siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, November 30, 2014

bangang

Dipetik dari blog Din Turtle.

PAU Dah Habis .... Apa Pandangan Anda ?

Sunday, November 30, 20141comments


PAU 2014 dah habis ....... so, amacam ? Apa pandangan anda tentang PAU kali ni ? Ekspektasi anda dipenuhi ?

Macam biasalah janji2 dan laungan2 dihamburkan masa PAU.... macam tak biasa pulak. Antara yang disebut oleh Najib perkara yang akan direalisasikan, semasa penggulungan -

Tanah Rezab diganti

Suruhanjaya Kepelbagaian Sekolah

Penghasut akan diburu habis2an dan  Tiada Lagi Amaran .

Badan Naziran Politik .

Saja saya letakkan link itu supaya kita boleh buat pemantauan berskala atas perkara itu.

Kalau dikaji memanglah gempak apa yang disebut2 oleh para perwakilan termasuk ucapan2 oleh kepimpinan Umno tapi mengambilkira perkara yang sama juga berlaku setiap kali PAU dan hasilnya juga tak banyak berubah, maka ramai yang anggap sebagai cliche je.... 

Apapun sedikit sebanyak ada juga pengharapan agar apa yang dijanjikan bakal dipenuhi, paling tidak nampak usaha ke arah merealisasikannya. Jadi kita sama2 tunggu dan lihat apakah PAU kali ini sama saja macam yang lepas2 atau kali ini lain.

Paling menarik adalah kedua ucapan Muhyiddin yang saya lihat lebih mewakili pandangan akar umbi akan senario Umno ketika ini. Pandangan yang realistik dan tidak syok sendiri. Umno, BN boleh kalah jika persepsi tidak diubah.

Sayang usul2 bernas soal ekonomi yang dibawa oleh Datuk Maznah terutama mewujudkan semula MECD tidak disambut oleh Najib dalam penggulungannya. ( KLiK )

Hmmmm ... apalagi nak komen ya .....  

Saya sebenarnya tak ikut pun secara live Pau kali ini, banyak kerja lain nak buat. Tapi sesekali saya baca juga lapuran secara langsung streaming oleh Utusan dan semalam ada satu perenggan dari penggulungan Najib yang menarik perhatian saya. Najib berkata -


KLiK
Tidakkah itu tafsiran yang SALAH mengenai kes Mark Koding ! ? Beliau didapati bersalah atas kesalahan mempertikaikan Perlembagaan BUKANNYA kerana mempertikaikan kewujudan sekolah vernakular atau bukan kerana menuntut sekolah vernakular ditutup. 2-3 kali dah saya tulis mengenai ini. Najib hanya mengulangi fitnah yang sering dimainkan oleh pro sekolah cina.

Agak2 lah kalau nak pertahankan sekolah cina pun, jangan sampai fakta pun diputarbelit, apalagi dalam majlis sebesar PAU !

Akhir sekali, komen Najib yang membangangkan bloggers pro Umno -

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang...

 Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,”

Hahahaha ... siapa yang cari makan dengan Umno, ek ? Seperti ulasan Putra Merdeka, saya takut ada pihak yang jual nama bloggers untuk dapatkan dana. Jadi Najib mungkin ingat ramai para bloggers yang cari makan melalui duit Umno .... 

Jadi mungkin ada baiknya mereka yang incharge dalam mengapprovekan bayaran itu, hubungi sendiri nama2 bloggers yang dikatakan cari makan dengan Umno. Jangan diperbodohkan oleh segelintir mereka yang suka jual nama orang lain.

Apapun bagi saya TIDAK SALAH kalau bloggers mahu mengkritik pemimpin Umno. Setakat yang saya tahu, kebanyakan kritikan adalah merupakan luahan rakyat juga. Dah memang pemimpin2 yang dikritik itu bangang, selayaknya dikritik !

Itu perbezaan utama yang dapat saya lihat antara Najib dengan Muhyiddin. Najib lebih kepada menyalahkan orang lain sementara Muhyiddin lebih kepada cermin diri sendiri.

Apakah Najib akan berubah ? Hahahahaha ...... 

Apa pandangan anda pula mengenai PAU 2014 ?

PS - oya, kenapa sampai perkataan 'bangang' yang keluar dari mulut Najib, ek ? Najib tertekan ? hehehehe .... tak sewajarnya beliau sebut bangang dalam majlis besar secara live, kasar sangat tu. Lepas ni saya tak boleh nak padam komen yang sebut 'bangang' pada Najib hehehe 

Satu lagi - kenapa takde siapa sebut tentang 1Mdb ek ? Puji pun tidak ? ?

