siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, April 2, 2014

Amaran Lagi

Dipetik dari blog Din Turtle

MH370 Side Story - Kerajaan Nak Saman Media. Hai, Takkan Dah Gelabah ?

Wednesday, April 2, 20143comments

Alahai Hisham ...dah tak tahan dengan tekanan dari laporan media ker  ....

 

Bagaimana pandangan media luar kalau mereka baca amaran ini ? Tak pasal2 jadi isu lain pulak, konon Malaysia mengawal ketat media, Malaysia tidak terbuka atau yang paling digemari , Malaysia tidak ada kebebasan bersuara.


Takkan dah hilang cool kot ?


Kena ingat, ini dah bukan isu lokal tapi MH370 sudah menjadi berita DUNIA. Satu dunia mahu tahu setiap perkembangannya dan mustahil untuk kawal penyebaran sebarang bentuk spekulasi atau fitnah atau salah laporan. Ni dah level lain. Hanya yang benar2 kuat dan punya kenyakinan tinggi mampu atasi dugaan maha hebat ini.

 

Bayangkan kalau Amerika mengambil pendekatan sama pasca 9/11, memberi amaran mahu saman media yang salah lapor. Rasanya satu dunia akan kutuk balik !

 

Satu lagi Hisham kena perjelaskan dulu yang mana satu berita benar dan yang mana satu berita yang tidak benar. Yang mana satu persepsi dan yang mana satu salah tafsir. 


Kemudian kalau wakil kerajaan yang keluarkan ayat yang tidak jelas yang sengaja mengundang pelbagai tafsiran dan pihak kerajaan pula membiarkan pelbagai tafsiran itu berlegar beberapa lama sebelum beri penjelasan sebenar apa yang cuba disampaikan , salah siapa ?


Yang saya baca dari kenyataan amaran di atas hanya satu - GELABAH.

 

Dan mengambilkira amaran itu dikeluarkan sebaik saja isu kenyataan Najib yang kononnya disalah tafsir ( Penerbangan berakhir BUKAN Terhempas la ! ), ramai yang akan mempunyai persepsi bahawa sebenarnya Najib yang menggelabah.

 

Hairan juga ya, dimana perginya para konsultan RM7.2 billion ? Takkan level Jaguh Kampung jer ? Tak berbaloi lah kalau gitu.

 

Apakata kita semua pakat hantar poskad ramai2 pada Hisham ngan Najib ..... puji melambung baeeeeeek punyer, mesti diorang suka kan ? Ambil hatilah sikit ....

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

 

Satu soalan kepada Team Malaysia MH370 - Anda mahu dengar denyut nadi rakyat tempatan dan antarabangsa atau anda cuma mahu dengar apa yang anda mahu dengar ?

Denyut nadi rakyat ni ada macam2 ... nak dengar semua atau nak dengar yang sedap jer ?


No comments:

Post a Comment