siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Saturday, October 31, 2015

arah tuju umno

Di  petik dari Blog Din Turtle.

Umno - Demi Najib (RM2.6 Bil), 1MDB dan Jho Low ! ?

Friday, October 30, 201513comments




Apakah Umno masih merupakan wadah perjuangan orang Melayu demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair ? 

I don't know lah ...... kalau mengikut perkembangan semasa, ramai yang akan setuju jika Umno sekarang ini dilihat lebih kepada memperjuangkan survival Najib, Jho Low dan 1MDB !

Mungkin dikalangan ahli Umno, mereka akan berbelah bahagi pandangan. Ramai yang masih yakin dengan perjuangan asal Umno tapi kita tidak dapat menolak terdapat ramai juga yang setuju dengan halatuju baru parti keramat itu.

Tapi kalau ditanya orang Melayu bukan Umno ...... rata2 mereka sudah memandang sinis akan perjuangan Alif Ba Ta Umno. Kini Umno hanya sibuk mempertahankan isu2 peribadi Najib yang terpalit dengan masalah 1MDB dan RM2.6 bilion...... dan secara tak langsung turut mempertahankan arkitek utama 1MDB iaitu Jho Low.

Nak katakan mereka itu faham tentang isu2 itu pun tak boleh juga sebab hampir semua pun blur juga kalau ditanya lebih2. Makanya dalam mempertahankan Najib, mereka akan guna cara ALIH ISU.

Mulanya mereka akan ungkit isu2 lama yang sebelum ini sering dimainkan pembangkang dan mereka yang pertahankan, tapi dalam mempertahankan Najib, mereka pula mengambilalih tempat pembangkang dengan memainkan semula isu2 itu ditambah lagi dengan isu2 baru yang pembangkang pun tak tahu banyak info. Samada sedar atau tidak, mereka menyediakan peluru kepada pembangkang yang mana akan dikeluarkan kembali oleh pembangkang ketika PRU14 nanti.

Ini kerana isu2 yang digunakan buat menyerang para pengkritik Najib, 1MDB dan Jho Low adalah rata2 isu berkaitan urustadbir kerajaan BN bukannya isu2 peribadi pengkritik tadi. Dengan katalain, mereka ini sedang membuka pekung mereka sendiri kepada pembangkang. 

Kerana apa ? Demi mempertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low !, 

Mungkin mereka kata para pengkritik itu yang memulakan semuanya .....  maka kita tanya balik - Mulakan apa ?

Tuuuuu .... korang duk kritik Najib, kritik 1MDB, kritik Jho Low. Takkan nak biarkan jer...
Laaaa..... kita BERTANYA tentang 1MDB, bila tak dijawab penuh maka kita kritiklah. Najib ..... sebab dia merupakan orang yang buat keputusan dalam 1MDB dan dicampur pula dengan isu duit bilion2 yang masuk akaunnya, Jho Low ..... sebab dia perancang utama 1MDB. Tidak ada satu kaitan pun dengan Umno !

Najib tu presiden Umno, kalau ko kritik Najib makna ko kritik Umno
Pulak .... 

Selagi Najib itu Presiden Umno, seluruh tubuh badan Najib adalah Umno !
Peeeeergh .... Maknanya Najib itu Umno dan Umno itu Najib ?

Yalah... selagi Najib itu Presiden Umno
Kalau Najib bukan lagi Presiden Umno ?

Well ....err .... time tu kita dengar cakap Presiden Umno yang baru pula.
Ooooooo......... Kalau Presiden Baru Umno suruh bantai Najib, korang pun akan bantai lah ?

Demi Umno, YA !
OK. Jadi hujah2 yang menyokong Najib ketika ini, apa citer ?

Kita pusing balik la ... susah apa.
Maknanya korang akan tetap berkhidmat dengan Umno di bawah Presiden Baru, bukannya ikut sama turun dengan Najib ?

Cari makan bosss....... 


Persoalan yang sering menjadi tandatanya orang Melayu adalah - Apakah perjuangan ahli Umno ketika ini yang begitu ghairah mempertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low ini sebenarnya demi Kebenaran ?


Bagaimana mungkin demi Kebenaran jika apa itu Kebenaran disebalik isu 1MDB dan RM2.6 bilion itu sendiri mereka tidak tahu ? 

