siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Monday, April 28, 2014

Obama Main

Dipetik dari blog Din Turtle

Obama Playsafe - PR Kecewa ....

Monday, April 28, 20143comments


Desperate nya pembangkang nak tunjukkan yang Obama hentam Najib ! Sidang media semalam tak der isu, tunggu malam pulak waktu wakil NGO pro Comango jumpa Obama. Memanglah berbakul banyaknya ketidakpuasan hati yang mereka luahkan pada Obama ( TMI ) tapi benda2 tu dah biasa kita dengar/baca. 

Yang kita nak tahu adalah reaksi Obama ..... punyalah panjang artikel namun reaksi Obama cuma sebaris jer -

Maria berkata, Obama mempunyai tahap diplomasi yang tinggi dan akan mengambil tindakan lanjut terhadap segala isu yang dibangkitkan mereka.

Tahap diplomasi yang tinggi kalau diterjemahkan dalam bahasa harian adalah - Playsafe ! 

Nampak gayanya Obama tidak ada beri sebarang komitmen, baik nak sokong atau bantah mana2 pihak. Kalau tidak dari semalam lagi dah media pro pembangkang akan melalak tak tidur. 

Pembaca mereka duk menunggu jugalah......  jadi hari ni terpaksa jugalah blogger pembangkang spin sidang media semalam .... lambat sikit sebab dah takder modal !

Mereka ambil artikel Mkini sebagai bukti Obama kritik Najib -

Dalam satu sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar. ( Nak kena tanya dulu komen Obama baru dia nak jawab ..... Maknanya kalau tidak ditanya..... ? )

- “Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli,” katanya menurut laporan BBC



Mengulas mengenai hak asasi di Malaysia, Obama berkata: “Malaysia masih perlu berusaha dalam isu hak asasi, seperti juga AS. Saya komited dalam memastikan isu dibangkitkan dalam cara membina”. 
 
Itu jer yang dikatakan Obama sound Najib depan-depan ?

“Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli,”

Sebenarnya itu juga apa yang dikatakan tahap diplomasi yang tinggi atau Playsafe ! Ternyata Obama tak nak cari pasal dalam lawatan ini.

Bukan sebab Obama takut sangat .... tapi sebab nak jaga hati rakyat Malaysia. Sebab apa ?

Sebab TPPA belum sign lagi !

Satu lagi alasan mungkin sebab US merasakan tidak perlu cari musuh dalam mereka cuba mengimbangi pengaruh negara China di rantau ini.

Makanya Obama Playsafe.... dan PR pula ... air masuk kepala !

KLiK


Friday, April 25, 2014

Obama Jumpa Comango

Dipetik dari blog Din Turtle

Obama Bakal Bertemu Penganjur Demo 1 Mei - Suka Sangatlah Obama Lawat Malaysia ?

Friday, April 25, 20140 comments

Baru ni saya tulis mengenai percanggahan rumusan yang dibuat oleh pihak Polis dan penganjur Demo 1 Mei selepas mereka berbincang - KLiK. Polis kata tak boleh buat di Dataran Merdeka tapi boleh dibenarkan di tempat lain sekiranya dimohon permit manakala pembangkang PR yang menjadi penganjur pula kata demo di Dataran Merdeka dah OK.

Hari ni suara pembangkang Mkini yang pernah mendapat pengiktirafan dari Menteri KDN  dalam bentuk anugerah baru2 ni, mengeluarkan beberapa artikel yang jika dilihat secara objektif, bertujuan menghangatkan dan mempromosi Demo 1 Mei itu.

Cuba layan jap ..... beberapa artikel Mkini sebentar tadi -

Tidak sah menghukum kerana tiada notis untuk perhimpunan 

Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang menghukum mereka yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

BERSIH: Polis tak boleh guna PAA hentikan himpunan 1 Mei

"Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012  untuk menghentikan perhimpunan tersebut. Hari Pekerja disambut di seluruh dunia," kata BERSIH merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad (kiri) bahawa perhimpunan anjuran NGO dan Pakatan Rakyat itu, adalah haram 

Penganjur 1 Mei tak berganjak dari rancangan

"Pihak kami mengadakan himpunan dan sambutan Hari Pekerja selaras dengan peruntukan dalam Perkara 10, Perlembagaan negara iaitu hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata," Arutchelvan pada sidang media pagi ini.




