PenBERIan BR1M - SEL-SEL OTAK siapakah yang sedang TIDAK berHUBUNG atau FUNGSInya dalam keGAGALan?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Secara JUJURnya kita nak TANYAlah kepada anda yang TINGGAL dan beKERJA di BANDAR-BANDAR seperti KL, PJ, Shah Alam, Klang, Putrajaya, Ipoh, JB, Melaka, Pulau Pinang dan Seremban.. Jika anda penerima BR1M, apakah anda RASA ianya menCUKUPi untuk keHIDUPan anda di sini? Begitu jugak jika anda bukan penerima BR1M, apakah anda RASA patutkah pemBERIan BR1M itu diTERUSkan? Itulah perSOALan yang patut anda TANYAkan kepada diri sendiri..
Kalau meRUJUK kepada JADUAL di atas, kita PERCAYA RAMAI di kalangan penerima dan mereka yang memBAYAR CUKAI untuk membolehkan BR1M ini menDAPAT DANA TIDAK berTANYA bagaimana DATA itu diperolehi.. Ini kerana kalau kita ambil KIRA dengan perKEMBANGan semasa, seolah-olah ada yang TIDAK kena dengan DATA terSEBUT.. Cuba kita PAKAT-PAKAT KIRA semula..
INDIVIDU BUJANG:-
Secara MUDAHnya, jika anda berpenDAPATan RM2000 ke bawah, anda DAPAT RM350 DUIT BR1M ini..
SeTAHUN JUMLAHnya ialah:- RM2000 X 12 + RM350 = RM24,350
SeBULAN pulak JUMLAHnya ialah:- RM350/12 + RM2000 = RM2029.20
KIRAnya dalam seBULAN tuh mereka yang berpenDAPATan RM2000 cuma dapat 'EXTRA' KURANG dari RM30 daripada BR1M itu..
ISI RUMAH:-
Kita cuma KIRAkan untuk ISI RUMAH yang berpenDAPATan RM4000 ke bawah..
SeTAHUN JUMLAHnya ialah:- RM4000 X 12 + RM750 = RM48,750
SeBULAN pulak JUMLAHnya ialah:- RM750/12 + RM4000 = RM4062.50
KIRAnya dalam seBULAN tuh mereka yang berpenDAPATan RM4000 cuma dapat 'EXTRA' LEBIHla dari RM60 daripada BR1M itu..
CUKUP ke? Entahlah.. Itu berGANTUNG kepada perBELANJAan anda.. Jika anda seorang peSAWAH di Kodiang, NELAYAN di Tumpat atau peLADANG KELAPA SAWIT di Felda Taib Andak, mungkin BR1M itu TAMBAHan 'DUIT POKET' kepada anda.. Namun begitu, jika anda seorang KERANI di Putrajaya atau pun seorang EKSEKUTIF 'CABUK' di PJ, BR1M langsung TIDAK memBERI NILAI kepada anda!
Sekarang ini, yang MISKIN dalam ERTI KATA yang seBENAR ialah mereka yang HIDUP di BANDAR dan bukannya di kawasan KAMPUNG.. Seorang KERANI yang BUJANG dengan GAJI RM2000 perlu TOLAK KOS SEWA BILIK, pengangkutan, UTILITI, MAKAN dan BANYAK lagi.. Bagi mereka yang BUJANG tetapi berGAJI lebih RM2000 dan KURANG RM4000, NAFAS mereka makin SESAK kerana perlu BAYAR 'LOAN' penDIDIKan, KWSP, PCB, SOCSO, dan BANYAK lagi.. TAMBAH pulak kalau yang beKERJA SWASTA yang TIDAK tentu keNAIKkan GAJI mereka.. Lagilah SENGSARA.. Kalau berKELUARGA pulak GAJI RM4000 pun belum tentu CUKUP..
Ada orang KATA, sedangkan Bangla dan Indon pun boleh KAYA-RAYA KERJA di NEGARA ini.. Itu memang BETUL.. Mereka tak perlu pun POTONG KWSP, PCB, 'LOAN' penDIDIKan dan sebagainya.. Malah, mereka boleh TIDUR dalam RUMAH KONTENA di TAPAK-TAPAK PROJEK atau menyewa lebih 10 orang untuk seBUAH RUMAH.. Bagi Bangla dan Indon yang berIJAZAH pulak, GAJI mereka lebih RENDAH berBANDING SISWAZAH kita kerana MAJIKAN tak pelu BAYAR KSWP dan sebagainya.. TerTUTUP pulak peluang peKERJAan SISWAZAH kita sendiri..
