siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Thursday, May 29, 2014

Terlebih Perasan

Dipetik dari blog Din Turtle

Sabbaruddin Chik Kepada Najib - Jangan Perasan Bagus ! ? ?

Thursday, May 29, 20147comments


"Najib bernasib baik kerana ambil alih daripada Pak Lah, jika beliau ambil alih daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pasti dia pun kena letak jawatan.

"Sepatutnya, Pak Lah dahulu tidak disuruh pun letak jawatan.

"Pak Lah tidak bernasib baik sebab ambil alih daripada Dr Mahathir kerana ketika itu beliau masih sangat kuat," 

"Najib kurang tapi tiada sesiapa yang suruh beliau undur.

"Bukan selesa atau tiada yang mahu Najib diganti, tapi orang Umno takut kalau dia dipaksa pergi siapa hendak ganti beliau," - TMI.


Demikian kata bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik bila ditanya mengenai prestasi Najib yang TMI dakwa sebagai lebih teruk dari PakLah.

Artikel2 TMI sebelum ini ada menyiarkan luahan Tan Sri dalam kes Bank Rakyat dan pinjaman mudah ( atau advance sebab tidak melibatkan sebarang bunga atau bayaran kepada peminjam ) kepada Deepak (?) dan campurtangan Menteri Perdagangan Hasan Malek  - TMI 27/5 dan TMI 26/5. ( saya belum nak komen lagi tentang isu ini, nantilah ... )

Menarik komen Sabbaruddin di atas .... sebelum ni ada didebatkan juga soal keupayaan Najib sebagai PM dan memang ramai yang tak puashati. Cuma dari jumlah yang tak puashati itu, ramai yang mengambil sikap 'terpaksa sokong' atas dasar ketiadaan pengganti yang lebih layak.

Jadi apa yang disebut oleh Sabbaruddin bukanlah sesuatu yang baru, beliau sekadar meluahkan semula apa yang terpendam dalam kepala orang2 Melayu.

Yang pro Najib tak payahlah nak melenting.... Tak perlu didebatkan pun. Terima sajalah kenyataan itu dan jadikan sebagai peringatan kepada Najib.

Peringatan supaya jangan berterusan perasan bagus .... perasan konon orang Melayu sokong pendekatan Liberal anda itu. Dekatilah semula akar umbi dan selami kehendak dan harapan mereka. Jangan pandai borak jer lebih dengan sebutan 'akar umbi'.


No comments:

Post a Comment