siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Tuesday, September 30, 2014

ludah cina najib jilat

Dipetik dari blog Din turtle

Bila Yang Menolak BN Terus DiLayan Oleh Najib, Maknanya Jika Kita Mahu Najib Layan ........

Monday, September 29, 201424comments

Bukti menunjukkan pengundi Cina sememangnya menolak BN setiap kali PRU dan ini menolak alasan Dap yang cuba berselindung kononnya penolakan BN adalah disebabkan faktor geografi, atau bandar vs kampung. Kononnya orang bandar ( yang secara kebetulan ramai cina ) menolak BN.

Blogger Helenang sekali lagi bersusah payah mencari info bagi membuktikan perkara ini.

Saya sendiri tersilap bila menyangka kemenangan besar BN tahun 2004 adalah kerana sokongan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, rupa2nya dari PRU10 lagi pengundi Cina sudah mula menolak BN dan disebalik kemenangan besar BN pada PRU11, majoriti cina masih kekal menolak BN.

Perhatikan fakta di bawah -


PRU10 BN menang 4 dari 10 kerusi yang terdapat majoriti 70% pengundi Cina. PRU11 bilangan kerusi majoriti cina itu bertambah jadi 12 dan ketika BN menang besar, kita sangka pastinya angka kemenangan BN di kerusi majoriti cina juga bertambah. Kononnya alasan pengundi cina waktu itu menyokong Paklah adalah kerana percaya kerajaan makin bersih. Mereka menolak korupsi .... kononnya.

Rupa2nya pengundi Cina tetap juga menolak BN ! Dari 4 menjadi 2 bagi kawasan yang majoritinya 70% pengundi cina.

PRU13 @ Tsunami Cina .... tak payah cerita la ... asal kawasan itu pengundi cina nya lebih 50%, semuanya dimenangi Dap kecuali satu oleh Pkr di Miri.



Trendnya konsisten. Walaupun Najib cuba menyeru undi cina melalui gendang cina, memakai nama Ahjibgor untuk bermanja dengan cina dan melayan pelbagai tuntutan semata2 nak menagih undi, ternyata cina tetap tolak BN.


Apakah Najib begitu mudah tertipu dengan sandiwara di bawah ?



Ya lah kot ..... sebab tampak Najib tak berubah pun. Masih sama caranya baik sebelum dan selepas PRU13.

Contohnya .... agak2 mereka yang duk sibuk mahu hapuskan Akta Hasutan itu merupakan pengundi kawasan mana ? Kemungkinan besar dari kawasan yang pengundi cinanya lebih 50% .... kan ? Mereka ini juga yang mahu dilayan oleh Najib. 


Jadi apa yang boleh kita pelajari dari perkara di atas ? 

PS - Pembodek Najib kalau tak puashati dengan tajuk artikel, cuba berikan hujah anda berdasarkan bukti tertera. 

Tuesday, September 16, 2014

Najib Berundur

Dipetik dari blog Din Turtle.

Najib Kena Berundur Jika BN Mahu Menang PRU14 !

Tuesday, September 16, 20141comments

Saya mencari2 juga satu berita untuk dikomen yang boleh dibiarkan agak lama supaya lebih ramai dapat baca dan beri komen. Akhir2 ini yang menjadi tumpuan adalah isu pemansuhan Akta Hasutan. 

Walaupun Najib sudah umumkan bahawa kerajaan masih menimbang samada hendak dibiarkan, atau diperkemaskan atau dihapuskan terus dan digantikan dengan akta baru yang KONONnya mengikut tafsiran pemikirannya yang Liberal, akan menjadi lebih mantap.

Perkara ini sebenarnya subjektif sebab kita membicarakan mengenai satu perkara yang belum dimuktamadkan namun kita boleh membuat satu jangkaan berdasarkan konsistensi tindakan Najib sebelum ini. 

Murid yang sebelum ini sentiasa mendapat markah tinggi dalam setiap ujian yang didudukinya, pastinya kita menjangkakan satu keputusan yang sama cemerlang dalam ujian yang bakal beliau duduki tidak lama lagi. Faktor Konsistensi.

Seorang pekerja yang rajin, berdisplin dan sentiasa melaksanakan setiap tugasan dengan jaya pastinya kita jangkakan akan menerima apa jua tugasan baru dan bakal melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Begitu juga pekerja yang malas dan banyak songeh, sebelum kita berikan tugasan baru pun kita dah boleh agak alasan2 yang bakal diberikan ..... Faktor Konsistensi.

