siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Friday, August 29, 2014

Najib ambil peluang musibah

Dipetik dari blog Din Turtle.

Edisi Menyampah Terlampau - Najib Dengan MH17 dan KJ Dengan Regina

Thursday, August 28, 20146comments

Kebetulan ada masa terluang sikit, jadi rasa nak tulis jugalah sedikit selepas 5 hari menyepi. Saya terus juga ikuti perkembangan politik seharian walaupun tidak menulis. Saya juga sedar, wujud atau tidak blog ini tidak akan beri kesan pada sesiapapun. 

Jadi mungkin mulai sekarang bila masa ada kesempatan, saya akan menulis lebih direct dari sebelum ini. Biar puas hati. Tak perlu nak jaga hati sesiapa. Yang suka boleh terus baca dan yang tak suka boleh belah dan klik 'x' ! 

Ada dua perkara saya nak sebut kali ini, dua2 buat saya berbulu jer... geram hingga memaksa saya meluahkannya juga kali ini.

PERTAMA isu Najib dengan tragedi MH17 dengan segala bentuk 'promosi' yang OVERKILL !

Terpulanglah anda nak setuju atau tidak, tapi apa yang saya dengar dan saksikan melalui media semasa Hari Berkabung MH17 tempuhhari, hanya satu ungkapan yang sesuai saya berikan - OVER !

Bukan tidak boleh kita bersedih dan menyambut kepulangan mayat2 mangsa dengan hormat tapi janganlah over sangat. Dengan raptai bagai, dengan segala permainan emosi melalui cerita dan visual keluarga mangsa, radio pulak suruh driver berhenti tepi jalan untuk bertafakur seminit bla bla bla  .... semua tu buat saya jadi menyampah pulak !

Jangan salah faham. Bukan menyampah kepada apa yang berkaitan dengan MH17 tapi menyampah dengan pemimpin2 yang menyalahgunakan insiden itu atas nama Perpaduan. 

Baca - Sampai bila mahu mengharap tragedi untuk menyemai perpaduan ?

Saya nak tambah - Sampai bila mahu mengharap tragedi untuk naikkan nama Najib ? !

Dek sebab OVER dalam mengeksploitasikan insiden MH17, jadi satu isu pulak bila ada yang pertikaikan kewajaran diberikan penghormatan militari dan dibandingkan dengan mangsa Lahad Datu dan mangsa2 'eksiden' lain ....

Lagi tak boleh blah .... Najib sendiri hentam para pengkritik sambutan OVER itu..

"Ada sahaja orang nak memecahbelahkan kita. Dalam peristiwa Lahad Datu orang yang sama yang kata ini kononnya sandiwara, tapi bila berlaku MH17 bila kita beri penghormatan teristimewa, dia kata kenapa tak bagi penghormatan yang sama kepada para anggota tersebut walhal pada awalnya dia kata itu sandiwara,"Bernama.

Mungkin Najib merujuk kepada kritikan MP Lumut ( baca komen Helenang )


Seperti BIASA, selain dari BR1M, peranan Najib dalam MH17 akan disebut2 oleh beliau sendiri ( perah sampai kering ! ) 

"Jika saya tak buat peranan ini mustahil kita akan dapat balik jenazah-jenazah ke pangkuan keluarga tersayang,

"Jadi saya minta daripada kumpulan pemberontak tanpa menjanjikan apa-apa... saya tak bayar satu sen pun. Saya kata tolong dan dia kata akan tolong dan serahkan kotak hitam dan mayat hanya kepada pasukan Malaysia,"


OKlah, kali ni saya nak sebut apa yang terbuku dalam hati selama ini, sebab dah naik menyampah sangat -

Saya tidak pertikaikan apa yang berlaku tapi cuba anda fikir - TIDAK MUNGKINKAH Pemberontak yang pro Rusia itu nak perkenankan permintaan Najib bukan kerana faktor Najib secara peribadi tapi kerana nama MALAYSIA itu sendiri ?

Lebih direct lagi - Kerana nama Tun Mahathir !

Ini spekulasi saya saja ok, Pemberontak itu diakui sebagai pro Rusia. Pastinya sebarang keputusan sebegini besar mendapat persetujuan dari Rusia. 

Apa kehalnya Putin nak buat baik dengan Najib yang baru saja berselfie bagai dengan Obama yang datang melawat kita baru ni ? Siapa Najib pada mereka ?

Melainkan atas rasa hormat kepada Malaysia dan kepada nama Tun Mahathir yang sememangnya mendapat penghormatan dari hampir semua pemimpin2 dunia kecuali Israel !

Saya kata tolong dan dia kata akan tolong ..... ? ?


Tapi kalau Rosmah yang call, saya tak boleh nak kata apa la ...


POINT UTAMA saya - Jangan OVERKILL apapun isu sebab kemungkinan besar ia akan backfire. Najib juga yang suruh kita berWassatiyah.

Sekarang bila penghantaran 8 lagi mayat mangsa MH17 ditunda dari 30 Ogos kepada 2 Sept, dah ada yang kata sebab tak mahu sambutan kali kedua itu menenggelamkan sambutan Hari Merdeka ! ( Helenang )

Saya harap teori itu tidak benar dan penundaan itu adalah kerana sebab2 yang logik yang tidak ada kena mengena dengan SAMBUTAN. Sebab jika benar, nampak sangat yang insiden MH17 itu mahu dieksploitasikan.

Dari elok nak puji peranan kerajaan, boleh jadi menyampah pulak.


PS - Peranan Tun Mahathir dalam isu2 Dunia terlalu banyak dan beliau sememangnya amat dihormati oleh ramai pemimpin dunia. Saya hanya tahu sedikit saja dan itu pun dah buat saya tabik habis. Apa yang saya sebut di atas hanyalah spekulasi saya sendiri kerana amatlah tidak logik cerita Najib itu. Ada yang tidak diceritakan sepenuhnya ...... Apapun saya puji tindakan Najib menghubungi ketua pemberontak itu. Cuma bila terlalu di puji2 termasuk oleh tuanpunya diri sendiri, jadi menyampah pulak...

ISU KEDUA yang saya nak sentuh adalah komen KJ yang mempertahankan tindakannya mengambil orang DAP sebagai SU Akhbarnya. -


Baca juga Unspinners

Professional la sangat tu ....

" Jika ada seseorang dari Pakatan yang TERBUKTI lebih berkebolehan ...." 

Hello .... Pemuda dan Pemudi Umno kan ada 20 juta, takkan dari seramai itu takder sorang pun yang lebih layak atau paling tidak, SAMA LAYAK dengan cina Dap itu ?

Mereka yang pro KJ pun ikut angguk sama dan akur bahawa tidak ada di kalangan orang muda Umno yang mampu menandingi kelayakan Regina untuk berkhidmat dibawah KJ !

KJ kutuk kaw2 korang pun korang boleh angguk ? 

Komen direct saya - Senang citer, KJ nak makan dua-dua belah pihak ! Apa-apa hal, siapa pun yang menang nanti, kedudukan KJ akan terjamin.

Siapa lagi yang dipuji2 oleh Lim Kit Siang dan pemimpin2 Dap kalau bukan KJ ? Begitu juga pemimpin2 Umno lain yang Liberal. 

Malas saya nak tulis panjang2 .... Saya pernah tulis satu masa dulu - siapa pun yang si LKS puji, jaga-jaga la...


Melainkan anda sudah tidak terima lagi pendirian bahawa LKS dan Dap punya matlamat hanya untuk menghapuskan hak istimewa Bumiputera dan mewujudkan Kesamarataan Mutlak.

No comments:

Post a Comment