Monday, November 24, 2014

sel otak najib terus tidak berhubung

dipetik dari the sense, credibility and accountability.

PenBERIan BR1M - SEL-SEL OTAK siapakah yang sedang TIDAK berHUBUNG atau FUNGSInya dalam keGAGALan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Secara JUJURnya kita nak TANYAlah kepada anda yang TINGGAL dan beKERJA di BANDAR-BANDAR seperti KL, PJ, Shah Alam, Klang, Putrajaya, Ipoh, JB, Melaka, Pulau Pinang dan Seremban.. Jika anda penerima BR1M, apakah anda RASA ianya menCUKUPi untuk keHIDUPan anda di sini? Begitu jugak jika anda bukan penerima BR1M, apakah anda RASA patutkah pemBERIan BR1M itu diTERUSkan? Itulah perSOALan yang patut anda TANYAkan kepada diri sendiri.. 


Kalau meRUJUK kepada JADUAL di atas, kita PERCAYA RAMAI di kalangan penerima dan mereka yang memBAYAR CUKAI untuk membolehkan BR1M ini menDAPAT DANA TIDAK berTANYA bagaimana DATA itu diperolehi.. Ini kerana kalau kita ambil KIRA dengan perKEMBANGan semasa, seolah-olah ada yang TIDAK kena dengan DATA terSEBUT.. Cuba kita PAKAT-PAKAT KIRA semula..

INDIVIDU BUJANG:-

Secara MUDAHnya, jika anda berpenDAPATan RM2000 ke bawah, anda DAPAT RM350 DUIT BR1M ini.. 

SeTAHUN JUMLAHnya ialah:- RM2000 X 12 + RM350 = RM24,350
SeBULAN pulak JUMLAHnya ialah:- RM350/12 + RM2000 = RM2029.20

KIRAnya dalam seBULAN tuh mereka yang berpenDAPATan RM2000 cuma dapat 'EXTRA' KURANG dari RM30 daripada BR1M itu..

ISI RUMAH:-

Kita cuma KIRAkan untuk ISI RUMAH yang berpenDAPATan RM4000 ke bawah..

SeTAHUN JUMLAHnya ialah:- RM4000 X 12 + RM750 = RM48,750
SeBULAN pulak JUMLAHnya ialah:- RM750/12 + RM4000 = RM4062.50

KIRAnya dalam seBULAN tuh mereka yang berpenDAPATan RM4000 cuma dapat 'EXTRA' LEBIHla dari RM60 daripada BR1M itu..

CUKUP ke? Entahlah.. Itu berGANTUNG kepada perBELANJAan anda.. Jika anda seorang peSAWAH di Kodiang, NELAYAN di Tumpat atau peLADANG KELAPA SAWIT di Felda Taib Andak, mungkin BR1M itu TAMBAHan 'DUIT POKET' kepada anda.. Namun begitu, jika anda seorang KERANI di Putrajaya atau pun seorang EKSEKUTIF 'CABUK' di PJ, BR1M langsung TIDAK memBERI NILAI kepada anda!


Sekarang ini, yang MISKIN dalam ERTI KATA yang seBENAR ialah mereka yang HIDUP di BANDAR dan bukannya di kawasan KAMPUNG.. Seorang KERANI yang BUJANG dengan GAJI RM2000 perlu TOLAK KOS SEWA BILIK, pengangkutan, UTILITI, MAKAN dan BANYAK lagi.. Bagi mereka yang BUJANG tetapi berGAJI lebih RM2000 dan KURANG RM4000, NAFAS mereka makin SESAK kerana perlu BAYAR 'LOAN' penDIDIKan, KWSP, PCB, SOCSO, dan BANYAK lagi.. TAMBAH pulak kalau yang beKERJA SWASTA yang TIDAK tentu keNAIKkan GAJI mereka.. Lagilah SENGSARA.. Kalau berKELUARGA pulak GAJI RM4000 pun belum tentu CUKUP..