Membaca ketiga2 artikel itu, apakah persepsi yang mungkin timbul pada seorang pembaca ? Mungkinkah - Demo 1 Mei tetap berjalan dan pihak Polis tidak berkuasa menghalang ! ?

Artikel keempat ni yang paling menarik -

Obama temui BERSIH, Majlis Peguam

Sebelum ni ramai yang persendakan Anwar dan PR kerana Obama tidak mahu bertemu beliau dalam lawatannya ke Malaysia. Saya juga hampir nak komen cuma menunggu jawapan siapakah pihak pemimpin gerakan hak asasi yang bakal ditemui Obama -

.... Obama also will meet with civil-rights leaders in Malaysia, as the United States attempts to promote democratic values. ( KLiK )


Nah, jawapannya - BERSIH dan mereka yang seangkatan dengannya termasuk tulang belakang COMANGO seperti SIS, Empower, Tenaganita, IRF, Majlis Peguam dan Suhakam.


Impaknya mungkin tidak sebesar jika Obama bertemu Anwar tapi tetap juga beri kesan besar kepada senario politik negara ! Semua yang disebut adalah NGO2 Liberal yang menjadi musuh kepada perjuangan agama, bangsa dan negara kita.


Saya yakin antara skrip yang sudah disediakan oleh penganjur Demo 1 Mei untuk disebarkan sebaik saja selesai bertemu dengan Obama adalah -Obama restui/sokong Demo 1 Mei !


So .... suka sangatlah bila Obama datang melawat Malaysia ?

Wednesday, April 16, 2014

Agent CIA Belot

Dipetik dari Blog Paneh Miang.

Agen CIA Belot

Den datang lagi..kali ni dengan ayat standard. Nyampah den nengok orang N9 tak gheti baco bahaso Negori. Hahaha!! Ehem..ehem..kali ni dengan laras bahasa Persuratan.

Saudara2 yang budiman;

Amerika menyedari bahawa Asia Tenggara mempunyai populasi Umat Islam terbesar di dunia dan belum di kompromi sepenuhnya oleh mereka. Oleh itu mereka memantau pergerakan Malaysia dengan risikan yang bersembunyi di sebalik status Pejabat Kedutaan.

Malaysia cuba dikaitkan dengan Hub Pengganas dari laporan CNN. Paparan perbincangan CNN tidak lebih daripada mengundang ketawa Polpulasi Islam di Asean kerana kedangkalan dakwaan Negara yang baru terbit 3 abad ini. Kerana sangkaan mereka bahawa Populasi masyarakat Dunia Islam ini hanya tertumpu di Timur Tengah. Ini semua adalah skrip2 kantoi daripada Press Amerika yang cuba mengkambing hitamkan Malaysia sebagai Hub Pengganas.

Dan kita harus meragui 'keikhlasan' mereka kerana mereka hanya beroperasi dengan aset teknologi terhad dalam SAR atas kehilangan Pesawat MH370.

Sebagai analogi, dengan keupayaan satelit ketenteraan mereka, Amerika sebenarnya mampu mengesan kedudukan Saddam Hussien di bawah tanah, inikan pula kedudukan sebuah pesawat yang besar seperti MH370.

Amerika adalah negara yang paling kuat berahsia walau dengan warganegaranya sendiri. Dalam negara Amerika itu sendiri sarat dengan isu2 seperti Area 51, Roswell, Penampakkan U.F.O, teknologi HAARP, selain daripada keanggotaan orang2 berpengaruh mereka dalam Organisasi Rahsia seperti Illuminati, Freemason, Skul n Bones, Bieldeberg Group dan lain2 isu berbangkit.


Baru2 ini juga bekas Ketua Bahagian Maklumat CIA, Edward Snowden telah mengambil keputusan untuk berpaling tadah dan lari meninggalkan Amerika untuk bersembunyi di negara2 bukan sekutu Amerika dengan mengharapkan suaka politik daripada mana2 Negara Blok Komunis. Edward Snowden adalah induvidu yang pernah mengetuai unit Maklumat Risikan CIA, telah bertindak sedemikian kerana tidak sanggup untuk berkompromi dgn program2 Rahsia Negaranya yang dianggap olehnya boleh mendatangkan mudharat kepada warga Amerika khususnya dan Populasi Dunia amnya.

Beliau mendedahkan dalam temuramah singkatnya di Hong Kong bahawa maklumat yang beliau perolehi sangat menakutkan dan terlalu besar untuk didiamkan daripada pengetahuan Rakyat Amerika dan masyarakat Dunia. Dan beliau terkejut dengan beberapa perancangan Kerajaan Amerika ke atas masyarakat awam dan antarabangsa.

Tindakan2 balas daripada kerajaan Amerika rentetan pendedahan itu adalah dengan merekacipta kisah latar belakang keluarga Edward Snowden yang tidak sempurna, misteri yang meragukan, hingga ada ahli Kongres Amerika telah melabelkan beliau sebagai Pengkhianat Negara.

Bayangkan sejauh itu Amerika boleh bertindak ke atas kakitangan risiknya sendiri yang tidak sanggup berkompromi dengan kerja2 kotor mereka, apatah lagi untuk mengkambing hitamkan Negara kita yg merupakan rakan dagang yang ke-15 penting kepada mereka.

Satu masalah besar masyarakat Dunia adalah umum menyangka bahawa Teknologi Amerika adalah yg tercanggih setakat ini. Ianya dianggap Amerika mempunyai keterbatasan dalam perkara2 tertentu yang berkait dengan cuaca dan dimensi fizik serta biologi.

Padahal mereka menyembunyikan teknologi sebenar mereka dan mendedahkan hanya sedikit sahaja clue2 melaui filem2 mereka. Kita pula menganggapnya mustahil kerana latar belakang filem yang berbentuk Fiksyen atau Adiwira. Tetapi perlu kita fahami bahawa teknologi rahsia itu tersembunyi disebalik aksi atau paparan yang berlebihan itu. Lihat kepada aspek2 yang bersifat sokongan atau backup kepada paparan yang berlebihan itu, disitulah tersembunyinya teknologi sebenar mereka.

Akhir2 ini mereka sering memaparkan teknologi membuka ruang lompat antara dimensi seperti dalam Filem Avanger, Transformer: Dark of The Moon, Looper, The One dan yang paling awal Stargate. Aspek membuka dimensi ini boleh membantu memobalisasi ketenteraan mereka kerana mereka telah menguasai Kuantum Fizik, Nano Tech dan mampu memecahkan uraian Atom; dan kini keluar pula istilah Partikel yang lebih mikro daripada sebelumnya.

Enstein pernah meramalkan bahawa Perang Dunia Ke-3 adalah lebih pelik daripada perang2 sebelumnya. Apabila seorang saintis mengeluarkan kenyataan seperti itu, gambarannya pasti lebih jauh daripada apa yang orang awam mampu fikirkan.


Saturday, April 5, 2014

Mana Satu Betul?

Dipetik dari Blog Din Turtle.

MH370 - Semua Penumpang TAK JADI Lepas, Masih DiSiasat .... ( Jom Lantik Konsultan )

Saturday, April 5, 20142comments

Hari ini 5 April Hishammuddin berkata - “Saya tidak rasa sesiapa (penumpang dan anak kapal) telah dilepaskan dari sebarang siasatan. Senarai penumpang yang termasuk anak kapal, masih disiasat di bawah empat perkara pokok iaitu kemungkinan rampasan, keganasan, latar belakang psikologi dan peribadi yang diingatkan berkali-kali oleh Ketua Polis Negara,” - astroawani.
3 hari lepas pada 2 April Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berkata - 


Beliau berkata siasatan terhadap 227 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 itu mendapati mereka “bebas" daripada empat elemen itu. 

"Mereka didapati bersih daripada empat (elemen) itu. Ia (adalah) menurut prosedur (siasatan) kami sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti pasukan polis di sini hari ini.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan berdasarkan empat elemen itu terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang. Utusan.



Senang cerita, kita lantik KONSULTAN jer .....

- Penyiasat Bebas (IIC) akan dilantik diketuai seorang Penyiasat Bertanggungjawab yang bebas.

- Bakal dianggotai Wakil2 bertauliah dari China, Amerika, UK, Perancis, Australia dan beberapa negara lain

- Terdiri 3 kumpulan - 
I) Kelayakan Terbang - rekod penyelenggaraan, struktur dan sistem MH370
II) Operasi - rakaman penerbangan, operasi rekod meteorologi
III) Perubatan dan Manusia - psikologi, patologi dan kelangsungan hidup

- Siasatan MH370 masih diterajui Malaysia.


