Kerajaan Tak Cukup Duit ? Dakwaan Melampau AKadirJasin !
Tuesday, May 5, 201518comments
Wallahuaklam betul atau tidak, tapi seorang pegawai atasan kepada seorang menteri kanan memberitahu saya semua kementerian, jabatan dan agensi dikenakan potongan bagi tahun 2015 yang berjumlah RM2 bilion “bagi membiayai pemulihan banjir” yang berlaku akhir tahun lalu.
Apabila hal sebegini berlaku, kita tidak dapat lari daripada bertanya apakah Perbendaharaan kekurangan wang atau lebih teruk, kehabisan wang?
Apa yang terjadi dengan peruntukan kecemasan (contigency) atau apakah di bawah Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan peruntukan seperti itu tidak disediakan?
Atau adakah peruntukan itu sudah habis dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain seperti memberi pinjaman kecemasan RM950 juta kepada 1MDB Mac lalu?
Di atas adalah petikan dari blog AKadirJasin .... Kerajaan tak cukup duit ? MUSTAHIL !
Kadir Jasin sendiri seperti dalam konflik percanggahan apabila cuba memberikan gambaran negatif itu sebab di perenggan akhir di atas, beliau memberikan contoh bagaimana kerajaan telah memberikan Standby Credit hampir RM1 billion kepada 1MDB.
Nah, mana mungkin kerajaan tak cukup duit ? ! Kalau tak cukup duit kenapa dengan begitu senang menghulurkan bantuan kepada 1MDB ? Nilai bantuan pula hampir setengah dari apa yang didakwa sebagai jumlah yang mampu dijimatkan ( RM2 billion ) melalui tindakan pemotongan/penjimatan.
Apatah lagi antara Kementerian yang disebut mahu potong bajet itu adalah Kementerian Kesihatan -
Menteri Kesihatan, (Datuk Seri) Dr S. Subramaniam dilaporkan berkata peruntukan kementerian beliau tahun ini dipotong RM300 juta “akibat kejatuhan harga minyak di pasaran dunia”.
Saya tidak percaya ! Tidak mungkin kerajaan begitu bodoh mahu memotong bajet Kementerian Kesihatan sedangkan 1MDB pula dibantu 3 kali ganda nilai potongan itu.
Apakah keperluan 1MDB itu lebih penting dari menjaga 'kesihatan' rakyat ?
Mana ada kerajaan yang begitu kejam di dunia ini ? Melainkan keperluan 1MDB itu lebih mendesak .....
Makanya saya harap dakwaan Kadir Jasin itu tidak benar. Sukar hendak dipercayai .
TAPI ..... kalau dibuatnya benar ..... hmmmm .... saya rasa kerajaan kena tampil menjelaskan kenapa 1MDB didahulukan. Rakyat berhak tahu apa yang penting sangat pinjaman sebegitu besar diberikan kepada 1MDB dengan harga sebegitu tinggi ( pemotongan bajet Kementerian2 ).
Kalaupun tidak benar, saya percaya 1MDB masih perlu jelaskan juga kenapa disebalik dakwaan kejayaan syarikat sovereign debt fund itu, kerajaan terpaksa bail out juga hampir rm1 billion baru2 ini.
Takkan penjelasan itu pun nak kena tunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara ? Kalau di pihak 1MDB kena tunggu juga siasatan selesai, pihak kerajaan boleh tolong jawab, kan.... sebab pihak kerajaan tidak disiasat. Yang memohon bantuan adalah 1MDB sementara yang meluluskan bantuan adalah kerajaan. It takes two to tango ...
Apakah kewajarannya di pihak kerajaan untuk meluluskan pinjaman hampir RM1 billion kepada 1MDB baru2 ini ?
Oya, yang sebenar2nyalah, siapa di pihak kerajaan, kabinet atau kepimpinan Umno yang TAHU tentang 1MDB ni ?
Najib ? Saya rasa Najib tak tahu apa2 pun ..... selain mengulangi skrip lama yang sudah tersedia.
No comments:
Post a Comment