Jadi menggunaka faktor Konsistensi, saya percaya kita dah boleh agak apa akan jadi dengan Akta Hasutan .....

Perlu ke saya ulang sebut tindakan2 terdahulu Najib yang menyumbang kepada Konsistensi beliau ? Tak perlu la kot ..... nanti orang kata saya mengungkit pula. 1Malaysia dah tahu. Dan 1Malaysia juga dah terima gelaran Mat Liberal yang dibawa oleh Najib. Bukan saja-saja beri label tapi atas faktor Konsistensi.

Makanya tidak hairanlah bila proksi atau balaci Najib bernama Saifuddin Abdullah boleh muncul bersama puak anti Akta Hasutan dimajlis pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan ( GHAH ) semalam.

Mkini
“Saya yakin perdana menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju. Tugas kita adalah tunjuk kepada perdana menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan,”


Saya ulang balik senarionya .... Najib telah 3 kali umum mahu hapuskan Akta Hasutan. Kali yang terakhir ini mendapat bantahan meluas dari rakyat yang cintakan keamanan terutamanya dari Ngo2 Melayu yang risau ancaman yang bakal menimpa tiang seri bangsa sekiranya tidak ada pelindungan setegas Akta Hasutan.

Hasilnya, Najib terpaksa gostan dan umumkan yang ianya belum muktamad lagi. 

Oya, itu pun satu lagi Konsistensi Najib - Ayat Belum Muktamad. Setiapkali selepas umumkan dengan penuh yakin dan bersemangat langkah2 liberal yang beliau mahu laksanakan, rakyat akan buat bantahan meluas,  dan Najib pun akan umumkan Belum Muktamad. Tapi dalam pada Belum Muktamad itu, secara perlahan2 Najib akan teruskan juga agenda Liberalnya.

Berdasarkan Teori Konsistensi, apakah pula senarionya kali ini dengan keletah Saifuddin ? Well .... actually ..... apa yang saya nampak adalah - Najib masih tidak puashati agenda Liberalnya tersekat dek bantahan rakyat terutama dari Ngo2 Melayu, telah menugaskan balacinya Saifuddin supaya menghasut rakyat supaya membantah Akta Hasutan !

Bila semakin ramai yang menuntut Akta Hasutan dihapuskan, maka dengan mudah Najib akan jadikannya sebagai alasan untuk akur kepada kehendak rakyat dan seterusnya menghapuskan Akta Hasutan. Balik kepada rancangan asal beliau ......

Terserah anda nak setuju atau tidak tapi tanyakan soalan ini - Kenapa dilepaskan balacinya Saifuddin untuk menghasut rakyat padahal Najib sendiri sudah umumkan yang kerajaan dalam proses membuat kajian dan deraf pun belum siap lagi ? ( oya, Saifuddin dalam menghasut rakyat, turut mempromosikan Deraf Akta Keharmonian yang disediakan oleh Majlis Peguam dan diserahkan oleh MKPN kepada pejabat Perdana Menteri ..... bukan ke Najib juga yang cakap bahawa deraf kerajaan belum ada lagi ? )

Saya juga melihat Saifuddin sebenarnya membawa mesej Najib kepada puak2 Liberal yang jika diterjemahkan akan jadi seperti ini -

' Saya harap anda semua bersabar... saya memang nak hapuskan Akta Hasutan tapi orang Melayu ramai yang marah2. Jadi saya terpaksa berlakon untuk ambil hati mereka. Waktu sama anda semua mesti hasut rakyat dan kena buat bising tuntut akta itu dihapuskan bagi menyenangkan kerja saya. Jangan risau .... Akta Hasutan tetap dihapuskan '

( “Saya yakin perdana menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju. Tugas kita adalah tunjuk kepada perdana menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan,” )

Jika ada yang nak marah dengan spekulasi bersandarkan Konsistensi saya di atas, sekali lagi saya tanya - Jika tidak, kenapa Najib lepaskan balacinya Saifuddin menghasut rakyat menentang apa yang beliau sendiri ucapkan ?


Mat Liberal Najib tidak pernah mahu ubah kerana memang itulah pendiriannya dan cita2nya - mahu meLiberalkan Tanah Melayu.

Saya tidak hairan RAMAI dikalangan orang Melayu yang berkongsi kebimbangan seperti yang diluahkan oleh Tun Mahathir ini -


TMI
"Beliau menyatakan BN akan kalah dalam PRU14 sekiranya peranan Najib berterusan" kata Ridzuan, Presiden Ikhlas. 

"Ia bukan dalam agenda kami namun beliau memberitahu kami, tidak bermakna apabila beliau berjabat tangan bersama Najib atau ambil gambar bersama itu bermaksud dirinya menyokong perdana menteri"

Saya sokong kenyataan itu dan saya juga bersetuju Najib harus berundur kalau BN mahu terus menang PRU14.

MASA SEMAKIN SUNTUK UNTUK TERUS BERDIPLOMASI .... MESEJ KENA TERANG DAN JELAS !

Friday, September 12, 2014

PUNAHsihat Najib

Dipetik dari blog Din Turtle.

Siapakah Orang Pengantara Najib-Rakyat DiDedahkan !

Thursday, September 11, 201423comments


Kebetulan dalam pertemuan saya dengan Tan Sri Sanusi baru ni, beliau ada juga komen mengenai isu Tun Mahathir Menegur Najib ( KLiK ). Dan artikel semalam pula saya siarkan jawapan spontan Tun Mahathir dalam satu sesi soal jawab yang mana ketika ditanya apakah yang beliau akan lakukan sekiranya menjadi PM ketika ini, Tun Mahathir menjawab - I would resign !Saya akan letak jawatan ) - KLiK.

Sesuai la pula rasanya jika saya paparkan komen Sanusi itu ...



Oya, amat menghairankan bila tidak ada orang lain mahu siarkan komen Tun Mahathir semalam itu ....  kenapa ek ? 

PS - Balik kepada tajuk artikel - siapakah yang menjadi pengantara antara Najib dengan rakyat, yang sering dipersalahkan kerana tidak menyampaikan khabar akar umbi yang sebenarnya ke telinga Najib .... Sanusi hanya jawab - Mereka yang kalah masa PRU13 la !

Alahai ... otai2 politik ni suka sangat cakap berkias ! Macam Tun Mahathir juga ... pemimpin sekarang ni bukannya reti kias-kias ni. Kalau faham pun mereka akan buat2 tak faham.  Kalau diri sendiri yang dibogelkan pun, mereka tetap kata mereka masih berpakaian lengkap.

Tuesday, September 9, 2014

Najib juara cina

Dipetik dari blog Din Turtle.

Melayu Masih Ada Juara kah ? @ Misi Mencari Pemimpin Melayu

Tuesday, September 9, 20145comments


Dalam video kedua komen dari Tan Sri Sanusi ini, beliau ada memberi satu saranan atau cabaran yang bernas kepada orang Melayu dalam misi kita mengisi kelompangan yang jelas terasa dalam bentuk seorang Juara Melayu. 

Apakah orang Melayu masih punya Juara ? Nampak macam ada ..... tapi tak terasa la pulak ....  ( sambungan komen di bawah )




KLiK ke Youtube.

Pemimpin yang elok tu yang mana ? Yang penting sekarang ni, kita senaraikan apa yang Melayu gelisah....

Kemudian kita serah .... ini dia satu buku tebal kegelisahan orang Melayu, macam buku Malay Dilemma ... nah, bagi pada pemimpin.

Bangunlah pemimpin untuk selesaikan masalah ini. Kalau tak larat selesai seorang, kau selesaikan dua orang, selesai 10 orang .... 

Yang tak larat buat, tolong tarik diri ! Kerana boleh jadi hura hara kalau tak buat. 

Sekarang ni, kita tak tahu pun apa yang rakyat gelisah ni.... takder satu buku (senarai ) bagi kepada pemimpin ... yang ada orang duk harap, ( adalah seseorang untuk ) sampaikan pada pemimpin. 

Saya tak percaya semua orang berani menyampaikan yang sebenarnya kepada pemimpin. 

( ramai tukang penyampai yang tidak jujur, suka bodek dan tidak sampaikan perkara yang sebenar kepada pemimpin. Pemimpin kena tahu kelemahan diri sendiri dan jangan terlalu percaya kepada penasihat / tukang lapor )

Rakyat kena turunkan satu summary of all your frustration ( Rakyat kena serahkan satu senarai lengkap ketidakpuasan hati kepada pemimpin ) 

                                    **************
Saya percaya ramai dari kita yang sudah mula hilang kenyakinan kepada kepimpinan Najib sebagai Juara Melayu. Tak perlu saya ulas panjang lebar .. anda sendiri boleh rasainya.

