Melayu Masih Ada Juara kah ? @ Misi Mencari Pemimpin Melayu
Tuesday, September 9, 20145comments
Dalam video kedua komen dari Tan Sri Sanusi ini, beliau ada memberi satu saranan atau cabaran yang bernas kepada orang Melayu dalam misi kita mengisi kelompangan yang jelas terasa dalam bentuk seorang Juara Melayu.
Apakah orang Melayu masih punya Juara ? Nampak macam ada ..... tapi tak terasa la pulak .... ( sambungan komen di bawah )
KLiK ke Youtube.
Pemimpin yang elok tu yang mana ? Yang penting sekarang ni, kita senaraikan apa yang Melayu gelisah....
Kemudian kita serah .... ini dia satu buku tebal kegelisahan orang Melayu, macam buku Malay Dilemma ... nah, bagi pada pemimpin.
Bangunlah pemimpin untuk selesaikan masalah ini. Kalau tak larat selesai seorang, kau selesaikan dua orang, selesai 10 orang ....
Yang tak larat buat, tolong tarik diri ! Kerana boleh jadi hura hara kalau tak buat.
Sekarang ni, kita tak tahu pun apa yang rakyat gelisah ni.... takder satu buku (senarai ) bagi kepada pemimpin ... yang ada orang duk harap, ( adalah seseorang untuk ) sampaikan pada pemimpin.
Saya tak percaya semua orang berani menyampaikan yang sebenarnya kepada pemimpin.
( ramai tukang penyampai yang tidak jujur, suka bodek dan tidak sampaikan perkara yang sebenar kepada pemimpin. Pemimpin kena tahu kelemahan diri sendiri dan jangan terlalu percaya kepada penasihat / tukang lapor )
Rakyat kena turunkan satu summary of all your frustration ( Rakyat kena serahkan satu senarai lengkap ketidakpuasan hati kepada pemimpin )
**************
Saya percaya ramai dari kita yang sudah mula hilang kenyakinan kepada kepimpinan Najib sebagai Juara Melayu. Tak perlu saya ulas panjang lebar .. anda sendiri boleh rasainya.
Dek terlalu mengejar populariti sebagai PM Untuk Semua, Najib seakan sudah lupa akan tanggungjawab dan peranannya sebagai Juara Melayu.
Siapa lagi yang boleh kita harap ? Bab ini ramai dari kita tidak sepakat.
Jadi saya lihat saranan Sanusi sememangnya tepat ! Tanpa mahu menyalahkan sesiapa atau mencari kelemahan sesiapa, apakata kita wujudkan satu cabaran kepada sesiapa yang mahu menjadi atau merasakan dirinya layak sebagai Juara Melayu.
Tuan rasa tuan adalah Juara Melayu ? Nah ... cubalah selesaikan masalah orang Melayu ini .... Berani sahut cabaran ? Kalau banyak songeh, tak payahlah.... sila ke tepi dan beri peluang kepada orang lain !
Lebih penting lagi senarai itu juga mampu menjadi peringatan dalam bentukcheck list sejauhmana kita telah berjaya sebagai satu bangsa yang berjaya.
Saya harap ada pihak yang sanggup tampil memikul tanggungjawab mengumpul dan menyediakan senarai itu.
Apa pandangan anda ?
Mohon sebar2kan pesanan Tan Sri di atas ...
PS - Apa dah jadi pada Barisan Perpaduan Nasional ? Katanya dulu mahu serahkan satu memo ( yang pada pemahaman saya lebihkurang seperti apa yang disebut oleh Sanusi di atas ) kepada Agong .... masih berjalankah usaha itu ?
PS2 - Sekiranya boleh disediakan senarai itu, kita serahkan pada Najib .... Nah, sekiranya tuan masih mahu terus menjadi Juara Melayu, sanggupkah tuan terima cabaran selesaikan masalah2 ini. Jika tidak sanggup, sila undur diri !
Sibuk sangat dengan 1Malaysia .... 1Melayu ke mana ?
No comments:
Post a Comment