Bila 1MDB dan Najib Nak Buat Repot "Maklumat Yang DiPalsukan" ?
Wednesday, October 14, 20152comments
Saya teringat kembali repot polis yang dibuat oleh 1MDB baru2 ini, ada ayat yang menyebut tentang maklumat yang dipalsukan. Sebelum ini pun kerajaan Najib riuh rendah dengan isu maklumat yang dipalsukan selepas Justo didapati bersalah oleh mahkamah Thailand atas cubaan perasugut Petrosaudi. Hairan kenapa isu berkaitan Justo itu dah senyap ?
"Biarpun adanya pengakuan ini, tiada tindakan telah diambil sama ada terhadap pihak yang telah menerbitkan dokumen berkenaan, juga terhadap pihak yang membocorkannya yang menyalahi undang-undang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan malam tadi.
Syarikat itu berkata buat kali kedua, Sarawak Report kendalian pihak asing yang sekarang ini disekat di sini kerana menerbitkan bahan dicuri dan dipalsukan, telah mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang kelihatan seperti tulen.
"Kami sangat bimbang, ini berikutan kenyataan Sarawak Report sebelum ini yang menyatakan ia telah memperoleh dokumen daripada siasatan Bank Negara," katanya .- mkini 13/10
Begitu juga ketika Rahman Dahlan membawa Lester Melanyi, seorang yang pernah menghina Rasulullah untuk dijadikan saksi bagi pihak kerajaan Najib bagi menguatkan dakwaan maklumat yang dipalsukan terhadap Sarawak Report. Hairan kenapa kes itu pun dah senyap ?
Kes penggantungan permit oleh kerajaan atas dakwaan maklumat yang dipalsukan ke atas The Edge juga digugurkan kerana pihak kerajaan tidak dapat menunjukkan dengan jelas mana satukah maklumat yang dipalsukan itu.
Tapi kenapa 1MDB hanya buat repot Polis berkaitan kebocoran maklumat dan BUKANNYA berkaitan maklumat yang dipalsukan ?
Ramai yang sudah lupa akan satu kenyataan dari The Edge pada 24 Julai lalu ketika menyiarkan artikel berkaitan Jho Low dan 1MDB-Petrosaudi -
.... ada disebut pihak The Edge akan menyerahkan segala maklumat yang mereka ada kepada pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia, Polis dan SPRM.
There was no tampering because we immediately did a digital fingerprint of the hard disc that contained over 400,000 emails and documents and secured it. What is in the discs we have given Bank Negara Malaysia, the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission this week is the exact copy as the one Justo passed to us and he has said he did not tamper with it. - TMI 24/7/2015.
Hampir 3 bulan berlalu ........ cukup masa untuk pihak berkuasa membuat perbandingan antara apa yang diserah oleh Justo dengan apa yang disiarkan oleh The Edge/SR dan dengan apa yang ada dalam rekod 1MDB, untuk dikenalpasti apakah maklumat yang dipalsukan itu.
Mudah sekali untuk pihak 1MDB dan kerajaan Najib untuk matikan atau paling tidak, lumpuhkan serangan bertali arus ke atas 1MDB ...... hanya tunjukkan maklumat yang dipalsukan itu.
Jika maklumat yang dipalsukan itu berupa data2 yang menyokong segala dakwaan/persoalan yang diajukan kepada 1MDB, pendedahan itu bakal menghancurkan asas hujah2 pengkritik .... GAME OVER.
Senang kan ? Tak perlu dipanjangkan lagi perdebatan 1MDB sehingga habis kredibiliti kerajaan dipersoalkan bila hujah2 longgar dijadikan sandaran bagi membela 1MDB.
Sekali lagi saya ulang -
1 - Kenapa Arul Kanda tidak buat repot Polis atas isu maklumat yang dipalsukan ? 1MDB ada semuanya yang asli, bandingkan saja dengan apa yang disiarkan oleh TheEdge dan SR .... dan dakwa mereka !
2 - Apakah pihak BNM, Polis dan SPRM setelah menerima segala maklumat yang dimiliki oleh The Edge hampir 3 bulan yang lalu, masih tidak dapat mengesan maklumat yang dipalsukan itu ?
Seriusli, rakyat dah bosan dengan kemelut 1MDB ini. Rakyat hanya mahu Kebenaran saja. Selesaikan secepat mungkin isu 1MDB ini dan tumpukan kepada isu2 rakyat dan negara.
