siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, June 15, 2014

Najib Arah AG

Dipetik dari Blog Din Turtle.

Sejak Peguam Negara Gani Patail memutuskan untuk tutup kes isu rampasan alkitab oleh pihak JAIS, semakin terang dan jelas kepada kita siapa kawan dan siapa lawan ...... siapa yang ikhlas dan siapa yang berpura-pura, .... siapa yang konsisten dan siapa yang hanya bersandiwara politik, senang cerita - semakin jelas siapa duduk dipihak mana.


MB Khalid dan kerajaan Negeri Selangor termasuk parti PAS yang sebelum ini cuba bermain playsafe dengan tidak memihak kepada sesiapa,  sebaik saja AG keluarkan ketetapan untuk tutup kes, dengan pantas menyokong penuh keputusan itu ! 


Kambing hitam sudah muncul, maka semua pihak dengan gembira berdiri dibelakang Gani Patail ! Semua pihak akur dan taat setia kepada keputusan AG ! Termasuklah puak Pakatan Rakyat yang sebelum ini sering bertegang urat dengan AG.

Paling menarik adalah pihak Dap !

Mkini
Tu dia .......  Semua pihak kena patuh pada keputusan AG ! Bukan orang Umno yang cakap tapi DAP !


Seperkara yang rasanya perlu kita dapatkan penjelasan adalah - Di mana kedudukan Najib dan Umno dalam kes ini ?

Sehari dua ini banyak tersebar dalam watsup dan turut dipaparkan oleh beberapa blog, cerita yang menghentam AG. Habis diungkit segala macam insiden dan penghapusan akta2 yang di kaitkan dengan kegelojohan Gani Patail.

Dan ini termasuk ISA dan EO !

Nama Najib langsung tidak disebut. Sungguh kurang sopan mereka yang mengedar cerita itu....  sebab seingat saya lah, Najib lah orangnya yang telah memeranjatkan satu Malaysia bila beliau mengumumkan untuk menghapuskan ISA 3 tahun lalu. Begitu bangga sekali Najib bercakap dikaca TV secara live waktu itu.

Nama Gani Patail langsung tidak timbul .... alih2 sejak semalam, Gani Patail pula yang dipertanggungjawabkan sebagai dalang yang menghapuskan ISA ? ? Kecil hati Najib nanti .....


Apakah ia merupakan satu usaha licik membersihkan nama Najib ? Kalau sebelum ini, para penasihat dan konsultan yang dikambinghitamkan, apakah kini giliran AG pula ? 


Jika kita diminta percaya kepada cerita yang disebarkan itu, tidakkah itu juga tambah mengesahkan yang Najib adalah PM yang BLUR ! ?

Entah berapa kali bercakap mengumumkan dasar2 yang kemudiannya bila mendapat kritikan ramai, terus dipersalahkan orang lain ..... yang pergi cakap dan umumkan itu kira BLUR la ?


Benarkah AG bertindak sendirian tanpa mendapat arahan dari Najib ? Lepas satu-satu keputusan ... semuanya tanpa lampu hijau dari Najib ? Ni apa punya PM yang kita ada kalau benar itu yang berlaku !

Balik kepada kes JAIS di atas, bukankah di artikel Bernama ketika AG umumkan keputusan Tutup Kes turut disebut - 

Abdul Gani berkata jabatan tersebut juga mengambil kira keterangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa buku-buku itu tidak dikawal KDN dan tidak melibatkan isu keselamatan negara.


Apakah Najib dan kerajaan BN tidak tahu menahu tentang keputusan Tutup Kes oleh AG ini ? 


Sekarang merupakan masa terbaik bagi Najib tampil dan jelaskan pendirian kerajaan. Biar umat Islam semua tahu dimana kedudukan semua pihak termasuk Najib dan Umno ( kerana seperti biasa, Umno akan ikut buta apa saja kata Najib .... selagi Najib jadi Presidennya )

Biar kita semua tahu SIAPA MUSUH DAN SIAPA KAWAN !

Itulah HIKMAHnya isu Jais@alKitab ini .....

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete