1MDB - Sekadar Bertanya Lagi, Perlu Ke DiWujudkan ?
Thursday, January 29, 20150 comments
" Jika hendak maju dalam pelajaran, kamu hendaklah bertanya jika tidak faham akan sesuatu perkara kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut kata Cikgu Ahmad kepada muridnya "
Itu contoh ayat bagi menerangkan maksud peribahasa tersebut. Itu kalau diaplikasikan dalam kehidupan seharian, dalam memajukan diri dan karier memang cantik. TAPI dalam politik, peribahasa itu tak boleh pakai langsung ! Bab politik, Cikgu Ahmad silap.
Dalam politik, peribahasanya menjadi - Rajin Bertanya Pro Pembangkang, Malu Bertanya Najib Suka !
Saja saya guna peribahasa itu sebagai mukadimah sebab selepas ni saya nak bertanya mengenai 1MDB.
Untuk apa sebenarnya diwujudkan 1MDB jika sudah ada agensi kerajaan yang khusus dalam bidang yang mahu diceburinya ?
Baru baca satu blog pembangkang yang menanyakan perkara yang sama tapi sebab penulisnya pemimpin dari parti pembangkang, maka saya tidak mahu lah letakkan linknya, takut orang akan kata saya promosi ayat pembangkang. Tapi pertanyaan2 beliau relevan dan memerlukan jawapan yang boleh memuaskan hati rakyat. Jadi saya olah semula dalam ayat yang lembut sikit.
Contohnya jika 1MDB itu sebagai syarikat pelaburan kerajaan, kita kan dah ada Khazanah Nasional. Jika nak bergiat dalam bisnes tenaga elektrik, kita kan dah ada TNB.
Bila kita tanya kenapa 1MDB beli IPP dan kenapa kalau kerajaan dah beli IPP, tarif letrik tidak turun juga ? Dijawabnya supaya keuntungan IPP itu dapat pada kerajaan, dan dari situ dapatlah kerajaan salurkan semula kepada rakyat.
Pening juga memikirkannya ....... Maknakata, untung dari IPP hasil bayaran bil letrik yang dibuat oleh rakyat tak boleh diusik. Kalau kerajaan ambilalih IPP pun, tarif tetap sama sebab kerajaan pula akan ambilalih keuntungan itu. Kerajaan pun nak berniaga dengan rakyat ! Sekurang2nya, kerajaan yang dapat untung daripada diberi kepada syarikat swasta.
errrr ...... macam tak kena jer jawapan tu tapi payah nak cari ayat untuk jawap balik hehehehe ....
Hajat nak jer tanya lagi, betul ke IPP yang dibeli tu rupanya dah macam besi buruk, dan kontrak dengan TNB pun dah nak tamat. Katanya kalau tunggu beberapa tahun jer lagi, kerajaan boleh beli IPP itu dengan harga RM100 jer ! ? , tapi sebab itu soalan AKadirJasin, tak tergamak pulak nak tanya.
Kerajaan yang tak mahu keluarkan duit pun pinjam billion2 untuk beli IPP dan keuntungan dari IPP kena bayar balik pinjaman campur bunga terlebih dulu. Agak2 berapa tahun baru habis bayar dan baru keuntungan itu dapat disalurkan kepada rakyat ?
Mana lebih baik ...... 1MDB ambilalih atau biarkan saja status quo ?
Sekarang pinjaman dah sangkut, so terpaksalah jual saham pada orang luar sebab nak cari duit bayar pinjaman. Pulak ..... bukan ke plan nya kerajaan yang nak ambilalih ?
OK, Hartanah pulak ...... kan kita dah ada UDA kalau benar 1MDB itu mahu tolong Bumi dari segi pembangunan dan pemilikan hartanah ? Kalau nak bina rumah, kan dah ada PRIMA ?
Kenapa perlu wujudkan 1MDB untuk majukan TRX ? Sebab 1MDB mampu cari pelabur luar bla bla bla ....... ? ? ? Agensi sedia ada tunggul atau tak cukup mahir ? Kita kan ada Felda dan TabungHaji dan beberapa lagi GLC Bumi yang kayaraya, kenapa perlu cari pelabur dari AbuDhabi ?
Tak pasal2, syarikat luar pun dah miliki setengah dari TRX.
Hmmmm ......kalau projek TRX tak wujud, bagaimana rupa akaun untung rugi 1MDB ek ? Tanpa aset tanah yang dibeli murah kemudian di mark up beberapa kali supaya jadi untung buta ?
Ya, saya tak faham.... makanya saya bertanya ini. Kenapa perlu diwujudkan 1MDB untuk kerja2 pelaburan yang agensi sedia ada pun boleh buat ? Dan pelabur tempatan pun sedia labur supaya dikekalkan hakmilik harta negara 100% tempatan.
Dari kosong, tiba2 pegang billion2 ( secara hutang ) ! Bila pegang billion2, tak tahu nak buat apa pulak..... maka labur di Cayman. Sekarang dah dapat balik billion2 pun, hutang bank masih sangkut.
Oya, berapa kos pengurusan 1MDB sejak ia dimulakan ? Gaji, elaun, bonus, kos pejabat dan apasajalah kos yang berkaitan ........ saja nak tahu berapa banyak Kos Bodoh yang telah dikeluarkan untuk masalah 1MDB.
Kalau takde benda bernama 1MDB ini, berapa banyak RM yang berjaya diselamatkan ?

No comments:
Post a Comment