dengan pihak kerajaan di dalam segala hal, tetapi ini tidak berlaku. 

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Kementerian untuk orang Melayu dihapuskan. MARA di anak tirikan sehingga tiada budget untuk membantu, ISA dihapuskan sehingga penjenayah bermaharaja lela, extrimist tumbuh macam cendawan lepas hujan, kata2 kesat berbentuk perkauman kedengaran setiap hari dan lain-lain.

Kesimpulan nya, slogan menjadi janji-janji manis dan bukan lagi satu bentuk mental conditioning untuk dijiwai oleh seluruh rakyat Malaysia. Slogan tanpa implementation hanya menjadi bahan lawak sahaja. Saya hairan kenapa perkara yang simple macamni gagal difahami oleh kerajaan sedangkan penasihat2 Oxford banyak dan dibayar berbillion ringgit.

Slogan berfungsi untuk menggerakkan rakyat .... 1Malaysia cuma menggerakkan jari telunjuk rakyat ( bila ada pemimpin jer ) dan mungkin yang tergerak sama adalah kaum2 kiasu yang mengambil sepenuh kesempatan di atas keliberalan yang dibawa oleh 1Malaysia.

Alahai ... pemimpin Malaysia dengan slogannya ....

No comments:

Post a Comment