Apa KATA DS Najib, INDIVIDU yang menCIPTA BR1M ini dengan BANGGAnya?
"Itu sebabnya bila satu teguran diberikan, saya nilai, kaji dan tanya juga pendapat. Tapi majoriti pendapat menyokong BR1M. Mereka mahukannya dan tidak anggap sebagai membeli sokongan orang. Malah memang bukan itu tujuannya. Saya anggap (kritikan) sebagai pendapat yang berbeza dalam dasar serta tindakan kerajaan.
Saya bersikap terbuka dalam soal ini, tetapi ke mana saya pergi pun orang ramai mahu BR1M. Malah mereka mahu ditambah lagi jumlahnya. Itu reaksi orang dan BR1M dibuat bukan kerana mahu beli undi. Bila kita kurangkan subsidi dan harga minyak naik, kita akan kurangkan beban rakyat melalui BR1M. Jadi, hasil yang terima diagihkan kepada rakyat," ->KLIK<-
Tengok? Langsung TIDAK ada SIMPATI kepada mereka yang TIDAK LAYAK dapat BR1M tapi tetap HIDUP dengan SESAK NAFAS? Walhal, DUIT BR1M itu datangnya dari CUKAI yang diKUTIP menerusi mereka yang tak dapat BR1M itulah? Ye la.. GAJI RM2000 mana kena CUKAI? Yang KERJA di KAMPUNG pulak mana kena BAYAR CUKAI? Indon dan Bangla pun lagi la tak kena CUKAI? Itu yang RAMAI berKAMPUNG kat Cameron Highland tuh.. Namun begitu, tiap kali nak kasi BR1M, HABIS diPERAHnya kita yang beKERJA ini walaupun langsung tak diBERIkan apa-apa pun pengHARGAan kecuali keNAIKkan HARGA BARANG dan segala macam 'INTEREST'!
Apabila TUN DR. Mahathir MENEGUR pasal pemBERIan BR1M, beliau MENULIS,
"4. We want high incomes. But high income should come from increases in productivity. High productivity results from better education and training. A manual labourer cannot be more productive than a mechanic or a craftsman. And they in turn cannot be as productive as an engineer. The ability to increase productivity comes from greater added value to the products.
5. It follows that when we promote industries with greater added value, than the incomes of employees would increase due to greater contribution of the employees. We should note that in countries with big Government revenues from the foreign exploitation of resources, and people are given a part of the revenue to sustain a good lifestyle, there is a lack of desire to work.
6. Giving money does not increase productivity. Without increasing productivity, competitiveness will not improve. And the economy will not really grow. These countries invariably depend on foreign workers, executives and entrepreneurs.
7. When Malaysia adopted a policy of encouraging labour intensive industries, it was because at that time the people were jobless and had no income. After that to increase their incomes we switched to hi-tech, knowledge-based industries and our people are educated and trained for these more sophisticated higher income industries.
8. We can increase their wages further by adopting new technologies and management systems. Our workers should now be involved in designing new products, producing prototypes, testing and mass-producing. Marketing and sales of these more sophisticated products will also increase incomes." ->KLIK<-
Jelaslah bahawa DS Najib sendiri TIDAK memahami TUJUAN BR1M diBERIkan.. Apakah RAKYAT boleh meNIKMATi penDAPATan TINGGI jika apa yang boleh diBELI dengan penDAPATan sedemikian TIDAK seBERAPA pun? Sebagai seorang MANTAN PM yang pernah berDEPAN dengan keMELESETan EKONOMI pada ERA 80-an dan berHADAPAN dengan KRISIS EKONOMI pada TAHUN 1997/98, sudah tentu ada keWAJARan untuk beliau menyuarakan keBIMBANGannya.. DS Najib pulak yang berGANTUNG kepada 'PUNAH-Sihat' belum lagi diUJI sedemikian.. IRONInya, kalau PEMIMPIN dulu TIDAK berPANDANGan JAUH, sudah LAMA dah BR1M ini diBUAT..
Bukan SEMUA RAKYAT boleh menDAPAT keMEWAHan tanpa perlu berSUSAH-PAYAH seperti beBERAPA INDIVIDU di dalam UMNO.. Jika berLAKU KRISIS EKONOMI nanti, apakah BR1M masih diSALURkan atau UMNO/BN akan berHADAPAN dengan keMUSNAHan yang mereka sendiri CIPTAkan?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment