siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, May 18, 2014

Najib Bapak Liberal

Dipetik dari blog Din Turtle

MKPN Bersuara Sumbang Lagi ! ( dengan menjadi Pencacai Dap )

Sunday, May 18, 20148comments


Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional MKPN ( yang kadang2 dirujuk sebagai MPPN ) mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan mengambil tindakan yang 'segera dan efektif' terhadap ekstremis dan mereka yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

The National Unity Consultative Council (NUCC) has urged Putrajaya to take "prompt and effective action" against extremists and those behind statements undemining racial ties in the country. - TMI.

Saya pasti kenyataan itu merujuk kepada apa yang diucap oleh Presiden ISMA kerana reaksi yang sama turut diluahkan oleh anggota MKPN seperti Saifuddin Abdullah sebelum ini. 


Itu hasil mesyuarat ketiga mereka. Kali pertama mesyuarat MKPN masuk campur isu rampasan alKitab dan menyebelahi pihak gereja dengan 'menyesali serbuan JAIS', mesyuarat kedua pula MKPN membuat persediaan untuk mengadakan siri dialog Perpaduan dan ketika diresmikan, jika anda masih ingat, Joseph Kurup telah mencadangkan ruangan kaum dihapuskan daripada semua borang resmi kerajaan. ( 3 bulan sebelum Joseph Entulu dilaporkan menyuarakannya, Joseph Kurup yang juga seorang MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI telah mencadangkannya ! )

Kali ini MKPN hentam mereka yang dikatakan ekstrim ( dan saya syak ia merujuk kepada ISMA ).

Sebenarnya tujuan MKPN ini ditubuhkan untuk apa ? 

Untuk menjadi SUARA LIBERAL tidak resmi kerajaan Najib ? Kita tidak perlukan tambahan satu lagi suara dipihak kerajaan yang sama nada dengan pihak Dap atau pihak gereja atau yang mewakili suara Melayu Liberal dalam kerajaan. 

Apakah untuk mewujudkan Jambatan dengan pembangkang maka Jambatan itu harus mengikut rentak pembangkang ?

SEKARANG INI, siapa lagi yang berani untuk bersuara mewakili Islam dan Melayu selain dari ISMA dan PERKASA ?  Kedua NGO ini dimusuhi oleh pembangkang dan mereka yang Liberal, dan MKPN pula sibuk nak enter frame masuk campur memberi tekanan kepada kerajaan supaya diHAPUSKAN sisa2 suara yang masih tinggal yang mempertahankan maruah agama Islam dan bangsa Melayu !

Saya baru ni tulis - 

Jika Umno dan Pas mampu kawal keceluparan rakan2 politik mereka, tidak ada keperluan untuk ISMA bersuara ! 

Dan ISMA mendapat sokongan kerana KEPONDANAN Umno dan Pas. Sekurang2nya maruah orang Melayu terbela dengan kelantangan ISMA .......  

Membela MARUAH agama dan bangsa ..... mungkin itu sesuatu yang kedua Umno dan Pas sudah tidak lagi mampu pikul dek kerana terlalu taksub dengan politik !


Tanpa ISMA dan PERKASA, siapa lagi yang boleh diharap oleh bangsa Melayu ? 

UMNO ?  HAHAHAHAhahahahahaha ......... Dengan pemimpin Liberal macam KJ, Umno pun dah jadi sebijik macam Dap ! Siapa yang pernah menyuarakan hasratnya mahu mengkaji semula Kontrek Sosial ?

Adakah itu kemahuan orang Melayu ? Melayu mahukan Kontrek Sosial diPATUHI dan diHORMATI bukannya dikaji semula. Jadi bagaimana yang dikatakan Umno itu menjadi suara orang Melayu ?

Balik kepada MKPN ..... mengikut FB MKPN yang dah sebulan setengah tak diupdate ( last posting adalah pada March 29 ), ada satu kenyataan perasan oleh mereka akan tugas utama MKPN -


Bunyi macam MKPN tidak mahu campur hal2 secara individu atau merawat sakit2 tertentu tapi mahu merawat KESELURUHAN tubuh pesakit ...... habis tu yang sibuk enter frame dalam isu2 tertentu itu apa hal ?

Kenapa tidak hasilkan satu cadangan bluprin bagaimana mahu selesaikan isu polarisasi kaum secara jangka panjang daripada sibuk masuk campur dalam isu2 ad-hoc ?

Kalau MKPN tidak sabar nak masuk campur juga, kenapa tidak nyatakan pendirian MKPN terhadap Kontrek Sosial dan Hak Bumiputera ? 

Kerana itu merupakan IBU kepada masalah - usaha pencabulan ke atas apa yang selama ini sudah termaktub dan dipersetujui oleh nenek moyang kita ( seperti kata Najib ). 

Jom kita dengar pendirian MKPN dalam CORE ISSUE nya. Supaya kita tahu dari awal lagi apakah MKPN ini MUSUH atau KAWAN kepada orang Melayu.

Begitu juga dalam isu Pendidikan Vernakular yang tidak diamalkan oleh bukan saja 160 negara lain tapi SEMUA NEGARA DIDUNIA kecuali Malaysia. Cikgu mana yang ajar memisahkan kanak2 mengikut perkauman adalah jalan terbaik kearah Perpaduan ?

Jika ISMA dan PERKASA dihapuskan, akan timbul NGO2 lain mengambilalih tempat mereka. Sebab apa ?

Sebab orang Melayu tidak punya suara lain untuk mewakilinya.
Apakah pemimpin2 Umno tidak nampak perkara ini ?

No comments:

Post a Comment