Itulah yang membezakan 'Kita' dengan 'Mereka'. Kita mencari Kebenaran makanya kita bertanya. Selagi jawapan itu tidak lengkap kita akan terus bertanya. Mereka pula tidak peduli akan Kebenaran disebalik segala isu. Apa yang penting adalah mempertahankan status quo. 

Kita ambil contoh kritikan Tun Mahathir ..... pada awalnya Tun hanya bertanya tentang 1MDB. Selepas beberapa kali bertanya, tidak juga dijawab dengan memuaskan ( ini termasuk bertanya secara peribadi kepada Najib, Lembaga Pengarah dan CEO 1MDB ). Semakin lama semakin banyak masalah mengenai urustadbir 1MDB yang diketahui dan ini mendorong Tun mengambil keputusan menarik balik sokongan kepada Najib dan menuntut Najib meletakkan jawatan. 

Keadaan semakin mendesak dengan bocornya cerita kemasukan bilion2 ke dalam akaun peribadi Najib yang didiamkannya. 

Masalahnya apa ? Najib, 1MDB dan Jho Low ...... Tidak ada kaitan pun dengan Umno !

Tak percaya ? Kita perhatikan satu lagi contoh SAMA yang paling baru dan yang SEDANG BERLAKU ( unfolding in front our eyes ) ketika ini iaitu kes Muhyiddin.

Sepanjang masa sebagai orang nombor dua kepada Najib, pernah tak kita dengar Muhyiddin membantah sebarang keputusan dan dasar yang dilaksanakan oleh Najib ? Saya sendiri beberapa kali geram juga dengan Muhyiddin ni, takkan ikuuuuuut jer apa kata Najib ?

Apa yang berlaku dibelakang tabir, wallahualam tapi apa yang dipertontonkan, Muhyiddin adalah Timbalan kepada Najib yang setia.

Tapi apa yang merubah segalanya sehingga Muhyiddin dipecat ? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana isu Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low. 

Apakah Muhyiddin ada melakukan sebarang kesalahan kepada Umno ? Apakah Muhyiddin ada langgar sebarang sumpah taat setia kepada agama, bangsa dan tanahair ? Muhyiddin hanya kritik Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low.


Tak percaya, anda boleh tonton kembali ucapan Muhyiddin semasa di Bicara Minda Berani Kerana Benar di Johor Baru minggu lepas - KLiK. Serius, jika ada masa dengar kembali sepanjang ucapan Muhyiddin itu dan beritahu tang mana yang Muhyiddin ada menyerang Najib atau Umno.

Tapi kenapa susulan dari majlis itu, teruk Muhyiddin diserang oleh kepimpinan Umno ? Terbaru heboh dikatakan ketua2 bahagian Umno berkomplot mahu jawatan Timbalan Presiden Umno yang disandang Muhyiddin dilucutkan. - KLiK.

Itu belum dikira lagi individu2 lain yang turut menjadi sasaran yang sama. Kerana apa ? Kerana Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low.

Makanya, salahkah jika ramai orang Melayu sekarang berpandangan perjuangan Umno kini hanyalah kerana Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low ?



Tuesday, October 27, 2015

kemusnahan 1mdb

dipetik dari blog Din Turtle.

Collateral Damages Of 1MDB Polemic ( Kesan2 Sampingan Polemik 1MDB )

Tuesday, October 27, 20152comments


Collateral damages caused by prolonged polemic of 1mdb. 

It was a straight forward issue of governance from the part of 1mdb. The original incorporation itself below the radar of treasury instruction for such goverment investment, circumventing financial procedure, no check and balance in place while the goverment has developed such system, procedure or even law to avoid such circumstances. 

In an effort to conspire to cover up, the perpetrators are undermining the goverment instruments or regulating agencies or enforcement agencies. This will compromise the integrity of the goverment and made worse by silly diversion, responses and political landscape itself is perfect stage for negative perception.

The conspiracy to cover up has destroyed the faith in Malay leadership through Umno, sanity and ability of Umno to protect the truth, sanity, rule of law and and reality are dragging the country from a model state to a laughing stock. The logic of defending 1mdb is beyond any sensible logic or reality. 

