siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Saturday, February 1, 2014

Najib Membelakangkan Agama?

Dipetik dari blog Din Turtle.

Memang panazzzz artikel TMI - NGO Islam dakwa Najib lemah kerana berdiam diri isu kalimah Allah - ini yang mendedahkan pengakuan Najib tentang pendirian beliau dalam isu kalimah Allah / alKitab, jika anda selami maksud disebalik kata2 beliau. ( ..... panas bagi mereka yang benar2 ikhlas mempertahankan kalimah Allah bukan yang berjuang disebabkan sentimen politik ! )

Mulanya saya agak skeptikal dengan laporan TMI ini, jadi saya cek dengan sumbernya iaitu di laman web ismaweb.net dan ini artikel asalnya -Pendirian Najib mengecewakan.


BANGI, 30 Jan – Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendiamkan diri berhubung isu kalimah Allah sangat mendukacitakan.
  
“Jawapan Najib sangat mengecewakan kerana gagal memberi perhatian kepada rakyat Islam yang majoriti.

 “Pendirian beliau berhubung isu kalimah Allah ini membuktikan bahawa beliau lebih menjaga kaum minoriti yang melampau,” demikian tegas Naib Presiden II ISMA, Encik Abdul Rahman Mat Dali.

 Datuk Seri Najib hari ini dalam pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.

 Kata Najib,  beliau adalah seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum. 

 Justeru ujar Encik Rahman, ini sekali lagi membuktikan Datuk Seri Najib seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini. 


Bahkan beliau juga tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu pada masa hadapan.


Pengakuan Najib dihadapan 40 Ngo Melayu Islam yang beliau SENGAJA berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan keadaan ! ? ? Banyak persoalan yang menerjah fikiran sebaik saja baca artikel itu -

Bukankah bersuara bagi memberi penjelasan dan mengawal keadaan merupakan tugas dan tanggungjawab Najib selaku PM ? 

Kenapa dikatakan kalau beliau bersuara, kenyataan beliau bakal memburukkan lagi keadaan ? 

Jika seorang PM tidak melakukan tanggungjawabnya, tidakkah itu sama makna dengan PM yang tidak bertanggungjawab ? !

DAN kenapa dikaitkan dengan dirinya sebagai pemimpin semua kaum, bukan kaum Melayu Islam saja dengan isu kalimah Allah / alKitab ?

Beginikah rupa PRESIDEN UMNO yang gah mendakwa sebagai pejuang AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU ?

Saya SOKONG dan BERSETUJU dengan kenyataan Naib Presiden Isma, Abdul Rahman ini -

... ini sekali lagi membuktikan Datuk Seri Najib seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini. 

Bahkan beliau juga tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu pada masa hadapan.


PS - Mungkin ada baiknya Umno pilih seorang Presiden baru demi meneruskan perjuangan ASALnya dan biarkan Najib sebagai Presiden BN @ PM. Begitu juga dengan jawatan Ketua Pemudanya kerana Melayu2 Liberal seperti ini akan menghancurkan apa yang telah diperjuangkan selama ini jika mereka terus memegang kuasa dalam parti.

Dalam keadaan parti2 lain semakin lantang menuntut hak bagi kaum mereka, Umno pula semakin galok kearah meLIBERALkan hak bangsa.

No comments:

Post a Comment