siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, October 18, 2015

najib ditolak

Dipetik dari blog Din Turtle.

Bancian Merdeka Center - Rakyat TOLAK Najib ! ( Hanya 23% Sokong Kerajaan Najib ? Gila .... )

Sunday, October 18, 20150 comments


Tak ramai ... errr .... sebenarnya tidak ada blogger pro Najib yang mahu memperkatakan tentang Bancian Merdeka Center semalam yang meninjau tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan Najib. Kenapa ek ?

Padahal hasil tinjauan itu amat penting untuk dikupas kerana at the of the day, apa yang penting bagi Najib adalah UNDI. Sokongan bersamaan dengan UNDI. Kalau tak sokong Najib, bagaimana nak undi BN ?

Tidak dinafikan bancian adalah satu tinjauan semata2 dan ketepatan hasil sesuatu bancian itu biasanya akan diragui .... jika ia tidak memihak kepada kita. Standard lah tu ...

Tapi bila bancian itu dibuat oleh Merdeka Center, selalunya ia menarik perhatian penganalisa politik kerana Merdeka Center sedikit sebanyak ada kredibiliti. Contohnya sebelum PRU13, Merdeka Center menunjukkan tahap sokongan rakyat kepada kerajaan adalah 43% ...  dan ketika itu pecahan mengikut kaum yang sokong Najib adalah -

Melayu  - 61%
Cina       -  9%
India      - 41%

Hasil keputusan PRU13 menunjukkan kerajaan Najib mendapat sekitar 48% jumlah undi. Tak lari jauh tu .... beza sekadar 5%. 


Pada bulan Januari 2015, bancian sama mendapati tahap sokongan rakyat kepada Najib dah jatuh kepada 38% dan pengundi Melayu jatuh kepada 52%.

TERKINI - bancian bulan Ogos 2015 menunjukkan sokongan rakyat Malaysia kepada kerajaan Najib jatuh lagi teruk kepada hanya 23% dan pengundi Melayu hanya 31%  ! Sokongan Cina pula 5%.

Kalau semasa PRU13, bancian menunjukkan sokongan 43% dan BN dapat 48% actual undi, agak2lah, kalau bancian menunjukkan 23%, berapakah actual undi yang BN mampu dapat jika diadakan PRU14 sekarang ?

Bagi saya, penurunan drastik sokongan Melayu dari 61% ( semasa PRU13 ) kepada hanya 31% menunjukkan orang Melayu menolak Najib ! Rakyat Malaysia (23%) menolak Najib !

Pendek kata - Rakyat TOLAK Najib.

Itulah mesej penting yang harus diambil serius oleh kepimpinan Umno jika masih punya angan2 untuk terus memegang kuasa. 

Jika terus bergantung harap kepada Najib, alamat Umno bakal berkubur selepas PRU14. Jika Najib dibuang, sekurang2nya masih ada harapan buat Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat. 


Dibawah pula bancian tentang pandangan rakyat terhadap cara kerajaan Najib menangani masalah ekonomi negara.



PS - Rujuk -  

TMI - Ramai Melayu tak setuju pentadbiran Najib

Mkini - Poll: Malay approval for Najib's gov't hits all-time low

TMI - More Malays disapprove of Najib administration, survey shows

Mkini - Sokongan pengundi kepada Najib terendah

Straitstimes Singapore - Approval sinks for Malaysian PM Najib's government

( oya, Laporan dari Straitstimes Singapore ini amat dipercayai oleh kerajaan Najib sepertimana ditunjukkan semasa kes Justo baru ni )


No comments:

Post a Comment