siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Thursday, December 11, 2014

3 tahun lagi?

Dipetik dari Blog Din turtle.

Rais Minta Beri Ahjibgor Peluang 3 Tahun Lagi .... Anda ?

Thursday, December 11, 20140 comments


.
“Kita harus beri peluang kepada perdana menteri untuk teruskan tugasan beliau dan juga mandat beliau. Mandat beliau masih ada tiga tahun lagi (sebelum pilihan raya umum),"

3 hari tak update perkembangan politik buat saya agak terpinga dengan kenyataan Rais Yatim ni. 

“Kalau Tun (Mahathir) dah sebut itu, sudah tentu kita nak tunggu siapa yang dimaksudkannya. Jadi kita tidak harus begitu cepat kata mengata bagi peringkat ini,” - Mkini


Rupanya Rais beri respon pada wawancara Tun Mahathir yang disiarkan oleh Sinar 3 hari lepas.

Yang lain tak nak beri respon ? Seronok tengok pemimpin2 begitu cepat tampil mempertahankan ahjibgor. Bagus ! Respon pantas begitu yang kita nak. Tapi kenapa pertanyaan Tun yang lain terutamanya mengenai isu 1MDB tidak mengundang respon yang sama pantas ? Berpilih juga , ek ....

Balik pada respon Rais, ada ke Tun sebut yang ahjibgor perlu digantikan sehingga begitu sekali Rais back-up bosnya ? Kalau tak silap saya, Tun cuma kata yang ramai lagi pemimpin dalam Umno layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Tun Mahathir cuma menjawab pertanyaan yang sering dilemparkan oleh pro ahjibgor - Siapa yang layak ganti ahjibgor ?

Jawapan Tun - RAMAI YANG LAYAK !

Ok, ok .... maksudnya mungkin sama jer, iaitu ahjibgor kena digantikan. 

Saya percaya reaksi awal saya kepada jawapan Rais itu turut dikongsi ramai rakan2 iaitu, Kalau tunggu tiga tahun lagi maknanya kalah lah Umno/BN. Ahjibgor sudah diberi peluang dan beliau gagal.

Dan tidak nampak pun tanda2 yang ahjibgor mahu ubah caranya. Sebab itu soalan yang sering saya tanyakan - Kalau keadaan tidak berubah, apakah Umno mampu menang lagi PRU14 ?

Ramai yang setuju - TIDAK ! Takpun mereka akan jawab, Umno masih mampu menang tapi bilangan kelebihan kerusi semakin kecil. Hmmmm .... Sama juga kan ? Tidakkah itu juga menunjukkan yang ahjibgor gagal ?

Saya rasa anda juga sering menerima pandangan dari pro ahjibgor yang beliau sebenarnya OK tapi yang jadi masalah adalah para penasihat yang sentiasa mengekor beliau. Para penasihat inilah yang menjadi dalang dalam pelbagai masalah yang menimpa.

Jika benarlah itu keadaannya, maka saya terpaksa terima yang pandangan Tun Mahathir tidak tepat. Bukan ramai yang layak ganti ahjibgor tapi SIAPAPUN layak ganti ahjibgor kalau setakat menjadi PM pak turut ..... Ada orang kata ahjibgor macam kena mandrem jer. 

Dan ada juga yang lebih spesifik dalam memperkatakan soal para penasihat itu. Tak ramai pun..... cuma DUA ORANG jer.

Hehehehe .... saya tak akan sebut siapa yang didakwa sebagai punahsihat itu sebab tidak ada bukti. Cuma cakap2 orang jer ..... Mereka kata, kalau dapat buang salah sorang pun dah kira OK.....

Well .... pandangan saya tetap sama, apa jenis PM yang boleh tak nampak apa sebenarnya yang berlaku di bawah ? Yang tidak mampu berfikir sendiri dan bertanggungjawab atas apajua yang berlaku selaku seorang ketua ?

APAPUN ..... jawab isu 1MDB !
  
PS - Menarik artikel tuan Syed OSTB - KLiK

No comments:

Post a Comment