siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, November 30, 2014

bangang

Dipetik dari blog Din Turtle.

PAU Dah Habis .... Apa Pandangan Anda ?

Sunday, November 30, 20141comments


PAU 2014 dah habis ....... so, amacam ? Apa pandangan anda tentang PAU kali ni ? Ekspektasi anda dipenuhi ?

Macam biasalah janji2 dan laungan2 dihamburkan masa PAU.... macam tak biasa pulak. Antara yang disebut oleh Najib perkara yang akan direalisasikan, semasa penggulungan -

Tanah Rezab diganti

Suruhanjaya Kepelbagaian Sekolah

Penghasut akan diburu habis2an dan  Tiada Lagi Amaran .

Badan Naziran Politik .

Saja saya letakkan link itu supaya kita boleh buat pemantauan berskala atas perkara itu.

Kalau dikaji memanglah gempak apa yang disebut2 oleh para perwakilan termasuk ucapan2 oleh kepimpinan Umno tapi mengambilkira perkara yang sama juga berlaku setiap kali PAU dan hasilnya juga tak banyak berubah, maka ramai yang anggap sebagai cliche je.... 

Apapun sedikit sebanyak ada juga pengharapan agar apa yang dijanjikan bakal dipenuhi, paling tidak nampak usaha ke arah merealisasikannya. Jadi kita sama2 tunggu dan lihat apakah PAU kali ini sama saja macam yang lepas2 atau kali ini lain.

Paling menarik adalah kedua ucapan Muhyiddin yang saya lihat lebih mewakili pandangan akar umbi akan senario Umno ketika ini. Pandangan yang realistik dan tidak syok sendiri. Umno, BN boleh kalah jika persepsi tidak diubah.

Sayang usul2 bernas soal ekonomi yang dibawa oleh Datuk Maznah terutama mewujudkan semula MECD tidak disambut oleh Najib dalam penggulungannya. ( KLiK )

Hmmmm ... apalagi nak komen ya .....  

Saya sebenarnya tak ikut pun secara live Pau kali ini, banyak kerja lain nak buat. Tapi sesekali saya baca juga lapuran secara langsung streaming oleh Utusan dan semalam ada satu perenggan dari penggulungan Najib yang menarik perhatian saya. Najib berkata -


KLiK
Tidakkah itu tafsiran yang SALAH mengenai kes Mark Koding ! ? Beliau didapati bersalah atas kesalahan mempertikaikan Perlembagaan BUKANNYA kerana mempertikaikan kewujudan sekolah vernakular atau bukan kerana menuntut sekolah vernakular ditutup. 2-3 kali dah saya tulis mengenai ini. Najib hanya mengulangi fitnah yang sering dimainkan oleh pro sekolah cina.

Agak2 lah kalau nak pertahankan sekolah cina pun, jangan sampai fakta pun diputarbelit, apalagi dalam majlis sebesar PAU !

Akhir sekali, komen Najib yang membangangkan bloggers pro Umno -

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang...

 Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,”

Hahahaha ... siapa yang cari makan dengan Umno, ek ? Seperti ulasan Putra Merdeka, saya takut ada pihak yang jual nama bloggers untuk dapatkan dana. Jadi Najib mungkin ingat ramai para bloggers yang cari makan melalui duit Umno .... 

Jadi mungkin ada baiknya mereka yang incharge dalam mengapprovekan bayaran itu, hubungi sendiri nama2 bloggers yang dikatakan cari makan dengan Umno. Jangan diperbodohkan oleh segelintir mereka yang suka jual nama orang lain.

Apapun bagi saya TIDAK SALAH kalau bloggers mahu mengkritik pemimpin Umno. Setakat yang saya tahu, kebanyakan kritikan adalah merupakan luahan rakyat juga. Dah memang pemimpin2 yang dikritik itu bangang, selayaknya dikritik !

Itu perbezaan utama yang dapat saya lihat antara Najib dengan Muhyiddin. Najib lebih kepada menyalahkan orang lain sementara Muhyiddin lebih kepada cermin diri sendiri.

Apakah Najib akan berubah ? Hahahahaha ...... 

Apa pandangan anda pula mengenai PAU 2014 ?

PS - oya, kenapa sampai perkataan 'bangang' yang keluar dari mulut Najib, ek ? Najib tertekan ? hehehehe .... tak sewajarnya beliau sebut bangang dalam majlis besar secara live, kasar sangat tu. Lepas ni saya tak boleh nak padam komen yang sebut 'bangang' pada Najib hehehe 

Satu lagi - kenapa takde siapa sebut tentang 1Mdb ek ? Puji pun tidak ? ?

No comments:

Post a Comment