MAAFKAN KAMI ....... Kami tidak tahu dan tidak sedar selama ini kami telah merampas masa Datin Seri Rosmah .... Kami memang rakyat yang tidak sedar diri. Kami sebenarnya tidak berniat untuk bertindak sebegitu kejam, mungkin kerana selama ini kami terlalu manja dengan perhatian dan limpahan kasih sayang yang Datin Seri curahkan pada rakyat.
Lagi dilayan, lagi kami merengek .... sememangnya kehendak dan kemahuan manusia tidak akan pernah cukup.
Kami malu .....
Kami menyesal .....
MAAFKAN KAMI !
Selepas ini sekiranya Datin Seri terasa hendak meluangkan masa untuk diri sendiri, nak memasak ke, nak melayan hobi ke, nak main badminton ke ... diPERSILAkan.
Jangan kerana rakyat Datin Seri memaksa diri meninggalkan semua itu ...
Kami sudah faham sekarang .... lagipun kami juga mahukan isteri PM sentiasa sihat dan cergas.
Doa kami sentiasa mengiringi Datin Seri dimana jua ... walau digelanggang badminton.
"Semua telah diambil (rakyat) dari saya termasuk masa saya, hobi saya.
"Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang.
Saya hanya luangkan masa untuk rakyat," - Mkini.
Youtube
Everything has been taken away from me, including my time, including my hobbies. I don’t get to play badminton now because I am very busy doing things for the rakyat
No comments:
Post a Comment