Nah, jalan penyelesaian paling mudah sudah terbentang - buktikan dakwaan maklumat yang dipalsukan itu, and the country can move on ......
PS - Saya yakin para pengkritik 1MDB akan akur dan tidak lagi kritik jika dapat dibuktikan dengan jelas bahawa segala maklumat yang dijadikan sandaran kritikan adalah maklumat yang dipalsukan. Mudah kan ?
"Biarpun adanya pengakuan ini, tiada tindakan telah diambil sama ada terhadap pihak yang telah menerbitkan dokumen berkenaan, juga terhadap pihak yang membocorkannya yang menyalahi undang-undang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan malam tadi.
Syarikat itu berkata buat kali kedua, Sarawak Report kendalian pihak asing yang sekarang ini disekat di sini kerana menerbitkan bahan dicuri dan dipalsukan, telah mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang kelihatan seperti tulen.
"Kami sangat bimbang, ini berikutan kenyataan Sarawak Report sebelum ini yang menyatakan ia telah memperoleh dokumen daripada siasatan Bank Negara," katanya .- mkini 13/10
1MDB |
Kes penggantungan permit oleh kerajaan atas dakwaan maklumat yang dipalsukan ke atas The Edge juga digugurkan kerana pihak kerajaan tidak dapat menunjukkan dengan jelas mana satukah maklumat yang dipalsukan itu.
Tapi kenapa 1MDB hanya buat repot Polis berkaitan kebocoran maklumat dan BUKANNYA berkaitan maklumat yang dipalsukan ?
Ramai yang sudah lupa akan satu kenyataan dari The Edge pada 24 Julai lalu ketika menyiarkan artikel berkaitan Jho Low dan 1MDB-Petrosaudi -
.... ada disebut pihak The Edge akan menyerahkan segala maklumat yang mereka ada kepada pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia, Polis dan SPRM.
There was no tampering because we immediately did a digital fingerprint of the hard disc that contained over 400,000 emails and documents and secured it. What is in the discs we have given Bank Negara Malaysia, the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission this week is the exact copy as the one Justo passed to us and he has said he did not tamper with it. - TMI 24/7/2015.
Hampir 3 bulan berlalu ........ cukup masa untuk pihak berkuasa membuat perbandingan antara apa yang diserah oleh Justo dengan apa yang disiarkan oleh The Edge/SR dan dengan apa yang ada dalam rekod 1MDB, untuk dikenalpasti apakah maklumat yang dipalsukan itu.
Mudah sekali untuk pihak 1MDB dan kerajaan Najib untuk matikan atau paling tidak, lumpuhkan serangan bertali arus ke atas 1MDB ...... hanya tunjukkan maklumat yang dipalsukan itu.
Jika maklumat yang dipalsukan itu berupa data2 yang menyokong segala dakwaan/persoalan yang diajukan kepada 1MDB, pendedahan itu bakal menghancurkan asas hujah2 pengkritik .... GAME OVER.
Senang kan ? Tak perlu dipanjangkan lagi perdebatan 1MDB sehingga habis kredibiliti kerajaan dipersoalkan bila hujah2 longgar dijadikan sandaran bagi membela 1MDB.
Sekali lagi saya ulang -
1 - Kenapa Arul Kanda tidak buat repot Polis atas isu maklumat yang dipalsukan ? 1MDB ada semuanya yang asli, bandingkan saja dengan apa yang disiarkan oleh TheEdge dan SR .... dan dakwa mereka !
2 - Apakah pihak BNM, Polis dan SPRM setelah menerima segala maklumat yang dimiliki oleh The Edge hampir 3 bulan yang lalu, masih tidak dapat mengesan maklumat yang dipalsukan itu ?
Seriusli, rakyat dah bosan dengan kemelut 1MDB ini. Rakyat hanya mahu Kebenaran saja. Selesaikan secepat mungkin isu 1MDB ini dan tumpukan kepada isu2 rakyat dan negara.
Nah, jalan penyelesaian paling mudah sudah terbentang - buktikan dakwaan maklumat yang dipalsukan itu, and the country can move on ......
PS - Saya yakin para pengkritik 1MDB akan akur dan tidak lagi kritik jika dapat dibuktikan dengan jelas bahawa segala maklumat yang dijadikan sandaran kritikan adalah maklumat yang dipalsukan. Mudah kan ?
No comments:
Post a Comment