siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Tuesday, November 4, 2014

ahmad mazlan syok bontot nsjib

Dipetik dari blog Din Turtle.

Harga Minyak Dunia Jatuh ? Minta Maap la Kalau Nak Harap Harga Minyak Kita Turun !

Tuesday, November 4, 20140 comments




Kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. 

Beliau berkata pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga minyak (RON95) sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.
 


"Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke paras itu (RM1.72) mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara,"


Senang citer, berapa pun harga pasaran minyak dunia jatuh, harga minyak di Malaysia tidak akan berubah. Kalau harga dunia naik tinggi, kerajaan akan lakukan Rasionalisasi Subsidi yang kesannya harga minyak yang kita beli akan naik walaupun bukan kerajaan tidak naikkan. Kerajaan akan jimat duit daripada terpaksa bayar subsidi.

Dan kalau harga minyak dunia jatuh dan lebih rendah dari harga yang kita bayar di pam minyak, kerajaan akan kenakan cukai yang kesannya harga akan tetap sama. Kerajaan akan buat duit pula.

Sebabnya kenapa kerajaan kena buat duit pula jika harga minyak dunia jatuh - "Masalah yang dihadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semula RM23.5 bilion bagi tahun lalu dan RM21 bilion pada tahun ini yang dibayar kepada syarikat minyak untuk membolehkan kita menurunkan harga minyak,"

Kerajaan kena bayar subsidi tertunggak / backdated ! Pulaaaak ...

Kenapa benda tertunggak ini tak pernah disebut pun sebelum ini ? Bukankah benda yang tertunggak itu sudah diambilkira dalam Bajet Tahunan ?

Bila kerajaan naikkan harga minyak 20 sen baru ni, takde pun disebut adanya subsidi tertunggak yang kerajaan perlu bayar ?  

Jika begitu, kenapa naikkan dana BR1M ?

Yang menjadi isu adalah ALASAN2 yang diberikan kerajaan tidak konsisten.

OKlah, katakan harga minyak dunia kekal rendah selama setahun, apakah kerajaan akan beri jaminan harga pasaran tempatan akan turun selepas habis subsidi tertunggak dibayar ? Atau akan timbul pula alasan lain ......
Bernama

No comments:

Post a Comment