MKPN Iktiraf LGBT ? ? ? Adoi .... Ni Ke Jenis Orang2 Kepercayaan Najib ?
Sunday, July 13, 20140 comments
Nampaknya bersungguh benar ahli2 MKPN ni mempertahankan golongan LGBT. Mula2 Mujahid -
"Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.
"Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya.
"Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual.
"Saya sebagai orang Islam tidak mungkin saya mengatakan LGBT bagus, tetapi itu bukan bermakna saya menindas dia.
"Itu dua benda yang berbeza, saya rasa dalam Islam pun benda itu diakur (tidak betul).
"Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena pertahankan hak dia. Ya kamu gay, saya tak suka akan perkara itu tetapi ia tidak betul jika kamu diberhentikan (kerja) kerana perkara itu," katanya.-Mkini.
Berlaku berbalas pantun antara Mujahid dengan Isma, dimana pihak Isma balas -
Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?
Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?
Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang. - Ismaweb.
Merpertahankan Hak LGBT bukankah SAMA maksudnya dengan mengiktiraf golongan LGBT ?
Saya dah confused dengan pandangan Mujahid .... Jika Mujahid bercakap tentang mempertahankan Hak seorang rakyat tanpa sebut LGBT, itu saya setuju. Tapi bila beliau berkata -
Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena pertahankan hak dia.
saya jadi confused ...... Hak dia sebagai seorang yang mengamalkan cara hidup songsang yang dilaknati Allah ?
Bagi saya nama LGBT itu sendiri tidak harus disebut langsung dalam apajua undang2 kerana bila kita tidak iktiraf, maknanya ia tidak wujud !
Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina
Nah .... Mujahid iktiraf LGBT sebagai satu bentuk gender selain lelaki dan wanita ?
Halo pemimpin2 Pas semua ..... korang setuju ke dengan pendirian Mujahid ni ?
Kenapa semua pemimpin Pas senyap jer dalam isu LGBT ni ?
( PS - Sila baca link Isma di atas untuk mendapatkan lebih pencerahan tentang isu ini )
Terbaru sorang lagi ahli MKPN, Saifuddin Abdullah turut enter frame .... sepertinya mahu meredakan perbalahan Mujahid-Isma.
Perlindungan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) akan menjejaskan Akta Harmoni, kata Ahli jawatankuasa Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) Datuk Saifuddin Abdullah.
"Buat masa ini kami mungkin akan menggugurkan bahagian itu, tetapi majoriti ahli MKPN merasakan semangat itu," - TMI.
Saifuddin juga bercakap tentang 'perlindungan terhadap LGBT'. Dan menurut kefahaman saya melalui artikel itu, ahli2 MKPN pun merasa teruja untuk mempertahankan hak LGBT !
Tapi menyedari yang isu LGBT ini bakal mendapat tentangan hebat dari rakyat, maka MKPN mahu gugurkan bahagian itu.
POINT UTAMA disini adalah - ahli2 MKPN mengiktiraf golongan LGBT.
MKPN walaupun tidak bersetuju tapi mereka juga tidak punya masalah untuk menerima cara hidup songsang yang dilaknati Allah seperti yang diamalkan golongan LGBT !
Adoi .... ni kumpulan jenis apa yang dilantik oleh Najib untuk menjaga keharmonian kehidupan sosial rakyat Malaysia ? ?
Memang confirmed MKPN ini terlalu LIBERAL !
Mohon PM Najib beri komen segera.
Dan mohon pemimpin2 UMNO juga turut bersuara dalam hal ini.... orang2 Melayu nak tahu juga apakah Umno pun sama - walaupun tidak iktiraf tapi akan pertahankan hak golongan LGBT ?
PS - Nak tanya MKPN, adakah anda merasakan Anwar tidak patut dihukum atas kesalahan meliwat jantan samada dengan izin atau tanpa izin ?
No comments:
Post a Comment