siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Tuesday, September 16, 2014

Najib Berundur

Dipetik dari blog Din Turtle.

Najib Kena Berundur Jika BN Mahu Menang PRU14 !

Tuesday, September 16, 20141comments

Saya mencari2 juga satu berita untuk dikomen yang boleh dibiarkan agak lama supaya lebih ramai dapat baca dan beri komen. Akhir2 ini yang menjadi tumpuan adalah isu pemansuhan Akta Hasutan. 

Walaupun Najib sudah umumkan bahawa kerajaan masih menimbang samada hendak dibiarkan, atau diperkemaskan atau dihapuskan terus dan digantikan dengan akta baru yang KONONnya mengikut tafsiran pemikirannya yang Liberal, akan menjadi lebih mantap.

Perkara ini sebenarnya subjektif sebab kita membicarakan mengenai satu perkara yang belum dimuktamadkan namun kita boleh membuat satu jangkaan berdasarkan konsistensi tindakan Najib sebelum ini. 

Murid yang sebelum ini sentiasa mendapat markah tinggi dalam setiap ujian yang didudukinya, pastinya kita menjangkakan satu keputusan yang sama cemerlang dalam ujian yang bakal beliau duduki tidak lama lagi. Faktor Konsistensi.

Seorang pekerja yang rajin, berdisplin dan sentiasa melaksanakan setiap tugasan dengan jaya pastinya kita jangkakan akan menerima apa jua tugasan baru dan bakal melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Begitu juga pekerja yang malas dan banyak songeh, sebelum kita berikan tugasan baru pun kita dah boleh agak alasan2 yang bakal diberikan ..... Faktor Konsistensi.

Jadi menggunaka faktor Konsistensi, saya percaya kita dah boleh agak apa akan jadi dengan Akta Hasutan .....

Perlu ke saya ulang sebut tindakan2 terdahulu Najib yang menyumbang kepada Konsistensi beliau ? Tak perlu la kot ..... nanti orang kata saya mengungkit pula. 1Malaysia dah tahu. Dan 1Malaysia juga dah terima gelaran Mat Liberal yang dibawa oleh Najib. Bukan saja-saja beri label tapi atas faktor Konsistensi.

Makanya tidak hairanlah bila proksi atau balaci Najib bernama Saifuddin Abdullah boleh muncul bersama puak anti Akta Hasutan dimajlis pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan ( GHAH ) semalam.

Mkini
“Saya yakin perdana menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju. Tugas kita adalah tunjuk kepada perdana menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan,”


Saya ulang balik senarionya .... Najib telah 3 kali umum mahu hapuskan Akta Hasutan. Kali yang terakhir ini mendapat bantahan meluas dari rakyat yang cintakan keamanan terutamanya dari Ngo2 Melayu yang risau ancaman yang bakal menimpa tiang seri bangsa sekiranya tidak ada pelindungan setegas Akta Hasutan.

Hasilnya, Najib terpaksa gostan dan umumkan yang ianya belum muktamad lagi. 

Oya, itu pun satu lagi Konsistensi Najib - Ayat Belum Muktamad. Setiapkali selepas umumkan dengan penuh yakin dan bersemangat langkah2 liberal yang beliau mahu laksanakan, rakyat akan buat bantahan meluas,  dan Najib pun akan umumkan Belum Muktamad. Tapi dalam pada Belum Muktamad itu, secara perlahan2 Najib akan teruskan juga agenda Liberalnya.

Berdasarkan Teori Konsistensi, apakah pula senarionya kali ini dengan keletah Saifuddin ? Well .... actually ..... apa yang saya nampak adalah - Najib masih tidak puashati agenda Liberalnya tersekat dek bantahan rakyat terutama dari Ngo2 Melayu, telah menugaskan balacinya Saifuddin supaya menghasut rakyat supaya membantah Akta Hasutan !

Bila semakin ramai yang menuntut Akta Hasutan dihapuskan, maka dengan mudah Najib akan jadikannya sebagai alasan untuk akur kepada kehendak rakyat dan seterusnya menghapuskan Akta Hasutan. Balik kepada rancangan asal beliau ......

Terserah anda nak setuju atau tidak tapi tanyakan soalan ini - Kenapa dilepaskan balacinya Saifuddin untuk menghasut rakyat padahal Najib sendiri sudah umumkan yang kerajaan dalam proses membuat kajian dan deraf pun belum siap lagi ? ( oya, Saifuddin dalam menghasut rakyat, turut mempromosikan Deraf Akta Keharmonian yang disediakan oleh Majlis Peguam dan diserahkan oleh MKPN kepada pejabat Perdana Menteri ..... bukan ke Najib juga yang cakap bahawa deraf kerajaan belum ada lagi ? )

Saya juga melihat Saifuddin sebenarnya membawa mesej Najib kepada puak2 Liberal yang jika diterjemahkan akan jadi seperti ini -

' Saya harap anda semua bersabar... saya memang nak hapuskan Akta Hasutan tapi orang Melayu ramai yang marah2. Jadi saya terpaksa berlakon untuk ambil hati mereka. Waktu sama anda semua mesti hasut rakyat dan kena buat bising tuntut akta itu dihapuskan bagi menyenangkan kerja saya. Jangan risau .... Akta Hasutan tetap dihapuskan '

( “Saya yakin perdana menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju. Tugas kita adalah tunjuk kepada perdana menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan,” )

Jika ada yang nak marah dengan spekulasi bersandarkan Konsistensi saya di atas, sekali lagi saya tanya - Jika tidak, kenapa Najib lepaskan balacinya Saifuddin menghasut rakyat menentang apa yang beliau sendiri ucapkan ?


Mat Liberal Najib tidak pernah mahu ubah kerana memang itulah pendiriannya dan cita2nya - mahu meLiberalkan Tanah Melayu.

Saya tidak hairan RAMAI dikalangan orang Melayu yang berkongsi kebimbangan seperti yang diluahkan oleh Tun Mahathir ini -


TMI
"Beliau menyatakan BN akan kalah dalam PRU14 sekiranya peranan Najib berterusan" kata Ridzuan, Presiden Ikhlas. 

"Ia bukan dalam agenda kami namun beliau memberitahu kami, tidak bermakna apabila beliau berjabat tangan bersama Najib atau ambil gambar bersama itu bermaksud dirinya menyokong perdana menteri"

Saya sokong kenyataan itu dan saya juga bersetuju Najib harus berundur kalau BN mahu terus menang PRU14.

MASA SEMAKIN SUNTUK UNTUK TERUS BERDIPLOMASI .... MESEJ KENA TERANG DAN JELAS !

No comments:

Post a Comment