siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Friday, January 30, 2015

najib ditipu 1MDB atau najib menipu

Dipetik dari Blog Din Turtle.

1MDB - Satu Analogi @ Alo, Lu Apa Cerita ?

Friday, January 30, 20153comments

TMI

1MDB kena seriusli pertimbangkan untuk saman TheEdge dan TMI jika berita di atas tidak benar. Takkanlah 1MDB dikatakan dah bersetuju dengan Ananda Krishnan nak pinjam RM2billion buat bayar hutang yang tempohnya tamat esok ! 

Bukankah 1MDB baru saja tebus sepenuhnya duit yang dilaburkan di Cayman ? ? Lebih dari RM2billion tu ...... kenapa sampai nak pinjam pulak ? Pinjam pulak tu dari penjual IPP yang sama yang mana tujuan pinjaman asal dibuat.

Berita turut dilaporkan oleh Reuters - Malaysia tycoon Krishnan to help 1MDB repay $550 mln loan -sources ( prinskrin di bawah ) 

Mungkin saya salah tapi saya nak beri contoh analoginya seperti mana saya faham situasi -

A beli kereta dari B untuk tujuan disewakan ( buat bisnes la ) tapi A takde duit. Jadi A pinjam bank tapi bank tak percaya sebab A takde bagi deposit atau sebarang cagaran. So A pakat dengan B supaya B sanggup jadi penjamin bank kepada A. Entah apa yang dibincangkan, B pun setuju dan jadi penjamin supaya A boleh beli kereta itu dari B secara hutang sepenuhnya. Bank pun luluskan pinjaman dan bayar harga kereta itu pada B.

Tapi A sangkut bayar pinjaman bank. 2 kali dah tunda tarikh namun sangkut juga. Sebab B jadi penjamin, maka A pun bincanglah dengan B. Dari bank kejar B sebab dia yang jamin, maka B pun bincanglah sekali lagi dengan A. Entah apa yang dibincangkan, B setuju untuk pinjamkan duit kepada A untuk bayar hutang bank yang asalnya digunakan buat beli kereta dari B.


B hanya perlu gunakan semula duit hasil jualan kereta itu yang dibayar oleh bank, untuk dipinjamkan kepada A.Mungkin ditambah lagi sebab pastinya bayaran balik itu mengandungi bunga.

Pelik bunyinya kan ...... tapi itulah yang berlaku. Apakah B akan saja-saja bagi pinjam pada A ? Pasti ada syaratnya kan ! 

A tak keluar pun duit, hanya cakap kosong jer.... B pun sebenarnya tak keluar juga duit sebab duit itu main pusing2 je antara  A, B dan bank. Yang tanggung risiko besar adalah B sebab dia telah serahkan hakmilik keretanya kepada A yang hanya bayar dengan airliur. 

So ...... jika anda di tempat B, apakah syarat yang anda akan kenakan untuk melepaskan A dari dikenakan tindakan bank ?

A pulak dah terjebak sebab buat pinjaman dua kali atas kereta yang sama. Pertama dengan bank dan kemudian dengan sipenjual kereta itu untuk bayar bank. Tapi masih berkokok bangga kerana 'memiliki' kereta itu.


Lagi menarik, saudara kepada A pulak boleh berkata, masa A takde duit nak bayar bank dan terpaksa tunda 2 kali tarikh bayaran pinjaman, itu menunjukkan yang bank punya kepercayaan penuh kepada A. Sebab itu bank bagi tunda 2 kali !

Makanya, jika bank bagi tunda buat kali ketiga, itu menunjukkan tahap kepercayaan bank kepada A terlalulah amat tinggi sekali. Jadi tidak perlulah A pinjam duit B buat bayaran bank esok.

Jadi salahkah jika adik beradik A yang lain bertanya - alo A, lu apa cerita ? ? 

PS - oya, bukan tujuan pembelian kereta itu yang menjadi persoalan 


TMI


No comments:

Post a Comment