siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Thursday, June 19, 2014

Lembu Najib Lembu

Dipetik dari blog Paneh Miang.

Perihal Lembu

SOSIOLISME
Anda mempunyai 2 ekor lembu.
Anda berikan satu kepada jiran anda.

KOMUNISME
Anda mempunyai 2 ekor lembu.
Kerajaan mengambil kedua-duanya dan memberikan anda sedikit susu.

KAPITALISME 
Anda mempunyai dua ekor lembu betina. 
Anda menjual satu dan membeli lembu jantan. 
Lembu anda bertambah, dan ekonomi berkembang. 
Anda menjual kesemua lembu dan bersara dengan keuntungan.

SYARIKAT MELAYU
Anda mempunyai dua ekor lembu.
Kehidupan kelihatan agak baik; lupakan untuk memerah susu.
Dan pergi main golf serta usya artis baru.

SYARIKAT CINA
Anda mempunyai dua ekor lembu.
Anda menggajikan 300 orang pemerah susu.
Anda mendakwa mempunyai tenaga kerja yang cekap dan produktiviti lembu yang tinggi.
Anda hentam wartawan yang melaporkan keadaan sebenar.

SYARIKAT INDIA
Anda mempunyai dua ekor lembu.
Anda menyembahnya.

SYARIKAT HADI
Anda mempunyai dua ekor lembu, tetapi anda tidak tahu bagaimana mengurusnya.
Anda buat keputusan untuk usung tabung minta derma.

SYARIKAT ANWAR
Anda mempunyai dua ekor lembu.
Anda buat fitnah, merancang rusuhan dan menyekat jalan, hanya kerana anda mahu tiga ekor lembu.

SYARIKAT NAJIB
Anda mempunyai 4 ekor lembu.
Lembu Melayu untuk dibuat rendang.
Lembu India untuk dihormati; hinggalah lembu itu dijual kepada Melayu.
Maka lembu itu tetap jadi rendang.
Lembu Cina dan Kristian cuba menghina dan menghasut.
Anda diam.
Maka anda dan lembu tiada bezanya.

No comments:

Post a Comment