siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Thursday, August 21, 2014

Najib Perosak UMNO

Dipetik dari blog Din Turtle.

Direct Cakap - Umno Semakin Nazak Di Bawah Najib !

Thursday, August 21, 20147comments

Ternyata Teguran Tun Mahathir berjaya membuat kocakan yang bukan kecil dalam keRelaks-an pemimpin2 Umno yang masih dalam mood RnR selepas penat berperang dalam PRU13 diikuti Pemilihan tahun lepas.

Ramai yang seperti dikejutkan dari lena dan 'dipaksa' balas teguran Tun ..... tu yang keluar alasan2 lari topik dalam mempertahankan Ahjibgor. Saya rasa belum pernah lagi ada teguran dari Tun kepada Ahjibgor yang berjaya memberi impak sebesar ini. 


Tapi Ahjibgor tetap dalam keBlur-an .....

Ramai juga yang cuba melembutkan teguran Tun itu termasuk Tun sendiri (!).... Pandangan saya lah, apa reaksi awal yang dapat kita rasa waktu mula baca artikel Menegur itulah NIAT sebenar Tun waktu menukilkannya.

Mesej sudah disampaikan .... Ada perkara tidak perlu diulangsebut .... sendiri fahamlah !

Ginilah .... saya pun bukannya terikat pada sesiapa, nak kena jaga hati ke apa ke, jadi kali ni biar saya tulis direct jer apa yang saya yakin maksud Tun sebenarnya -

Tun mahu Ahjibgor Undur Diri ! Ahjibgor dah tak boleh blah ... Degil tak mahu dengar nasihat yang berulangkali Tun berikan. 

Umno semakin nazak di bawah Ahjibgor, ok. Kalau terus macam ni Umno akan kalah PRU14 !  


Ahjibgor tak penting, Rosmah pun tak penting. Yang penting adalah Umno terus kekal relevan di hati orang Melayu. Itu dia mesej sebenar Tun. Dan tujuannya hanya kerana mahu selamatkan Umno. Pemimpin datang dan pergi.... begitu juga isteri mereka. 

Kita nak pertahankan Umno atau nak pertahankan pemimpin Umno ? Apakah tanpa Ahjibgor maka Umno akan bungkus ? 

Saya baru baca satu artikel menarik yang mahu saya rekomenkan pada anda. Sebenarnya artikel itu yang menggerakkan hati ini untuk menulis artikel ini.

Dari Helenang - Najib is causing Umno to lose the Malay votes juga merupakan komen susulan ekoran Teguran Tun kepada Ahjibgor. Artikel dalam omputeh jadi saya buat ringkasan yang patut mengikut pemahaman saya -

FAKTA - BN tewas undi popular masa PRU13. Faham tak maksud tu ? Kalau tak faham biar saya tulis dalam bentuk lain - Majoriti rakyat Malaysia menolak BN sebagai kerajaan pada PRU13 dan BN masih kekal kerajaan atas faktor teknikal bukan atas faktor pilihan rakyat.

( hmmmm .... apa kata Zahid dengan perkara ini ? Rakyat tidak pilih Ahjibgor sebagai PM. Hanya rakyat Pekan yang pilih beliau sebagai MP dan rakyat yang menjadi ahli Umno yang pilih beliau sebagai Presiden parti seterusnya jadi PM. 

Tidak semua yang pilih BN atau Umno itu pilih Najib, ok ) Tapi kenapa pemimpin2 Umno terutamanya pak2 Menteri lagaknya macam perasan lebih ? 

Satu lagi, Umno masih jadi kerajaan atas ihsan, saya ulang, ATAS IHSAN orang Melayu. Umno juga menang kerana undi Melayu kampung.


Perhatikanlah kerusi kawasan kampung atau bandar yang Umno banyak menang.

Sebab itulah Ahjibgor terus dengan transformasi Liberalnya .... konon nak dapatkan sokongan orang bandar, dan ini disokong kuat oleh KP Umno yang sememangnya ikon Melayu Liberal. Konon nak dapatkan sokongan generasi baru  ....

Ya, Umno akan dapat sokongan yang KUAT melalui transformasi Liberalnya. Malah ironinya, pemimpin2 Dap lah yang paling lantang menyokong dan menjadi pasukan sorak program Transformasi Ahjibgor.

Tapi memberi sokongan tidak semestinya memberi Undi !

Waktu sama dalam Ahjibgor terhegeh2 merayu sokongan kaum lain melalui Transformasi Liberalnya, pernahkah beliau terfikir pandangan orang Melayu yang telah memenangkan Umno ?

Tidakkah anda boleh lihat yang sentimen orang Melayu yang sebelum ini memberi ihsan kepada Umno ( yang membolehkan Umno terus kekal jadi kerajaan ) sudah mula mempersoalkan samada Umno masih lagi relevan kepada perjuangan bangsa ?

Dalam mengejar sokongan kaum lain, Umno bakal kehilangan Undi orang Melayu. Perhatikan semula gambarajah di atas ....

Apakah Umno dilihat sebagai PEMBELA kepada maruah orang Melayu yang mengundi Umno ( warna kuning ) ?

Dalam keadaan sekarang, apakah tidak mungkin bilangan kerusi Umno ( yang berwarna kuning ) itu bakal berkurangan dek protes orang Melayu ? 

Waktu sama, apakah anda yakin kehilangan undi orang Melayu yang protes itu dapat digantikan melalui sokongan yang Ahjibgor duk kejar itu ?

Bukannya menambah malah mengurangkan !

Dan sentimen ini tidak ada kaitan dengan keadaan PR yang juga dilihat semakin kucar kacir.  Apakah politik kita sekarang bergantung kepada parti mana yang lebih dibenci ? Sepatutnya rakyat memilih parti mana yang lebih baik.

Kenapa NGO seperti ISMA semakin mendapat tempat dihati orang Melayu ? Saya tidak kata ISMA menggantikan Umno tapi 'semakin mendapat tempat' . Bermakna ISMA semakin mendapat sokongan.... kerana orang Melayu melihat ISMA lebih relevan dalam mempertahankan maruah bangsa Melayu ! 

OK.... jangan lupa yang ISMA juga semakin ke arah menjadi sebuah parti politik. PRU13 ISMA bertanding atas tiket bebas, bagaimana kalau nanti ISMA mempunyai lambang mereka sendiri dan jelas tertera nama ISMA pada kertas undi ?

Ya, ISMA mungkin tidak akan bertanding dikawasan yang turut ditandingi Umno tapi bagaimana dengan kawasan2 yang wakili calon rakan2 Umno yang bukan Islam ? Tidakkah itu bakal mengurangkan undi orang Melayu kepada BN ?

Bagaimana jika muncul lagi parti alternatif Melayu lain nanti ? Ya, Umno tetap akan dapat undi terbanyak dari orang Melayu tapi tidakkah akan ada sedikit sebanyak pengurangan ? Perlukah diulangi yang Umno tidak mendapat undi majoriti dan sebarang pengurangan undi sedia ada akan hanya menambahkan masalah kepada Umno.

Seperti biasa, pemimpin2 Umno akan perlekehkan perkara ini ....

                           *********************

Kita sering persendakan PakLah selaku PM, kan ? Nah, sekarang Tun Mahathir kata prestasi Ahjibgor LEBIH TERUK dari Paklah !

Anda sendiri boleh bayangkan tahap kekecewaan Tun terhadap Najib melalui kata2nya itu .....

Baca juga komen ZAMKATA yang mengkritik keras tindakan Najib menghapuskan ISA .... 

Menghapuskan ISA adalah suatu kesilapan besar Najib untuk mencari popularti di kalangan antarabangsa terutamanya Amerika Syarikat dan kuasa Barat ketika rakyat mengharapkan beliau akan membina semula keruntuhan dasar dasar suci negara kerana kemurahan hati  Abdullah Badawi setelah dibina oleh Tun Abdul Razak  dengan air mata dan darah dan  disokong kuat oleh Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail demi untuk keselamatan negara dan juga untuk  menyelamatkan MCA dari anasir komunis dan cauvanis( Lihat buku Tun Ismail The Reluctan Politician)

Suatu hal yag mengemparkan negara dan mengecewakan sebahagian besar rakyat, Najib bukan membina diatas keruntuhan tetapi beliau menghancurkan batu bata keruntuhan menjadi serpihan yang membuka peluang kepada pihak anti nasional  untuk menghina dan memperkecilkan Perlembagaan Persekutuan yang telah dimantapkan oleh ISA.


Saya percaya orang2 disekeliling Ahjibgor berusaha menyanggah teguran Tun dan saya juga tidak menolak sekiranya ada 'arahan' yang mengekang komen2 pro Mahathir dikalangan para bloggers pro Umno.

Semua itu samalah dengan contoh yang diberi oleh Tun melalui artikel Menegur. Para penasihat yang terus mengaburi mata raja dari melihat kenyataan yang dirinya itu dalam keadaan memalukan ( ditolak oleh rakyat ).

Seperti mana kita lebih mengutamakan Umno dari pemimpinnya, begitu juga dalam konteks yang lebih luas, saya lebih mengutamakan Melayu dari Umno. Dan itulah perjuangan saya ..

PS - Jangan lupa KLiK dan LiKE - FB Melayu Protes Najib!

No comments:

Post a Comment