siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Friday, April 25, 2014

Obama Jumpa Comango

Dipetik dari blog Din Turtle

Obama Bakal Bertemu Penganjur Demo 1 Mei - Suka Sangatlah Obama Lawat Malaysia ?

Friday, April 25, 20140 comments

Baru ni saya tulis mengenai percanggahan rumusan yang dibuat oleh pihak Polis dan penganjur Demo 1 Mei selepas mereka berbincang - KLiK. Polis kata tak boleh buat di Dataran Merdeka tapi boleh dibenarkan di tempat lain sekiranya dimohon permit manakala pembangkang PR yang menjadi penganjur pula kata demo di Dataran Merdeka dah OK.

Hari ni suara pembangkang Mkini yang pernah mendapat pengiktirafan dari Menteri KDN  dalam bentuk anugerah baru2 ni, mengeluarkan beberapa artikel yang jika dilihat secara objektif, bertujuan menghangatkan dan mempromosi Demo 1 Mei itu.

Cuba layan jap ..... beberapa artikel Mkini sebentar tadi -

Tidak sah menghukum kerana tiada notis untuk perhimpunan 

Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang menghukum mereka yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

BERSIH: Polis tak boleh guna PAA hentikan himpunan 1 Mei

"Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012  untuk menghentikan perhimpunan tersebut. Hari Pekerja disambut di seluruh dunia," kata BERSIH merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad (kiri) bahawa perhimpunan anjuran NGO dan Pakatan Rakyat itu, adalah haram 

Penganjur 1 Mei tak berganjak dari rancangan

"Pihak kami mengadakan himpunan dan sambutan Hari Pekerja selaras dengan peruntukan dalam Perkara 10, Perlembagaan negara iaitu hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata," Arutchelvan pada sidang media pagi ini.




Membaca ketiga2 artikel itu, apakah persepsi yang mungkin timbul pada seorang pembaca ? Mungkinkah - Demo 1 Mei tetap berjalan dan pihak Polis tidak berkuasa menghalang ! ?

Artikel keempat ni yang paling menarik -

Obama temui BERSIH, Majlis Peguam

Sebelum ni ramai yang persendakan Anwar dan PR kerana Obama tidak mahu bertemu beliau dalam lawatannya ke Malaysia. Saya juga hampir nak komen cuma menunggu jawapan siapakah pihak pemimpin gerakan hak asasi yang bakal ditemui Obama -

.... Obama also will meet with civil-rights leaders in Malaysia, as the United States attempts to promote democratic values. ( KLiK )


Nah, jawapannya - BERSIH dan mereka yang seangkatan dengannya termasuk tulang belakang COMANGO seperti SIS, Empower, Tenaganita, IRF, Majlis Peguam dan Suhakam.


Impaknya mungkin tidak sebesar jika Obama bertemu Anwar tapi tetap juga beri kesan besar kepada senario politik negara ! Semua yang disebut adalah NGO2 Liberal yang menjadi musuh kepada perjuangan agama, bangsa dan negara kita.


Saya yakin antara skrip yang sudah disediakan oleh penganjur Demo 1 Mei untuk disebarkan sebaik saja selesai bertemu dengan Obama adalah -Obama restui/sokong Demo 1 Mei !


So .... suka sangatlah bila Obama datang melawat Malaysia ?

No comments:

Post a Comment