siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Friday, December 26, 2014

Nab oh najib

Dipetik dari blog Din Turtle.

Isu ahjibgor Main Golf - TERBAIK Kata Penyokongnya 

Friday, December 26, 20142comments

Memang panas berita ahjibgor main golf ngan Obama di Hawaii ketika rakyat yang beliau pimpin berdepan masalah banjir di tanahair. 

Paling menarik adalah reaksi pro ahjibgor yang bersungguh2 mempertahankan hak ahjibgor untuk bercuti sambil bermain golf. Bermacam2 alasan yang mereka kemukakan bagi pihak ahjibgor. KONON ahjibgor bekerja sebenarnya, KONON susah nak dapatkan temujanji bersama Obama maka ahjibgor harus meninggalkan rakyat dengan berat hati, KONON ahjibgor penat bekerja dan perlu rehat bla bla bla ...... dan kita tak perlu bising2 lagi dah dan hanya tumpu pada usaha menyelamat.

Well, tumpuan saya tetap pada usaha menyelamat walaupun saya tetap nak bergossip tentang ahjibgor. No Problem. 

.

Kelakar pun ada .... sebab sebenarnya semua orang terkejut dengan pendedahan oleh Washington Post itu termasuk penyokong2 ahjibgor yang entah dari mana mereka dapat tahu segala info2 bagi mempertahankan ahjibgor bercuti dan bermain golf itu. Maksud saya semua yang KONON2 di atas tu .....

Bagi saya, apapun alasannya, tempat seorang PM adalah bersama rakyat jika bencana melanda negara. 


Saya tak tahulah berapa ramai yang sanggup telan alasan2 yang pro ahjibgor berikan itu, tapi yang saya tahu ramai yang mempersendakan perkara ini. Jadi bahan lawak rakyat ..... macam kes kangkung dulu.

Kenapa ek, ahjibgor ni sering menimbulkan masalah buat penyokong2nya ?  Jadi satu kerja tambahan pula duk mempertahankan tindakan dan kenyataan beliau. 

Oya, Rosmah ikut sekali kan ? Rosmah pun nak bercuti juga, ek ? Kalau ahjibgor dipadang golf, Rosmah buat apa ? Saya harap jangan lah pulak ada cerita lain mengenai mereka di Hawaii atau mana tempat lain dalam siri holiday vacation mereka. Entah apa pulak KONON2 yang terpaksa direka nanti ....


Soooo ..... apakah ahjibgor dalam perjalanan pulang atau masih mahu meneruskan cuti panjangnya hingga habis ?

Takkan ahjibgor tak sedar langsung yang ceritanya bermain golf itu menjadi satu isu hangat di tanahair ? ATAU ahjibgor perasan rakyat menyokong penuh ?

Sebab itu saya tetap nak tulis juga mengenai benda2 ni ..... kalau tidak, SIAPA LAGI yang nak tegur ? Buat penyokong2 ahjibgor, beliau MAKSUM, tak pernah buat salah. 

Contohnya dalam isu Akta Hasutan ...... kalau ikutkan penyokongnya, dah lama terkubur Akta Hasutan ! Tidak akan ada suara bantahan atau teguran terhadap ahjibgor daripada para penyokongnya .... percayalah. Semuanya A OK !

Jadi biarlah saya dan beberapa rakan blogger ( yang boleh dikira dengan jari je ) yang terus buat teguran walaupun saya sedar akan menerima kritikan dan serangan dari penyokong ahjibgor. 

Oya, ternyata BENAR apa yang saya katakan minggu lepas, ek. Yang ahjibgor bersama isteri mahu pergi bercuti panjang ke US. Tujuan saya tulis SEBELUM mereka berangkat adalah supaya mesej itu dapat disampaikan dan trip itu ditunda.... supaya benda2 macam ni dapat dielakkan. Biarlah orang nak tuduh saya fitnah ke apa ke .... saya nak selamatkan imej ahjibgor !

Pandai pulak tu pergi senyap2 ........ Kalau tak sebab pendedahan Washington Post, 1Malaysia pun tak tahu yang PM dan isteri sedang bercuti ! 


oya, hari ni panjang pulak mesej dari beliau mengenai masalah banjir. Kalau tak tersebar cerita main golf itu, mungkin setakat mesej twitter je kot.

Rasa bersalah la tu ..... hehehehe . 

Akhir kata - Tempat pemimpin adalah bersama rakyat ketika bencana melanda.  So simple and mudah, itu pun payah nak faham. 

Denyut nadi rakyat ..... hahahahahaha .......

Solidariti ...... hahahahahahahaha .....

No comments:

Post a Comment