siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Tuesday, June 3, 2014

Hassan Malik, Deepak Dan 32 Juta

Dipetik dari blog Din Turtle.

RM32 Juta Pinjaman Tanpa Faedah Deepak - Kenapa Tidak Ada Penjelasan Dari Kerajaan ? ?

Tuesday, June 3, 201415comments


Artikel di bawah dah 3 hari dan sejak itu tidak ada lagi berita susulan mengenai kes pinjaman RM32juta tanpa faedah Bank Rakyat yang diberikan kepada peniaga jutawan karpet Deepak Jaikishan.

SPRM kata tidak ada unsur rasuah, ia lebih kepada isu tadbir urus bank dan hanya akan ambil tindakan lanjut jika menerima maklumat baru.

Jadi TUTUP KES la ?


Artikel di atas mengesahkan yang kes di atas wujud dan bagi saya ia jelas menunjukkan ADA YANG TAK KENA ! 

Saya masih tidak puas hati. Kenapa tidak ada pihak yang menuntut pihak yang terlibat berikan penjelasan ? Ini jelas kes KRONISMA ! ( atau peras ugut ? ) 

SIAPA DEEPAK untuk terima keistimewaan yang langsung tidak termimpi oleh rakyat biasa ? Dan apa pula sumbangan Deepak kepada pihak tertentu untuk dapatkan keistimewaan itu ?

Takkan semudah itu Deepak dapat RM32 juta pinjaman tanpa faedah ? ? ?

RM32 juta bukan sikit woi.... kalau masuk simpanan tetap dah boleh beranakkan hampir RM1juta setahun ! Kali 10 tahun dah RM10juta buta jer Deepak dapat. Itupun kalau tak disentuh langsung dana itu.

Berapa ramai pula pembuat coklat Islam yang mampu hasilkan coklat 100% halal yang boleh diwujudkan dengan RM32 juta ? 

Hasan Malek kena jelaskan apa yang berlaku sebenarnya dan bagaimana yang beliau katakan kes itu adalah mengikut dasar kerajaan ? ? ?

Satu lagi soalan penting - Apakah ada lagi kes2 istimewa sebegitu dengan mana2 individu lain ? Berapa Juta pulak ?

Yalah, kalau dah jadi dasar kerajaan, pasti ada lagi kan ....

APA ISTIMEWANYA DEEPAK UNTUK TERIMA KEISTIMEWAAN ITU DARI BANK RAKYAT ?

No comments:

Post a Comment