siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, January 29, 2014

Kalimah Bukan Tanggungjawab Selangor Semata


Dipetik dari blog Din Turtle.

Saya petik kenyataan Khairy dari Mkini 

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ketegangan kaum disebabkan kepimpinan yang lemah, Khairy menepis kenyataan bekas perdana menteri itu. 
"Tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan Selangor, bukan kelemahan kepimpinan pusat, tapi Selangor," katanya.


?  ?  ?  ?

KJ merujuk kenyataan Tun Mahathir yang mana satu ? Adakah KJ merujuk kepada artikel Tun di Che det semalam yang bertajuk Multiracialism in Malaysia dimana pada perenggan 22 Tun menulis -

22. Taking advantage of liberalisation and the weakened BN Government, the conflict between the races heated up. The situation in Malaysia is tense as never before.

 23. The people show no respect for the Government.

Dan terjemahan yang dibuat oleh TMI pula -

Dalam pada itu, Dr Mahathir menyalahkan liberalisasi dan kerajaan BN yang lemah sebagai punca konflik antara kaum semakin hangat.

 "Mengambil kesempatan liberalisasi dan kerajaan BN yang lemah, konflik antara kaum semakin tegang.

 "Keadaan di Malaysia tidak setegang ini sebelumnya," kata Dr Mahathir lagi, sambil menggesa semua masyarakat di Malaysia membuang pemikiran konsep dominasi kaum supaya dapat hidup tanpa sengketa.


Tun bercakap secara umum dan terjemahan TMI juga merujuk secara umum tapi KJ pula menyempitkan kenyataan Tun kepada isu JAIS-alKitab.

Tapi takper ..... saya nak layan juga seposen.

KJ melihat isu ketegangan yang timbul adalah ekoran tindakan JAIS merampas alKitab, maksud saya ia bermula dari situ. Dan kerana kerajaan Selangor tidak dapat memberi penjelasan.

Jika diingat balik, Utusan pada tanggal 3 Januari sudah pun mengeluarkan artikel yang merujuk kepada satu sumber bahawa -

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam. ( Utusan 3/1 )

Dan di artikel yang sama juga disiarkan komen pihak Persatuan Bible Malaysia, Min Choon yang merujuk kepada 10 Point Solution -

Sementara itu, Min Choon ketika ditemui di perkarangan balai polis mendakwa, beliau terkejut dengan serbuan itu kerana mendakwa pihaknya telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk mengimport Bible versi bahasa Melayu.

 "Sejak beberapa tahun lalu kami sentiasa berhubung dengan Putrajaya dan mendapat kebenaran untuk mengimport dan mengedarnya di Sabah dan Sarawak.

 "Sementara itu di Semenanjung Malaysia, asalkan Bible itu mempunyai lambang salib dan tertera perkataan 'penerbitan untuk Kristian' di kulitnya, maka kami boleh mengimport dan mengedarnya dalam kalangan penganut agama itu," dakwanya.


Pertembungan atau Percanggahan antara Enakmen Syariah dengan 10 Point Solution sudah dibangkitkan dari awal kes lagi. Kedua pihak mendakwa bertindak berdasarkan kefahaman mereka tentang apa yang sudah termeterai.

Enakmen Syariah memang sudah lama ada, yang itu tidak perlu dipertikaikan. 10 Point itu yang baru termeterai antara Najib dengan pihak gereja dan ternyata pihak gereja salah faham akan bidang kuasa perjanjian itu.


Tindakan JAIS sudah dijelaskan sehari selepas kejadian tapi bila pula Najib tampil menjelaskan kedudukan 10 Point ? - Selepas 3 minggu berlalu iaitu pada tanggal 24 Januari !

Sepanjang 3 minggu tanpa penjelasan dari kerajaan, pihak gereja dibiarkan perasan mereka berada dipihak yang benar kerana menggunakan alasan 10 Point sementara orang Islam yang menyokong tindakan JAIS juga berasa mereka dipihak yang benar disisi undang2 ..... ini tambah menyemarakkan keadaan dan menyebabkan ketegangan kaum semakin serius.

KENAPA NAJIB @ KERAJAAN DIAM BEGITU LAMA SEBELUM BERSUARA MENJELASKAN KEDUDUKAN SEBENAR 10 POINT ?

Tidakkah itu menunjukkan kelemahan kepimpinan pusat ? 

Malah kalau kita ingat semula tahun lepas ketika Lim Guan Eng menyemarakkan kembali isu kalimah Allah dan alKitab, kerajaan sudah sedia maklum terdapat kesalahfahaman tafsiran akan 10 Point itu dipihak gereja kerana isu ini juga dibangkitkan beberapa kali.

Kenapa kerajaan senyap juga ? Tidakkah itu menunjukkan kelemahan dipihak kerajaan pusat ? 

Lagi senang kalau kita rujuk saja kepada 10 Point itu sendiri - Kenapa tidak dinyatakan dengan jelas dan terang didalam OFFER kerajaan kepada gereja itu yang 10 Point itu tertakluk kepada Enakmen Syariah ..... maknanya 10 Point itu hanya sah di Sabah, Sarawak, Penang, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan saja ! Bukannya banyak nama tempat pun kalau nak disebut dalam OFFER itu.


Jadi kalau nak hadkan topik ketegangan kaum yang berpunca dari isu JAIS-alKitab, saya menyalahkan Najib @ kerajaan Pusat yang ternyata lemah dalam menangani isu ini.

No comments:

Post a Comment