Ada orang KATA, sedangkan Bangla dan Indon pun boleh KAYA-RAYA KERJA di NEGARA ini.. Itu memang BETUL.. Mereka tak perlu pun POTONG KWSP, PCB, 'LOAN' penDIDIKan dan sebagainya.. Malah, mereka boleh TIDUR dalam RUMAH KONTENA di TAPAK-TAPAK PROJEK atau menyewa lebih 10 orang untuk seBUAH RUMAH.. Bagi Bangla dan Indon yang berIJAZAH pulak, GAJI mereka lebih RENDAH berBANDING SISWAZAH kita kerana MAJIKAN tak pelu BAYAR KSWP dan sebagainya.. TerTUTUP pulak peluang peKERJAan SISWAZAH kita sendiri..

Apa KATA DS Najib, INDIVIDU yang menCIPTA BR1M ini dengan BANGGAnya?


"Itu sebabnya bila satu teguran diberikan, saya nilai, kaji dan tanya juga pendapat. Tapi majoriti pendapat menyokong BR1M. Mereka mahukannya dan tidak anggap sebagai membeli sokongan orang. Malah memang bukan itu tujuannya. Saya anggap (kritikan) sebagai pendapat yang berbeza dalam dasar serta tindakan kerajaan. 


Saya bersikap terbuka dalam soal ini, tetapi ke mana saya pergi pun orang ramai mahu BR1M. Malah mereka mahu ditambah lagi jumlahnya. Itu reaksi orang dan BR1M dibuat bukan kerana mahu beli undi. Bila kita kurangkan subsidi dan harga minyak naik, kita akan kurangkan beban rakyat melalui BR1M. Jadi, hasil yang terima diagihkan kepada rakyat,->KLIK<-


Tengok? Langsung TIDAK ada SIMPATI kepada mereka yang TIDAK LAYAK dapat BR1M tapi tetap HIDUP dengan SESAK NAFAS? Walhal, DUIT BR1M itu datangnya dari CUKAI yang diKUTIP menerusi mereka yang tak dapat BR1M itulah? Ye la.. GAJI RM2000 mana kena CUKAI? Yang KERJA di KAMPUNG pulak mana kena BAYAR CUKAI? Indon dan Bangla pun lagi la tak kena CUKAI? Itu yang RAMAI berKAMPUNG kat Cameron Highland tuh.. Namun begitu, tiap kali nak kasi BR1M, HABIS diPERAHnya kita yang beKERJA ini walaupun langsung tak diBERIkan apa-apa pun pengHARGAan kecuali keNAIKkan HARGA BARANG dan segala macam 'INTEREST'!

Apabila TUN DR. Mahathir MENEGUR pasal pemBERIan BR1M, beliau MENULIS,


"4. We want high incomes. But high income should come from increases in productivity. High productivity results from better education and training. A manual labourer cannot be more productive than a mechanic or a craftsman. And they in turn cannot be as productive as an engineer. The ability to increase productivity comes from greater added value to the products.

5. It follows that when we promote industries with greater added value, than the incomes of employees would increase due to greater contribution of the employees. We should note that in countries with big Government revenues from the foreign exploitation of resources, and people are given a part of the revenue to sustain a good lifestyle, there is a lack of desire to work.

6. Giving money does not increase productivity. Without increasing productivity, competitiveness will not improve. And the economy will not really grow. These countries invariably depend on foreign workers, executives and entrepreneurs.

7. When Malaysia adopted a policy of encouraging labour intensive industries, it was because at that time the people were jobless and had no income. After that to increase their incomes we switched to hi-tech, knowledge-based industries and our people are educated and trained for these more sophisticated higher income industries.

8. We can increase their wages further by adopting new technologies and management systems. Our workers should now be involved in designing new products, producing prototypes, testing and mass-producing. Marketing and sales of these more sophisticated products will also increase incomes.->KLIK<-

Jelaslah bahawa DS Najib sendiri TIDAK memahami TUJUAN BR1M diBERIkan.. Apakah RAKYAT boleh meNIKMATi penDAPATan TINGGI jika apa yang boleh diBELI dengan penDAPATan sedemikian TIDAK seBERAPA pun? Sebagai seorang MANTAN PM yang pernah berDEPAN dengan keMELESETan EKONOMI pada ERA 80-an dan berHADAPAN dengan KRISIS EKONOMI pada TAHUN 1997/98, sudah tentu ada keWAJARan untuk beliau menyuarakan keBIMBANGannya.. DS Najib pulak yang berGANTUNG kepada 'PUNAH-Sihat' belum lagi diUJI sedemikian.. IRONInya, kalau PEMIMPIN dulu TIDAK berPANDANGan JAUH, sudah LAMA dah BR1M ini diBUAT.. 


