siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, January 4, 2015

najib, rosmah, jet dan cuti

Dipetik dari blog Din Turtle.

Najib - Hello, Saya Ada Di Bangkok !

Saturday, January 3, 20157comments

PM Najib ada di Bangkok ? Bila masa pula dia pergi Bangkok ?
Last berita tentang beliau adalah pada 31 Disember, ketika itu di Pengkalan Kubor. 


Alih2 hari ni - Hello, saya kat Bangkok !


Semua berita tentang pertemuan Najib dengan PM Thai adalah bersumberkan mesej tweet Najib sendiri.

"Bertemu Jeneral Prayut Chan-o-cha di Bangkok, semalam. Terima kasih atas sumbangan banjir, langkah pemulihan yang dibincangkan dan pengalaman banjir di Thai,"  - BH

Tidak seperti biasa ..... tidak ada gambar selfie, tidak ada gambar berjabat tangan, tidak ada berita atau gambar sambutan di airport Bangkok, malah gambar beliau berlepas dari KLIA pun takder... alih2 .... Hello, saya di Bangkok !


Saya cuba juga cari berita mengenai pertemuan / perbincangan mereka berdua di Bangkok melalui internet termasuk paper online Bangkok - TIDAK ADA. Tak percaya cuba anda cari sendiri ..

Waaaaah ... ini betul2 punya LOW PROFILE  PM yang kita ada nih ! Kalah Jokowi .... 

Kerja yang penting, publisiti tak perlu .... peeeergh !


Mungkin ini trend terbaru PM kita kot. Nak buat apa-apa, nak pergi mana-mana tak payah umum dah. Baik untuk bekerja atau bercuti atau bercuti sambil kerja, semua buat senyap2. Tak perlu heboh.

TERBAIK la PM ! Harap teruskan cara low profile begini. Memang buang masa dan tenaga kerja jer bab2 berkumpul kat airport semata2 nak bye-bye pada pemimpin yang nak naik jet atas urusan apapun.

So lain kali kalau Najib main senyap 2-3 hari tu, jangan terkejut kalau tiba2 jer - Hello, saya di Jepun ! atau UK atau Sydney atau mana sajalah. 

                          ***************************
Ramai yang kaitkan kehadiran Najib di Bangkok dengan kehadiran jet eksekutif negara di sana. Dan ramai yang kaitkan dengan kehilangan Rosmah. Adakah Rosmah bersama jet atau Rosmah ketinggalan jet ? Dimanakah Rosmah sejak di Hawaii 24 Disember lalu ? Wallahualam ..... tak boleh tanya banyak2, nanti kena serang !

Ada baiknya juga saranan sesetengah orang itu supaya Rosmah diberikan status hak untuk menggunakan kemudahan jet eksekutif negara. Serabut juga baca orang duk cakap macam2. Bila dah termaktub bahawa isteri PM pun ada hak itu, takder lah orang nak bising lagi.

Lepas tu, kalau ada niat nak beli jet baru bagi kemudahan orang kenamaan negara, bolehlah cat warna pink ... 


No comments:

Post a Comment