siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, May 4, 2014

Najib Bapak Vernakular

Dipetik dari blog Din Turtle.

Najib - AKUlah Yang Jamin Kewujudan Sekolah Cina, Jangan Lupa tu !

Sunday, May 4, 20140 comments


Najib, yang pernah menyandang jawatan menteri pendidikan, berkata beliau mengambil "risiko politik" dalam memansuhkan Seksyen 21 (2) Akta Pendidikan, yang memberi kuasa kepada menteri menukar taraf sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan. - TMI.

Entah berapa kali perlu Najib ulangsebut JASA TERBESAR beliau kepada sekolah vernakular itu .... Memang Najib BANGGA GILER dengan sumbangannya dalam memastikan kewujudan sekolah vernakular. 

Asal bercakap depan orang cina mengenai isu pendidikan vernakular, pasti Najib akan ulang, mungkin beliau takut orang lupa. 

Sebab itulah saya berulangkali sarankan supaya Najib diberikan gelaran BAPA VERNAKULAR. Selagi tak diberi gelaran itu, selagi itulah Najib akan ulang sebut jasanya. Takpun akan diulangnya - 

Tambah Najib, tidak ada mana-mana negara selain China dan Taiwan yang memberi tempat kepada pendidikan Cina sebagai sebahagian sistem pendidikan kebangsaan.

China dan Taiwan memang dah berbahasa cina, jadi tak hairanlah. Jadi Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai pendidikan cina seiring dengan pendidikan kebangsaan.

Bangganya Najib ....... dan Umno ! 

Hmmmm .... tapi kalau bab GST, kenapa pulak nak ikut langkah majoriti negara di dunia ? Bab pendidikan, kita bangga jadi lain ....


"Nenek moyang kami memilih intergrasi dan bukan asimilasi seperti di Thailand atau Indonesia."

Ya ...... kerana mereka tidak menyangka sekolah vernakular bakal menjadi penyumbang terbesar masalah polarisasi kaum ! Kalau nenek moyang kami tahu masalah perpaduan antara kaum bakal menjadi teruk kerana wujudnya sekolah vernakular, mereka pasti menyesal. 

Sekolah vernakular tidak harus diwujudkan, hanya satu sistem pendidikan saja yang lebih menjamin rakyat pelbagai kaum bersatu padu.

Oya, atuk kami juga mewujudkan ISA dan Akta Hasutan, kenapa yang itu Najib gatal pulak nak ubah ? Begitu juga dengan DEB .... 




No comments:

Post a Comment