siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, July 2, 2014

RUU Harmoni Najib

Dipetik dari blog Din Turtle.

RUU Harmoni - Mujahid, LCW dan Saifuddin Nak Kita Percaya Mereka Akan Pertahankan Hak Melayu !

Wednesday, July 2, 20142comments


Menarik sekali bilamana ketiga2 dalang MKPN yang sering disebut2 nama dalam isu deraf RUU Keharmonian memberi respon segera kepada luahan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid yang baru2 ini melabel MKPN sebagai alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. - ( KLiK )

Mereka bertiga sepakat dalam kenyataan bersama menuduh Tun Abdul Hamid memberi komen yang  tidak substantif kepada kandungan RUU sebaliknya komentarnya lebih terdorong kepada sikap emotif dan prejudis kepada kewujudan MKPN itu sendiri

"Kami bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat kerja yang jelas dan kami tidak berminat untuk bertanya orientasi sokongan politik seseorang dan berdebat kerananya dalam mesyuarat-mesyuarat kami,"


"Apakah kita mahu terus dijajah oleh Akta Hasutan 1948? Apakah kita mahu terus melihat kebencian agama dan kaum menentukan masa depan negara? Mkini.


Hmmmm .... apakah mereka cuba katakan yang mereka adalah orang yang LAIN ketika berada dalam MKPN berbanding ketika mereka bukan dalam MKPN ?

Mereka mahu kita percaya bahawa -

Mujahid MKPN tidak sama dengan Mujahid Pas ?

Lim Chee Wee MKPN tidak sama dengan Lim Chee Wee Majlis Peguam ?

Saifuddin MKPN tidak sama dengan dengan Saifuddin New Politics ?

Dengan katalain, mereka bertiga mengaku diri sebagai HIPOKRIT ? Dulu lain sekarang lain ..... ?

Bila bercakap tentang isu Hak Istimewa Melayu, kedudukan Islam dan Institusi Raja-raja, kita semua sedia maklum betapa LIBERALnya pendirian mereka ketika mereka bukan MKPN.

Alih2 bila dalam MKPN, mereka cuba berkata merekalah JUARA yang mempertahankan ketiga2 tunggak utama perjuangan bangsa Melayu itu ?

Hahahahaha ...... Ahjibgor bolehlah mereka nak kelentong ! 

Saya juga tertarik dengan komen2 yang menyokong kenyataan Tun Abdul Hamid tapi waktu sama cuba juga menyelamatkan nama ahjibgor dengan menggunakan ayat seperti anasir2 Kesamarataan telah berjaya menyusup masuk MKPN bla bla bla ..... come on la, TIDAK ADA siapa yang menyusup masuk MKPN la, mereka semua di LANTIK oleh ahjibgor sendiri !

Takkanlah ahjibgor tidak menggunakan akal waras dan intelek yang tinggi waktu menilai calon2 MKPN dulu ? 

Atau ahjibgor cuma rubberstamp je dan baca jer skrip apa yang disediakan oleh para penasihat beliau ? Mampuslah bangsa kita jika begitulah cara Presiden Umno bekerja !


PS - Mungkin ada pro Ahjibgor yang akan turut meminta kita menyokong kenyataan ketiga2 mamat di atas ?

Jangan lupa KLiK dan LiKE - FB Melayu Protes Najib !

No comments:

Post a Comment