The very foundation of the country structure are undermined and are compromised. AGC ( Attorney General Chamber ) as the protector of the law are criminalising BNM who is the regulator and guardian of financial act. BNM reputation is a cornerstone of Malaysian progress in banking integrity of the region, the leader of Islamic banking and a reference by OIC and the emerging economy. This assassination is done by none other then AGC themselves who are also part of the rule of law supply chain of the country. This is sabotage of the highest order.

AGC is undermining SPRM integrity by dragging the investigation and prosecution. AGC integrity themselves has lost whatever credibility they had when the the timing for the abrupt change of AG with very very poor execution. Conspiracy of KSN to dismantle the SPRM investigating team and detention should only happen in Africa not in Malaysia who is the chairman of Asean. Can the leadership in Asean be effective with such dented crediblity. Sprm public outburst and statement is clear manifestation of strong undercurrent.

The outburst of former SB which is critical branch of PDRM is strong proof that the system failed. The interpretation of plot to topple the goverment or rampasan kuasa are laughable logic. How could internal goverment regulator INVESTIGATING a breach in the banking or financial security is interpreted as rampasan kuasa. 

What make the goverment exist is the system and the agencies as the implementors or enforcers of the very instrument of the goverment. That is huge difference between the goverment, leader of the goverment and the servant of the goverment. Changing of leaders not necessary leads to change of goverment let alone rampasan kuasa. Election itself is for that purpose,  impeachment, criminal charges, vote of no confidence and so on are provided for in the constitution.

MRR ( Majlis Raja-raja ) statement is unprecedented and its not a laughing matter. MRR is a functional entity within the goverment structure. Undermining that is a breach of agreement between the goverment of the day with the independence agreement when Raja raja Melayu agreed or consented to the independence proccess, Raja raja melayu delegated that sovereignty, not dismantle them, thats why Malaysian are know as constitutional monarchy

The whole goverment fighting each other....its anarchy in the making. For what ? What was the cause ? Is this not seen as crisis still ? The federation is disintegrating with growing regional demand from Sabah, Swak, Kelantan and now Johor. The whole federal understanding are compromised, for what ? Is 1mdb the binding factor to the Federation of Malaysia or the begining of the end to the empire. Is the nation worth 42 bil ? Is Jho Low with his arabs bandit greater then Tun Mahathir ? Is the sincere advice of solving the 1mdb issue, wrong for it to undermined the result of pemilihan Umno. For what ?

Whats wrong to investigate 1mdb openly...by a 3rd party maybe, royal commision of inqury maybe ? In the first place 1mdb should be audited without fail by Auditor General of Malaysia, since the ultimate ownership of 1mdb is the goverment.

1mdb is a case of investment gone bad by mismanagement or failure in governance, why does Umno coming out strongly shooting at whoever asking or questioning 1mdb ? What does the cabinet have to be dragged into it when the cabinet not aware of its existence in the first place ? In any case its a private co owned by Mof and Mof must answer for it

                                    ******************** 

Artikel di atas adalah dari kiriman watsapp seorang rakan yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan isu 1MDB. Saya cuma perbetulkan mana2 ejaan yang asalnya menggunakan ejaan ringkas, pengisiannya tak diubah.

Dalam kita membicarakan tentang kesan isu 1MDB ( dan RM2.6 bil ), selalunya kita hanya sentuh nilai RMnya saja, dalam kes ini, angka RM42 bil jumlah hutang 1MDB sehingga akaun 2014 sering disebut. Sekarang amaun itu pastinya dah meningkat beberapa bilion lagi dek sebab tukaran wang kita yang merosot teruk berbanding US Dolar kerana hutang luar menggunakan matawang itu. Juga kerana kos kewangan yang disebut oleh kerajaan sebagai RM2.4 bilion setahun.

Walaupun ada dibayar hutang ( yang kita tahu seperti hutang Deustch Bank hampir USD1 bil ) tapi pembayaran bukan dari duit 1MDB, ini bermakna kos kewangan akan meningkat ( lubang makin besar ) dan jumlah hutang juga makin besar.

Bagaimana pula dengan kesan sampingan lain ( yang tidak boleh dinilai dalam bentuk duit ) kesan dari isu 1MDB ? Perkara2 lain yang memberi kesan tidak langsung gara2 isu 1MDB termasuk cara kerajaan Najib dan 1MDB sendiri menanganinya ?