Bukan SEMUA RAKYAT boleh menDAPAT keMEWAHan tanpa perlu berSUSAH-PAYAH seperti beBERAPA INDIVIDU di dalam UMNO.. Jika berLAKU KRISIS EKONOMI nanti, apakah BR1M masih diSALURkan atau UMNO/BN akan berHADAPAN dengan keMUSNAHan yang mereka sendiri CIPTAkan?

Wallahualam.. 

Saturday, November 15, 2014

Najib terus menipu

Dipetik dari blog Sense, Credibilty and Accountability.

Sempena PAU 2014, DS Najib KATA bahawa MODERAT / WASATIYYAH itu bukan LIBERAL - tak JATUH ke AIR MUKA orang ini?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Mungkin akhirnya sampai jugak ke TELINGA DS Najib pasal keMARAHan orang berHUBUNG dengan AGENDA LIBERAL yang diKATAkannya sebagai WASATIYYAH.. Maka HARI ini diLAPORkanlah pulak bahawa DS Najib meNAFIkan WASATIYYAH atau AGENDA MODERAT yang cuba diPELOPORinya itu berTENTANGan dengan LIBERALisma..


"Kita sebagai umat Islam tidak mahu terjebak dengan golongan ekstremis dan liberal yang semakin menular, sebaliknya kita mahu mengikut ajaran kesederhanaan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW,->KLIK<-

HE!HE!HE! BETUL.. Kita SETUJU dengan apa yang diUCAPkan oleh DS Najib itu.. KeSEDERHANAan atau WASATIYYAH di dalam ISLAM jika diPRAKTIKkan ianya langsung TIDAK akan menJURUS kepada AGENDA-AGENDA seperti di bawah..


Namun begitu, kita ingin TANYA kat DS Najib.. Apakah DS Najib ini BENAR-BENAR berMAKSUD sedemikian demi menJALANkan AGENDA MODERAT atau WASATIYYAHnya? Kita KATAkan sedemikian kerana kenyataan oleh DS Najib itu seBENARnya telah menJATUHkan AIR MUKA seseorang yang diKATAkan sangat KUAT menyokong AGENDA MODERAT DS Najib ini.. Kesian dia.. Mana dia nak LETAK MUKAnya nanti? Bukankah dia ini meWAKILi DS Najib sendiri?


HE!HE!HE! DiSEBABkan keYAKINan bahawa dia ini meWAKILi DS Najiblah dia sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang langsung TIDAK memBERIkan pulak GAMBARan AGENDA MODERAT seperti yang DS Najib NYATAkan tadi.. Apa KATA kita SEMAK semula kenyataan-kenyataan dia sebelum ini dan kita pakat TANYA balik kat DS Najib, apakah SEMUA kenyataan ini adalah meLAMBANGkan AGENDA MODERAT dan WASATIYYAH DS Najib? Atau ianya AGENDA LIBERAL yang cuba diSEMBUNYIkan?


HE!HE!HE! Kita amat berHARAP agar DS Najib 'WALK the TALK' dengan apa yang diSEBUTnya tadi.. Janganlah pulak kenyataan tadi dikeluarkan sebagai AYAT-AYAT 'PeMANIS' menjelang PerHIMPUNan AGUNG UMNO 2014.. Jika DS Najib BENAR-BENAR JUJUR dalam kenyataannya di atas, maka DS Najib patut FAHAM bahawa WASATIYYAH atau AGENDA MODERAT yang diKATAkan menuruti AJARan Rasulullah SAW, maka DS Najib harus jugak FAHAM bahawa bukan orang seperti di bawah ini yang patut diRUJUK dalam SOAL sedemikian.. 


Malah, sudah tentu 'EVANGELIST' TEGAR yang ini jugak TIDAK patut diBERIkan TUGAS sedemikian.. Ianya sangatlah memBAHAYAkan UMAT Melayu/ISLAM..  


Di mana LETAKnya OTAK kamu jika orang yang memang TIDAK berIMAN kepada Rasulullah SAW tetapi diSURUH menerapkan WASATIYYAH di dalam URUSAN kerajaan? TIDAKkah itu menCEMARkan ISLAM dan NAMA Rasulullah SAW jugak? SeBENARnya, NGO ISLAM seperti ini boleh meLAKSANAkan AGENDA MODERAT atau WASATIYYAH menurut apa yang diIMPIkan oleh DS Najib dengan TEPAT..


