siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Friday, August 21, 2015

alahai najib

Dipetik dari Blog Din Turtle.

Najib - Jangan Sesiapa Cuba Masuk Campur Atau Merampas ...... !

Friday, August 21, 20152comments


Baca status baru Najib di atas ..... no one should attempt to interfere with or hijack that obligation to lead. 

.... jangan sesiapa cuba masuk campur atau cuba merampas tanggungjawab memimpin itu ! Peeeeergh ! 

Ingat waktu mula2 diberi tanggungjawab itu, antara lain Najib cakap, era kerajaan lebih tahu sudah berakhir ....... itu duluuuuuuuuuu ..... sekarang - Jangan Masuk Campur !

Ingatkan Najib nak sebut, Kalau saya salah tolong tunjukkan .... tak pun, Bekerjalah bersama saya ..... rupa2nya Najib nak bagi warning. Jangan Masuk Campur !

Terlalu jauh bezanya Najib selepas 6 tahun di tampuk kuasa. Apakah kuasa sudah membutakan matahati Najib atau sememangnya beginilah sikap Najib yang sebenar, yang hanya menunggu masa untuk menunjukkan belangnya ?

Atau ..... keadaan sudah menjadi di luar kawalan sehingga memaksa Najib pertahankan kuasa yang dimiliki, walau apapun yang berlaku kepada rakyat dan negara ? 

Jika benar rakyat menjadi keutamaan Najib, cuba fikirkan - Apakah jika Najib letak jawatan, rakyat akan sengsara ? 

Takpun cuba bayangkan ..... Najib umumkan mahu letak jawatan, apakah rakyat akan tergamam seketika ..... kemudian meraung sedih memikirkan nasib negara tanpa bimbingan beliau lagi takutkan ekonomi negara akan terus merudum dan negara bakal jadi hancur ?

ATAU .... secara spontan rakyat tanpa mengira fahaman politik akan melompat kegirangan, bertepuk tangan meraikan suatu kemenangan yang bakal membawa satu sinar harapan baru kepada negara untuk kembali menjadi makmur dan maju ?

Apapun yang PASTI adalah, Najib akan berusaha sehabis teh ( sehabis daya ) untuk pertahankan jawatan atau kuasa yang dimilikinya ! Adakah demi rakyat atau demi dirinya sendiri ?

Kalau baca artikel terbaru chedet - Upside Down Law ( terjemahan Melayu dah ada ), apakah Tun Mahathir sudah tidak percaya lagi kepada proses pemilihan rakyat ( baik Pemilihan Umno mahupun PRU14 )

9. Tetapi dari laporan dan komen dalam media alternatif pemangkang dan kebanyakan rakyat Malaysia benar-benar bimbang dan marah dengan penyalahgunaan kuasa Najib. Penipuan dalam pilihan raya akan bukan lagi suatu perkara asing baginya untuk memastikan kemenangan pilihan raya akan datang.

Tun Mahathir mengharapkan satu tindakan dalam bentuk undi tidak percaya dapat dilakukan dan ini memerlukan satu bentuk kerjasama antara ahli2 Parlimen pembangkang dengan ahli2 Parlimen BN yang tidak lagi sokong cara Najib.

Seperti komen blogger shahbudin (KLiK) -

Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan.


Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia  boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta. 


Apakah rakyat sudah tidak punya kuasa lagi ?  Jika benar, ini bermakna Demokrasi sudah hilang ...... tapi pengundi masih boleh mengundi masa PRU14, kan ?

Soalan yang sebenar adalah - apakah anda masih percaya Najib akan terus menjunjung Demokrasi yang sebenar ?

Bukankah usaha melalui Undi Tidak Percaya juga merupakan satu proses Demokrasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara ? Bukankah ada termaktub dalam Perlembagaan

Mengikut Perkara 43 - Jemaah Menteri -  fasal 4 -

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. ( KLiK )



Tak pun, Pendek kata lagi - Anda mahu BR1M lagi ?  

Mkini

No comments:

Post a Comment