Bila isu 1MDB tidak ditangani dengan segera dan dengan cara yang efektif, dilengah2kan siasatan, jawapan2 longgar yang diberikan, jawapan2 alih isu yang diberi oleh pro Najib serta beberapa tindakan pihak kerajaan sendiri terhadap mereka yang terlibat dalam menyiasat .... apakah semua itu tidak ada memberi sebarang kesan kepada negara ?

Itu yang dimaksudkan sebagai Collateral Damage atau Kesan2 Sampingan oleh penulis di atas. Kesan2 ini tidak boleh dinilai dengan wang ringgit tapi impaknya adalah kepada sistem nilai yang dikaitkan kepada kerajaan dan rakyat sendiri.

Integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap agensi2 kerajaan tercalar, imej kerajaan dan negara rosak di mata masyarakat antarabangsa dan lain2 kesan negatif .... semua itu mengambil masa yang lama untuk dibina tapi musnah dalam sekelip mata .... gara2 1MDB !

Imej bersih dan telus merupakan impian setiap kerajaan, makanya dicipta pelbagai undang2 dan prosedur yang harus dipatuhi oleh setiap kakitangan awam dalam setiap agensi kerajaan. Semua ada tatacaranya sendiri apatah lagi yang melibatkan pelaburan jumlah kewangan yang besar oleh syarikat2 yang dimiliki oleh kerajaan.

Setiap tahun Ketua Audit Negara pula akan memeriksa akaun dan perbelanjaan .... tapi adakah 1MDB tertakluk kepada semua itu ? Apakah mungkin segala kemelut 1MDB ini mencapai risiko  bernilai RM42 bilion sekiranya semua pemantauan di atas dilakukan keatas 1MDB sedari awal penubuhannya ?

Ternyata 1MDB berjaya mengelak dari dipantau ! Semuanya dibuat secara senyap2 tanpa pengetahuan kabinet. Semuanya pakai main redah jer.  Nah ... kesannya kita boleh lihat sekarang.

Integriti kerajaan tercemar, persepsi negatif yang dipalitkan dengan 1MDB semakin berleluasa dan keadaan semakin buruk bilamana kerajaan dan parti kerajaan diheret sama supaya mempertahankan 1MDB. 

Semasa gah berbelanja dengan hasil hutang berbilion2, dibuat senyap2 tapi bila timbul masalah nak bayar balik hutang, baru dilibatkan kerajaan dan parti !

Kita boleh saksikan sendiri bagaimana Bank Negara Malaysia dan Gabenornya yang selama ini dihormati dan dikagumi, sesuatu yang mengambil usaha berterusan bertahun2 lamanya sejak kemelut ekonomi 1998, telah diperlekehkan oleh Peguam Negara sendiri dan pro Najib .... semuanya gara2 mempertahankan 1MDB.

Kredibiliti SPRM diperlekehkan .... juga oleh pihak yang mempertahankan 1MDB. Ketua Setiausaha Negara sewenang2nya menukar pegawai2 yang terlibat dalam siasatan. Mereka yang menjadi mangsa ini merupakan tulang belakang yang memastikan nilai2 murni dan ketelusan kerajaan terpelihara ! Tapi mereka pula yang disiasat dan dicemuh ...... semuanya gara2 mempertahankan 1MDB.

Tahap kebiadapan melampau disaksikan oleh seluruh rakyat bilamana Majlis Raja-Raja yang buat pertama kalinya menegur cara kerajaan menangani isu  1MDB turut diperlekehkan. Juga gara2 mempertahankan 1MDB.

Agensi2 kerajaan bercakaran sesama sendiri. Timbul pula tuntutan2 bersifat kenegerian dari beberapa kerajaan negeri. Perjanjian2 antara kerajaan negeri menjadi kompromi ..... untuk apa ? Kerana apa ?

Apakah negara ini bernilai RM42 bilion ? Adakah Jho Low dan kuncu2nya lebih besar dari negarawan Tun Mahathir ? Apakah kerana nasihat2 ikhlas mengenai 1MDB maka kepimpinan Umno pula berdepan perpecahan .... juga gara2 mempertahankan 1MDB.

Hebat sekali 1MDB ini ! Biarlah hancur apa yang dibina selama ini baik diperingkat parti Umno maupun negara .... adalah lebih penting untuk mempertahankan 1MDB.  

