siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, May 20, 2015

1MDB tipu?

dipetik dari blog Din Turtle.

Flip Flop Najib Dana 1MDB Di Singapura - Kesilapan Atau Penipuan ?

Wednesday, May 20, 20150 comments


Ramai yang dah tahu FLIP FLOP Najib dalam isu wang 1MDB di Singapura. Sekali lagi kita baca - 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baki pelaburan tersebut ditebus dalam bentuk aset mata wang US$ di BSI Bank Limited Singapore (BSI) Singapura

“1MDB telah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang USD di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti USD syarikat."

Selain itu, katanya jawapan tersebut merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum bertarikh 10 Mac 2015, bahawa baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam dalam bentuk wang tunai. - Astroawani.

Ada ke sesiapa yang percaya dan boleh terima begitu saja kesilapansebegitu besar ? Najib dah tengok penyata bank atau agreement antara 1MDB dengan bank itu ? 

Sebagai Menteri Kewangan, amat kelakar kalau Najib boleh keliru atau tidak pandai baca penyata bank untuk membezakan antara tunai dengan paper aset. Baik letak je jawatan Menteri Kewangan kalau benda sebegitu pun boleh keliru !

Bagaimana pula dengan 1MDB ? Adakah 1MDB juga keliru ? Ini lagi la kelakar kalau 1MDB yang buat transaksi pun boleh keliru. Cuba baca apa kata Arul Kanda sebelum ini -

- “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,” - Arul Kanda 7 Februari 2015

BNBBC
Nah ..... adakah itu kenyataan dari seorang yang keliru antara tunai dengan paper aset ? Punyalah tinggi kenyakinan Arul sehingga dia boleh yakinkan kita bahawa penyata itu menyatakan TUNAI.

Jadi macamana penyata yang dilihat oleh Arul Kanda yang dengan jelas menunjuk wang tunai dalam matawang AS boleh bertukar jadi paper aset ?

Ini bukan keliru atau kesilapan tapi PENIPUAN. Siapa yang tipu siapa ?

Kita sering bertanyakan soalan kenapa tidak digunakan wang itu untuk membayar hutang IPP sebanyak RM2 bil, dan kenapa terpaksa jual tanah TRX dalam keadaan terdesak kalau masih punya wang di SIngapura ..... nah, jawapannya sudah diberikan. 

Sebab tidak ada wang tunai di Singapura.

Jadi .... adakah Arul Kanda telah menipu satu Malaysia pada 7 Februari lalu ? Dan Najib pula .... adakah beliau juga menipu atau begitu mudah ditipu semasa berikan jawapan bertulis Parlimen pada 10 Mac lalu ?

Kalau Menteri Kewangan menipu Parlimen maka sewajarnya beliau meletak jawatan. Dan kalau Menteri Kewangan begitu mudah ditipu, beliau juga tidak layak untuk terus pegang jawatan itu.

Bayangkan Menteri Kewangan yang begitu mudah ditipu mewakili negara untuk berbincang dengan negara luar... contohnya dalam isu TPPA.... alamat hancurlah negara !

Bukannya payah pun, sekadar melihat penyata bank saja sudah cukup untuk kita tahu apakah ia dalam bentuk tunai atau paper aset. Kalau kita terima kenyataan terakhir Najib ini, bermakna beliau langsung tidak melihat penyata itu dan hanya bergantung kepada cakap orang !

Sungguh tidak bertanggungjawab jika benar Najib hanya bergantung kepada cakap orang. Sebab selama beberapa bulan ini isu wang di akaun Singapura merupakan antara isu terbesar yang sering menjadi perdebatan. Malah Tun Mahathir pun turut dihina dan dicerca kerana antara lain sering meminta bukti wang itu wujud.

Kenapa fakta ini tidak didedahkan dari awal ? Kenapa penyokong2 Najib dikencing .... errr..... mereka tak kisah kot sebab mereka tetap akan sokong apapun Najib buat waima flip flop sekalipun.... kan ?

Najib kena minta maaf secara terbuka kepada Tun Mahathir dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan ini. 

Lain2 tindakan juga boleh dikenakan seperti Usul Undi Tidak Percaya seperti yang disarankan oleh Datuk Khairuddin - KLiK. Terserah pada pihak tertentu menilai tahap kesalahan yang dilakukan oleh Najib.... mungkin ramai yang langsung tidak melihatnya sebagai satu kesalahan pun !

Oya, bagaimana dengan kenyataan Arul Kanda pada 7 Februari lalu ? Adakah itu satu perkara kecil yang tidak perlu diberi perhatian ?

Adakah semua ini satu Kesilapan atau satu Penipuan ? Atau satu AUTA bagi menutup perkara yang lebih besar ?





No comments:

Post a Comment