siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Saturday, October 31, 2015

arah tuju umno

Di  petik dari Blog Din Turtle.

Umno - Demi Najib (RM2.6 Bil), 1MDB dan Jho Low ! ?

Friday, October 30, 201513comments




Apakah Umno masih merupakan wadah perjuangan orang Melayu demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair ? 

I don't know lah ...... kalau mengikut perkembangan semasa, ramai yang akan setuju jika Umno sekarang ini dilihat lebih kepada memperjuangkan survival Najib, Jho Low dan 1MDB !

Mungkin dikalangan ahli Umno, mereka akan berbelah bahagi pandangan. Ramai yang masih yakin dengan perjuangan asal Umno tapi kita tidak dapat menolak terdapat ramai juga yang setuju dengan halatuju baru parti keramat itu.

Tapi kalau ditanya orang Melayu bukan Umno ...... rata2 mereka sudah memandang sinis akan perjuangan Alif Ba Ta Umno. Kini Umno hanya sibuk mempertahankan isu2 peribadi Najib yang terpalit dengan masalah 1MDB dan RM2.6 bilion...... dan secara tak langsung turut mempertahankan arkitek utama 1MDB iaitu Jho Low.

Nak katakan mereka itu faham tentang isu2 itu pun tak boleh juga sebab hampir semua pun blur juga kalau ditanya lebih2. Makanya dalam mempertahankan Najib, mereka akan guna cara ALIH ISU.

Mulanya mereka akan ungkit isu2 lama yang sebelum ini sering dimainkan pembangkang dan mereka yang pertahankan, tapi dalam mempertahankan Najib, mereka pula mengambilalih tempat pembangkang dengan memainkan semula isu2 itu ditambah lagi dengan isu2 baru yang pembangkang pun tak tahu banyak info. Samada sedar atau tidak, mereka menyediakan peluru kepada pembangkang yang mana akan dikeluarkan kembali oleh pembangkang ketika PRU14 nanti.

Ini kerana isu2 yang digunakan buat menyerang para pengkritik Najib, 1MDB dan Jho Low adalah rata2 isu berkaitan urustadbir kerajaan BN bukannya isu2 peribadi pengkritik tadi. Dengan katalain, mereka ini sedang membuka pekung mereka sendiri kepada pembangkang. 

Kerana apa ? Demi mempertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low !, 

Mungkin mereka kata para pengkritik itu yang memulakan semuanya .....  maka kita tanya balik - Mulakan apa ?

Tuuuuu .... korang duk kritik Najib, kritik 1MDB, kritik Jho Low. Takkan nak biarkan jer...
Laaaa..... kita BERTANYA tentang 1MDB, bila tak dijawab penuh maka kita kritiklah. Najib ..... sebab dia merupakan orang yang buat keputusan dalam 1MDB dan dicampur pula dengan isu duit bilion2 yang masuk akaunnya, Jho Low ..... sebab dia perancang utama 1MDB. Tidak ada satu kaitan pun dengan Umno !

Najib tu presiden Umno, kalau ko kritik Najib makna ko kritik Umno
Pulak .... 

Selagi Najib itu Presiden Umno, seluruh tubuh badan Najib adalah Umno !
Peeeeergh .... Maknanya Najib itu Umno dan Umno itu Najib ?

Yalah... selagi Najib itu Presiden Umno
Kalau Najib bukan lagi Presiden Umno ?

Well ....err .... time tu kita dengar cakap Presiden Umno yang baru pula.
Ooooooo......... Kalau Presiden Baru Umno suruh bantai Najib, korang pun akan bantai lah ?

Demi Umno, YA !
OK. Jadi hujah2 yang menyokong Najib ketika ini, apa citer ?

Kita pusing balik la ... susah apa.
Maknanya korang akan tetap berkhidmat dengan Umno di bawah Presiden Baru, bukannya ikut sama turun dengan Najib ?

Cari makan bosss....... 


Persoalan yang sering menjadi tandatanya orang Melayu adalah - Apakah perjuangan ahli Umno ketika ini yang begitu ghairah mempertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low ini sebenarnya demi Kebenaran ?


Bagaimana mungkin demi Kebenaran jika apa itu Kebenaran disebalik isu 1MDB dan RM2.6 bilion itu sendiri mereka tidak tahu ? 

Itulah yang membezakan 'Kita' dengan 'Mereka'. Kita mencari Kebenaran makanya kita bertanya. Selagi jawapan itu tidak lengkap kita akan terus bertanya. Mereka pula tidak peduli akan Kebenaran disebalik segala isu. Apa yang penting adalah mempertahankan status quo. 

Kita ambil contoh kritikan Tun Mahathir ..... pada awalnya Tun hanya bertanya tentang 1MDB. Selepas beberapa kali bertanya, tidak juga dijawab dengan memuaskan ( ini termasuk bertanya secara peribadi kepada Najib, Lembaga Pengarah dan CEO 1MDB ). Semakin lama semakin banyak masalah mengenai urustadbir 1MDB yang diketahui dan ini mendorong Tun mengambil keputusan menarik balik sokongan kepada Najib dan menuntut Najib meletakkan jawatan. 

Keadaan semakin mendesak dengan bocornya cerita kemasukan bilion2 ke dalam akaun peribadi Najib yang didiamkannya. 

Masalahnya apa ? Najib, 1MDB dan Jho Low ...... Tidak ada kaitan pun dengan Umno !

Tak percaya ? Kita perhatikan satu lagi contoh SAMA yang paling baru dan yang SEDANG BERLAKU ( unfolding in front our eyes ) ketika ini iaitu kes Muhyiddin.

Sepanjang masa sebagai orang nombor dua kepada Najib, pernah tak kita dengar Muhyiddin membantah sebarang keputusan dan dasar yang dilaksanakan oleh Najib ? Saya sendiri beberapa kali geram juga dengan Muhyiddin ni, takkan ikuuuuuut jer apa kata Najib ?

Apa yang berlaku dibelakang tabir, wallahualam tapi apa yang dipertontonkan, Muhyiddin adalah Timbalan kepada Najib yang setia.

Tapi apa yang merubah segalanya sehingga Muhyiddin dipecat ? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana isu Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low. 

Apakah Muhyiddin ada melakukan sebarang kesalahan kepada Umno ? Apakah Muhyiddin ada langgar sebarang sumpah taat setia kepada agama, bangsa dan tanahair ? Muhyiddin hanya kritik Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low.


Tak percaya, anda boleh tonton kembali ucapan Muhyiddin semasa di Bicara Minda Berani Kerana Benar di Johor Baru minggu lepas - KLiK. Serius, jika ada masa dengar kembali sepanjang ucapan Muhyiddin itu dan beritahu tang mana yang Muhyiddin ada menyerang Najib atau Umno.

Tapi kenapa susulan dari majlis itu, teruk Muhyiddin diserang oleh kepimpinan Umno ? Terbaru heboh dikatakan ketua2 bahagian Umno berkomplot mahu jawatan Timbalan Presiden Umno yang disandang Muhyiddin dilucutkan. - KLiK.

Itu belum dikira lagi individu2 lain yang turut menjadi sasaran yang sama. Kerana apa ? Kerana Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low.

Makanya, salahkah jika ramai orang Melayu sekarang berpandangan perjuangan Umno kini hanyalah kerana Najib (RM2.6 bilion), 1MDB dan Jho Low ?



No comments:

Post a Comment