Sunday, October 18, 2015

najib ditolak

Dipetik dari blog Din Turtle.

Bancian Merdeka Center - Rakyat TOLAK Najib ! ( Hanya 23% Sokong Kerajaan Najib ? Gila .... )

Sunday, October 18, 20150 comments


Tak ramai ... errr .... sebenarnya tidak ada blogger pro Najib yang mahu memperkatakan tentang Bancian Merdeka Center semalam yang meninjau tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan Najib. Kenapa ek ?

Padahal hasil tinjauan itu amat penting untuk dikupas kerana at the of the day, apa yang penting bagi Najib adalah UNDI. Sokongan bersamaan dengan UNDI. Kalau tak sokong Najib, bagaimana nak undi BN ?

Tidak dinafikan bancian adalah satu tinjauan semata2 dan ketepatan hasil sesuatu bancian itu biasanya akan diragui .... jika ia tidak memihak kepada kita. Standard lah tu ...

Tapi bila bancian itu dibuat oleh Merdeka Center, selalunya ia menarik perhatian penganalisa politik kerana Merdeka Center sedikit sebanyak ada kredibiliti. Contohnya sebelum PRU13, Merdeka Center menunjukkan tahap sokongan rakyat kepada kerajaan adalah 43% ...  dan ketika itu pecahan mengikut kaum yang sokong Najib adalah -

Melayu  - 61%
Cina       -  9%
India      - 41%

Hasil keputusan PRU13 menunjukkan kerajaan Najib mendapat sekitar 48% jumlah undi. Tak lari jauh tu .... beza sekadar 5%. 


Pada bulan Januari 2015, bancian sama mendapati tahap sokongan rakyat kepada Najib dah jatuh kepada 38% dan pengundi Melayu jatuh kepada 52%.

TERKINI - bancian bulan Ogos 2015 menunjukkan sokongan rakyat Malaysia kepada kerajaan Najib jatuh lagi teruk kepada hanya 23% dan pengundi Melayu hanya 31%  ! Sokongan Cina pula 5%.

Kalau semasa PRU13, bancian menunjukkan sokongan 43% dan BN dapat 48% actual undi, agak2lah, kalau bancian menunjukkan 23%, berapakah actual undi yang BN mampu dapat jika diadakan PRU14 sekarang ?

Bagi saya, penurunan drastik sokongan Melayu dari 61% ( semasa PRU13 ) kepada hanya 31% menunjukkan orang Melayu menolak Najib ! Rakyat Malaysia (23%) menolak Najib !

Pendek kata - Rakyat TOLAK Najib.

Itulah mesej penting yang harus diambil serius oleh kepimpinan Umno jika masih punya angan2 untuk terus memegang kuasa. 

Jika terus bergantung harap kepada Najib, alamat Umno bakal berkubur selepas PRU14. Jika Najib dibuang, sekurang2nya masih ada harapan buat Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat. 


Dibawah pula bancian tentang pandangan rakyat terhadap cara kerajaan Najib menangani masalah ekonomi negara.



PS - Rujuk -  

TMI - Ramai Melayu tak setuju pentadbiran Najib

Mkini - Poll: Malay approval for Najib's gov't hits all-time low

TMI - More Malays disapprove of Najib administration, survey shows

Mkini - Sokongan pengundi kepada Najib terendah

Straitstimes Singapore - Approval sinks for Malaysian PM Najib's government

( oya, Laporan dari Straitstimes Singapore ini amat dipercayai oleh kerajaan Najib sepertimana ditunjukkan semasa kes Justo baru ni )


Wednesday, October 14, 2015

1MDB = najib

Dipetik dari blog Din Turtle.

Bila 1MDB dan Najib Nak Buat Repot "Maklumat Yang DiPalsukan" ?

Wednesday, October 14, 20152comments

Saya teringat kembali repot polis yang dibuat oleh 1MDB baru2 ini, ada ayat yang menyebut tentang maklumat yang dipalsukan. Sebelum ini pun kerajaan Najib riuh rendah dengan isu maklumat yang dipalsukan selepas Justo didapati bersalah oleh mahkamah Thailand atas cubaan perasugut Petrosaudi. Hairan kenapa isu berkaitan Justo itu dah senyap ?

