siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Saturday, January 17, 2015

dr mahathir mahu 1mdb dibubar

dipetik dari blog Din Turtle.

KEMASKINI 7:20PM - Tun Mahathir - Negara Tidak Perlu Pun 1MDB ! !

Friday, January 16, 201513comments

Komen terbaru dari Tun Mahathir bertanyakan nama bank di Cayman yang telah dipertanggungjawabkan melabur billion2 duit negaraeh duit kerajaaneh duit 1MDB.

"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita.

"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana.

"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan,"
 - Mkini.


Saya cek artikel asal di Sarawak Report -  

“The explanation does not enlighten us on anything”, the veteran politician insisted. “I want to know which bank it’s kept in now.  A billion dollars, you must keep it somewhere, you see.  I don’t know where the money is – that is part of transparency.” 

Baru ni CEO Arul Kanda mengumumkan dana di Cayman sudah ditebus sepenuhnya namun bagi Tun, penjelasan itu masih tidak cukup telus.

“I question the explanation, it’s not something I can accept.  It is very shallow…. I question the creation of 1MDB and how it is managed. They [the managers] came to see me, but they couldn’t explain how the money was raised and why the power plants were brought at such high prices and the commission that was paid to Goldman Sachs”, Mahathir elaborated
.

Saya persoalkan kewujudan 1MDB dan bagaimana ia diuruskan. Mereka ( para manager ) datang bertemu saya tapi mereka juga tidak mampu jelaskan bagaimana dana itu diraih dan kenapa IPP dibeli dengan harga yang tinggi dan juga mengenai komisen yang dibayar kepada Goldman Sachs. ( terjemahan saya )

“I don’t think that it serves any purpose.  That’s my difference with the government.  I don’t think that it is necessary for us to have a fund like this.  We are doing well enough without a fund… in the first place they got the money to lend to the Saudis and they they put it in hedge funds. The government should not be gambling money in hedge funds”, Mahthir said, reiterating his main arguments against the development fund.

Saya tidak nampak keperluannya diwujudkan dana seperti 1MDB. Tidak menyumbang apapun. Kita dalam keadaan yang baik tanpa perlunya dana seperti itu. Kerajaan tidak seharusnya melabur dalam dana berbentuk perjudian seperti hedge fund.


( Saya ketemu satu artikel di Chedet bertarikh 15 Januari 2010 bertajuk The Hedge Funds... menarik untuk fahami maksud hedge fund dan risikonya )

Bukannya susah nak jawab persoalan dari Tun Mahathir itu. Yalah, mungkin 1MDB rasa tidak perlu nak dedahkan segalanya kepada rakyat tapi takkan dalam pertemuan empat mata antara Tun dengan bos2 1MDB pun, mereka tidak dapat berikan nama bank berkenaan ! 


Atau perjelaskan apa2 kemusykilan yang Tun ada .... nah, bila Tun sendiri tak puashati dan beliau luahkannya pada media, apalagi rakyat pun lagi lah tak puashati.

Satu lagi, betul juga apa yang Tun katakan. Sebelum ini ekonomi negara dalam keadaan yang memuaskan. Tak perlu pun diwujudkan dana seperti 1MDB. Sekarang bila ekonomi negara merudum, keadaan bertambah parah dengan bantuan 1MDB ! Itu yang rakyat fikirkan ....


PS - Baca juga di Astroawani

KEMASKINI 7:20 PM

Di tanah Arab pun media sudah mula bercakap mengenai masalah 1MDB ! - Gulftimes.


 

No comments:

Post a Comment