Namun demikian, belum apa-apa lagi NGO ISLAM ini sudah pun diMUSUHi oleh SEKUTU paling AKRAB DS Najib sendiri kerana OTAKnya yang SERONG itu dah mengANGGAP bahawa AGENDA MODERAT DS Najib itu ialah AGENDA LIBERAL yang diAJAR di OXFORD..


Jadik? Masihkah lagi DS Najib menaruh HARAPan agar AGENDA MODERAT dan WASATIYYAHnya itu diTERIMA oleh UMAT Melayu/ISLAM jika ianya diPELOPORi oleh mereka yang berSIFAT 'MALAUN' seperti diNYATAkan tadi? Bukankah dah BANYAK kali kita SEBUT bahawa DS Najib ini sering SILAP meNILAI orang dan sering pulak ENGGAN mengAKUi keSILAPannya itu.. Maka, usahlah berHARAP untuk UMAT Melayu/ISLAM menerima apa yang cuba diTERAPkannya kerana dia sendiri sudah memilih orang yang SALAH untuk TUJUAN ini.. Setakat nak BUAT SLOGAN 'PeMANIS LIDAH' untuk PAU 2014 demi KELENTONG AHLI-AHLI UMNO tuh mungkin bolehlah kot.. HE!HE!HE!

Wallahualam.. 

Tuesday, November 4, 2014

ahmad mazlan syok bontot nsjib

Dipetik dari blog Din Turtle.

Harga Minyak Dunia Jatuh ? Minta Maap la Kalau Nak Harap Harga Minyak Kita Turun !

Tuesday, November 4, 20140 comments




Kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. 

Beliau berkata pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga minyak (RON95) sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.
 


"Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke paras itu (RM1.72) mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara,"


Senang citer, berapa pun harga pasaran minyak dunia jatuh, harga minyak di Malaysia tidak akan berubah. Kalau harga dunia naik tinggi, kerajaan akan lakukan Rasionalisasi Subsidi yang kesannya harga minyak yang kita beli akan naik walaupun bukan kerajaan tidak naikkan. Kerajaan akan jimat duit daripada terpaksa bayar subsidi.

Dan kalau harga minyak dunia jatuh dan lebih rendah dari harga yang kita bayar di pam minyak, kerajaan akan kenakan cukai yang kesannya harga akan tetap sama. Kerajaan akan buat duit pula.

Sebabnya kenapa kerajaan kena buat duit pula jika harga minyak dunia jatuh - "Masalah yang dihadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semula RM23.5 bilion bagi tahun lalu dan RM21 bilion pada tahun ini yang dibayar kepada syarikat minyak untuk membolehkan kita menurunkan harga minyak,"

Kerajaan kena bayar subsidi tertunggak / backdated ! Pulaaaak ...

Kenapa benda tertunggak ini tak pernah disebut pun sebelum ini ? Bukankah benda yang tertunggak itu sudah diambilkira dalam Bajet Tahunan ?

Bila kerajaan naikkan harga minyak 20 sen baru ni, takde pun disebut adanya subsidi tertunggak yang kerajaan perlu bayar ?  

Jika begitu, kenapa naikkan dana BR1M ?

Yang menjadi isu adalah ALASAN2 yang diberikan kerajaan tidak konsisten.

OKlah, katakan harga minyak dunia kekal rendah selama setahun, apakah kerajaan akan beri jaminan harga pasaran tempatan akan turun selepas habis subsidi tertunggak dibayar ? Atau akan timbul pula alasan lain ......
Bernama

Sunday, November 2, 2014

yahudi jadi penasihat najib

Dipetik dari blog Din Turtle.

Bekas Pengarah APCO Jadi Penasihat Najib ? Mohon Pejabat PM Sahkan ....

Sunday, November 2, 20141comments



Memang panazzzz artikel dari blogger otai APANAMA mengenai seorang Penasihat PM yang diimport dari England dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan APCO. 



Surat penerimaan Putrajaya di atas menyatakan kontrek selama 6 bulan dalam tahun 2009 dengan gaji/bayaran USD420k atau RM1.4 juta, sementara maklumat dibawah pula menunjukkan Paul Stadlen masih berkhidmat di Pejabat PM dari tahun 2011 untuk 2 tahun lagi. Tidak dapat dipastikan apakah beliau masih lagi berkhidmat sebagai penasihat PM dan berapa banyak pula bayaran khidmat nasihatnya selepas kontrek 6 bulan pertama itu.


Saya amat berharap pihak pejabat PM dapat berikan pengesahan akan pendedahan ini.