Tiga Jawatankuasa peringkat Menteri yang diketuai Timbalan Menteri juga ditubuhkan.

Pertama, adalah jawatankuasa berkenaan waris penumpang MH370 yang akan diketuai Timbalan Menteri Luar Negeri , Datuk Hamzah Zainuddin. 

"Jawatankuasa ini akan menyediakan keluarga dengan maklumat mengenai operasi mencari dan juga menyediakan sokongan selepas operasi berakhir."


Hishammuddin berkata, jawatankuasa itu akan menyelaras dengan kerajaan asing berkaitan, dan membantu tugas Malaysia Airlines. 

Kedua, Jawatankuasa menyelia teknikal , khususnya pembentukan dan pelantikan pasukan penyiasat.diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Ketiga, Jawatankuasa mengendalikan isu-isu berkaitan penggunaan aset untuk operasi carian diketuai Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri 

Mungkin sekarang semuanya agak memeningkan, macam nak overlap antara satu sama lain, tak pun menambahkan lagi karenah birokrasi ( redtape ), tapi saya percaya dengan input dari para konsultan kerajaan yang berwibawa, segalanya akan berjalan lancar ...... ( ! )  


Baca juga di TMI -  Penyiasat bebas ketuai siasatan kehilangan pesawat MH370


Read more at:
ht

Wednesday, April 2, 2014

Amaran Lagi

Dipetik dari blog Din Turtle

MH370 Side Story - Kerajaan Nak Saman Media. Hai, Takkan Dah Gelabah ?

Wednesday, April 2, 20143comments

Alahai Hisham ...dah tak tahan dengan tekanan dari laporan media ker  ....

 

Bagaimana pandangan media luar kalau mereka baca amaran ini ? Tak pasal2 jadi isu lain pulak, konon Malaysia mengawal ketat media, Malaysia tidak terbuka atau yang paling digemari , Malaysia tidak ada kebebasan bersuara.


Takkan dah hilang cool kot ?


Kena ingat, ini dah bukan isu lokal tapi MH370 sudah menjadi berita DUNIA. Satu dunia mahu tahu setiap perkembangannya dan mustahil untuk kawal penyebaran sebarang bentuk spekulasi atau fitnah atau salah laporan. Ni dah level lain. Hanya yang benar2 kuat dan punya kenyakinan tinggi mampu atasi dugaan maha hebat ini.

 

Bayangkan kalau Amerika mengambil pendekatan sama pasca 9/11, memberi amaran mahu saman media yang salah lapor. Rasanya satu dunia akan kutuk balik !

 

Satu lagi Hisham kena perjelaskan dulu yang mana satu berita benar dan yang mana satu berita yang tidak benar. Yang mana satu persepsi dan yang mana satu salah tafsir. 


Kemudian kalau wakil kerajaan yang keluarkan ayat yang tidak jelas yang sengaja mengundang pelbagai tafsiran dan pihak kerajaan pula membiarkan pelbagai tafsiran itu berlegar beberapa lama sebelum beri penjelasan sebenar apa yang cuba disampaikan , salah siapa ?


Yang saya baca dari kenyataan amaran di atas hanya satu - GELABAH.

 

Dan mengambilkira amaran itu dikeluarkan sebaik saja isu kenyataan Najib yang kononnya disalah tafsir ( Penerbangan berakhir BUKAN Terhempas la ! ), ramai yang akan mempunyai persepsi bahawa sebenarnya Najib yang menggelabah.

 

Hairan juga ya, dimana perginya para konsultan RM7.2 billion ? Takkan level Jaguh Kampung jer ? Tak berbaloi lah kalau gitu.

 

Apakata kita semua pakat hantar poskad ramai2 pada Hisham ngan Najib ..... puji melambung baeeeeeek punyer, mesti diorang suka kan ? Ambil hatilah sikit ....

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

 

Satu soalan kepada Team Malaysia MH370 - Anda mahu dengar denyut nadi rakyat tempatan dan antarabangsa atau anda cuma mahu dengar apa yang anda mahu dengar ?

Denyut nadi rakyat ni ada macam2 ... nak dengar semua atau nak dengar yang sedap jer ?