"Biarpun adanya pengakuan ini, tiada tindakan telah diambil sama ada terhadap pihak yang telah menerbitkan dokumen berkenaan, juga terhadap pihak yang membocorkannya yang menyalahi undang-undang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Syarikat itu berkata buat kali kedua, Sarawak Report kendalian pihak asing yang sekarang ini disekat di sini kerana menerbitkan bahan dicuri dan dipalsukan, telah mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang kelihatan seperti tulen.

"Kami sangat bimbang, ini berikutan kenyataan Sarawak Report sebelum ini yang menyatakan ia telah memperoleh dokumen daripada siasatan Bank Negara," katanya .- mkini 13/10

1MDB
Begitu juga ketika Rahman Dahlan membawa Lester Melanyi, seorang yang pernah menghina Rasulullah untuk dijadikan saksi bagi pihak kerajaan Najib bagi menguatkan dakwaan maklumat yang dipalsukan terhadap Sarawak Report. Hairan kenapa kes itu pun dah senyap ?

Kes penggantungan permit oleh kerajaan atas dakwaan maklumat yang dipalsukan ke atas The Edge juga digugurkan kerana pihak kerajaan tidak dapat menunjukkan dengan jelas mana satukah maklumat yang dipalsukan itu. 

Tapi kenapa 1MDB hanya buat repot Polis berkaitan kebocoran maklumat dan BUKANNYA berkaitan maklumat yang dipalsukan ?

Ramai yang sudah lupa akan satu kenyataan dari The Edge pada 24 Julai lalu ketika menyiarkan artikel berkaitan Jho Low dan 1MDB-Petrosaudi -


.... ada disebut pihak The Edge akan menyerahkan segala maklumat yang mereka ada kepada pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia, Polis dan SPRM.

There was no tampering because we immediately did a digital fingerprint of the hard disc that contained over 400,000 emails and documents and secured it. What is in the discs we have given Bank Negara Malaysia, the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission this week is the exact copy as the one Justo passed to us and he has said he did not tamper with it. - TMI 24/7/2015.


Hampir 3 bulan berlalu ........ cukup masa untuk pihak berkuasa membuat perbandingan antara apa yang diserah oleh Justo dengan apa yang disiarkan oleh The Edge/SR dan dengan apa yang ada dalam rekod 1MDB, untuk dikenalpasti apakah maklumat yang dipalsukan itu.

Mudah sekali untuk pihak 1MDB dan kerajaan Najib untuk matikan atau paling tidak, lumpuhkan serangan bertali arus ke atas 1MDB ...... hanya tunjukkan maklumat yang dipalsukan itu.

Jika maklumat yang dipalsukan itu berupa data2 yang menyokong segala dakwaan/persoalan yang diajukan kepada 1MDB, pendedahan itu bakal menghancurkan asas hujah2 pengkritik .... GAME OVER.

Senang kan ? Tak perlu dipanjangkan lagi perdebatan 1MDB sehingga habis kredibiliti kerajaan dipersoalkan bila hujah2 longgar dijadikan sandaran bagi membela 1MDB.

Sekali lagi saya ulang -

1 - Kenapa Arul Kanda tidak buat repot Polis atas isu maklumat yang dipalsukan ? 1MDB ada semuanya yang asli, bandingkan saja dengan apa yang disiarkan oleh TheEdge dan SR .... dan dakwa mereka !

2 - Apakah pihak BNM, Polis dan SPRM setelah menerima segala maklumat yang dimiliki oleh The Edge hampir 3 bulan yang lalu, masih tidak dapat mengesan maklumat yang dipalsukan itu ?


Seriusli, rakyat dah bosan dengan kemelut 1MDB ini. Rakyat hanya mahu Kebenaran saja. Selesaikan secepat mungkin isu 1MDB ini dan tumpukan kepada isu2 rakyat dan negara. 

Nah, jalan penyelesaian paling mudah sudah terbentang - buktikan dakwaan maklumat yang dipalsukan itu, and the country can move on ...... 

PS - Saya yakin para pengkritik 1MDB akan akur dan tidak lagi kritik jika dapat dibuktikan dengan jelas bahawa segala maklumat yang dijadikan sandaran kritikan adalah maklumat yang dipalsukan. Mudah kan ?