siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, June 8, 2014

Ketuanan Melayu Hapus?

Dipetik dari blog Din Turtle.

Bangsa Malaysia - Usaha Licik Musuh Hak Istimewa Melayu

Friday, June 6, 201429comments



Pertanyaan di atas banyak disebarkan ....bunyinya macam bagus tapi sebenarnya ia sesuatu yang mengelirukan. 

Ini semua permainan Dap melalui Malaysian Malaysianya yang tidak lain hanya bertujuan menyamaratakan hak semua bangsa di Malaysia PADA KETIKA BANGSA MELAYU MASIH JAUH KETINGGALAN.

Dan ia juga satu cara licik bagi menghapuskan apa yang dinamakan sebagai Hak Istimewa Bumiputera yang sedia terjamin oleh Perlembagaan dan dipersetujui melalui Kontrek Sosial antara kaum.

Masih ingatkah dengan serangan hebat Dap terhadap TPM melalui soalan Malaysian First beberapa tahun dulu .... waktu 1Malaysia mula diperkenalkan ? 

Dek ketidakfahaman rakyat ( termasuk pemimpin2 Melayu sendiri ) tentang apa yang cuba disampaikan oleh 1Malaysia Najib, maka terkontang kantinglah Muhyiddin keseorangan menangkis serangan puak Dap yang cuba menggambarkan beliau sebagai Rasis kerana menyatakan dirinya sebagai Malay First.


Bangsa TIDAK ADA KAITAN dengan Kewarganegaraan. Tidak wujud apa yang dikatakan sebagai Bangsa Malaysia.

Seorang itu TETAP dengan bangsa kelahirannya -  Melayu, Cina atau India dan lain2. Itu tidak berubah walau apapun kewarganegaraan nya.

Sekumpulan Cina bangsat yang sanggup melepaskan kerakyatan Malaysia konon mahu menjadi rakyat Britain tapi kemudiannya di reject dan mereka cuba kembali ke tanahair akan tetap menjadi bangsa Cina.

Kenapa Lim Kit Siang tidak mengutuk memaki hamun 1000 bangsa Cina itu yang jelas melalui tindakan, mereka menolak Malaysia ?

Kenapa kumpulan 1000 bangsa Cina itu tidak pula ditanya soalan Malaysian First ?


Jawapan kepada soalan Kaum atau Malaysian First bagi saya adalah -

Saya adalah Rakyat Malaysia dan saya kekal sebagai Bangsa Melayu.

I am a Malaysian and I will always be a Malay.


Dan kerana sayangkan Malaysia lah maka saya memperjuangkan Hak Bangsa Melayu !


Apa yang lebih penting dipersoalkan adalah - Apakah anda sebagai rakyat Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab sebagaimana seorang Rakyat Malaysia ? 

PS - Begitu juga usaha mahu menggugurkan ruangan kaum dalam borang resmi kerajaan ..... semua itu harus di tentang ! 

Kenapa kita pula yang harus ikut kemahuan dan tuntutan bukan Melayu dalam isu2 seperti ini ? Kenapa tidak kita tegas dan tuntut mereka terima dan hormat apa yang telah dipersetujui melalui kontrek Sosial ? 

Dan kalau yang menuntut atau mengada2 nak ubah itu terdiri dari kalangan pemimpin sendiri, maka kita tuntut pemimpin2 itu LETAK JAWATAN kerana kalau selaku pemimpin, mereka sendiri tidak pandai nak hormat Kontrek Sosial, mereka TIDAK LAYAK jadi pemimpin.

Ini termasuk mereka yang mengada2 nak Ubah Kontrek Sosial !

No comments:

Post a Comment