Dek terlalu mengejar populariti sebagai PM Untuk Semua, Najib seakan sudah lupa akan tanggungjawab dan peranannya sebagai Juara Melayu. 

Siapa lagi yang boleh kita harap ? Bab ini ramai dari kita tidak sepakat.

Jadi saya lihat saranan Sanusi sememangnya tepat ! Tanpa mahu menyalahkan sesiapa atau mencari kelemahan sesiapa, apakata kita wujudkan satu cabaran kepada sesiapa yang mahu menjadi atau merasakan dirinya layak sebagai Juara Melayu.

Tuan rasa tuan adalah Juara Melayu ? Nah ... cubalah selesaikan masalah orang Melayu ini .... Berani sahut cabaran ? Kalau banyak songeh, tak payahlah.... sila ke tepi dan beri peluang kepada orang lain ! 

Lebih penting lagi senarai itu juga mampu menjadi peringatan dalam bentukcheck list sejauhmana kita telah berjaya sebagai satu bangsa yang berjaya. 

Saya harap ada pihak yang sanggup tampil memikul tanggungjawab mengumpul dan  menyediakan senarai itu.

Apa pandangan anda ? 

Mohon sebar2kan pesanan Tan Sri di atas ... 

PS - Apa dah jadi pada Barisan Perpaduan Nasional ? Katanya dulu mahu serahkan satu memo ( yang pada pemahaman saya lebihkurang seperti apa yang disebut oleh Sanusi di atas ) kepada Agong .... masih berjalankah usaha itu ?

PS2 - Sekiranya boleh disediakan senarai itu, kita serahkan pada Najib .... Nah, sekiranya tuan masih mahu terus menjadi Juara Melayu, sanggupkah tuan terima cabaran selesaikan masalah2 ini. Jika tidak sanggup, sila undur diri !

Sibuk sangat dengan 1Malaysia .... 1Melayu ke mana ? 

Friday, September 5, 2014

Fakta ISA..

Dipetik dari blog Paneh Miang.

Fakta ISA sejak 2004

Sejak 2004, lebih kurang 100 orang telah dikenakan Perintah Tahanan dibawah Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Pecahan jumlah tahanan mengikut kesalahan bagi tempoh tersebut adalah seperti berikut;

Pemalsuan Dokumen: 29 orang
Pemalsuan Wang Syilling RM1: 17 orang
Penyeludupan Pendatang Tanpa Izin: 1 orang
Kumpulan Haram Hindraf: 5 orang
Pembekal Komponen Nuklear: 1 orang
Gerakan Pemisah Selatan Thailand: 3 orang
Agen Perisikan Asing: 7 orang
Kumpulan Militan Malaysia KMM: 1 orang
Penulisan Menghina Kesucian Islam: 1 orang
Kumpulan Darul Islam: 17 orang
Kumpulan Jemaah Islamiah: 18 orang

Namun kesemua tahanan tersebut telahpun dibebaskan selepas Najib mengumumkan pada September 2011 akan pemansuhan ISA beserta Akta Buang Negeri 1959, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Bayangkan betapa besarnya ancaman keselamatan terhadap Malaysia apabila 7 orang agen perisikan asing aka spy dan pembekal komponen nuklear dibebaskan sewenangnya oleh kerajaan Najib! Termasuk 17 orang pakar pemalsuan Ringgit Malaysia yang mampu melumpuhkan ekonomi negara ini turut dilepaskan kerajaan Najib!! Ditambah dengan pelepasan ketua-ketua geng yang menyebabkan kadar jenayah di Malaysia semakin berleluasa akhir-akhir ini.

Hanya pembangkang saja yang selalu spin ISA ni konon diguna untuk sekat politik mereka. Tipikal pembangkang di Malaysia mana peduli pun keselamatan rakyat dan negara.

Kata Dr. Mahathir, ISA perlu diperkenalkan untuk mengawal tindakan kumpulan kecil pelampau yang menjejaskan kestabilan negara - (10 Januari 2014).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata, ISA memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara. "Kalau ada ISA lagi bagus. Saya sebagai penguatkuasa masih mengharapkan undang-undang yang dapat membantu memastikan negara aman dan damai. Kita akan memastikan keselamatan dan keselamatan rakyat kita lebih baik, tunggu la kalau ada esok kita tengok la kita tak boleh banding-banding tapi kalau ada nanti kita tau la apa nak buat," katanya - (11 Januari 2014).