1MDB - Persoalan Pinjaman US1 Billion Pula .....
Saturday, January 31, 20154comments
Nakal sekali tajuk artikel TMI hari ini .... Hutang matang bulan September tapi Rafizi dah mula pertikaikan kemampuan 1MDB nak langsaikan.
Lainlah hutang RM2 billion yang katanya Ananda nak tolong pinjamkan pada 1MDB buat bayar bank sebab hutang itu dah tertunggak 2 kali. Dah ada bukti yang ianya bermasalah. Hutang yang baru disebut itu belum tahu lagi, mungkin buat melabur kat Cayman juga, jadi takde masalahlah nak bayar balik. Sudah terbukti pelaburan di Cayman terjamin. Tapi itu KALAU dilabur di Cayman ......
"Kolumnis (IFR) Jonathan Rogers mengesahkan 1MDB mengambil satu lagi hutang jangka pendek berjumlah AS$1 bilion dari konsortium 6 bank yang diketuai Deutsche Bank yang perlu dibayar balik menjelang September 2015.
"Hutang AS$1 bilion ini dilaporkan diambil 1MDB dalam bulan Oktober 2014 iaitu di tengah-tengah kemelut hutang 1MDB mula mendapat perhatian umum,"- TMI.
Saya tidaklah nak pertikaikan kemampuan 1MDB bayar hutang US1 Billion di atas cuma .......... err...... bukankah waktu itu ( sekitar Oktober dan beberapa bulan sebelumnya ) isu 1MDB baru panas ? Dan artikel Chedet pertama kali sebut 1MDB pula bertarikh 10 September ( KLiK ) sebagai mengomen kenyataan Saleh Keruak kemudian disusuli satu lagi artikel pada 27 Oktober dimana Tun merujuk kepada laporan TheEdge. ( KLiK )
Dari situ isu 1MDB terus panas ......
Dan waktu sama 1MDB buat satu lagi pinjaman US1 Billion senyap2 ...... Berapa pula KOS nak dapatkan pinjaman kali ni ?
Persoalan sebenar yang saya nak timbulkan adalah - Bukankah waktu itu kita diberitahu yang 1MDB ada wang di Cayman ? So .... apa logiknya buat pinjaman baru ?
Saya copy kenyataan media dari laman 1MDB bertarikh 30 April 2014 -
Dana yang telah dilaburkan di luar negara adalah langkah sementara seperti dana di Kepulauan Cayman yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Kewangan Cayman.
Kawalan penuh ke atas dana
Ahli Lembaga Pengarah 1MDB mempunyai kawalan penuh ke atas dana yang diuruskan di Kepulauan Cayman. Dana ini diuruskan dengan mandat yang diberikan oleh 1MDB dan 1MDB boleh mengeluarkan dana tersebut pada bila-bila masa. Ia adalah seperti pelaburan dalam dana bersama, dimana 1MDB merupakan pemegang saham yang turut serta (participating shareholder) dalam dana yang telah mempunyai mandat pelaburan sendiri.
Kawalan penuh dan boleh keluarkan pada bila-bila masa .... jadi kenapa perlu buat pinjaman baru ?
Satu lagi persoalan - dikatakan pinjaman US1 Billion atau RM3.6 Billion itu dapat bulan Oktober .... hmmmm .... hujung bulan November dah sangkut bayar hutang RM2 Billion pulak ? ? ?
Itu belum kira persoalan semalam - Kalau duit Cayman dah ditebus semuanya pada pertengahan bulan ini, kenapa perlu menagih simpati pada Ananda untuk tolong bayarkan hutang RM2 Billion yang dah tertunggak 2 kali sebelum ini ?
Hadoooooi ........ Apa ni ? ? ?
Bukan soal agenda politik nak jatuhkan sapa2 ok, siapapun akan tertanya2 apakebendanya yang berlaku di 1MDB ?
Ni main BILLION-BILLION, kalau kantoi, negara dan rakyat akan merana jadi rakyat berhak mendapat penjelasan. Tak semua orang macam pro ahjibgor yang boleh telan apa saja, yang tak perlu apapun penjelasan.
No comments:
Post a Comment